Anda di halaman 1dari 11

KEPELBAGAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN

PENGENALAN

Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan lilalamin iaitu rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W berbekalkan mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran dengan tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat manusia. Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan membaca al-Quran (al-Buti, 1991) Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hadis: Tidak berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca ayat-ayat al-Quran dan mempelajarinya melainkan turun ke atasnya ketenangan, diliputi dengan rahmat Allah dan Allah sentiasa menyebut mereka (al-Qushairi, 1995)

Al-Quran diturunkan untuk kepentingan seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa. Isi al-Quran menjadi sumber asas kepada manusia untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan dunia apatah lagi akhirat. Untuk mencapai hasrat tersebut manusia perlu menyelami al-Quran melalui belajar membaca, mengahafaz, memahami serta mengamalkannya.

PERNYATAAN MASALAH

Banyak kajian lepas yang memfokuskan tentang penguasaan Tilawah al-Quran (Raihan 2000; Ramlan 2000; Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 2000; Farehan 2000; Ramli 2000; Mohamad Sabri 2001; Mohammad Naim 2003; Zulfah 2003 dan Mohd Aderi 2004) yang rata-rata melaporkan kelemahan penguasaan Tilawah al- Quran dalam kalangan pelajar. Amalan pengajaran yang berkesan berfungsi untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah (Al-Syaibani 1991; Atan Long 1993; Ahmad Mohd Salleh 1997; Mohd Yusuf Ahmad 2000 dan Mok Soon Sang 2000). Pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran (al-Hashimi 1994; Burden et al. 2003 dan Rohizani et al. 2005) dan pengajaran guru juga hendaklah dirancang di samping memberi pertimbangan kepada kepelbagaian pelajar (Ahmad Mohd Salleh 1997; Mohd Yusuf Ahmad 2000 dan Mok Soon Sang 2000). Apatah lagi dalam pengajaran Tilawah al-Quran, ia mempunyai ciri tersendiri berbanding dengan setiap komponen mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengajaran Tilawah al-Quran melibatkan kemahiran lisan, kelancaran bacaan, kemahiran fasahah, tilawah bertajwid dan bacaan secara tadwir dan tartil (Kementerian Pelajaran Malaysia Oleh yang demikian kaedah dan BBM yang sesuai perlu, al-Quran. OBJEKTIF dalam menangani masalah

pembelajaran al- Quran terutamanya bagi murid- murid pemulihan dalam kemahiran membaca

Kajian ini dijalankan bagi memenuhi objektif-objektif berikut :

1. Mengenal pasti masalah murid pemulihan al-Quran. 2. Mengenal pasti kaedah yang sesuai dalam pengajaran al- Quran bagi murid pemulihan. 3. Menilai keberkesanan BBM terhadap murid pemulihan al-Quran

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah jenis permasalahan murid pemulihan al-Quran? 2. Apakah kaedah yang sesuai dalam pengajaran al- Quran bagi murid pemulihan. 3. Apakah kesan penggunaan BBM terhadap murid pemulihan al-Quran?

TAKRIFAN OPERASIONAL

1. MURID PEMULIHAN ( j-QAF ) -Menurut Brennan (1974 ) , murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka, tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat. -Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. 2. GURU -Menurut Noresah Baharum (1995 : 420 ) guru boleh diakrifkan sebagai seorang yang mengajar, mendidik, pengajar dan pengasuh. Dalam kajian ini guru yang dimaksudkan ialah guru j-QAF.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kualitatif

dengan kaedah kajian tindakan. Kajian ini adalah untuk

mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan al-Quran dalam pengajaran al-Quran, mengetahui kaedah yang sesuai dalam pengajaran al- Quran bagi murid pemulihan dan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dalam pengajaran al- Quran bagi membantu murid pemulihan al- Quran. Sample Sample terdiri daripada 50 orang murid kalangan murid pemulihan al-Quran j-QAF tahun 4 di SK Sg. Binjai, Klang. Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan tiga kaedah iaitu soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Kaedah berdasarkan soal selidik digunakan untuk mengenal pasti punca permasalahan murid pemulihan al-Quran. Kaedah temubual digunakan pada guru bagi mendapatkan maklumat mengenai kelemahan

murid dan kaedah yang sesuai yang dilaksanakan kepada murid pemulihan. Manakala kaedah pemerhatian dilaksanakan bagi memerhati tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Juga untuk melihat gaya pengajaran guru dalam menangani murid pemulihan al-Quran.

Bagi menyelesaikan masalah murid pemulihan al-Quran, kajian tindakan diguna pakai bagi mengatasi permasalahan ini. Melalui kajian tindakan guru dapat mengesan kelemahan murid serta dapat menggunakan teknik atau kaedah yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan murid. Selain itu, guru juga dapat melihat perkembangan murid dari masa ke semasa.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah cara atau alat untuk mengumpulkan data. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data ialah: Bahagian A : Maklumat Peribadi / Demografi Pada bahagian ini, ia mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi atau latar belakang responden. Antaranya ialah jantina, umur,tahun,etnik dan bilangan adik- beradik.

BORANG SOAL SELIDIK BAHAGIAN A A. MAKLUMAT PERIBADI Semua maklumat adalah untuk kegunaan kajian sahaja. Arahan : Anda diminta menandakan ( ) dalam bahagian yang berkenaan dan isikan
maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.

1. Jantina :

Lelaki

Perempuan

2. Umur :

_______________ tahun

3. Tahun :

4. Etnik

Melayu Lain-lain nyatakan

China

India

: ____________________________

5. Pekerjaan ibu bapa : _________________________________

BAHAGIAN B 1. Punca dan tahap gagal menguasai bacaan al-Quran Arahan: Tandakan () di dalam kotak yang disediakan mengikut tahap kekerapan. Setiap angka mewakili tahap penilaian; 5 = Sangat setuju 4 = setuju 3 = tidak pasti 2 = tidak setuju 1 = sangat tidak setuju Faktor Akademik (Pembelajaran) Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Item 1 ABBM yang disediakan oleh guru tidak menarik Kaedah pengajaran guru yang membosankan Tidak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru Tidak dapat mengaitkan di antara teori dengan amali Jumlah waktu kelas yang pendek Mempelajari sesuatu subjek yang bukan minat saya Tidak mendapat bantuan daripada guru Lemah daya ingatan Tidak mendapat bantuan daripada rakan Tahap penilaian 2 3 4 5

Faktor Peribadi (Hubungan Interpersonal) Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Tidak mengaji di rumah Tidak sekolah agama Menghadapi krisis dengan keluarga Masalah kewangan Konflik dengan guru Tidak mempunyai teman belajar Menghadapi masalah menguruskan masa Konflik dengan rakan Tidak minat belajar mengaji Item 1 Tahap penilaian 2 3 4 5

Faktor Persekitaran Pembelajaran Bil 1 2 3 4 Item 1 Keadaan kelas yang tidak teratur Keadaan kelas yang tidak selesa Keadaan persekitaran kelas yang kurang selesa Bilangan pelajar di dalam kelas saya terlalu ramai Tahap penilaian 2 3 4 5

2. Kepentingan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Persepsi Murid Terhadap Bahan Bantu Mengajar Bil 1 Item 1 Saya berasa seronok apabila guru mengajar menggunakan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran Quran Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dapat menarik minat saya untuk mempelajari Quran Kadang kala guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dalam pengajaran Quran Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan mudah difahami semasa pembelajaran Quran Saya selalu melibatkan diri dalam aktiviti yang menggunakan bahan bantu mengajar semasa pembelajaran Quran. Tahap penilaian 2 3 4

2 3 4 5

Jenis Bahan Bantu Mengajar Yang Digunakan Bil 1 2 3 Item 1 Guru sering menggunakan Flash Card semasa mengajar Quran Guru hanya menggunakan buku Iqra semasa pembelajaran Quran. Saya suka apabila guru menayangkan slaid Power Point semasa belajar Quran Tahap penilaian 2 3 4

SOALAN TEMUBUAL 1. Faktor murid tidak menguasai kemahiran membaca Al-Quran a. Apakah punca murid tidak menguasai kemahiran membaca Quran? b. Apakah perkara-perkara lain yang menjadi faktor murid tidak menguasai kemahiran membaca Quran? 2. Pengunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran a. Apakah jenis BBM yang digunakan semasa proses pengajaran Quran? b. pembelajaran? 3. Tindakan guru j-QAF untuk menangani masalah kemahiran membaca Al-Quran. a. Apakah langkah yang saudara/saudari ambil untuk menangasi masalah kemahiran membaca Quran? b. Adakah ianya mampu menangani masalah tersebut? Sejauhmanakah keberkesanan BBM dalam proses pengajaran dan

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya pelbagai kaedah atau bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan kepada murid-murid pemulihan al-Quran dalam menangani masalah keciciran yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, pemerhatian yang berterusan juga penting kepada murid-murid pemulihan supaya mereka dapat menguasai pembelajaran al-Quran di masa akan dating.

Anda mungkin juga menyukai