Anda di halaman 1dari 59

1.

0 STRUKTUR Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan. 2.0 REKABENTUK Sebelum sesuatu bangunan itu dibina satu kajian menyeluruh akan dibuat oleh perekabentuk untuk memastikan struktur bangunan itu mampu menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya. Kajian ini adalah penting dalam proses membina sebuah bangunan kerana ia akan menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur itu. Beban yang dikenakan sentiasa berbeza dari satu bangunan dengan satu bangunan yang lain kerana kegunaan berbeza dan ini memerlukan kajian struktur yang menyeluruh untuk setiap bangunan yang hendak dibina. Proses rekabentuk struktur ini boleh dibahagikan kepadadua (2) peringkat iaitu:

(i) Analisis Struktur

(i i) Rekabentuk Struktur 2.1.2 Analisis Struktur Analisis struktur dibuat untuk mengetahui daya yang bertindak ke atas bahagian struktur. Daya yang sering digunakan ialah daya momen dan daya ricih. Proses ini melibatkan perkiraan dan formula-formula yang rumit dan ia memerlukan tenaga jurutera yang berpengalaman serta peralatan komputer untuk mempercepatkan proses ini. Penggunaan pakej-pakej penyelesaian secara berkomputer ini walaubagaimanapun perlulah diguna dengan memahami konsep asas dan teori analisa struktur bagi mengelakkan hasil perkiraan yang tepat dari segi proses tetapi salah dari segi input dan parameter rekabentuk. 2.1.3 Rekabentuk Struktur Rekabentuk struktur ialah proses kedua setelah daya-daya diperolehi dari analisis struktur. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz elemen struktur serta pengiraan tetulang yang diperlukan (bagi kes struktur konkrit tetulang) . Rekabentuk dilakukan berpandukan kod(kanun) amalan yang diperakukan. Di negara ini kita masih menggunakan secara meluas kod-kod amalan negara maju terutama kod Piawaiwan British. Namun begitu kod-kod US, Jepun, German dan Australia juga digenakan oleh mereka yang lebih mahir dengan kod-kod tersebut. Perkembangan kejuruteraan dari masa,ke semasa menyebabkan piawaian yang dipakai dikemaskini oleh pihak yang mengeluarkan dan ini mengakibatkan perubahan kepada kaedah dan tuntutan rekabentuk kini tidak dapat dielakan. Khidmat Jurutera yang mahir serta penggunaan komputer adalah keperluan asas dalam membuat rekabentuk struktur dekad ini. Analisa, rekabentuk dan lukisan-lukisan pembinaan ringkas seperti sebuah rumah banglo atau dewan boleh dihasilkan dalam masa hanya sehari pada waktu ini dibandingkan sekitar seminggu sebelum ujudnya komputer. 3.0 KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR 3.1 RASUK Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat. 3.1.2 Jenis-Jenis rasuk a) Rasuk Utama (Main Beam) Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang. b) Rasuk Kedua (Secondary Beam) Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut. c) Rasuk pengikat (Tie Beam) Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan.

d) Rasuk tepi (Edge Beam) Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di antara tiang-tiang di sebelah luar.3.1.3 Rasuk direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:a) Rasuk tupang mudah b) Rasuk Selanjar.. c) Rasuk julur. d) Rasuk Kerangka 4.0 PAPAK (LANTAI) Elemen kepingan mendatar yang menanggung beban-beban lantai dan bumbung terdiri dari jenis tupang mudah, selanjar dan julur. a) Papak rentangan sehala Bertetulang untuk menanggung beban merentasi rentang yang pendek. b) Papak dua hala Bertetulang untuk menanggung beban secara dua hala kepada penyokong keempat-empat sisinya. c) Papak Pipih Papak lantainya ditanggung terus oleh tiang-tiang tanpa rasuk. 5.0 DINDING KONKRIT Elemen kepingan tegak yang mungkin menanggung beban tegak atau mendatar. Dinding boleh jadi dirembat atau tidak dirembat dan pendek atau lansing. a) Dinding konkrit tetulang Tetulangnya direkabentuk untuk menanggung beban. b) Dinding konkrit biasa Tetularignya tidak diambil kira dalam hitungan kekuatannya. Tetulang diletakan bagi mencegah keretakan sahaja. c) Dinding ricih Menanggung beban satahan(plane) mendatar dan tegak (in plane loads) yang disebabkan oleh angin dan digunakan untuk merembat bangunan. 6.0 TANGGA Tangga merupakan papak condong rentang sehala berfungsi sebagai penghubung antara-satu tingkat ke satu tingkat yang lain.6.1 Jenis-jenis tangga a) Rentangan Lintang Tangga ini amnya disusun untuk merentang antara dinding-dinding atau rasuk-rasuk tepi. Tetulang utama yang diperlukan biasanya mengandungi satu bar bagi satu anak tangga. Keluli agihan diletakan sepanjang larian tangga. b) Rentangan memanjang Tangga merentang antara penyokong-penyokong di atas dan di bawah larian. Penyokong ini samada rasuk, dinding atau papak pelantarnya. 7.0 TIANG Komponen tegak yang menanggung beban paksi vang diagihkan oleh rasuk. 7.1 Jenis-jenis tiang

a) Di rembat Terjadi pada bangunan~bangunan yang beban mendatarnya ditanggung oleh dinding ricih atau lainlain bentuk rembatan. b) Tak di rembat Terjadi pada bangunan-bangunan kerangka tegar di mana beban mendatar ditanggung secara lenturan oleh rasuk dan tiang. c) Pendek Tiang ini gagal secara pecahan konkritnya. d) Langsing Momen yang disebabkan olih pesongan akibat daripada ledingan hendaklah diambil kira. 8.0 ASAS Komponen ini memindahkan dan menyebarkan beban keseluruhan struktur kepada tanah. 8.1 Jenis-Jenis Asas a) Penapak terasing (Pad footing) Penapak terasing di bawah tiap-tiap tiang. b) Penapak Jalur (Strip footing) Penapak selanjar di bawah dinding atau sebaris tiang. c) Penapak bergabung Menanggung dua tiang ataulebih. d) Asas rakit dan lantai bawah tanah Asas bergabung yang menanggung keseluruhan bangunan. e) Asas Cerucuk Ditanggung oleh cerucuk geseran atau galas hujung. Cerucuknya boleh jadi dari pratuang (precast) atau tuang di situ (cast in-situ). 9.0 TETULANG Dalam kes struktur yang dibina dari konkrit bertetulang, bar-bar keluli diletakan di dalam konkrit tetulang untuk menahan daya tegangan dan juga untuk membantu menanggung daya mampatan dalam struktur. Bar tetulang juga merahan ricih dan mengelakan keretakan berlaku. 9.1 jenis-jenis bar a) R Bar bulat keluli sederhana (Mild Steel) b)Y Bar berbunga alah tinggi berkekuatan ikatan tinggi (High Tensile).

TOPIK 2 PENGENALAN KEPADA ASAS

2010
SAIFUL HAZMAN BIN MOKHTAR JABATAN KEJURUTERAAN AWAM JUN 2010

35 | Page

BAB 2
PENGENALAN KEPADA ASAS

2.1 PENGENALAN KEPADA ASAS Bahagian paling bawah struktur bangunan pada amnya dikenali sebagi asas (penapak). Fungsi utama asas adalah untuk membawa beban dari superstruktur kepada tanah untuk direhadkan. Rekabentuk asas yang baik merupakan satu kaedah yang baik bagi membawa beban kepada tanah tanpa mengalami tekanan berlebihan. Tekanan lebihan ini boleh menyebabkan enapan atau kegagalan ricih dan kesannya, menyebabkan kerosakan kepada struktur. Dalam hal ini seorang Jurutera Geoteknik yang membuat rekabentuk asas mesti mengambilkira keupayaan

galas tanah tersebut. Asas dapat dikategorikan kepada asas cetek dan asas dalam atau cerucuk. Asas cetek diletakkan di bahagian paling bawah struktur yang disokongnya, manakala asas dalam dibina hingga ke bahagian bawah tanah. Bagi asas cetek, sokongan lazimnya ditanggung oleh asas (penapak) yang bersaiz lebih besar dari tiang atau dinding yang disokong.

36 | Page

2.2 TAKRIF ASAS Asas ditakrifkan sebagai sebahagian daripada struktur utama bangunan yang bersentuhan terus dengan tanah dimana bangunan dapat berdiri di atasnya. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya dan memindahkan serta mengagihkan beban tersebut kepada tanah. Takrif umum asas cetek Asas cetek merupakan asas yang mempunyai kedalaman kurang dari 3 meter Takrif daripada Teori Terzaghi Asas cetek yang mempunyai kedalamannya (z) yang kurang atau bersamaan dengan kelebaran (b) asas tersebut. 2.3 FUNGSI ASAS DAN KEPERLUAN UMUM YANG PERLU ADA PADA ASAS i. Memindahkan beban ke lapisan tanah di bawahnya dengan selamat ii. Bagi mengelakkan daripada berlakunya enapan terhadap struktur bangunan. iii. Mengekalkan kedudukan bangunan

37 | Page
2.4 ASAS CETEK (SHALLOW FOUNDATION) Asas merupakan sebahagian dari struktur yang mengagihkan beban struktur utama (superstruktur) kepada substruktur iaitu tanah.

Sesuatu asas dikatakan sebagai asas cetek bila nisbah kedalam terhadap lebar asas D
f

/B3 atau 4. Di dalam merekabentuk asas cetek, 2 perkara penting yang mesti diambil kira iaitu a) Asas tersebut tidak akan menyebabkan kegagalan ricih ke atas tanah yang menyokongnya b) Asas tersebut tidak akan mengalami enapan yang berlebihan, terutama enapan kebezaan (differential settlement) Asas cetek terdiri daripada beberapa jenis iaitu asas pad, asas tergabung, asas jalur dan asas rakit. i. Asas pad a.

Digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan. b. Asas ini sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan. c. Pada dasarnya, asas ini dibina sekurang-kurangnya 600mm tebal tembok. 300mm untuk tembok yang mempunyai penapak. d. Manakala tebal konkritnya sama dengan tebal tembok.

Struktur utama Substruktur Asas cetek (footing) Cerucuk (piles) galas hujung atau geseran

38 | Page
e. Asas pad adalah satu persatu, menanggung satu tiang sahaja f. Ia juga menyokong bebanan rask tanah sebagai tapak untuk mendirian tembok g. Bertaburan di tapak banguna di mana di atasnya diletakkan tiang ke paras tanah h. Taburan kedudukan asas ini ditentukan oleh beban dari bangunan & keupayaan galas tanah i. Penentuan lebar asas pad ini bergantung kepada beban tindihan serta keupayaan galas tanah. j. Ketebalan asas pad/papak sekurang-kurangnya sama dengan unjuran sisi tiang. k. Sesuai untuk kebanyakan jenis tanah terutama sekali ditempat-tempat di mana tanah atasnya tebal, serta keupayaan galasnya rendah. l. Ia juga sangat sesuai untuk kawasan yang baru ditimbus ii. Asas jalur a. Digunakan untuk menyokong dua tiang dimana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada.

b. Dibuat samada dalam bentuk konkrit jisim atau bertetulag c. Asas jalur mengandungi jalur selanjar (berterusan) yang dibuat daripada konkrit bagi menanggung dinding galas beban atau tembok penyokong beban. d. Asas jalur dibna sebagai asas mendatar. e. Lebar asas jalur bergantung kepada kekuatan galas tanah & beban keseluruhan di atasnya f. Asas jalur yang dibina di atas tanah lembut atau mempunyai keupayaan galas rendah memerlukan pembinaan asas jalur yang besar. iii. Asas rakit a. Diunakan Apabila sesebuah bangunan yang didirikan di atas tanah yang keupayaan tanggungnya. b. Salah satu langkah yang diamalkan ialah dengan mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudian membina konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas. c. Ia sesuai digunakan untuk bangunan besar yang berat terutama bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah. d. Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan.

39 | Page
e. Sesuai ntuk struktur yang mepunyai tiang yang rapat f. Sesuai untuk mengurangkan enapan kebezaan yang besar. 2.5 ASAS DALAM (CERUCUK) i. Cerucuk digunakan bertujuan untuk memindahkan beban asas melalui strata tanah yang berkeupayaan galas rendah kepada tanah yang lebih dalam atau lapisan yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi ii. Cerucuk juga digunakan pada tanah yang berkeadaan biasa untuk menghalang daya tolakan ke atas yang besar atau di dalam tanah berkeadaan kurang baik untuk menghalang beban ufuk. iii. Asas cerucuk perlu digunapakai berdasarkan sebab-sebab berikut a. Memindahkan beban ke stratum yang lebih kuat dan atau kurang mampat b. Mengambil daya-daya ufuk daripada tembok landas jambatan atau temboktembok penahan c. Menambah kestabilan bangunan tinggi d.

Membawa daya-daya angkat naik (uplift forces) e. Memadatkan pasir-pasir longgar iv. Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan penggunaan cerucuk dalam kerja-kerja pembinaan iaitu; a. Lapisan atas tanah yang lembut, mudah mampat dan berkeupayaan galas rendah. b. Untuk mengurangkan enapan tanah c. Cerucuk digunakan untuk pembinaan tembok penahan bertujuan untuk menahan daya ufuk. Begitu juga bangunan tinggi yang mengalami beban ufuk dari angin yang kuat dan juga beban dari gempa bumi. d. Struktur yang mengapung seperti pelantar minyak. Cerucuk digunakan untuk menghalang daya apungan ke atas v. Terdapat tiga kriterian yang diperlukan untuk merekabentuk asas dalam iaitu a. Bahan cerucuk sendiri mestilah tidak dikenakan tegasan yang berlebihan b. Faktor keselamatan terhadap kegagalan ricih mestilah mencukupi c. Enapan mestilah tidak melebihi had yang dibenarkan

40 | Page

vi. Cerucuk boleh dikelaskan menggunakan beberapa cara dan salah satu daripada caranya dengan menggunakan Kod Amalan untuk asas-asas CP2004:1972. Pengkelasan ini berdasarkan kepada kesan cerucuk ke atas tanah ketika pemasangannya. Cerucukcerucuk jatuh di dalam tiga kelas utama iaitu: 1 Cerucuk anjakan besar Cerucuk terpacu dan tuang di tempat (24m/1500kN) Cerucuk pratuang bertetulang atau prategasan terpacu (27m/1000kN) Cerucuk kayu(20m/600kN) 2 Cerucuk anjakan kecil Cerucuk keratan keluli guling Cerucuk skru Tiub buka hujung Keratan geronggang 3 Cerucuk tiada anjakan

Cerucuk terjara dan tuang di tempat (insitu) (kedalaman sehinga 45m dan beban sehingga 10,000kN) vii. Pengkelasan cerucuk berdasarkan jenis 1 Cerucuk dipacu Biasanya konkrit, kayu atau keluli dipacu ke dalam tanah dengan hentaman atau pelantak Cerucuk dipacu dan dibina di situ Dibina dengan menanam tiub yang tertutup, kemudian diisi dengan konkrit. Tiub mungkin ditarik keluar atau ditinggalkan. Cerucuk komposit Gabungan antara cerucuk dipacu dan cerucuk gerek dan dibina di situ atau gabungan bahan yang berbeza Cerucuk anjakan Cerucuk anjakan merupakan cerucuk yang teranjak semasa penanaman cerucuk dijalankan. Perbezaan utama cerucuk anjakan dengan tanpa anjakan adalah perbezaan semasa menyelesaikan masalah

41 | Page

2.6 MENERANGKAN MEKANISME PINDAHAN BEBAN i. Asas cetek ii. Asas dalam Qb Keupayaan galas ricih cerucuk (bergantung pada keluasan keratan cerucuk) Qf keupayaan galas geseran cerucuk (bergantung kepada keluasan permukaan sisi cerucuk)

42 | Page

2.7 MENERANGKAN SECARA UMUM FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN ASAS i. Keperluan struktur Terdiri daripada beban struktur bangunan iaitu beban mati, beban hidup dan beban angin Bahan binaan yang digunakan Saiz struktur (tinggi, rendah, besar dll) ii. Keadaan dalam tanah Keupayaan galas tanah Paras air bumi Kandungan bahan kimia dalam tanah iii. Saiz projek Merujuk kepada besarnya pembinaan yang akan dijalankan iv.

Kekuatan asas Merujuk kepada keupayaan galas tanah iaitu jenis tanah di kawasan projek Jika tanah kawasan pembinaan lembut, pemilihan asas dalam adalah lebih sesuai v. Fakor alam sekitar Keadaan ditapak samada kawasan tadahan hujan, banyak berlaku pencemaran yang mengganggu struktur bangunan yang akan dibina dan lain-lain vi. Kos/ekonomi Terdiri daripada kos bahan mentah iaitu (simen, batu baur, besi) dan logi. Bergantung kepada kewangan klien Ekonomi semasa vii. Perlaksanaan kerja Bergantung kepada kepakaran dan tenaga mahir yang dimiliki

43 | Page
2.8 MEMAHAMI KRITERIA YANG DIPERLUKAN DALAM REKABENTUK ASAS 2.8.1 Keupayaan Galas Tanah dan kedalaman asas i. Keupayaan galas tanah ialah tekanan dari asas yang boleh dikenakan ke atas tanah tanpa kegagalan ricih ii. Asas bangunan mestilah mampu menanggung beban kenaan tanpa mengalami sebarang perubahan @ pergerakan yang boleh merosakkan bangunan iii. Tanah yang menanggung asas mestilah tidak dikenakan beban melebihi kemampuannya. 2.8.2 Kedalaman asas i. Kedalaman asas yang cukup mengelakkan pergerakan dan perubahan isipadau yang berlebihan di sebabkan oleh faktor cuaca ii. Bahaya air yang meresap melalui bawah tanah kerana ia boleh memberi kesan kepada kestabilan asas. iii. Diletakkan di lokasi yang selamat, berpandukan struktur di kawasan bersebelahan (jika ada) iv.

Kedalaman minima yang diamalkan oleh JKR ialah 5 kaki (1.5m). v. Faktor yang mempengaruhi kedudukan dan kedalaman asas a. Pengaruh salji Tindakan pengecutan dan pengembangan b. Perubahan isipadu tanah (kerap berlaku pada kedalaman 1.5-3m) c. propertylines d. Aras air bumi e. Piawaian (BS, ASTM) 2.8.3 Had enapan iaitu Jumlah Enapan dan Perbezaan Enapan i. Enapan merupakan magnitud jumlah pergerakan struktur yang bertindak ke bawah iaitu hasil tambah enapan elastik dan enapan pengukuhan. Enapan kecil mengelakkan kerosakan pada pemasangan perkhidmatan pada bahagian bawah struktur ii. Had enapan yang dibenarkan kurang daripada 25 mm. Jadual berikut menunjukkan nilai tipikal jumlah enapan yang boleh dibenarkan dalam rekabentuk asas

Anda mungkin juga menyukai