Anda di halaman 1dari 1

Kuasai Kimi’A’ SK027

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....

Buat semua anak didik pelajar KMPk yang amat saya sayangi, kasihi dan ingati sekalian.......Segala puji bagi 4W1
tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Kimi’A’ sem II banyak tajuk organik. So organik melibatkan banyak konsep dan pemahaman selain dari
pembacaan yang meluas dari pelbagai isi sumber rujukan. Nasihat saya adalah kimi’A’ organik tidak boleh
dipelajari dengan kaedah menghafal semata. Tetapi memerlukan pemikiran dan pemahaman yang mendalam. Oleh
kerana itu anda sebagai pelajar WAJIB buat semua jawapan tutor dan soalan tahun lepas sebagai galakan anda
berfikir dan menguji pemahaman anda di kuliah. <apa citer klu pelajar tu langsung ponteng kuliah kimi’A’...??>

Apa jua kerja yang ingin anda lakukan perlukan minat. Tak kenal maka tak cinta. Maka cara yang terbaik untuk
anda menguasai kimi’A’ organik adalah anda mesti jatuh cinta terlebih dahulu dengan kimi’A’ organik. Tak suka
tak bermakna anda tak minat. Minat dahulu barulah anda boleh bercinta. Kimi’A’ itu M U D A H..... Insya
4W1......A!! biasa dengar kan...??? Seringkali anda mengeluh mengatakan yang kimi’A’ organik susah nak faham
tahap gaban kerana begitu banyak fakta dan konsep yang perlu dikuasai. Ya... itu betul. Saya akui. Saya pun ada
mengatakan benda yang sama 10 tahun dahulu. Untuk makluman saya ambil STPM. Kimi’A’ STPM berganda-
ganda susahnya berbanding kimi’A’ matrikulasi yang sedang anda pelajari sekarang. <Naper.... tak percaya ker??>

Memang kimi’A’ organik membebankan memori dan pancaran impuls di kepala anda. Kenapa fenomena ini
berlaku...?? Tak lain dan tak bukan kerana anda menghafal. Dengan kata lain anda mendalami kimi’A’ organik
dengan cara yang songsang @ buta kayu lebih kurang memkhinzir buta. Cara yang berkesan... ehem.... macam
biasalah. Faham konsep asas kimi’A’ organik. Contoh konsep pengoksidaan [O] dan penurunan [H]. Macam mana
nak faham konsep. Kenalah gunakan contoh yang sesuai. Itu ajer. <contoh dari nota kuliah dan buku rujukan la..>
Setelah faham konsep asas anda haruslah menguji pemahaman anda dengan mencuba soalan tutor. Seeloknya
buat kumpulan belajar semasa menjawab soalan tutor. Biasanya 3 hingga 4 orang. Jangan terlalu ramai. Nanti
asyik bersembang. Belajar berkumpulan merupakan teknik belajar yang terbukti berkesan dalam kimi’A’ organik....
Aper lagi nyer tu...??? masih tak percaya lagi ker....??? Lantak kome ler.. maleh oden nak layan. Buek ponek ajo...

Manusia secara psikologi suka sesuatu yang mudah dan ringkas. Maka kimi’A’ organik lebih mudah dipelajari
dengan peta minda. Tetapi sebelum anda faham cara penggunaan peta minda anda kena belajar kimi’A’ organik
mengikut susunan bab sebagaimana yang ianya seharusnya dipelajari. Pengenalan diikuti C-C, C=C, R-X, R-OH,
C=O & CHO, COOH dan akhir sekali NH2. Peta minda adalah pelengkap kepada belajar berkumpulan dalam
proses menguasai kimi’A’ organik. Sebelum terlupa peta minda organik ada dua jenis peta minda mengikut bab
organik dan peta minda keseluruhan. Peta minda keseluruhan pula pecah pada dua iaitu alifatik dan aromatik.

Untuk peperiksaan PSPM II SK027 4 (empat) jenis soalan yang sering ditanya. Pertama (1) ujian kimi’A’ untuk
membezakan sebatian organik. Hanya satu bahan uji yang digunakan untuk kedua-dua sebatian. Satu sebatian
memberikan hasil positif dan satu lagi negatif. Kedua (2) saling tukaran dan penyediaan sebatian organik. Biasanya
untuk matrikulasi hanya melibatkan 2 atau 3 langkah sahaja bergantung kepada markah yang diperuntukkan.
Contoh ‘Synthesis benzyldehyde fron benzene’. Yang ketiga (3) kenal pasti bahan organik yang terlibat dalam
tindak balas. Kadangkala sebatian organik dengan kumpulan dwifungsi diberikan. Contoh C3H6O2 dan C3H6O. Jika
formula molekul mengandungi 6 atau lebih atom karbon, maka sebatian ini mungkin aromatik (mengandungi
gelang benzena). Yang terakhir (4) teori kimi’A’ organik. Misalnya mekanisme tindak balas dehydration of alcohol
dan susun sebatian mengikut acidity, basicity dan juga takat didih. Sapa kata kimi’A’ tu susah...??? sila bagi tau
saya... A. Diri anda B. Makcik cleaner C. Makcik Cafe D. Pak gad <salahkan diri sendiri dulu ok...> jawapan:A

Kesimpulan di sini adalah.... nak dengan tak nak. Jika nak katakan nak. Itu saja. So buat semua pelajar KMPk sesi
08/09... BUKTIKAN... kimi’A’ itu MUDAH... Insya 4W1.. A!!. KMPk Memang Pelopor KeKIMI’A’an.. Last
but not least... GOOD LUCK…. In your PSPM II terutamanya kertas SK027. All the BEST. C U in I P T A….

Anda mungkin juga menyukai