Anda di halaman 1dari 5

Forum 10..sukan spjg hyat 1. As Salam..

Menurut Floyd, 2011, komunikasi merupakan suatu proses interaksi pelbagai hala yang melibatkan pengucap, media dan audien. Matlamat utama proses komunikasi ialah untuk menyampaikan maklumat. Proses ini amat penting untuk dikuasai oleh semua pengurus sukan kerana ia merupakan agen penyampaian maklumat yang amat berkesan dalam pengurusan aktiviti kesenggangan dan rekreasi. Tanpa kemahiran ini, pengurus sukan mungkin gagal menyampaikan maklumat sekaligus menghalang matlamat yang telah ditetapkan. Proses komunikasi terbahagi kepada enam elemen iaitu pengucap, mesej, audien, maklum balas, gangguan dan persekitaran. Pengurus sukan yang baik seharusnya menguasai kemahiran menyampaikan mesej verbal dan non-verbal agar matlamat yang ingin disampaikan tercapai. Demi menghasilkan maklumbalas yang positif, pengurus sukan juga perlu bijak mendalami latar belakang audien mereka serta menghasilkan mesej yang ringkas, tepat dan mudah difahami. Jika ini berlaku, proses komunikasi akan berlaku dengan lancar dan positif. Justeru , pengurus sukan juga harus bijak dalam mentafsir maklum balas audien agar proses komunikasi yang diwujudkan tadi terhasil secara harmoni dan positif. Pengurus yang bijak juga seharusnya mengurangkan aspek gangguan dalam proses komunikasinya. Pengurus sukan haruslah bijak memilih persekitaran yang bersesuaian dengan mesej yang ingin beliau sampaikan. Kesimpulannya, jika kemahiran komunikasi dikuasai dengan baik, ia akan memudahkan kecapaian matlamat yang telah ditetapkan, menjimatkan kos dan masa serta mewujudkan suasana harmoni yang jitu dalam sesebuah organisasi di mana semua ahlinya saling hormat-menghormati. Hasilan komunikasi berkesan akan menjadikan organisasi berfungsi dengan baik, sistematik dan mencapai matlamat atau berjayanya apa yang dihajati..

2. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat

yang ditetapkan.Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William,Charlie dan Warren 1972,ialah satu proses menggunapakai peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.Menurut sarjana Guffey dan Almonte (2010) ; komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada penghantar kepada penerima. Komunikasi juga boleh didefinisikan sebagai satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindak balas yang diharapkan atau penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui cara yang berkesan. Komunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut; -mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh -makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima -perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej Jurulatih dapat menerangkan asas-asas dalam proses berkomunikasi. -Jurulatih boleh menerangkan dengan jelas enam kemahiran berkomunikasi penting dalam kejurulatihan sukan. -Komunikasi boleh berlaku melalui pelbagai saluran seperti dalam bentuk lisan,sidang video, e-mel, telefon termasuk telefon bimbit, risalah, surat, dan papan kenyataan.

3.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kemahiran berkomunikasi merupakan elemen yang penting dalam proses kehidupan manusia. Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan daripada satu pihak

kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi kerana kita ingin mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki. Proses komunikasi ini dapat berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana individu (Hashim, 2001). Manusia akan sentiasa berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya sama ada sesama manusia bahkan dengan penciptanya. Kemahiran berkomunikasi semasa menjalankan aktiviti rekreasi adalah amat penting. Ianya merupakan cara membolehkan para peserta untuk berkomunikasi secara berkesan secara lisan atau bertulis. Para peserta perlu mempraktikkan pelbagai teknik dan gaya berkomunikasi demi menjamin setiap aktiviti dapr berjalan dengan lancar.Berkomunikasi dengan setiap tahap secara tepat dan sistematik membolehkan:

Memberi maklumat dan arahan secara lisan dan bertulis dengan tepat dan khusus. Menerima arahan dari pihak lain dengan berkesan Fahami peranan gerak badan semasa berkomunikasi Mendelegasikan kerja kepada ahli kumpulan secara berkesan dan professional semasa aktiviti Perbaiki suasana beraktiviti dengan memperkenalkan dan melaksanakan tabiat berkomunikasi secara positif Praktikkan tahap diplomasi yang tinggi semasa berkomunikasi Pelajari cara- cara berkesan untuk meleraikan konflik di tempat aktiviti

4.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya bersetuju dengan pendapat cikgu dan di sini saya ingin menambah bahawa , salah kepentingan kemahiran komunikasi adalah sekumpulan individu yang saling berkomunikasi antara sesama ahli kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama. Kesediaan pelajar dalam

mengambil inisiatif untuk memulakan perbincangan dan seterusnya melakukan perbincangan berada di tahap yang memberansangkan.Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar mampu untuk memulakan komunikasi dan seterusnya berkomunikasi sesama ahli kumpulan kerana mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu aktiviti sukan sepanjang hayat . Proses komunikasi akan sentiasa berlaku sepanjang pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Secara keseluruhannya pelajarpelajar dapat untuk memberikan respon, memberikan pendapat dan idea, memberi pandangan dan cadangan bagi aktiviti yang sering mereka lakukan dalam aktiviti sukan ataupun rekreasi. Kehidupan peribadi dan kehidupan professional manusia memerlukan kebolehan manusia untuk memikirkan secara kreatif dan kritikal bagi menyeronokkan suasana kerja sekaligus mendapat keputusan yang baik dan berkesan. Jelas disini membuktikan bahawa sumbangan idea,pendapat,cadangan dan respon akan membuatkan ahli kumpulan sentiasa memupuk penjanaan idea yang kreatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dibincangkan.Dalam menyertai atau mengendalikan sesuatu aktiviti berkumpulan, salahsatu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar adalah kemahiran mengurus interaksi apabila sedang berkomunikasi dengan orang lain. Ertinya mereka tidaklah bercakap cakap mengikut kehendak mereka sahaja, iaitu asalkan pihaknya berasa puas, tanpamengambil kira sama ada pihak lain berasa puas dalam berinteraksi dengannya.

5.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya bersetuju dengan hujah cikgu,terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan dalam sukan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para ahli sukan. Ahli-ahli sukan membantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli sukan. Kedua, para pemimpin sukan mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan ahli sukan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh mengarap aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boleh juga

mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan. Misalnya, seorang pengurus sukan mungkin dapat mengarah pegawainya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai