Anda di halaman 1dari 7

3.1 Pengenalan Kepada Pelbagai Fasa Aktiviti Produksi 3.1.1 Mengenalpasti dan mendefinisikan pelbagai aktiviti produksi: a.

praproduksi b. produksi c. pasca produksi 3.2 Praproduksi 3.2.1 Membanding bezakan peringkat dalam praproduksi: a. penyediaan skrip b. papan cerita c. shooting board d. animatic 3.2.2 Menghasilkan video pendek (satu minit) untuk menggambarkan proses praproduksi. 3 Fasa dalam Aktiviti Produksi digital video : Praproduksi Produksi Pasca Produksi

Fasa Praproduksi
Pra Produksi merupakan fasa perencanaan / perancangan. Merupakan peringkat persiapan sebelum memulakan proses produksi (shooting film atau video). Contoh: membuat senarai rakaman atau perancangan jadual kerja yang akan dilakukan sehinggalah yang lebih kompleks seperti penghasilan skrip, carta alir video yang akan dirakam dan papan cerita. Tentukan subjek utama, subjek sampingan, lokasi, teknik rakaman, turutan rakaman dan elemen lain. Sistematik , jimat masa & tenaga. Tujuan pra produksi adalah mempersiapkan segalanya agar proses produksi dapat berjalan sesuai dengan konsep serta dapat menghasilkan suatu projek digital video yang dikehendaki. Elemen-elemen penting dalam fasa ini adalah : Menyediakan outline/skrip Papan cerita Shooting Board Rencana Anggaran Biaya Menghasilkan Outline/Skrip

1. Menyediakan outline / skrip merupakan rencana kasar sebagai dasar pelaksanaan. membuat point-point pekerjaan yang berfungsi membantu kita mengidentifikasi material apa saja yang harus dibuat, didapatkan, atau disusun supaya pekerjaan kita dapat berjalan. Outline dapat disusun dengan rakan kerja atau dengan klien kita, supaya kita dapat menghasilkan sebuah visi dan persepsi yang sama tentang langkah pelaksanaan projek yang akan dibuat. Bertindak seperti skrip ringkas bagaimana keseluruhan aktiviti ingin dirakamkan bagi membentuk satu jalan cerita menarik. Contoh: Proses menerbitkan video berkaitan dengan permainan bola sepak. Rakaman jarak jauh menunjukkan beberapa orang berpusu memasuki stadium. Rakaman jarak dekat menunjukkan beberapa orang penonton sedang mengambil tempat duduk masing-masing. Rakaman jarak jauh menunjukkan suasana pemain sedang bersedia sebelum permainan bermula. Rakaman jarak dekat menunjukkan seorang pemain bola sepak sedang mengikat tali kasut. Rakaman jarak dekat menunjukkan wajahbeberapa orang pemain utama. Rakaman menunjukkan pemain-pemain sedang melakukan senaman memanaskan panas badan. Rakaman kepada papan markah, sebelum dan selepas permainan. Rakaman menunjukkan suasana atau tingkah laku penonton. Rakaman beberapa babak menarik semasa permainan sedang berlangsung. Rakaman menunjukkan pengadil bola sepak meniup wisel penamat. Rakaman menunjukkan pemain-pemain bola bersalaman. Rakaman menunjukkan penonton meninggalkan padang. Rakaman jarak jauh menunjukkan matahari terbenam. Menghasilkan Skrip Skrip ialah merupakan satu dokumen yang memberi idea kepada keseluruhan rakaman video yang akan dijalankan. Maklumat: - gambaran lokasi/persekitaran cerita berlaku - babak / subjek yang akan dirakamkan - teknik rakaman yang akan digunakan

- dialog atau suara latar yang akan digunakan. - tempoh masa rakaman bagi setiap babak. 2 jenis skrip: Skrip spesifikasi disediakan untuk penerbit dan aktor yang terlibat. Skrip rakaman skrip untuk panduan pengarah, jurukamera, perakam audio dan kakitangan teknikal lain. Sediakan outline untuk menggambarkan setiap aktiviti untuk setiap babak yang akan dirakamkan bagi mudah menghasilkan skrip. Skrip berperanan menetapkan nombor bingkai yang berkaitan dengan babak video yang akan dihasilkan dan masa yang diperlukan. FORMAT SKRIP VIDEO: SATU LAJUR Format penulisan Skrip : 1 helaian 1 minit persembahan video. Pengenalan lokasi/persekitaran cerita berlaku dan seterusnya dialog Nama watak ditulis HURUF BESAR. Maklumat kelakuan ditulis di bawah nama dan dalam ( ). Baris beikut disusuli dialog si watak. Jenis tulisan : Courier Langkau 1.5 atau 2 membolehkan teks mudah dibaca. 1. Helaian tajuk ( tajuk video-nama penulis skrip/cerita status video;asli / adaptasi) 2. Ada mukasurat sebelah kanan-bawah selepas helaian tajuk dan ditulis bersama tajuk projek.Contoh: Komputerku Rosak Lagi Halaman 1 3. Dimulakan tajuk babak di bahagian atas helaian diikuti teks FADE IN etc- kesan khas/teknik pengambaran yang akan diguna bagi memulakan babak. 4. Nyatakan nama lokasi/ persekitaran . Contoh: INT. BILIK KULIAH EXT. MEDAN MELETAK KENDERAAN MALAM a. Penerangan ringkas mengenai suasana di mana babak berkaitan akan dilaksanakan. INT/EXT. LOBI HOTEL/JALAN RAYA PAGI (Aktor memandang aktiviti yang berlaku di seberang jalan dari lobi hotel)

Atau ISMAIL dan ZUBAIDA berjalan seiring ke arah sebuah kedai runcit. Tiba-tiba kedengaran bunyi ENJIN KENDERAAN yang membingitkan telinga. Keliahatan empat buah motorsikal berkuasa besar menghampiri mereka berdua. 5. Nama / perwakilan (kali pertama HURUF BESAR) bagi setiap watak yang akan mengucapkan dialog akan diletakkan / dijajarkan di bahagian tengah skrip. Teks/dialog yang diucap diletak dibahagian bawah nama ( LEFT JUSTIFY / CENTER) Format: NAMA (Arahan) Dialog yang akan diucap oleh aktor ISMAIL (Memandang wajah Zubaida dengan penuh rasa cemas) Zubaida, dengar cakap abah baik-baik. Zubaida lari masuk ke dalam kedai tu dan tunggu sampai ibu datang. Ismail terus melarikan diri ke arah hutan yang berdekatan manakala anaknya Zubaida pula melarikan diri ke arah kedai seperti mana yang diarahkan oleh lelaki tersebut. CUT TO:

Arahan bagaimana babak tersebut akan berubah ke babak seterusnya. Mewakili jenis kesan kamera/teknik penggambaran. FORMAT SKRIP VIDEO: DUA / LEBIH LAJUR Penerbitan video yang lebih bersifat dokumentari. KONSEP Objektif Video SKRIP Video ini akan VISUAL Grafik: Paparan teks objektif program video Multimedia merupakan. Paparan seorang lelaki sedang mengajar dalam kelas menggunakan komputer notebook AUDIO Muzik dan suara latar MASA 0.00.10

Pengenalan

Muzik dan suara latar

0.00.15

dan projektor LCD FADE OUT:

Storyboard Storyboard merupakan coretan gambar/sketsa seperti gambar komik yang menggambarkan kejadian dalam film. Di dalam gambar tersebut juga berisi catatan mengenai adegan, sound, sudut dan pergerakan kamera, dan lain sebagainya. Penggunaan storyboard jelas akan mempermudah pelaksanaan dalam proses produksi nantinya. Rencana Anggaran Biaya anggaran biaya produksi amat penting dalam perancangan sesuatu produksi. Dalam projek professional, rencana anggaran biaya berguna untuk melancarkan perancangan kewangan sesebuah produksi. Tanpa anggaran biaya yang terancang, dan hanya mengandalkan spekulasi, akan berpotensi untuk mengalami kerugian yang besar. Rencana anggaran biaya meliputi gaji untuk kita, rakan kerja, actor dan talent lainnya (effect specialist, graphics designer, muzik, narrator, dan animal trainers), begitu pula dengan pembelian kaset DV, biaya sewa lokasi, kostum, properties, sewa peralatan, catering dan yang lainnya.

Fasa Produksi
Melibatkan beberapa aktiviti dan bermula denga proses merakam berdasarkan skrip/storyboard yang dirancang. Selama proses produksi berlangsung, perhatian kita akan tertuju pada lighting/pencahayaan, blocking (dimana dan bagaimana aktor atau subjek kita bergerak), dan shooting (bagaimana pergerakan kamera dan dari sudut mana scene kita dilihat). Proses kerja: Penggunaan kamera untuk rakaman dalam dan luar bangunan Pencahayaan dalam dan luar bangunan Rakaman audio video dalam dan luar bangunan Kawasan, hiasan latar, pentas, studio, pemasangan perlatan Organisasi kakitangan jurukamera, gripper, switcher, penerbit, pengurus tapak

Fasa Pasca Produksi


Selesai rakaman, didigitalkan, disunting dan sbg maka boleh diintegrasi ke dalam laman web, aplikasi multimedia, VCD etc. Melibatkan proses kerja yang dilakukan selepas rakaman iaitu koleksi klip video. Melibatkan proses penyuntingan: memotong, menyalin dan menyusun video), menambah kesan khas (transisi, kesan peralihan babak), kesan bunyi/suara, serta teks tajuk dan grafik. Akhirnya, projek video yang telah siap boleh disebar kepada umum menerusi media ( CD, VCD, DVD, Web etc) Panduan Umum Apabila Melakukan Penggambaran Video Sebelum Penggambaran: 1. Semak perancangan kerja semak perancangan projek penerbitan (skrip, papan cerita) bersama ahli kumpulan. Sediakan senarai semak tugas, senarai semak peralatan, senarai semak shot yang perlu diambil. 2. Semak dan Uji peralatan Semasa Penggambaran: 1. Sediakan kamera 2. Mulakan penggambaran Amalkan kamera merakam sebelum dan selepas shot 5-10 saat Amalkan merakam babak pemula dan penutup (dramatik) Pelbagaikan rakaman guna teknik penggambaran & pergerakan kamera & peralihan babak & jenis shot secara logik. Selepas Penggambaran: Labelkan media storan selepas digunakan.Kemas dan simpan perlatan, cas bateri. Contoh Projek Liputan Video Majlis Keramaian 1. Fasa Pra-produksi Kumpul maklumat mengenai majlis yang akan dirakam Tetapkan perlatan yang akan digunakan (kamera video, mikrofon, pencahayaan) Jelaskan Sesi latihan atau pra-rakaman sekiranya perlu 2. Fasa Produksi Mulakan rakaman lebih awal Tambahkan cerita dalam setiap babak yang dirakamkan Rakamkan gelagat tetamu dan perlihatkan kegembiraan Rakamkan setiap acara utama majlis Rakamkan penamat yang mampu meninggalkan kesan 3. Fasa Pasca-produksi Menyunting video

Menambah kesan khas dan muzik latar Menambah grafik dan teks tajuk Menyimpan video dalam format yang diperlukan

Anda mungkin juga menyukai