Anda di halaman 1dari 19

Sejarah Pembukaan Negeri Melaka Di Luar Dari Beberapa Sumber Pendahuluan :

Kebiasaannya, pengenalpastian sesuatu fakta sebelum ia disahkan benar adalah suatu perkara yang sangat rumit dalam pengkajian sejarah. Namun demikian, para-para pengkaji sejarah sentiasa berusaha untuk membuktikan bahawa sesuatu peristiwa atau fakta sejarah itu benar-benar berlaku tanpa dipersoalkan lagi kesahihannya. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dijalankan oleh pelbagai pihak termasuklah Arkib Negara Malaysia misalnya telah menjalankan satu rancangan iaitu Polemik Sejarah. Rancangan ini adalah satu usaha untuk mencari kebenaran khususnya tentang kejadian atau peristiwa yang penting tetapi kesahihannya selalu dipersoalkan. Contohnya ialah mengenai salahsilah raja melaka yang terawal yang berjaya membuka negeri Melaka yang bermula dari pembukaan kota melaka, kegemilangan melaka sehinggalah zaman kejatuhan Melaka. Satu lagi perkara yang memerlukan perhatian ialah mengenai perihal penduduk di Melaka. Seorang penulis iaitu Geoff Wade telah menyatakan bahawa:...it was a place peopled by immigrants...

Dalam perbincangan mengenai pembukaan Melaka atau siapa yang mengasas negeri Melaka, maka kita telah diperhidangkan pelbagai teori dan fakta mengenainya. Semuanya ini adalah mengikut cara penulisan dan hujah-hujah tersendiri mengikut pengarang dan sumber yang pelbagai. Di antara sumber-sumber yang turut membuat perbincangan mengenainya adalah seperti sumber Portugis, sumber Cina, Sumber Belanda, Sumber Inggeris dan sumber Melayu itu sendiri. Kesemua sumber-sumber yang

membincangkan topik ini adalah menjurus kepada siapa yang mula-mula mengasas

melaka dan pewaris atau keturunan raja yang terawal negeri Melaka tersebut.

Secara umumnya, kerajaan Melayu Melaka dahulu ialah sebuah kerajaan yang pucuk pimpinannya ditadbir oleh raja-raja dan pembesar-pembesar melayu secara menyeluruh. Dikatakan raja-raja melayu di Melaka itu adalah berasal dari Singapura atau Temasik setelah kerajaan Melayu Singapura dikalahkan oleh orang-orang Siam. Ini telah memaksa kerajaan Melayu Singapura ini berundur ke semenanjung tanah Melayu lalu membina kota melaka yang bermula dari 1394 sehinggalah tahun 1511 yang mana dari sebuah kampung yang tidak langsung dikenali boleh mencapai menjadi sebuah negeri, empayar dan kerajaan yang termasyhur.

Walaupun kisah kerajaan Melayu Melaka ini telah ditulis oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin, tetapi oleh sebab didapati nama dan hal ehwal dua atau tiga orang raja yang mula-mula memerintah di Melaka itu masih tidak begitu jelas dan masih kabur huraiannya, tambahan pula kerana kisah raja-raja melaka itu yang jelas dan teratur telah didapati mempunyai di dalam sumber-sumber Cina dan Portugis. Oleh itu, kisah raja-raja melayu melaka yang kerap dibincangkan di kalangan para sarjana adalah merangkumi dari mula Melaka dibangunkan, sewaktu zaman kegemilangan dan kemegahannya, sehinggalah kerajaan Melaka itu tersungkur akibat daripada

pencerobohan orang Portugis.

Zainal Abidin Abdul Wahid, (1997). Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran Kuno atau Moden. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Hlm.1-2

Sesetengah sarjana telah berpendapat bahawa salahsilah


2

atau nama raja-raja

melaka ialah bermula sejak dari dibuka oleh rajanya yang bernama Permaisura di mana

nama ini sebelum baginda memeluk Islam. Setelah raja ini sudah memeluk agama Islam, baginda telah memakai gelaran Permaisura Iskandar Syah yang memerintah dari tahun 1394 hingga tahun 1414. selepas itu maka pemerintahnya telah diwarisi oleh anak cucunya secara bergilir-gilir iaitu sultan kedua yang bernama Sultan Megat Iskandar Syah yang memerintah selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 1414 sehinggalah 1424. seterusnya, tampuk pemerintahan melaka ini diteruskan lagi oleh sultan yang ketiga iaitu yang bernama Seri Maharaja atau sultan Muhammad Syah yang berjaya memerintah selama dua puluh tahun yang bermula dari 1424 hingga tahun 1444.

Dalam pada itu, sultan yang keempat ini hanya sempat memerintah Melaka selama setahun sahaja iaitu 1445 dan 1446. Sultan yang dimaksudkan disini adalah Sultan Abu Syahid. Jika kita lihat sebelum sultan Abu Syahid ini menaiki takhta kerajaan Melaka, kita dapat mengagak bahawa setahun sebelum baginda memegang 3tampuk pemerintahan, Melaka tidak punyai seorang raja atau sultan. Misalnya sultan ketiga iaitu Seri Maharaja yang memerintah dari 1424 hingga 1444 kemudiannya setahun selepas itu sultan Abu Syahid pula yang mewarisi iaitu dalam tahun 1445. Kelewatan ini para ahli sejarahwan memang tidak dapat mengenalpasti apa sebab dan musababnya.

A. Samad Ahmad, (Penyelenggara), Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. hlm.14
3

Cheah Boon Kheng (Penyusun), Sejarah Melayu, The Malay Annals, MS.Raffles no.18, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1998. hlm.20

Selepas itu Sultan Muzaffar Syah pula menerajui kerajaan Melaka dari tahun 1446 hinggalah 1456 sebelum baginda diwarisi oleh anak cucunya seperti Sultan Mansur Syah 1456-1477, Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488 dan akhirnya Sultan Mahmud Syah yang dikatakan sultan yang paling lama memerintah melaka iaitu bermula sejak tahun 1488 sehinggalah mencecah 1511 iaitu setelah melaka jatuh ke tangan Portugis di bawah pimpinan Alfonso De Alburqueke. Tiap-tiap sultan yang Melaka ini telah mempunyai cara, dasar, pendekatan dan idea tersendiri hinggalah melaka mendapat jolokan di dunia seiring menaikkan martabat orang dan bangsa melayu di serata dunia.

RAJA MELAYU YANG MULA-MULA MEMBUKA DAN MEMERINTAH NEGERI MELAKA

Sumber Umum :

Secara keseluruhan dan umumnya, hampir kesemua sumber-sumber yang mencatat tentang melaka termasuklah sumber Portugis, Cina, Inggeris dan Melayu telah menyatakan raja melayu yang paling awal membuka negeri Melaka4 serta menjadi raja di situ adalah seorang raja melayu yang belum lagi memeluk agama Islam dan baru tiba dari Singapura iaitu pada akhir kurun ke-14. Bercakap mengenai orang melayu yang paling akhir memerintah di Singapura, bagindalah orang yang bertanggungjawab membuka Melaka dan berkerajaan di situ. Orang yang dimaksudkan adalah Parameswara yang mana beliau berasal dari Palembang yang telah berundur ke Singapura setelah diusir oleh
4

Ismail Ahmad, (1978). Ulasan Buku Sejarah Melayu Bentuk HSC. Kuala Lumpur: Fajar Bakti SDN. BHD. Hlm.19

tentera Majapahit akibat daripada konflik politik. Setelah Parameswara berada di Temasik selama lima tahun sebagai pemerintah di sana, beliau telah membunuh wakil pemerintah Siam di situ iaitu Temagi.

Menyedari perbuatan Parameswara itu, tentera Siam telah tiba di Temasik hendak menangkap Parameswara yang menyebabkan sekali lagi beliau berundur ke tempat lain. Tempat seterusnya beliau berundur adalah di Muar, Sening Ujong dan akhirnya di sebuah perkampung nelayan yang di beri nama tempat Melaka. Nama Melaka itu memang datangnya dari idea Parameswara ini dengan mempunyai beberapa sebab. Di antara sebab-sebab utama nama Melaka datang dari idea Parameswara ialah kebetulan pada waktu itu beliau dan pengikut-pengikutnya sedang berteduh dan menyandar pada sepohon kayu yang beliau sendiri tidak mengetahui namanya. Lalu salah seorang pengikutnya memaklumkan kepada Parameswara dengan mengatakan pohon kayu ini bernama Melaka. Secara sepontan sahaja Parameswara memberi nama kawasan itu ialah Melaka dan sesuai untuk dibangunkan kawasan itu menjadi sebuah kota, negeri dan kerajaan tambahan pula disebabkan kawasan persinggahan parameswara serta pengikutnya telah menyaksikan satu kejadian yang menakjubkan. Kejadian ini menyaksikan peristiwa di mana anjing pemburuan Parameswara telah ditendang jatuh ke sungai oleh seekor pelanduk putih. Disebabkan ini juga Parameswara berpendapat tempat ini berpotensi untuk dibangunkan sebuah kerajaan yang masyhur.

Sumber Melayu :

Di dalam catatan sumber melayu, sejarahwan yang telah mempelopori karyakarya sejarah adalah Tun Seri Lanang. Beliau telah menghasilkan sebuah karya sejarah yang diberi nama Sulalatus Salatin atau 5salasilah sultan-sultan melayu. Mengikut sumber melayu ini, raja melayu yang terakhir memerintah di Singapura adalah bernama raja Iskandar Shah. Sewaktu baginda menjalankan pemerintahannya di Singapura, baginda mempunyai seorang bendahari yang digelar Sang Rajuna Tapa di mana dalam masa yang sama anak kepada bendaharinya itu adalah gundik kepada baginda. Hendak di ikutkan ceritanya, Sang Rajuna Tapa telah kecewa dan marah terhadap Raja Iskandar Shah kerana telah membunuh anaknya dengan cara yamg amat memalukan yang berpunca daripada perbuatan fitnah. Anak Sang Rajuna Tapa telah di hukum sula di depan khalayak ramai iaitu di hujung pasar yang disebabkan difitnah orang.

Setelah kejadian itu menimpa anaknya, sang Rajuna Tapa telah bertindak dengan melakukan pembelotan terhadap raja Iskandar Syah dengan menyuruh betara Majapahit di tanah Jawa datang menyerang dan membedil Singapura. Akibat perasaan dentam sang rajuna tapa yang menebal terhadap raja Iskandar Shah, sang Rajuna Tapa telah berani mengaku perbuatan belotnya ni dengan terang-terangan. Oleh yang demikian, orangorang Majapahit dengan mudah telah mengalahkan singapura yang menyebabkan Raja Iskandar Syah serta pengikut-pengikutnya terpaksa berundur meninggalkan Singapura. Dalam pengunduran Raja Iskandar Shah ini, baginda telah menuju ke Muar dengan
5

Shellabear, W.G., (Pengusaha), Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1990. hlm.65

mengikut Jalan Selitar. Di daerah Muar, baginda telah mencuba untuk membuka petempatan untuk mendirikan sebuah kerajaan tetapi lokasinya tidak sesuai dan sukar dibangunkan.

Setelah Raja Iskandar Shah meninggalkan daerah Muar, baginda pergi pula menuju ke Sening Ujong atau dikenali dengan nama Sungai Ujung, namun ia hanya tempat perhentian untuk disinggahi buat sementara sahaja. Dari Sening Ujong, baginda dan para pengikutnya berjalan lagi hingga tiba di tepi pantai berdekatan dengan sebuah sungai yang bernama6 tempat itu ialah Sungai Bertam lalu mereka sekali lagi ingin mencuba membuka negeri di situ yang akhirnya dikenali dengan Melaka. Dalam Sumber Melayu ini juga turut menjelaskan bahawa nama Melaka itu adalah diambil sempena dengan nama pokok kayu tempat Raja Iskandar Shah berteduh dan mula mendapat ilham supaya perlu membuka negeri di situ juga. Tidak lama kemudian, setelah negeri melaka berjaya diteroka dan dibuka, maka Raja Iskandar Shah pun menjadi raja dan memerintah di situ.

Tetapi, kalau kita lihat di Singapura pula mengenai peperangan Singapura dengan Majapahit setelah Iskandar Shah berundur meninggalkan Temasik atau Singapura, Singapura telah kalah dan orang-orang Majapahit pun kembali ke negara mereka dengan membawa kemenangan yang besar. Mengikut pendapat Sejarah Melayu ini, nama raja Melayu yang akhir di Singapura dan orang yang mula-mula membuka negeri Melaka itu adalah Raja Iskandar Shah yang mana nama itu ialah nama setelah
6

Namura Tooru, Sejarah Melaka di lihat dari Sumber-sumber Cina, Esei-esei Budaya dan Sejarah Melaka, Kuala Lumpur: Universiti Malaya 1989. hlm.52

memeluk agama Islam. Adalah tidak munasabah sekiranya nama itu dipakai sekiranya seseorang itu masih bukan beragama islam tetapi pengarang sejarah melayu telah pun menamakan baginda Raja Iskandar Shah walaupun baginda belum beragama Islam lagi.7

Manakala dalam Hikayat Sejarah Melayu naskhah edisi Raffles telah menyebutkan bahawa Raja Iskandar Shah itu telah berkerajaan di Singapura selama tiga tahun dan di melaka selama dua puluh lima tahun. Keterangan ini telah bersandarkan dengan dua tahun daripadanya ialah tempoh baginda di daerah Muar yang tidak berjaya untuk mendirikan sebuah kerajaan di situ.

Sumber-sumber Cina :

Hampir semua riwayat-riwayat Cina telah menyatakan bahawa raja Melayu yang paling awal memerintah di Melaka itu ialah Pa-li-su-la atau Pai-li-mi-su-la. Raja Melaka yang pertama ini iaitu palisula atau pailimisula telah mangkat pada awal tahun 1414. oleh itu, dalam sumber cina ini telah pun ditetapkan bahawa raja melaka yang pertama ini telah pun berkerajaan dari Singapura lagi hingga ke melaka dengan mengambil masa selama dua puluh lima tahu dan akhirnya mangkat di Melaka pada tahun 1414 dengan berpandukan kronologi seperti berikut: Pada mulanya Palisula telah mendirikan kerajaan di Singapura selama tiga tahun sahaja iaitu bermula dari tahun 1389 sehinggalah 1392. kemudiannya raja ini terpaksa hidup dalam pelarian selama dua tahun iaitu tahun 1392 hingga 1394 di daerah Muar.
7

Al-Attas, Syed Naquib, Notes on the Opening of Relations Between China and Malacca, 1403-1405, JMBRAS, vol. 38, pt 1, 1965. hlm.49

Akhirnya kejayaan Palisula ini telah berjaya mendirikan kerajaan yang tetap di Melaka selama dua puluh tahun yang bermula tahun 1394 hingga 8menjelang tahun 1414 sebelum baginda mangkat pada tahun itu.

Ming-Shih menyatakan bahawa waris Parameswara iaitu Raja Iskandar Shah melaporkan kemangkatan Parameswara kepada Maharaja Yung-lo pada 5 Oktober 1414. tetapi Sir Richard Winstedt menegaskan bahawa Parameswara masih hidup dalam tahun 1414. Parameswara dikatakan menukarkan namanya kepada Raja Iskandar Syah setelah memeluk agama Islam. Ini mengelirukan orang Cina yang menyangka bahawa mereka sedang berurusan dengan seorang raja yang baru. Menurut Sir Richard pengasas Melaka hanya mangkat pada tahun 1424 yang mana waktu ini kerajaan Ming merekodkan kemangkatan seorang raja Melaka yang tidak diketahui namanya. Raja ini diganti oleh Raja Sri Maharaja.

Kenyataan ini selaras dengan pemerintahan Raja Iskandar Syah yang bermula dari tahun 1404 pada masa duta Ming yang bernama Yin Ching mengadap raja Iskandar Shah dan berakhir kepada kira-kira pada tahun 1424.

Satu tarikh yang diberi oleh kenyataan Cina mengusulkan masa sebenar pemisahan di antara pemerintahan Singapura dengan Melaka di mana pada September 1397, Tai-tsu mengarahkan raja Jawa untuk memberi amaran kepada raja San-Fo-Chai. Ini berlaku apabila beliau menyedari ketidak tenteraman yang berleluasa di kepulauan
8

Cortesao, A. (ed.), The Suma Oriental of Tome Pires, vol.2, The Hanklyut, 1967. hlm.232

barat. Jawa telah bertindak balas dengan merampas Palembang dan melantik calon mereka untuk mengambil alih kuasa yang hilang kepada raja Iskandar beberapa tahun yang lalu. Orang jawa sememangnya boleh menerima arahan maharaja Ming. Duta Ayuthi yang dipertanggungjawabkan dengan mesej Tai-Tsu kepada orang jawa menyedari bahawa maharaja cina memandang berat terhadap huru-hara yang berlaku di wilayah9 tersebut yang menyebabkan raja iskandar melarikan diri ke singapura sebelum beliau tiba di melaka untuk diasaskan.

Sumber-sumber Portugis :

Dalam sumber Portugis pula menyebut raja yang mula-mula membuka melaka yang berasal dari kerajaan Singapura ialah Parameswara atau Paramicura, atau Permicura atau Permicuri. Semuanya itu adalah berasal dari nama asal iaitu Permaisura mengikut pelat dan cara sebutan tersendiri dan ada yang berpendapat nama asal Raja Iskandar Shah ini adalah Permaisura Iskandar Shah iaitu setelah baginda memeluk agama Islam sewaktu memerintah Melaka.

Seorang sejarahwan Portugis bernama Joao de Barros yang telah menulis dalam bukunya yang dikarang pada tahun 1553 membuat kenyataan bahawa, apabila Pararisa mangkat di Jawa, ia telah menyebabkan berlakunya satu peperangan perebutan kerajan di negeri berkenaan. Situasi sebegini telah menyebabkan ramai pembesar-pembesar mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan yang bergolak itu di mana antara
9

Shellabear, W.G., (Pengusaha), Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1990. hlm.89

pembesar itu ialah Parameswara. Semua pembesar-pembesar itu lari membawa haluan masing-masing misalnya pembesar Parameswara telah lari ke Singapura. Apabila tiba di Singapura, beliau telah disambut dengan baik sekali dan diraikan oleh Sangesinga atau Sang Singa yang menjadi raja Singapura pada masa itu. Selang beberapa ketika selepas itu dengan bantuan dan pertolongan orang-orang jawa dan orang-orang laut, maka Parameswara telah membunuh Sangesinga lalu beliau menaiki takhta Singapura. Akibat dari itu, raja Siam yang juga merupakan ayah mertua Sangesinga telah datang menyerang Singapura lalu mengalahkan Parameswara. Parameswara kemudiannya meninggalkan Singapura menuju ke Muar, di mana disinilah beliau mendirikan kota kayu untuk mempertahankan serangan orang Siam yang ditempatkan di Pagoh dalam daerah Muar.

Selain itu, seorang lagi sejarahwan Portugis yang merupakan anak kepada Alfonso de Albuquerque telah menulis sebuah bukunya yang diberi judul Commentarios de grande Afonso de Albuquerque pada tahun 1557 menceritakan bahawa raja melayu yang paling awal memerintah Melaka adalah Paramicura. Beliau merupakan seorang raja di Palembang yang memperisterikan anak Bataratamurel yang berasal dari Jawa. Oleh sebab Paramicura tidak mahu taat setia serta enggan membayar ufti kepada mertuanya itu, maka ia pun telah dihalau keluar dari tanah Jawa. Setelah Paramicura hidup dalam buangan di Singapura, beliau telah menerima layanan yang baik oleh ketua pemerintah Singapura yang bernama Tamagi iaitu anak menantu kepada raja Siam. apabila Paramicura menetap di Singapura selama lapan hari, beliau telah bertindak membunuh Tamagi lalu beliau menjadi raja Singapura selama lima tahun. Berikutan kejadian ini, mertua kepada Tamagi telah bertindak balas lalu datang menyerang dan mengalahkan

Paramicura serta menggulingkan beliau dari takhta Singapura. Rentetan dari peristiwa ini, Paramicura telah berundur lalu meninggalkan singapura untuk mengelakkan daripada dirinya ditangkap oleh tentera Siam dan kemudiannya menuju ke suatu tempat yang diberi nama Melaka dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana.

Untuk memperbanyakkan lagi hujahan mengenai siapa yang mula-mula paling awal menerajui kerajaan Melaka ini, seorang lagi penulis berbangsa Portugis yang bernama Diogo de Cauto menyatakan dalam bukunya di mana raja melayu Melaka adalah merupakan raja yang terakhir di Singapura. Nama raja ini ialah raja Sabu atau Raja Iskandar Syah yang berasal dari Palembang setelah berundur dari Singapura akibat daripada diperdayakan oleh bendaharinya sendiri. Bendaharinya itu telah memberikan anak perempuannya kepada Raja Sabu untuk dijadikan gundik tetapi malangnya anak bendahari itu di hukum bunuh dengan dipertontonkan di hadapan rakyat jelata Singapura. Bertindak dengan itu, bendahari singapura ini telah memperdayakan Raja Sabu iaitu mengajak orang-orang jawa datang menyerang singapura sehinggakan memaksa Raja Sabu melepaskan diri mencari tempat di Sekunder atau Sekudai. Tidak lama di tempat itu, raja Sabu beralih ke kawasan lain hingga menjumpai satu lokasi yang strategik lalu dijadikannya negeri Melaka.

Manakala sejarahwan Portugis yang keempat pula iaitu Godinho de Eredia turut mengetengahkan pendapat dan hujahnya. Bukunya telah ditulis pada tahun 1613 yang menceritakan mengenai orang-orang melayu telah sekian lama menduduki Patani dan Pahang sebelum Melaka didirikan. Ceritanya ini agak berlainan sedikit mengenai siapa

yang memerintah paling awal di melaka serta proses awal pengasasan negeri melaka tersebut. Sebelum Melaka diwujudkan, Raja Pahang dikatakan menjadi pemerintah di Singapura dan Raja Patani pula di bawah perintah Siam di mana kedua-dua buah wilayah ini adalah bandar kepunyaan orang-orang melayu. Dikatakan pula nama Raja Pahang yang memerintah Singapura itu ialah Permicura yang datangnya dari peranakan Jawa. Setelah beliau dimurkai oleh ayah mertuanya, Permicura telah membawa diri ke Palembang dan seterusnya berangkat menuju ke Singapura. Setelah sekian lama di Singapura, Permicura telah melakukan pembunuhan ke atas Xabandar atau Syahbandar Singapura, pada hal Xabandar itu telah menerimanya dengan baik sekali. Dalam masa yang sama Xabandar Singapura itu bersaudara dengan Raja Pahang yang kesannya menyebabkan apabila berita pembunuhan itu terdengar oleh raja Pahang maka raja Pahang pun menyiapkan kelengkapan bala tenteranya untuk menyerang Singapura lalu menangkap Permicura kerana pengkhianatnya itu. Sebelum sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku ke atasnya, Permicura pun mengambil langkah-langkah menyelamatkan dirinya dan berundur ke tempat yang dikenali sebagai Melaka untuk dijadikan tempat kediamannya.

Tome Pires telah mendakwa bahawa Xaquem Darxa adalah seorang pengasas juga. Pires menyatakan bahawa Xaquem Darxa memeluk agama Islam ketika berusia 72
10

tahun dan mangkat 8 tahun kemudian. Sebenarnya peristiwa ini juga merujuk kepada

pengasas negeri Melaka yang mana Parameswara kemudiannya dikenali sebagai raja Iskandar Syah tentu merupakan seorang raja yang sudah tua menjelang tahun 1424. Jadi
10

O.W. Wolters, (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.122

benarlah apa yang dihuraikan oleh Pires sebagai seorang raja Melaka yang berusia dalam lingkungan 80-an.

Pires memang menganggap orang Siam bertanggungjawab terhadap pengusiran raja Iskandar dari Singapura kerana raja Iskandar membunuh wakil siam tersebut apabila tiba di pulau Temasik sebagai orang pelarian di Palembang. Raja Ayuthia mengarahkan seorang hambanya di semenanjung untuk mengambil tindakan yang sewajarnya di mana pires mengenalpasti hamba tersebut sebagai salah seorang pegawai tinggi Patani.11

Sumber-sumber Inggeris :

Dalam sumber Inggeris pula, pelbagai sarjana barat telah mempersembahkan hujah mereka mengenai watak siapa yang bertanggungjawab terhadap pengasasan Melaka ini. Menurut O.W. Wolters dalam bukunya berjudul Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu menyatakan raja Singapura yang keempat iaitu bapa kepada pengasas Melaka di mana beliau merupakan raja Singapura yang pertama mendapat gelaran Melayu yang diiktiraf iaitu Paduka Seri Maharaya. Mengikut ceritanya, beliau telah bertanggungjawab ke atas kematian seorang budak kecil yang telah menyelamatkan Singapura daripada serangan ikan todak. Akibat dari itu, Singapura menerima padah daripada perbuatan tersebut dengan kekalahannya kepada Jawa ketika pemerintahan raja yang kelima. Nampaknya pemerintahan raja yang keempat itu menjadi penganjur kepada

11

Cortesao, A. (ed.), The Suma Oriental of Tome Pires, vol.2, The Hanklyut, 1967. hlm.278

pemerintahan raja Singapura yang kelima dalam mengasaskan negeri Melaka. Raja yang kelima di sini adalah Raja Iskandar Syah.

Penyusunan semula kronologi Raja Iskandar daripada maklumat dalam Suma Oriental hanya dapat berdasarkan daripada andaian bahawa Raja Iskandar mula memerintah di Melaka pada permulaan abad ke-15. Sementara ahli sejarahwan pula tidak seperti Pires yang telah memberi jangka masa penuh pemerintahan raja Iskandar iaitu bermula daripada masa pertabalannya di Singapura ini. Ia membolehkan kita menghubungkannya kepada tahun terakhir pemerintahan Raja Iskandar pada tahun 14131414. untuk mencapai tujuan sebenar pengkajian ini, para sejarahwan Barat harus membuktikan bahawa raja yang bermula dengan Sri Tri Buana memerintah di Singapura dan bukannya di Palembang.

12

Pemerintah raja Iskandar yang dikatakan bermula di Singapura adalah dongeng

yang direka oleh para sejarahwan barat untuk menggantikan pemerintahan Raja Iskandar yang bermula di Palembang. Oleh yang demikian, kenyataan ini selaras dengan kenyataan Pires bahawa pengasas negeri Melaka berasal dari Palembang. Raja Iskandar mangkat dalam tahun 1413-1414 yang mana pemerintahan beliau yang dianggap oleh kebanyakan sejarahwan selama 25 tahun tentu bermula dari Palembang dalam tahun 1389 hingga 1390 dan kemudian bersambung di Singapura ketika tahun keempat pemerintahannya yang bersamaan dengan tahun 1392 hingga 1393.

12

O.W. Wolters, (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.127

Kini suatu kronologi sementara tentang pemerintahan Raja Iskandar dapat disusun semula dengan berdasarkan tahun pemerintahan salahsilah dan sumber-sumbernya:

1389-1390 1391-1392 1392-1393 - 1397-1398 1398-1399 - 1399-1400 1400-1401 - 1413-1414

tiga tahun memerintah di Palembang enam tahun memerintah di Singapura dalam perjalanan ke Melaka empat belas tahun memerintah di Melaka dan mangkat dalam tahun pemerintahannya yang kedua
13

puluh lima

Kronologi tersebut merupakan kronologi sementara sahaja kerana terdapat ketidakpastian tentang tarikh sebenar kemangkatan raja iskandar iaitu sama ada dalam tahun 1413 ataupun 1414.

Kesimpulan :

Nyatalah Raja Iskandar Shah merupakan seorang raja yang istimewa. Beliau telah memiliki reputasi dan kuasa kepimpinan serta berjaya memimpin orang Melayu melalui satu dekad yang amat sukar. Ketepatan kronologi pemerintah raja Iskandar shah yang disesuaikan oleh sejarahwan tidak seharusnya menimbulkan sebarang persoalan. Apa yang menghairankan ialah nama beliau yang agak kabur dalam Raffles MS.18. tiada usaha yang khusus dibuat untuk menggambarkannya sebagai seorang tokoh yang gagah.
13

O.W. Wolters, (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.130

Keterangan Pires tentang Iskandar Shah pula lebih realistik dan dramatik. Kisah Permaisura atau Iskandar Shah adalah raja Melayu yang akhir memerintah Singapura di mana keterangannya boleh dilihat dalam pertikan seperti: ...permaisura atau Iskandar shah tetap dipercayai putera kepada raja Singapura yang keempat dengan gelaran Paduka Seri Maharaja. Apabila Paduka Seri Maharaja mangkat, dijangka lebih kurang pada tahun 1389 digantikan oleh puteranya jadi raja Singapura kelima yang dipercayai bernama
14

Permaisura seperti nama yang disebutkan dalam

riwayat-riwayat Cina dan Portugis seperti Palisula, Pailimisula, Parameswara atau Permaisura...

Demikianlah kisahnya negeri Melaka itu mula dibuka oleh pengasasnya yang bernama Permaisura atau Raja Iskandar Shah dan pemberian nama Melaka itu ada disebut dalam hikayat Sejarah Melayu. Dalam hikayat Sejarah Melayu di cetera yang kesebelas telah menyebut bahawa: ...maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka: terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang kerana banyak jenis dagangan ada di sana...

Selain itu melaka telah diambil namanya sempena dengan sepohon kayu yang bernama melaka. Setelah melaka itu dibuka, permaisura pun mulalah memajukan tempat itu hingga perjalanan kerajaannya melintasi pelbagai zaman, pelbagai sultan dan pelbagai peristiwa hinggalah kerajaan melaka itu jatuh di tangan orang Portugis pada tahun 1511.
14

Namura Tooru, Sejarah Melaka di lihat dari Sumber-sumber Cina, Esei-esei Budaya dan Sejarah Melaka, Kuala Lumpur: Universiti Malaya 1989. hlm.55

Dengan merujuk pelbagai pendapat daripada sejarahwan, dapatlah kita rumuskan walaupun mereka mengemukakan pelbagai nama atau gelaran, ia tetap merujuk kepada orang yang sama iaitu Paramiswara (sebelum memeluk Islam) dan bertukar menjadi Iskandar Shah setelah memeluk Islam. Namun begitu, penetapan suatu tarikh yang sebenar tidaklah dapat disahkan kerana masing-masing sejarahwan telah mengeluarkan pendapat mereka mengikut sumber-sumber mereka yang mana para pengkaji Melaka tidak boleh menolak kesemua hujah ini malah perlu membuat suatu perbandingan yang neutral tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Bibliografi

A. Samad Ahmad, (Penyelenggara), Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Al-Attas, Syed Naquib, Notes on the Opening of Relations Between China and Malacca, 1403-1405, JMBRAS, vol. 38, pt 1, 1965. Cheah Boon Kheng (Penyusun), Sejarah Melayu, The Malay Annals, MS.Raffles no.18, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1998. Cortesao, A. (ed.), The Suma Oriental of Tome Pires, vol.2, The Hanklyut, 1967. Ismail Ahmad, (1978). Ulasan Buku Sejarah Melayu Bentuk HSC. Kuala Lumpur: Fajar Bakti SDN. BHD. Namura Tooru, Sejarah Melaka di lihat dari Sumber-sumber Cina, Esei-esei Budaya dan Sejarah Melaka, Kuala Lumpur: Universiti Malaya 1989. O.W. Wolters, (1990). Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shellabear, W.G., (Pengusaha), Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1990. Zainal Abidin Abdul Wahid, (1997). Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran Kuno atau Moden. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai