Anda di halaman 1dari 10

ISL 5 Mencari lima karya dan menjelaskan unsur-unsur seni,prinsip rekaan dan struktur rekaan.

Karya 1

Tajuk: Untitled Oleh: Ismail Zain Tahun:1990

Penjelasan karya untitled Unsur-unsur seni:

Penggunaan warna skim monokromatik rendah (low key) iaitu warna huenya dicampur dengan warna gelap dan neutral. Ruang: Ruang tampak `perspektif dalam dengan mengekalkan `ruang cetek, `ruang mendatar dan `ruang ambigious Jalinan: Jalinan sentuh secara keseluruhan. Jalinan abstrak berbentuk visual pada pemidang pintu, rombas. Jalinan tiruan seakan kesan permukaan papan lapis dan susunan bunga-bungaan

Garisan: Penggunaan garisan melintang dan menegak pada pembahagian pemidang pintu .

Rupa:Rupa organik pada motif bunga-bungaan. Rupa geometri pada pemidang pintu. Bentuk: Catan berbentuk 2D

Prinsip Rekaan Kontra:Warna pada bunga terapung dikontraskan dengan warna ungu muda Imbangan: Imbangan simetri pada tengah latar. Imbangan tidak simetri pada bahagaian hadapan iaitu bunga kembang pagi Kepelbagaian: Kepelbagaian dari segi saiz dan rupa seperti rupa burung, motif bunga dan rupa geometri pada bahagian tengah karya. Kesatuan: Pengabungan unsur seni dan prinsip rekaan yang tertib dan berdisiplin yang menunjukkan unsur ciri kesenian melayu

Struktur Rekaan Struktur formal Pengulangan tertentu yang menimbulkan kesan teratur dan seimbang. Contoh: rombas

Karya 2

Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya Karya Abdullah Ariff Tahun 1960 Medium: Catan

Garisan Ruang Ruang 2D yang menekankan ruang ilusi melalui aplikasi 3 latar iaitu depan, tengah dan belakang menunjukkan aktiviti melombong. Rupa Garisan yang beralun memperlihatkan rupa alam semulajadi secara realistik

Rupa organik 2D dipraktikkan ke atas rupa alam sekeliling di kawasan perlombongan

Warna Kecairan warna cerah menghasilkan rupa lumpur pada bahagian tengah, cahaya yang bersinar pada bahagian belakang.

Prinsip Rekaan Harmoni Penggunaan warna yang serasi membentuk rupa alam

Penegasan Prinsip penegasan diberi penumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur menjadi fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas, Irama dan Pergerakan Kesan warna yang dengan mainan cahaya bersnar menunjukan pergerakan air pada bahagian tengah. Kesatuan Kesan menarik kecairan warna menunjukkan satu tema alam yang menyeluruh.

Karya 3

Tajuk: Bumi dan Langit I Oleh: Syed Ahmad Jamal Medium: Catan Tahun;: 1998 Unsur-unsur Seni Warna Penggunaan warna panas ke warna sejuk Warna merah dan kuning (warna panas) ke warna sejukpada bahagian ketiga iaitu biru muda dan biru tua. Rupa Pengunaan rupa merah pada tanah yang berlapis-lapis.

Garisan Sapuan pantas dominasi garisan condong menghasilkan imej tumbuhan seperti lalang.

Ruang

Pelbagai jenis karektor garisan seperti perlahan, sederhana dan tegas. Ruang ilusi berbentuk 2D menghasilkan ruang mendatar dan ruang cetek.

Jalinan Penggunaan jalinan tampak iaitu jalinan abstrak iaitu kajian hasil semula jadi menghasikan jalinan.

Prinsip Rekaan Imbangan Kontra Pengunaan warna yang kontras. Garisan condong dikontraskan di antara bahagian langit dan bumi. Imbangan tidak simetri pada perletakan imej yang tidak sekata.

Kesatuan dan kepelbagaian Kepelbagaian rupa dan warna membentuk kesatuan yang menarik mewujudkan satu tema alam semula jadi. Harmoni Warna-warna panas diulang pada warna sejuk membentuk keharmonian contohnya bahagian awan dan bintang.

Karya 4

Unsur-unsur Seni Garisan: Kepelbagaian garisan seperti melintang dan menegak. Struktur garisan yang lembut menimbulkan suasana yang tenang. Ruang: Ruang 2D jenis ilusi yang dibentuk melalui perspektif ruang yang memusat kepada satu titik lenyap. Rupa: Rupa organik ditonjolkan melaui rupa alam seperti pokokpokok. Jalinan: Jalinan tampak pada pokok kayu dan daun menimbulkan kesan ruang. Warna: Penggunaan secara seimbang Warna panas iaitu kuning kemerahan dan warna sejuk iaitu biru muda menimbulkan kesan malam yang diterangi cahaya lampu

Prinsip Rekaan Harmoni Penggunaan warna panas dan warna sejuk menimbulkan kesan keharmonian yang mendamaikan. Imbangan Imbangan tidak simetri melalui rupa organik alam semula jadi. Manakala, pengunaan warna panas dan sejuk seimbang. Penegasan Penegasan kepada cahaya lampu yang difokuskan memberi terang kepada cuaca yang hujan dan memberi kesan kepada lopakan air di tanah. Irama dan Pergerakan Pergerakan air pada jalan yang dipijak serta serta pergerakan manusia yang berjalan. Kesatuan Penggunaan pelbagai unsur dan komposisi membentuk kesatuan yang menarik dan mendamaikan.

Karya 5

Tikar Anyaman

Unsur-Unsur Seni Jalinan: Jalinan sentuh yang menghasilkan permukaan yang timbul melalui motif bunga dan geometri yang berulang-ulang. Warna: Penggunaan lebih kepada warna neutral iaitu di antara putih dan hitam. Ruang: Ruang nyata dapat dilihat dengan jelas dan Rupa: Rupa geometri yang diulang-ulang membentuk struktur formal.

Prinsip Rekaan Harmoni

Hasil ulangan motif utama dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang.

Kontra Penggunaan warna yang kontra mewujudkan pertentangan antara motif utama dengan latar.

Imbangan Corak-corak yang diulang membentuk imbangan yang simetri.

Kesatuan Pengulangan secara berterusan membentuk kesatuan yang menghasilkan corak secara keseluruhan

Anda mungkin juga menyukai