Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN Lelaki sering digambarkan seperti bertanggungjawab, ketua keluarga, kuat nafsu dan berkuasa.

Keadaan ini mencerminkan tidak berlakunya anjakan paradigma dalam hidup golongan lelaki ini. Budaya setempat menyebabkan tertanam di minda setiap orang bahawa itulah lelaki dan lelaki akan terus menikmati persepsi-persepsi itu tanpa perlu sebarang penilaian semua. Lelaki Melayu menurut Syed Adam (1996) adalah lelaki yang mempunyai ciri bertanggungjawab, memahami dan pandai menyesuaikan diri. Sementara itu, Cik Husna (1993) pula mendefinisikan wang sebagai kuasa pada pihak lelaki. Pendapat ini tidak banyak berbeza dengan gambaran lelaki pada zaman klasik iaitu kuasa mengatasi segala-galanya. Lelaki juga digambarkan sebagai bernafsu kuda, kuat, gagah dan patriotik. Golongan lelaki sering dilihat suka memuaskan nafsu sehingga sanggup berkahwin dengan anak dara sunti meskipun rambut sudah beruban. Terdapat beberapa imej yang telah berjaya dikutip dari cerpen yang dijadikan sumber. Melalui penelitian terhadap cerpen tersebut terserlahlah imej lelaki yang cuba dicungkil. Ada lima kategori imej lelaki yang ditonjolkan dalam cerpen-cerpen tersebut, iaitu: i) ii) iii) iv) v) Cinta dan kasih sayang Kuasa Budiman Bernafsu seks Bertanggungjawab

Imej lelaki - Cinta dan kasih sayang i) Kemalawati puteri bangsawan turunan raja-raja dari istana Deli tua, dulu pada masa enam tahun memuja yang telah silam pernah menjadi kekasihnya, menjadi gemala jiwanya memuja cinta. (Wasiat Orang Bangsawan) ii) Sesungguhnya cintanya kepada Wati tiadalah dapat dihilang-hilangkan dan sekarang api percintaan itu menyala kembali setelah mendengar dari mulut Wati sendiri bahawa cintanya tetap berbalas. . (Wasiat Orang Bangsawan) iii) iv) Atas nama cinta laki terus garu pelan-pelan lengan bini. (Nilai Cinta Kami) Bagiku kesucian cinta itu tinggi dari segala-galanya; maka di atas kesucian inilah terletak segala pujaanku. (Wasiat Orang Bangsawan) Beberapa suntingan petikan cerpen di atas membuktikan bahawa memang cinta dan kasih sayang wujud dalam kehidupan golongan lelaki. Perkataan-perkataan seperti kekasih, memuja cinta, api percintaan dan menurut kemahuan wanita adalah bukti cinta dan kasih sayang golongan lelaki. Sama ada si lelaki yang mencari atau sebaliknya, ia mencerminkan bahawa cinta dan kasih sayang menjadi ciri maskulin yang nyata. Apabila seseorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia akan kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Seseorang lelaki kebiasaannya memandang cinta sebagai sebahagian unsur dalam kehidupannya. Seorang lelaki menyintai perempuan bukan atas dasar perasaan yang kuat terhadapnya. Itulah perasaan seseorang lelaki. Lelaki tidak mempunyai kekuatan dari segi perasaan. Lelaki mudah terkesan dengan perasaan manusia di sekeliling mereka. Mungkin kerana lelaki itu mempunyai sifat ego yang tinggi dalam diri mereka.

Kasih sayang boleh mendefinisikan sesuatu dari memegang tangan, mengelus sampai bercinta. Contohnya, diambilnya tangan kiri Cik. Dibelek-belek dan dikerunas-kerunas uraturat yang timbul (Nilai Cinta Kami). Sebenarnya sebahagian besar lelaki boleh dengan mudah mengungkapkan perasaan mereka selama bercinta. Hal ini kerana setelah merasa dekat mereka berasa seolah-olah telah mencintai. Kontak fizikal akan menghancurkan halangan dan memberikan perasaan dekat hingga tidak mudah diperoleh dalam cara lain. Ini boleh menjadi satu masalah yang rumit kerana seks boleh membawa maksud hal berbeza bagi setiap individu. Sebahagian besar memerlukan kasih sayang termasuk seks kerana dengan inilah membuat mereka mencintai. Tetapi beberapa wanita bahkan perlu mendengar kata cinta diucapkan sehingga ketika seorang lelaki terbuka dan memberikan kasih sayang dengan seorang wanita. Inilah cara dia mengungkapkan cinta. Baginya cinta bererti saling bertemu. Imej lelaki Kuasa i) Kekayaan serta darjat kemuliaan yang dimegah-megahkan orang itu semuanya didapat mereka dengan memeras tenaga si lemah, dengan memperhamba kaumkaum sengsara yang kecil yang tidak berdaya sama sekali. (Wasiat Orang Bangsawan) ii) Tetapi pinanganmu itu telah kutolak dan Wati kupaksa memutuskan perhubungan denganmu meskipun aku tahu perbuatan itu menjadi racun yang berbahaya bagi jiwa anakku sendiri. iii) iv) ...sebuah kereta Harrier diberi untuk ke market beli ikan sayur. (Nilai Cinta Kami) Hantaran serba dua dengan nilai RM101,010,111 berserta dengan akad nikahnya sekali. (Nilai Cinta Kami) Imej lelaki kedua adalah mengenai kuasa. Kuasa dalam konteks perbincangan di sini merujuk kepada keturunan dan kekayaan. Dengan adanya kekayaan manusia boleh

melakukan apa sahaja. Malah boleh menjadi orang yang digeruni. Mereka yang mempunyai kuasa ini selalunya lelaki dan digambarkan sebagai ego, menunjuk-nunjuk dan suka apabila orang di bawahnya berasa takut. Ungkapan benci, bongkak, tidak putus asa, lepas tangan adalah gambaran yang boleh dikaitkan dengan kuasa. Kuasa seorang lelaki akan timbul atau wujud apabila dirinya "sempurna" sama ada dari segi kewangan, paras rupa atau kelebihan yang ada pada dirinya. Namun, golongan seperti ini tidak ramai kerana kebanyakkan lelaki lebih bersikap berfikiran terbuka dengan pelbagai perkara. Hal ini tidak dapat dinafikan juga kerana lelaki di anugerahkan sembilan akal dan satu nafsu. Bermakna, lelaki lebih pandai berfikir berbanding perempuan. Namun begitu, ada kelemahannya iaitu jika lelaki tidak menggunakan kelebihannya itu ke arah kebaikan. Maka lelaki itu akan menjadi 'liar' atau banyak berfikiran negatif. Sebaliknya, kelebihan lelaki akan berlipat ganda apabila lelaki bijak menggunakan kelebihannya itu ke arah 'kebaikkan' atau sesuatu yang

bermanfaat. Melalui kedudukan dan pangkat, lelaki akan menjadi perhatian orang ramai, mendengar segala arahannya serta mentaati perintahnya. Tambahan pula, dengan adanya kedudukan, lelaki akan menjadi terkenal dan popular. Dengan pangkat dan kedudukan juga, lelaki merasakan dirinya terbebas dari celaan dan penghinaan orang, dialah yang terbaik, yang terpandai. Lelaki akan dipuji dan dihormati orang. Lelaki sanggup berbohong, menipu kepada orang ramai asalkan tercapai apa yang diinginkan. Golongan lelaki yang amat suka jika dirinya dipuji, diagungkan ialah golongan para penguasa dan mereka yang berada di puncak tampuk pemerintahan. Untuk itu, mereka tidak segan-segan menyebutkan dirinya atau meminta namanya dipanggil dengan panggilan yang teragung. Contohnya, panggilan Yang Amat Bahagia Bangsawan Deli(Wasiat Orang Bangsawan) . Itulah antara variasi karenah makhluk Allah yang bernama lelaki.

Imej lelaki Budiman i) Sudahlah, Wati jangan turutkan kesedihan hati, kerana itu semuanya tidak berguna lagi. (Wasiat Orang Bangsawan) ii) Baik-baik jangan terpelecok, nanti aku juga yang kena sentap urat yang kerekau. (Nilai Cinta Kami) iii) Dia memicit-micit kepala bini yang disayang dengan lembut mesra. (Nilai Cinta Kami) Watak lelaki yang budiman merupakan salah satu ciri yang ada pada lelaki telah ditonjolkan dalam cerpen di atas. Budiman di sini membawa kepada sifat yang baik hati. Walaupun watak lelaki selalu digambarkan sebagai suka kepada seks dan menunjuk kuasa, lelaki juga mempunyai satu ciri mulia iaitu baik hati. Budiman juga merujuk kepada bersopan dan dihormati. Namun, yang pasti lelaki budiman masih lagi wujud di dunia ini. Ini disebabkan setiap insan yang lahir ke dunia ini mempunyai kelebihannya masing-masing. Ternyata jika direnung-renung masih ramai lelaki yang berakhlak dan beradab khususnya, mereka yang mendalami ilmu agama. Lelaki yang budiman itu sentiasa peka dengan kewujudan wanita. Tndakan mereka secara automatik memberi perhatian kepada wanita. Sebagai contoh, dia memicit-micit kepala bini yang disayang dengan lembut mesra. (Nilai Cinta Kami), Jaga-jaga Cik. Naik tangga tu nanti hati-hati. Jelas, seorang lelaki yang budiman itu akan melindungi wanita daripada bahaya. Lelaki sebagai perisai kepada kaum hawa. Sebagai contoh, apabila berjalan dengan wanita lelaki itu akan memimpin tangan wanita. Selain itu, menegur kesilapan si isteri yang menutup aurat dengan tidak sempurna. Maka, ini terbukti kaum lelaki menjaga keselamatan kaum hawa atau wanita. Ada yang menyatakan sikap lelaki budiman boleh membawa beliau berkelakuan romantik kepada pasangannya. Contohnya, Pakcen pun berasa megah. Diambilnya tangan kiri Cik. Dibelekbelek dan dikerunas-kerunas urat-urat yang timbul. Ada juga boleh dikaitkan dengan sikap

keprihatinan, kasih sayang dan timbang rasa dalam kehidupan seseorang lelaki itu. Lelaki itu juga akan memastikan wanita berasa selesa berada di sampingnya dan pandai berinteraksi dengan baik. Imej lelaki Bertanggungjawab i) Pakcen suruh cakuk kuat-kuat. Jangan melintas melulu nanti kereta rempuh atau motosikal rojoh. (Nilai Cinta Kami) ii) Jangan cepat atau jangan kalut sangat langkah. Kita sudah tua. (Nilai Cinta Kami) iii) Kalau mas yang bawa saya mutar-mutar di sini, saya rasa selamat. Orang kenal dia. Mau motret pun tak genter. iv) Demikianlah pertemuan itu telah terjadi dan Anuar kembali menghadapi suatu masalah baru setelah enam tahun lamanya berjuang hendak melupakannya.. (Wasiat Orang Bangsawan) v) Sudahlah, Wati, jangan turutkan kesedihan hati, kerana itu semuanya tidak berguna lagi. (Wasiat Orang Bangsawan) Salah satu ciri positif yang ada pada lelaki ialah bertanggungjawab. Lelaki yang suka menyalahkan orang lain adalah lelaki yang tidak bertanggungjawab. Lelaki yang

bertanggung jawab adalah lelaki yang mengkaji kesilapan sendiri dan tidak mengulangi lagi tanpa menyalahkan orang lain. Lelaki yang bertanggungjawab juga adalah orang yang mengetahui setiap kejadian yang menimpa dirinya tidak lain adalah karena dia juga turut terlibat mengakibatkan kejadian tersebut. Namun, lelaki yang tidak bertanggungjawab biasanya akan mencari kambing hitam dan cuba senantiasa menyalahkan orang lain. Lelaki yang bertanggungjawab adalah lelaki yang memperhitungkan apa-apa akibat perbuatan yang telah diperbuatnya itu. Oleh sebab itu, lelaki yang bertanggungjawab sentiasa berhati-hati

dalam menentukan segala keputusan yang akan diambil dan menyesali apa yang diakibatkan oleh perbuatannya. Penyesalan yang tidak berkesudahan akan lebih menghancurkan masa depan sendiri. Biarlah perkara yang sudah berlalu biarlah berlalu. Ia merupakan sebuah takdir yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa ke atas segala makhlukNya. Yang penting adalah bukan masa lalu tetapi masa depan. Apa yang akan datang adalah yang penting yang perlu dihadapi dengan penuh rasa tanggungjawab. Imej lelaki Bernafsu seks i) Seorang lelaki bersongkok putih yang sejak tadi berteriak menjajakan pil-pil pengeras anu... (Ini Chow Kid Road, Sudilah Mampir!) ii) Penjualan pil-pil psikotropik, viagra tiruan, pengeras anu dan cakera padat seks tentulah tidak lengkap tanpa para sundal yang menawarkan perkhidmatan mereka secara terbuka. iii) Lagipun bukannya lama benar proses menguji ubat pengeras anu Pak Zahir. Imej lelaki bernafsu seks menjadi sebahagian daripada kehidupan golongan lelaki. Perkataan-perkataan seperti ubat pengeras anu, viagra, sundal dan cakera padat seks adalah bukti wanita sering menjadi buruan lelaki. Seks merupakan ciri lelaki yang nyata. Kehidupan bebas seperti suasana di Chow Kid Road itu seolah-olah diterima oleh masyarakat. Apalagi jika ia dilakukan oleh kaum lelaki. Seks itu sebahagian daripada fitrah semulajadi manusia. Seks sifat asalnya baik dan suci. Seks itu sesuatu yang suci, sesuci bidadari penghuni syurga. Yang kotor ialah kelucahan, apabila dicampur halal dan haram. Lelaki diciptakan Allah berbeza dari wanita, bukan sahaja dari segi fizikal dan fisiologi, tetapi juga termasuk aspek emosi, jiwa, dan cara berfikir. Lelaki lebih memerlukan seks berbanding wanita. Seks bagi wanita adalah pelengkap cinta, manakala seks bagi lelaki adalah salah satu keperluan asas.

Seorang wanita hanya gembira untuk melakukan seks dengan lelaki yang disayangi, sebagai manifestasi cinta terhadap pasangannya. Sekiranya perasaan cinta sudah tiada di dalam hati wanita tersebut, hubungan seks tidak lagi menggembirakan dirinya. Jiwanya pasti terseksa kerana memaksa diri. Lelaki pula memandang seks dari sudut yang berbeza. Asalkan mana-mana wanita dilihat cantik dan menarik, keinginan syahwat lelaki akan tergerak untuk melakukan seks dengan wanita tersebut, meskipun baru sahaja dikenali (ataupun langsung tidak dikenalinya). Contohnya, ...bermacam warna dan kulit dan beraneka bentuk tubuh yang tinggi, yang pendek, yang kurus dan gemuk mundar-mandir di lorong ini. (Ini Chow Kid Road, Sudilah Mampir!). Inilah penjelasan mengapa boleh berlaku kes-kes rogol dan gangguan seksual. Apabila tertarik, keinginan 'itu' akan timbul without prior notice. Bukanlah bermakna seks sebagai manifestasi cinta tidak wujud bagi lelaki, ia sememangnya wujud, tetapi lelaki lebih melihat seks sebagai salah satu keperluan asasi yang sangat penting, setaraf dengan keperluan untuk makan dan tidur. Bahkan ada yang sanggup kurang makan dan tidur, hanya untuk mendapatkan seks. Apabila keinginan lelaki memuncak, ilmu di dada setinggi langit pun belum tentu dapat mencegahnya dari berlaku sumbang. Hanya iman dan taqwa saja yang mampu melindungi seseorang lelaki itu. Lelaki mampu memisahkan seks dari emosi. Perasaan kasih sayang bukanlah sesuatu yang mesti ada untuk membolehkan seorang lelaki melakukan seks. Cukup sekadar terasa geram, itu sudah memenuhi syarat. Tidak perlu tahu siapa nama wanita itu pun. Asalkan dilihatnya cantik, sudah boleh dibawa ke ranjang. Tidak sedikitpun menghairankan sekiranya seorang lelaki sanggup melakukan seks dengan wanita yang tidak disukainya. Malah, seks boleh juga dilakukan dengan wanita yang dibenci lelaki. Terdapat ungkapan "wanita suka melakukan seks dengan lelaki yang dicintainya, lelaki pula jatuh cinta dengan wanita yang suka melakukan seks dengannya". Pintu nafsu lelaki tidak boleh ditutup untuk jangka masa yang panjang. Memetik kata seorang ulama tasauf psikologi Islam, Imam Al-Ghazali: "Pintu

syahwat lelaki adalah pada mata dan hidungnya, pintu syahwat wanita pula adalah pada telinga dan kulitnya". Bermakna, seorang lelaki mudah terangsang syahwatnya melalui deria penglihatan dan deria bau, manakala syahwat wanita lebih mudah terangsang melalui deria pendengaran dan sentuhan. Ringkasnya, selagi seorang wanita tidak dicumbu rayu dan disentuh anggota tubuhnya, syahwatnya tidak mudah terusik. Dia masih boleh mengawal dirinya. Manakala lelaki pula sering diusik syahwatnya apabila terlihat mana-mana wanita yang kelihatan menarik dan menggoda. Bau haruman yang dikenakan oleh wanita juga mampu menyalakan nafsu lelaki secara spontan. Kerana itulah syariat mengharamkan wanita memakai haruman di khalayak lelaki yang bukan mahramnya. Dalam bahasa yang mudah, nafsu wanita boleh 'ditutup' kerana 'suis'nya lebih bersifat 'manual', tetapi nafsu lelaki sukar ditutup kerana 'suis'nya bersifat 'automatik'.

Anda mungkin juga menyukai