Anda di halaman 1dari 4

REFELKSI BINA INSAN GURU

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIWANIS


Pada 29 Mac yang lalu, kumpulan G5.3 telah mengadakan sebuah lawatan ke Pusat Down Sindrom KIWANIS. Saya telah mempelajari pelbagai perkara di sepanjang lawatan saya. Banyak aspek yang diketengahkan oleh pihak Kiwanis telah menarik minat saya. Kami tidak dibenarkan untuk menangkap gambar di sepanjang lawatan memandangkan pihak Kiwanis khuatir kami akan menggunakan gambar tersebut untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Saya tertarik dengan suasana tenang di Kiwanis. Pusat Kiwanis ini terdiri daripada bangunan 2 tingkat. Suasananya tenang dan damai disertai dengan cahaya yang dimalapkan sedikit. Suasana ini dibina demikian kerana mengambil kira mengenai keadaan golongan Down Sindrom yang peka dengan bunyi bising dan cahaya yang terlalu terang. Bunyi yang bising akan membuatkan kanak-kanak Down Sindrom terganggu dan hilang fokus terhadap pembelajaran. Saya pernah menemui kanakkanak Down Sindrom yang mengamuk kerana keadaan di sekelilingnya terlalu bising. Cahaya yang terlalu terang pula akan menghalangkan penglihatan kanak-kanak Down Sindrom daripada berfungsi dengan sepenuhnya. Mereka sangat sensitif dengan cahaya. Cahaya yang silau akan merosakkan mata mereka. Keadaan yang disediakan di Kiwanis memang sesuai dengan keperluan kanak-kanak Down Sindrom. Tenaga pengajar yang disediakan oleh pihak Kiwanis juga sangat professional. Saya telah memerhatikan cara pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru di Kiwanis. Ternyata strategi dan cara pengajaran yang digunakan oleh guru-guru Kiwanis adalah agak berbeza jika dibandingkan dengan cara dan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru-guru di sekolah normal. Saya sangat tertarik dengan kaedah yang mereka gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebaik sahaja kami memulakan lawatan kelas, saya telah memerhatikan guru Kiwanis sedang mengadakan satu sesi yang dipanggil sebagai sesi Floor Time. Terdapat 4 orang tenaga pengajar yang mengawal lapan orang murid Down Sindrom. Rata-rata murid berumur dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun. Dalam sesi ini, guru tersebut mula

mengambil kehadiran murid. Murid digalakkan untuk mengangkat tangan semasa nama mereka dipanggil. Hal ini adalah untuk menyediakan murid dengan suasana sekolah yang normal di samping mengajar mereka untuk bersabar menunggu giliran. Kemudian, sesi nyanyian lagu kanak-kanak diadakan. Saya dapat melihat guru-guru di Kiwanis tanpa segan silu melakukan aksi-aksi sambil menyanyikan lagu kanak-kanak bagi menarik perhatian dan minat murid-murid Down Sindrom. Sesi p&p yang kreatif, aktif dan seronok ini boleh saya membandingkan dengan sebuah rancangan pendidikan dari Amerika yang dipanggil Hi-5. Suasana p&p memang kelihatan sangat menarik dan seronok. Tambahan pula, tenaga pengajar di Kiwanis menyediakan banyak bahan bantu mengajar dan hiasan bilik darjah yang menarik. Memang jauh perbezaan jika dibandingkan dengan p&p normal di sekolah.

Gambar menunjukan rancangan televisyen pendidikan yang popular di Amerika, Hi- 5.

Kemudahan yang disediakan di pusat ini guna sangat menarik. Saya tertarik dengan perpustakaan permainan yang disediakan di sini. Di perpustakaan ini, terdapat pelbagai permainan yang mempunyai unsur-unsur theraputik. Terdapat permainan yang boleh digunakan untuk terapi cara kerja, terapi muzik, terapi warna dan terapi tactile. Ibu bapa boleh meminjam tiga permainan untuk digunakan di rumah selama dua minggu. Perpustakaan permainan ini merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Perpustakaan

seperti ini harus disediakan di sekolah-sekolah yang menawarkan pendidikan untuk kanak-kanak pendidikan khas agar ibu bapa turut memainkan peranan dalam memulihkan anak-anak mereka di rumah. Selain perpustakaan permainan, terdapat dua lagi perpustakaan iaitu perpustakaan untuk murid yang bermasalah penglihatan dan perpustakaan normal. Kedua-dua perpustakaan ini bertujuan untuk memupuk minat sukakan buku dalam kalangan murid Down Sindrom. Menurut, pada peringkat ini, murid-murid tidak perlu minat membaca. Adalah cukup memadai jika mereka menyelak buku dan melihat gambar-gambar dalam buku tersebut. Terdapat sebuah taman permainan yang terletak ditengah-tengah bangunan Kiwanis ini. Disini, murid-murid Down Sindrom akan melakukan aktiviti fizikal. Menurut, muridmurid Down Sindrom perlu melakukan banyak aktiviti fizikal untuk menguatkan anggota badan mereka. Saya sempat memerhatikan sesi aktiviti fizikal yang dijalankan ke atas kanak-kanak Down Sindrom yang berumur kira-kira 3 hingga 4 tahun. Kanak-kanak akan berkaki ayam untuk meransang deria yang terletak di tapak kaki mereka. Kemudian mereka akan berlari atau berjalan ke arah papan gelongsor, memanjat dan mengelongsor . Ada beberapa kanak-kanak yang takut untuk mengelongsor. Ada juga yang malas untuk berjalan. Tenaga pengajar di Kiwanis kelihatan begitu professional dalam menanggani semua karenah kanak-kanak ini. Semua yang dilakukan dalam sesi ini adalah sangat berguna untuk membantu proses tumbesaran dan pemulihan kanakkanak Down Sindrom ini. Cabaran yang dapat saya dilihat di Kiwanis adalah agak kurang jika dibandingkan dengan sekolah pendidikan khas yang normal. Hal ini kerana saya tidak dapat melihat sebarang masalah tingkah laku yang serius berlaku di Kiwanis. Rata-rata kanak-kanak ini mendengar kata dan mudah untuk diuruskan. Mereka juga sangat peramah dan comel (menyebabkan saya berasa geram dan ingin mencubit pipi mereka satu persatu). Oleh itu, saya menyimpulkan bahawa kami menghadapi cabaran yang lebih hebat semasa menguruskan sesebuah bilik darjah memandangkan kami perlu berhadapan dengan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai masalah.

Dari segi pengurusan, pihak Kiwanis menerima banyak dana daripada para penaja. Selain itu, mereka juga menerima banyak sukarelawan untuk menjadi tenaga pengajar di pusat ini. Keadaan di pusat ini juga kelihatan bersih dan terurus. Hal ini menunjukkan sistem pengurusan di sini adalah baik. Tenaga pengajar dan pengurus di pusat Kiwanis ini juga terlatih dan professional. Hal ini merupakan kelebihan untuk Kiwanis. Secara keseluruhannya, keadaan di Kiwanis memang kondusif dan baik jika dibandingkan dengan sekolah normal. Hal ini mungkin disebabkan pusat ini diuruskan oleh agensi swasta. Kolaborasi antara agensi swasta dan kerajaan perlu diwujudkan bagi memastikan kualiti pendidikan yang disediakan oleh kedua-dua agensi ini sentiasa berkualiti dan up to date. Sebagai seorang guru, saya berpendapat guru-guru perlu mencontohi cara dan strategi pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar di Kiwanis untuk mengwujudkan suasana bilik darjah yang aktif dan menarik. Seorang guru yang berkualiti perlu membuang rasa malu dalam sesi p&p terutamanya apabila berhadapan dengan muridmurid pendidikan khas. Saya dapat rasakan bahawa saya mampu mencontohi cara pengajaran yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar di Kiwanis memandangkan saya sangat menyukai kanak-kanak khas dan tidak segan silu untuk berikteraksi dengan mereka. Saya akan cuba mengaplikasikan cara pengajaran ini pada sesi pratikum semester 6 kelak. Saya akan mempelajari lebih banyak lagu kanak-kanak mulai dari sekarang. Semoga pengalaman yang saya perolehi pada lawatan ini akan saya aplikasikan semasa saya berada di sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai