Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN OLAHRAGA

LARI BERPAGAR Acara berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan.Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.

Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari seberapa pantas yang boleh di antara pagar dan melepasi halangan (pagar) itu. Masalah utama yang dihadapi oleh atlet ialah cara melepasi pagar. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan mengenai teknik lari berpagar,kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan belakang dan rasa takut pada halangan (pagar). Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-kelemahan ini hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai di kalanngan pelajar sekolah. Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan untuk tujuan keseronokan dan kecergasan fizikal.Atlet yang tinggi dengan mempunyai kaki yang panjang ,mempunyai kelembutan dan kepantasan biasanya berjaya dalam acara ini.

Dalam acara lari berpagar, empat lorong di sediakan. Tandaan di buat dengan kapur atau kayu pada setiap lorong dengan jarak yang berlainan. Dalam lorong pertama, jarak di antara tandaan adalah 5 meter,lorong 2 ialah 6 meter,manakala lorong ke 3 ialah 7 meter dan lorong ke 4 ialah 8 meter. Nilai murni dapat diterapkan dalam diri pelajar melalui acara lari berpagar ini. Nilai murni yang pertama adalah saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Pelajar membantu menyediakan peralatan untuk beraktiviti .Nilai murni yang kedua ialah mematuhi peraturan dan undang-undang yang disediakan. Pelajar melakukan aktiviti mengikut arahan guru. Nilai yang ketiga ialah bertanggungjawab. Pelajar dapat menjaga peralatan larian dengan baik . Nilai yang keempat ialah toleransi. Pelajar bersabar menunggu giliran melakukan larian dan tidak merungut.

REKOD-REKOD ACARA LARI BERPAGAR


SUKMA 2008 Dalam acara 110m lari berpagar, satu rekod baru telah dibuat oleh pelari Sabah, Rayzamsyah Wan

Sofian apabila beliau berjaya mencatat 14.10s untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya 2 tahun lalu di Kedah.Larian bertenaga pelari berusia 20 tahun ini meletakkan beliau dihadapan meninggalkan pelari dari Terengganu, Mohd Muslim Sidek dengan catatan 14.79s dan pelari dari Johor, Mohd Rohaizad Jamil dengan catatan 14.90s. SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008) Atlet lari berpagar terkemuka negara Mohd Robani Hassan memperbaharui rekod Sukan Universiti Asean 2008 (SUA 2008) dalam acara 110m lari berpagar untuk memenangi pingat emas dalam edisi ke14 temasya itu di Stadium Nasional di Bukit Jalil . Robani, 25, mencatatkan 14.07s bagi memadamkan catatan 14.08s yang dilakukan di Hanoi dua tahun lepas.Pingat perak menjadi milik Abdul Hakeem Abdul Halim dari Indonesia (14.45s) manakala gangsa pula dimenangi Suriya Judsri dari Thailand (14.55s). "Sebenarnya, saya mampu untuk berlari di bawah 14s. Bagaimanapun, saya tidak cukup cergas untuk melakukannya," kata Robani, sambil menambah masa terbaiknya ialah 13.85s yang dilakukannya pada Terbuka Malaysia Julai lepas sebelum Olimpik Beijing. SUKAN SEA KORAT, THAILAND 2008 Olahraga terus menjadi antara penyumbang utama pingat pada Sukan SEA ke-24 di sini apabila meraih dua lagi emas di samping satu rekod baru dalam acara 110 meter lari berpagar pada hari keempat saingan di Stadium Utama Keputeraan Raja Thai Ke-80 semalam. Emas terbaru itu diraih Rayzamshah Wan Sofian dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki.Kejayaan Rayzamshah, 19, paling bergaya semalam kerana selain berjaya meraih emas pada penyertaan pertamanya, anak kelahiran Keningau, Sabah ini turut mencipta rekod baru Sukan SEA dengan catatan 13.91 saat. Di samping itu, catatan masanya semalam adalah kali pertama berjaya dilakukannya di bawah 14 saat. Rekod lama acara ini iaitu 13.92s dipegang atlet Thailand, Suplan Wongshriphuck yang turut beraksi semalam tetapi terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala seorang lagi atlet negara, Muhd. Faiz Muhammad ketiga.Dengan kejayaan Rayzamshah itu, Malaysia turut berjaya mengekalkan mahkota acara itu yang dimenangi Mohd. Robani Hassan di Filipina, dua tahun lalu.Namun hasrat sama yang mahu dilakukan atlet 100 meter lari berpagar wanita, Moh Siew Wei, 29, tidak kesampaian apabila sekadar meraih perak sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu. SUKAN ASIA DOHA Ini merupakan pingat kedua olahraga di Doha selepas Noraseela Khalid menghadiahkan pingat gangsa dalam 400m lari berpagar wanita.

Namun begitu, hasrat Robani Hassan untuk memberi cabaran terbaik kepada juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, Liu Xiang dari China berakhir dengan dia menduduki tempat terakhir di final 110m lari berpagar selepas mencatat 14.04s. Liu seperti dijangka meraih emas dengan 13.15s. OLIMPIK BEIJING 2008 Atlet wanita AS, Dawn Harper menjuarai acara 100 meter lari berpagar ketika kategori lelaki begitu merasai kehilangan Lui Xiang yang menarik diri akibat cedera. Acara separuh akhir 110 meter lari berpagar lelaki muda dikuasai atlet Cuba yang juga pemegang rekod dunia, Dayron Robles.

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR


Terdapat beberapa fasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut ialah: 1) permulaan 2) lonjakan 3) layangan 4) mendarat 5) penamat (a) Fasa Permulaan Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan. -Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja. - Lari dengan larian yang konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir. - Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada di hadapan daripadakaki yang melangkah pagar. (b) Fasa Lonjakan *Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu: - Ketinggian atlet - Kelajuan larian -Jarak jangkauan kaki hadapan - Kelajuan langkah kaki hadapan

* Gaya lonjakan kaki yang baik - Meninggalkan muka terk sama seperti lari pecut - Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki - Kaki hadapan diangkat tinggi - Kepala tegak memandang ke hadapan - Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak (c) Fasa Layangan - Angkat dengan pantas

PENGENALAN Lari berpagar merupakan acara trek sukan olahraga. Acara ini meliputi jarak 80 m,110 m, dan 400 m. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari seberapa pantas yang boleh di antara pagar dan melepasi halangan (pagar) itu.Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan.Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.

1.0 PENGENALAN Acara olahraga lari berpagar kurang mendapat perhatian dalam rancangan Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah masalah ketiadaan atau kekurangan alatan yang sebenar. Selain itu, mungkin juga ada pihak menganggap bahawa aktiviti ini adalah suatu lompatan yang terlalu teknikal dan oleh itu kurang sesuai bagi para pelajar sekolah. Faktor-faktor yang disebutkan di atas tidak seharusnya timbul. Seorang guru yang berpengetahuan dan kreatif boleh menggunakan alatan asas seperti tali, batang rotan dan skitel untuk mengajar kemahuran asas lari berpagar. Alatan tersebut adalh memadai untuk memperkenalkan asas-asas lari berpagar kepada para pelajar sekolah rendah. Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan. Lari berpagar ialah larian pecut melepasi halangan-halangan yang disusun rapi di trek. Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk

tujuan mempopularkan acara ini. Bagi acara lati berpagar, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagarpagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini dia akan dapat melenturkan badannya secara automatic semasa membuat lompatan. Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar di peringkat awalan, para guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu para pelajar mempelajari asasasas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka. Di samping itu, cara pengajaran ansur maju juga dapat menyemaikan sifat-sifat keyakinan diri dalam kalangan pelajar. 4.0 SEJARAH LARI BERPAGAR

Dalam acara lari berpagar pula, pagar yang dilalui sebenarnya, merupakan pintu kandang biri-biri. Larian pada nusa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok. Pada tahun 1886, Arthur Crooml' daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990. Pada tahun 1896, senma acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971. Bagi acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pasukan Jerman mencatat masa 42.3 saat dalam tahun 1912. Dan masa ini dicatat di bawah 40 saat dalam tahun 1936 oleh pasukan Amerika Syarikat dengan catatan 39.8 saat. Untuk pasukan wanita, pasukan Jerman berjaya mencatat 46.4 saat pada tahun 1936. Dan pasukan Jeman juga berjaya mencatatkan masa 41.37 saat dalam tahun 1985. 5.0 LARI BERPAGAR DEFINISI Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan.

Kemahiran lari pecut, boleh dipelajari dan dipraktikkan dengan menggunakan alatan seperti: - tali - batang rotan - skitel Bagi acara lari berpagar seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta ialah - kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagarpagar. - Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta juga mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia akan dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan. Latihan ansur maju adalah satu latihan yang amat sesuai untuk dijalankan sebagai langkah awal dalam usaha memperkenalkan lari berpagar kerana ia memberi keseronokan dan menyemai sifat-sifat keyakinan diri dikalangan pelajar.

[b]6.0 FASA-FASA LARI BERPAGAR

1. Menuju pagar pertama Bilangan langkah larian hendaklah tetap Berlari dengan pantas (lari pecut) Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.

2. Lonjakan Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa. Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi. Apabila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan. Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan. Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar.

Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki. 3. Melepasi pagar Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah kehadapan. Bongkokkan badan kehadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

4. Pulihan Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu. Condong badan dikekalkan. Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar. 5. Berlari di antara pagar Bilangan langkah hendakalah sama Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan. 6. Mengakhiri larian Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat 7.0 JENIS-JENIS PAGAR 1) NATIONAL ALUMINIUM HURDLE 2) POLANIK HURDLE 3) UCS INTERNATIONAL HURDLE 4)UCS ULTIMATE HURDLE

8.0 LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR

Latihan 1 Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu.

Melangkah batang rotan Latihan 2 Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan. Melangkah batang rotan yang ditinggikan 1) Tujuan latihan 1 dan 2 ialah; Untuk membantu setiap peserta membina ritma Untuk membantu setiap peserta membina bilangan langkah yang seragam ketika berlari diantara halangan. 2) Semasa latihan berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat dengan menyebut, Lompatsatuduatigalompat

Latihan 3 Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Peserta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta. Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.

Latihan menggerakkan kaki belakang Latihan 4 Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun. Susun batang rotan dan lompat melepasinya Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar. Latihan 5 Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya dekam sehingga ke garisan penamat.

Tujuan latihan ini ialah untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.

9.0 PERATURAN ASAS BAGI PERLUMBAAN LARI BERPAGAR PERATURAN 163 1.Terdapat 10 pagar di sepanjang trek larian. 2.Pelari berlari dalam lorong masing-masing. 3.Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan berikut: Mengheret kaki di bawah palang pagar. Melompat pagar di lorong lain. Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

BIBILIOGRAFI
1. Teng Boon Tong (1989) SIRI PENDIDIKAN LOGMAN, Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian & Kejurulatihan) . KARISMA PUBLICATIONS SDN.BHD. SHAH ALAM

2. WEE ENG HOE (2003) SIRI PENDIDIKAN PERGURUAN, Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian & Kejurulatihan) . KARISMA PUBLICATIONS SDN.BHD. SHAH ALAM

3. I.A.A.F (1984). Track & Field: A Basic Coaching Manual ( development programme book No 1). London : IAAF.

4. Wee Eng Hoe (1996). Gerak Kerja Kokurikulum (sukan). Shah Alam: Fajar Bakti

5. KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (2006-2007), Buku Peraturan OLAHRAGA

6. Vasudevant T. Arasoo (1993). Olahraga Acara Padang. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

7. http://www.completetracktraining.com/x. ... wPage/4853

8. http://www.CompleteTrackTraining.com

9. Email: info@CompleteTrackTraining.com

10. http://www.Mfathletic.com

Anda mungkin juga menyukai