Anda di halaman 1dari 11

LIMA PRINSIP TAMADUN ISLAM Memelihara nyawa dan jiwa

5 prinsip tamadun Islam


Memelihara agama
Memelihara akal

Memelihara nyawa dan jiwa


Memelihara maruah dan keturunan

Memelihara harta

Prinsip memelihara agama


Allah menghukum orang yang menukar agama iaitu murtad dengan hukuman bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yang agung ini sentiasa terpelihara bukan untuk dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran: Dan barangsiapa dari kamu yang berpaling daripada agamanya, lalu ia mati padahal ia tetap kafir, maka gugurlah amal-amal mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka akan jadi ahli neraka yang mereka (akan) kekal di dalamnya (Al Baqarah : 217).

Prinsip memelihara akal


Allah mengharamkan benda-benda yang memabukkan kerana hendak memelihara akal manusia. Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal. Hadis Nabi saw: Bahawasanya Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat dan abu baker menyebat 40 kali dan Umar menyebat 80 kali

Prinsip memelihara nyawa dan jiwa


Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yang menghilangkan nyawa manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas bunuh. Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Firman Allah maksudnya "Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hukuman atasnya kerana telah membunuh orang lain atau kerana telah melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia telah membunuh semua manusia" (al-Nisa:32)

Prinsip memelihara keturunan


Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Firman Allah swt : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah swt, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman (An-Nuur ayat 2).

Prinsip memelihara harta


Harta perlu dipelihara dengan baik, maka Allah mensyariatkan supaya mereka yang mencuri harta dikenakan hukuman apabila mempunyai syarat-syarat dan bukti yang sahih. Tiada sesiapa berhak mengambil harta orang lain tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T. Hadis Rasulullah yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Tegahan dan larangan


o Mengancam nyawa dan jiwa dengan makan atau minum benda yang boleh menyebabkan kematian. o Membunuh orang lain kerana alasan takut miskin. o Membunuh diri dan membinasakan diri sendiri.

Kesimpulan
Dalam Islam pembunuhan boleh dilakukan tetapi dengan syarat dan keadaan tertentu yang dibenarkan oleh syarak dan syariat Islam demi untuk mendapat keadilan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk.

Tamadun Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan serta memelihara harta yang kesemuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Allah Taala melarang, menegah dan mengutuk orang yang membunuh diri sendiri dan membunuh orang lain tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak. Semua tegahan tersebut melambangkan Islam dan tamadun yang wujud daripada Islam memelihara keselamatan jiwa dan nyawa seluruh manusia.

Allah Taala telah melarang manusia membunuh dirinya sendiri seperti firmanNya yang bermaksud: Janganlah kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah Maha Belas Kasihan kepadamu. (Al-Nisa: ayat 29) Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Anda mungkin juga menyukai