Anda di halaman 1dari 7

Teori Huraian Bahasa Tradisional Teori Huraian Bahasa Tradisional 1.

Teori Tradisional (Panini) - kajian bhs dibuat terhdp btk2 tulisan - bhs boleh berkembang -setiap bhs ada hubungan dgn bhs induk -tatabhs bersifat sejagat, berasaskan tbhs Yunani + Latin -bhs merupakan cbg ilmu falsafah yg menyelidik tabii alam - kajian bhs bersifat deduktif mmeningkan hukum2 sesuatu bhs -pengkaji juga menetapkan golongan kata kpd kata nama, kata sifat + kata kerja 2. Teori Struktural (Bloomfield) -kajian ttg fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, mortem + ayat -ciri-ciri bhsnya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari + utk perhubungan -ahli2 bhs ini byk mengumpulkan bhn pertuturan + mementing fakta2 yg dilihat. 3. Teori Transformasi Generatif (Chomsky) -penutur jati blh mggunakan bhs apabila berhadapan dgn pelbagai keadaan -Bhs adalah sistem ttg rumus-rumus bhs -ayat mpunyai struktur dlman + pmukaan -pengetahuan bhs mrupakan suatu fenomena mental -penutur dilahirkan dgn kecekapan semulajadi -bhs bersifat sejagat + kreatif 4. Teori Fungsional (Haliday) -struktur bhs ikut fungsi dlm komunikasi -kajian ttg perubahan yg berlaku pd struktur bhs ketika seseorg berkomunikasi -Terdpt fungsi sosial yg terdiri drpd 3 fungsi idea, fungsi interpersonal + fungsi tekstual -fungsi sosial bhs memainkan peranan yg penting dlm pmbtkan sis bhs Teori Pemerolehan Bahasa 1. Teori Behaviurisme (Bloomfieild) -Bhs dikuasai melalui proses pengulangan -proses pengajrn haruslah menekan latihan + pengulangan yg byk -proses penguasaan bhs melalui latihan yg memerlukan mekanisme yg bersistem -mementingkan persekitaran murid utk mbantu proses PnP -berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak2 mempelajari bhs menerusi hukuman + ganjaran - sesuatu ujaran terbtk krn adanya rangsangan + grkbls dlm btk bhs + bukan bhs -proses pendedahan yg berulang2 + konsep peniruan mencepatkan pmbljran bhs -aspek pengukuhan memudahkan ingatan -pengjran tbhs adalah berdsrkan penekanan indukif/kaedah terus, dengar + tutur, dan teknik latih tubi. 2. Teori Mentalis (Chomsky) - mengutamakan proses berfikir berbandingan dgn pelakuan kanak2. -kanak2 berupaya membuat rumusan -tulisan + bacaan diutamakan tp kemahiran menulis lebih penting -diukur melalui kecekapan + pencapaian mereka

- penyampaian makna lebih diutamakan -tbhs diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif 3. Teori Interaksionalis - mementingkan aktiviti komunikasi -menghasilkan bhs apabila ia memerlukannya -perkembangan bhs proses kognitif + proses interaksi bhs -interaksi mhasilkan ayat penyata + ayat perintah -hasil interaksi akan mpengaruhi utk mpljari sistem bhs 4. Teori Konstruktivisme -mementing pmbljaran semasa intraksi dlm kelas -Memberikan contoh ayat membina ayat setelah memahami konsep -pembinaan semula ayat pembangunan semua minda utk mencipta sesuatu yg baru / idea yg baru TOPIK 2 Konsep strategi - cara / langkah / tindakan yg harus dilakukan utk mencapai objektif PnP Perspektif a. pendekatan berpusatkan murid b. Kepelbagaian Teknik c. Kepelbagaian Sumber Bahan d. Penggunaan T/bhs yg tepat e. PnP Bertema f. Bacaan luas g. Penggabungjalinan h. Penyerapan i. Penilaian j. Pemulihan k. Pengayaan Pendekatan Induktif - pendekatan pengjran bhs yng melibatkan satu proses penaakulan yg tinggi. -pelajar digalakan mencari, meneliti + mempelajari sendiri. -mengemukan satu rumusan hasil kajian yg dilakukan -peranan guru hanya mengemukan soalan, bertanya, berbincang, memperhatikan, mengkaji + memberikan contoh Konsep Induktif dlm Pengajaran Bahasa 1. mempelajari sesuatu utk mdptkan hukum 2. memperkenalkan pengetahuan + mberi pengalaman 3. Mgumpulkan maklumat utk mmbtk hukum 4. mbtk satu kesimpulan umum drpd cth2 tertentu 5. mdptkan satu kesimpulan drpd satu urutan pemikiran 6. merupakan kaedah penaakulan yg bertujuan mdptkan peraturan umum drpd fakta2 / cth2 tertentu. 4 peringkat pengajaran 1. pendedahan 2. pembentukan konsep

3.Mencuba generalisasi 4. Penutup Pendekatan Deduktif -satu proses menganalisis data / isi yg membentuk generalisasi + mengapikasikan peraturan2 yg diberikan Konsep Deduktif 1. mempelajari sesuatu berdsrkan sesuatu hukum 2. satu proses penaakulan yg tinggi 3. satu produksi fakta utk mbuktikan satu penyataan umum 4. menganalisis fakta atau isi yg membtk generalisasi 5. membuat satu pencerakinan drpd umum kpd spesifik Peringkat pengajaran 1 awal generalisasi 2. mengemukan generalisasi 3. menganalisis konsep 4. mencuba generalisasi 5. penutup Pendekatan Eklektik -gabungan antara beberapa pendekatan -sesuai utk murid2 yg mempunyai pelbagai kebolehan + pencapaian - sifat pendekatan ini mudah ubah - pelbagai ciri2 yg baik Pendekatan Komunikatif - manusia berbhs secara komunikasi -setiap manusia akan mengguna akal utk menyatakan fikiran masing2 Pendekatan Oral -berkaitan dgn komunikasi tp secara perbandingan - memberi penekanan kpd penguasaan aspek lisan - kawalan t/bhs juga dipberi perhatian Kaedah Pengajaran - satu perancangan /prosedur bg mlaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, sistematik. -langkah2 pengjran yg tersusun + berkesinambungan utk mencapai objektif Kaedah situasi mementingkan latihan penyebutan, ulangkaji, struktur baru, perbendaharaan kata, latihan lisan + membaca bhn yg melibatkan struktur baru / latihan bertulis. Kaedah Oral Aural dengar + tutur. Membolehkan murid2 memperkembangkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis Kaedah Penglibatan tindakbalas fizikal (TPR) mementingkan pemahaman bhs melalui pendengaran serta memulakan pelajaran dgn kemahiran mendgr

Teknik Pengajaran - Suatu alat yg digunakan bgi menyampaikan bhn2 pengajaran yg telh dipilih utuk pelajar - sejajar dgn kaedah dan pendekatan yang dianuti -antaranya a. teknik latih tubi b. simulasi c. Main peranan d. Teknik sumbangsaran e. Permainan Bahasa f. soal jawab g. bercerita h. drama i. Inkuiri j. Perbincangan k. Forum l. Perbahasan m. Kuiz - Teknik Simulasi satu situasi yg diwujudkan secara merupai keadaan sebenar berintraksi sesama sendiri brdsrkan peranan masing2 membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu / tugasan. -teknik Inkuiri tinjau siasat- soal selidik utk mendptkan jwpan / kesimpulan. Daya refleksi- selalu bertanyakan soalan- kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis 1. mengenal masalah 2. mengaji ramalan 3. mengumpul maklumat 4. menganalisis 5. membuat rumusan

TAJUK 3 : TAMBAHAN NOTA TEORI HURAIAN BAHASA 1) Nahu tradisional 2) Struktural 3) Transformasi generatif 4) Teori fungsional PENGENALAN Dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis terdapat banyak teori bahasa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik. Teori-teori ini berbeza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang terdapat pada zaman itu. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang hendak diajarkan boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran. Penerangan ini penting bagi menentukan bahan pengajaran dan prosedur mengajar kerana ia digunakan untuk menyampaikan tajuk atau isi pelajaran NAHU TRADISIONAL Teori ini bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) dan dipercayai teori paling tua dicatatkan. Ia dipelopori oleh Panini (Ahli tokoh fonetik India) yang menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Secara keseluruhannya, ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa struktur-struktur bahasa ialah hasil daripada sebab dan akibat dan bahasa di dunia ini ialah variasi-variasi daripada satu sistem yang berasaskan logik dan rasional yang sama. CIRI-CIRI TEORI NAHU TRADISIONAL Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. Selain itu, huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Panini turut berpendapat bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya. Kajian bahasa juga dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. Teori ini juga berpendapat semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani dan ciri nahunya mementingkan bahasa tulisan serta kajian berdasarkan hukum. TEORI STRUKTURAL Aliran linguistik struktural ini muncul pada kurun ke-20. Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini terdiri daripada Ferdinand de Saussure, Leornand Bloomfield, Otto Jespherson, dan Edward Saphir. Difahamkan bahawa kemunculannya kerana pertentangan pendapat dengan aliran tradisional. Tentangan utamanya ialah dasar rasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal. Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri.

Oleh itu, tugas utama mereka ialah mengkaji unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yang berasingan. Menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis tetapi kurang menitikberatkan tentang makna. CIRI-CIRI TEORI STRUKTURAL Bahasa ialah satu sistem bunyi Bahasa ialah alat perhubungan Bahasa bersifat arbitrari Bahasa ialah pertuturan TEORI TRANSFORMASI GENERATIF Merupakan satu aliran baharu yang timbul selepas aliran struktural. Teori ini muncul dalam tahun 50-an yang dipelopori oleh Noam Chomsky. Teori ini wujud akibat daripada beberapa kekurangan dan kelemahan teori tradisional dan struktural. Generatif bermaksud menerbitkan, iaitu bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Manakala transformasi pula bermaksud mengubah atau menukar, iaitu menuliskan semula. Dalam konteks ini bermakna menuliskan semula abentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya. Kajian transformasi generatif dibuat berdasarkan kenyataan bahawa seseorang penutur ibunda sesuatu bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah mereka dengar kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Kesimpulannya analisis transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur ibunda bahasa tersebut. CIRI-CIRI TEORI TRANSFORMASI GENERATIF Suatu urutan yang teratur daripada rumus-rumus. Bertujuan untuk hasilkan satu huraian bahasa yang dapat kemukakan asas bagi menerangkan bagaimana ayat-ayat boleh dihasilkan dan difahami. Menganalisis fonologi, morfologi, dan sintaksis yang menggunakan simbol -simbol dan rumusrumus. Deskripsi sesuatu bahasa mesti mengambil kira kreativiti linguistik. Komponen sintaksis menerbitkan struktur sintaksis melalui dua peringkat. Pertama, melalui peraturan-peraturan struktur-struktur rangkai kata dan leksikon yang membentuk satu komponen sintaksis, menerbitkan struktur dalamannnya dalam bentuk yang boleh diterjemahkan maknanya. Kedua, peraturan transformasi, iaitu menukarkan struktur dasar yang abstrak kepada struktur luar yang konkrit setelah dipadankan dengan peraturan bunyi dan lahir sebagai satu ujaran. TEORI FUNGSIONAL Teori fungsional berkembang pada tahun 60-an dan 70-an. Ahli bahasa terkenal yang menganut fahaman ini ialah Halliday. Ahli-ahli bahasa teori ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya tetapi juga memberikan perhatian kepada fungsi bahasa.

Menurut mereka fungsi bahasa dalam masyarakat sangat penting dan menegaskan bahasa sebagai alat komunikasi. Hal ini bermakna kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada struktur, iaitu bentuk-bentuk bahasa, tetapi juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuknya semasa seseorang itu berkomunikasi. CIRI-CIRI BAHASA MENURUT TEORI FUNGSIONAL Bahasa mempunyai tiga fungsi utama Menyampaikan idea : Kita berfikir dan berkongsi pandangan serta pendapat dengan orang lain (fungsi kognitif) Menyampaikan maklumat : Bahasa mempunyai keupayaan menyampaikan maklumat mengenai penutur. Berkomunikasi dan berinteraksi Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik, tetapi terbuka dan dinamik. Sistem ini bukan sahaja berdasarkan kepada undang-undang tatabahasa semata-mata, tetapi juga berdasarkan peraturan-peraturan penggunaannya yang ditentukan oleh peraturan sosial sesuatu masyarakat itu. Asas elemen dalam struktur bahasa berdasarkan kepada kekuatan dan keteguhan wacana dan semantik dan bukannya sintaksis. Makna tidak sahaja didasarkan kepada struktur bahasa tetapi juga makna sosial yang mengambil kira ciri-ciri paralinguistik seperti bahasa badan dan bahasa isyarat yang digunakan oleh penutur semasa berkomunikasi. Penggunaaan dalam bahasa adalah lebih penting berbanding kegunaannya seperti yang terdapat dalam peraturan-peraturan bahasa. Namun, struktur nahu tidak diketepikan langsung. Contohnya, ayat dibawah dianggap betul untuk digunakan dalam pertuturan seharian: A: Kami nak gi pasar, kamu nak ikut ? B : Tak, kami nak pergi ke padang, terima kasih. Walaupun begitu, dalam bahasa tulisan atau penulisan, bahasa yang digunakan haruslah mengikut laras bahasa formal yang digunakan berasaskan kepada sesuatu situasi dan tujuan tertentu dalam masyarakat. Sifat bahasa dinamik dan statik menyebabkan terdapatnya variasi-variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi ini timbul hasil daripada keadaan sosial sesuatu masyarakat. BIBLIOGRAFI Tuan Jah Tuan Yusof. (2001). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, Multimedia Sdn Bhd.Puchong, Selangor .............. ( 2009 ). Teori Huraian Bahasa Tradisional http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/teori-huraian-bahasa-tradisional.html .............. ( ). Pedagogi Bahasa Melayu Pismp Bm http://www.scribd.com/doc/17294638/Pedagogi-Bahasa-Melayu-Pismp-Bm .............. ( ). Teori Pemerolehan Bahasa 1 http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1 .............. ( ). Teori Huraian Bahasa http://www.slideboom.com/presentations/129750/TEORI-HURAIAN-BAHASA

Anda mungkin juga menyukai