Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Surah ad-Dhuha merupakan surah ke 93 dalam al-Quran dan mempunyai 11 ayat. Surah ini
dinamakan surah Makkiyah kerana diturunkan di Makkah. Surah ini diturunkan ketika
junjungan kita Nabi Muhammad SAW sedang bersendirian dan turun setelah berlaku suatu
tempoh masa tiadanya wahyu baru yang turun kepada baginda sehingga menimbulkan fitnah
dalam kalangan penduduk di Kota Makkah.


Intisari Ayat
Orang yang rajin berusaha akan berjaya.
Allah menyuruh kita supaya:
1) mengasihi anak yatim.
2) memberi layanan yang baik terhadap orang yang meminta bantuan.
3) menyebut nikmat Allah sebagai tanda kesyukuran kepadaNya.











Surah Ad-Dhuha

_/E^O_-4 ^ ^O--4 -O)
_/EEEc ^g 4` El4NE14 ElG4O 4`4
_O>~ ^@ 7E4O==4 OOE El-
=}g` _O1- ^j 4O=O4
ECOgCuNC ElG4O -/E@uO4 ^)
E;_ V1g4C O44* ^g
EEE}44 ".= OEE_ ^_
EEE}44 1Ej*.~4 _/E_^N ^g
E` =1g41^- E OE_^> ^_
E`4 j*.OO- E OOgu+>
^
E`4 gOEugL) El)4O
;[g-EC ^
1. Demi waktu dhuha,
2. dan malam apabila ia sunyi sepi
3. (bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci
(kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik).
4. dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada
permulaannya.
5. dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
di akhirat) sehingga Engkau reda iaitu berpuas hati.
6. Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
7. dan didapatinya Engkau mencari-cari (jalan Yang benar), lalu ia memberikan hidayah
petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
8. dan didapatinya Engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan?
9. oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah Engkau berlaku kasar terhadapnya,
10. adapun orang Yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah Engkau tengking
herdik;
11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai
bersyukur kepadaNya.







Tafsir Surah Ad-Dhuha




Nama surah

Dinamakan bersempena dengan nama pembukuannya apabila Allah SWT bersumpah
dengan ad-Dhuha.
Al-Dhuha ialah waktu permulaan siang hari ketika matahari mulai meninggi.
Allah SWT bersumpah dengan ad-Dhuha untuk mengingatkan pentingnya waktu ini di
mana segala-galanya diterangkan oleh cahaya.
Surah ini diturunkan untuk menceritakan perihal Nabi Muhammad SAW.
Manakala surah sebelumnya yakni surah al-lail diturunkan untuk memaparkan sifat
orang yang bakhil.
Oleh itu dimulakan dengan al-Lail iaitu gelap dan kegelapan.


Kaitan Surah dengan Surah Sebelumnya

+ Surah al-Lail disudahi dengan janji positif dan baik daripada Allah SWT untuk
memuliakan orang-orang yang bertakwa di akhirat. Di dalam surah ini pula Allah
SWT memperkuatkan lagi janji tersebut khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW
dengan firmanNya (bermaksud): dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya
kepadamu,sehingga kamu redha(berpuas hati).
(ad-Dhuha, 93:5)

+ Allah berfirman di dalam surah sebelumnya (bermaksud): dan kelak akan di jauhkan
orang yang paling bertakwa dari neraka itu (al-Lail, 92:17), kemudian Allah SWT
menjelaskan lagi tambahan nikmatNya kepada penghulu seluruh orang-orang yang
bertakwa iaitu Rasulullah s.a.w di dalam surah ad-Dhuha.






Kandungan Surah

Surah al-Dhuha ini mengandungi kisah peribadi Nabi Muhammad SAW. Ia mempunyai empat
objektif, iaitu:

1) Bermula dengan sumpah Allah bahawa Dia tidak lupa dan tidak memarahi Nabi
Muhammad s.a.w sebagaimana Allah S.W.T tidak menjauhkan diri daripada Baginda
dan tidak meninggalkannya.sebaliknya kedudukan Nabi Muhammad SAW adalah
tinggi di sisi Allah. Baginda kekal mendapat pembelaan rabbaniyah daripadaNya.

2) Nabi Muhammad SAW diberi berita gembira oleh Allah dengan pemberian yang amat
banyak di akhirat. Di antaranya yang paling besar ialah kudrat memberi syafaat.
(ad-Dhuha: 5)

3) Surah ini menyenaraikan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada
Nabi Muhammad SAW semenjak kecil. (ad-Dhuha: 6)

4) Surah ini diakhiri dengan tiga pesanan utama kepada Nabi Muhammad SAW iaitu
supaya berlembut dan menyayangi anak yatim, menjalinkan hubungan dengan orang
miskin dan mensyukuri nikmat-nikmat besar yang dikurniakan kepadanya iaitu nikmat
diangkat menjadi nabi dan lain-lain; melalui firman Allah SWT (bermaksud): adapun
terhadap anak yatim,maka janganlah kamu berlaku kejam. Dan terhadap orang yang
minta-minta,maka janganlah kamu mengherdik mereka. Dan terhadap nikmat
Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur) .

(ad-Dhuha: 9-11)






Asbabun Nuzul

Sebab turun ayat 1 dan seterusnya:
Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya meriwayatkan dari Jundub bahawa Nabi
mengalami demam dan tidak dapat sembahyang malam satu atau dua malam.
Kemudian datang seorang perempuan mengejek Baginda dan berkata: nampaknya
syaitan (Jibril) yang selalu datang mengganggu kamu itu mungkin sudah pergi
meninggalkan kamu.
Kemudian Allah turunkan ayat:
_/E^O_-4 ^ ^O--4
-O) _/EEEc ^g 4` El4NE14 ElG4O
4`4 _O>~ ^@
Said bin Mansur dan al-Faryabi meriwayatkan dari Jundub bahawa ia berkata pada
suatu ketika Jibril lewat membawa wahyu kepada Rasulullah. Orang-orang kafir
menuduh dan berkata Muhammad telah ditinggalkan (oleh Tuhannya). Kemudian
turunlah surah ini.
Al-Hakim meriwayatkan dari Zaid bin al-Arqam, katanya: pada suatu masa agak
lama Rasulullah tidak dikunjungi oleh Jibril. Umm Jamil, isteri Abu Lahab pun
mengejek sinis dan berkata: Nampaknya kawan kamu itu telah meninggalkan dan
memboikot kamu. Lalu Allah pun menurunkan surah ini.
Ibn Jirrir meriwayatkan dari Abdullah bin Shaddad, katanya: bahawa Saidatina
Khadijah pernah berkata kepada nabi: pada pandangan aku, tuhanmu mungkin telah
meninggalkan kamu kemudian turunlah surah ini.




Sebab Penurunan Ayat 5:
Al-Hakim, al-Baihaqi, Tabrani dan lain-lain meriwayatkan daripada Ibnu Abbas
katanya: diperlihatkan kepada Rasulullah SAW daerah yang dibuka oleh umat Islam,
kampung demi kampung, maka ia menggembirakan nabi Muhammad SAW, lalu Allah
menurunkan ayat (bermaksud): dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya
kepadamu, lalu kamu akan redha(berpuas hati). (ad-Dhuha:5)

Tafsir dan Ulasan
a) Firman Allah (bermaksud): Demi waktu pagi, Dan demi waktu malam ketika sunyi
sepi, Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia benci kepadamu.
(ad-Dhuha: 1-3)
Allah bersumpah dengan al-Dhuha iaitu waktu matahari mulai meninggi di awal
pagi.
Yang dimaksudkan disini ialah waktu siang sebagai gandingan dengan
malam.Allah bersumpah dengan waktu malam apabila ia mulai tenang dan
menyerap cahaya siang dengan kegelapannya.
Allah bersumpah dengan kedua-duanya bahawa Dia tidak memutuskan hubungan
denganmu(Muhammad) dan tidak meninggalkan kamu.
Allah tidak menghentikan wahyu darimu dan tidak membenci kamu seperti mana
sangkaan sebahagian orang atau apa yang kamu rasakan di dalam hati kamu.


b) Firman Allah (bermaksud): dan sesungguhnya (kehidupan) akhirat itu lebih baik
bagimu dari kehidupan di dunia.
(ad-Dhuha: 4)
Maksudnya, hari akhirat itu lebih baik bagimu daripada di dunia ini sekiranya
ditakdirkan wahyu itu benar-benar terputus dari kamu dan kamu wafat.
Demikian juga masa hadapanmu lebih baik dari masa silammu.
Hari demi hari kamu akan bertambah mulia dan tinggi kedudukanmu.
Oleh itu jangan kamu menyangka bahawa Allah meninggalkan dan membencimu.
Bahkan setiap hari darjat dan kedudukan kamu, Allah angkat setinggi-tingginya.
Sesungguhnya kemuliaan dunia ini amat kecil berbanding dengan kemuliaanmu wahai
Muhammad.


c) Firman Allah (bermaksud): dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya
kepadamu, lalu kamu akan redha(berpuas hati)
(ad-Dhuha: 5)
Maksudnya, Tuhanmu akan mengurniakan kepadamu dengan pemberian nikmat yang
besar di dunia dan akhirat.
Nikmat yang akan dikurniakan di dunia ialah perkembangan dan penerimaan agama
Islam.
Nikmat di akhirat ialah ganjaran pahala, telaga kauthar dan pemberi syafaat untuk
umatmu.
Semua ini adalah dalil yang menjadi hakikat ketinggian dan kemuliaan baginda di
dunia dan di akhirat.
Di akhirat nanti kedudukan Nabi Muhammad SAW ,mengatasi para nabi dan manusia
dengan kudrat memberi syafaat yang besar di padang mahsyar.
Ayat ini datang dalam bentuk penegasan untuk menggambarkan bahawa perkara-
perkara yang disebutkan itu adalah pasti.


d) Firman Allah (bermaksud): bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu
Dia melindungimu. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang hilang arah, lalu Dia
memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang serba kekurangan,
lalu Dia memberikan nikmat yang mencukupi.
(ad-Dhuha: 6-8)
Maksudnya: tidakkah Tuhan mendapatimu sebelum ini yatim tanpa bapa, lalu
diberikan kepadamu tempat perlindungan iaitu rumah datukmu abdul Muttalib dan
rumah bapa saudaramu Abu Talib.
Tuhanmu juga mendapati kamu fakir tidak mempunyai harta, maka Dia kurniakan
kepadamu dengan keuntungan perniagaan harta Khadijah, serta Allah memberi berkat
dan sifat qanaah kepadamu.

e) adapun terhadap anak yatim,maka janganlah kamu berlaku kejam.
(ad-Dhua: 9)
Maksudnya: sebagaimana kamu sebelumnya yatim dan Allah SWT memberi
perlindungan kepadamu, maka janganlah kamu menghina anak-anak yatim,
menghalang hak mereka dan berlaku zalim terhadap mereka.
Sebaliknya hendaklah kamu menunaikan hak mereka, berbuat baik dan berlembut
dengan mereka serta ingatlah saat kamu yatim dahulu.

f) dan terhadap orang yang minta-minta, maka janganlah kamu mengherdiknya.
(ad-Dhuha: 10)
Maksudnya: sebagaimana kamu dahulunya sesat, kemudian diberi hidayah oleh Allah,
maka janganlah kamu menghalau orang-orang yang datang untuk meminta petunjuk
ilmu atau meminta harta bahkan kamu perlu memberi layanan kepada mereka dengan
sebaik-baiknya.

g) dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu selalu menyebut-nyebutnya
dengan bersyukur).
(ad-Dhuha: 11)
Maksudnya: hendaklah kamu (wahai Muhammad) menyebut dan menceritakan
nikmat-nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada kamu dan bersyukurlah dengan
nikmat tersebut.
Nikmat yang dimaksudkan di sini ialah kerasulan dan al-Quran serta lain-lain nikmat
yang disebutkan di dalam ayat-ayat sebelumnya.






Pengajaran Ayat

1. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan yang gemilang.
2. Kita perlu menolong orang yang memerlukan bantuan dan tidak menyakiti hati
mereka.
3. Kita hendaklah mengasihi anak yatim dan tidak menzalimi mereka.
4. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.
5. Dalam perjuangan menegakkan Islam akan datangnya banyak tribulasi dan mehnah.
Dihadapi oleh Rasulullah sejak awal kebangkitan islam.
Contoh: peristiwa di mana orang kafir Quraisy telah memburukkan nama Rasulullah
di mata masyarakat kabilah-kabilah yang datang ke Madinah untuk melakukan ibadah
haji dan berniaga. Mereka telah menggelar Rasulullah dengan gelaran yang tidak elok
seperti 'orang gila.
Tujuannya supaya Islam tidak tersebar ke kabilah-kabilah ini. Tetapi berkat usaha dan
kesabaran Rasulullah akhirnya telah termeterai perjanjian Aqabah dengan masyarakat
Madinah.
Di dalam Al-Quran:
1) Surah At-Taubah ayat ke 42 yang mengatakan bahawa perjuangan itu tidak mudah
dan jauh.
2) Surah At-Taubah ayat ke 41 mengatakan bahawa pengorbanan itu perlu dalam
berdakwah.
3) Sesungguhnya Allah telah menjanjikan dalam ayat ke 4 surah ad-Dhuha
bahawasanya hari akhirat itu lebih baik dari duniawi.
6. Sentiasa bersabar dan berlapang dada dengan tribulasi dan mehnah yang melanda.
Termaktub di dalam al-Quran pada surah al-Insyirah. Oleh itu sebagai muslim
merangkap para Daie' kesabaran itu menjadi faktor utama kejayaan dakwah.
Moga Islam itu terus berkembang dan terbentuknya khilafah islamiyyah yang
telah lama tiada dengan peranan pemuda-pemuda Islam.
Sentiasalah menjadi seorang hamba yang bersyukur, zuhud dengan dunia dan
sentiasa menginginkan akhirat ( kisah yang diceritakan dalam syarah Hadith
yang pertama dalam buku Hadith 40 Imam Nawawi bahawasanya Rasulullah
pernah ditanya oleh Aisyah mengenai solat yang dilakukan baginda hingga
kaki baginda bengkak. Maka Rasulullah menjawab, "salahkah aku menjadi
hamba yang bersyukur).

Anda mungkin juga menyukai