Anda di halaman 1dari 2

comel,ipin hood dan orang asli...

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan
kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk
akhir, sicomel ngan ipin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk
berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang
berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli
yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat
perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan
meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula si comel nak mulakan
pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan
membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp,
terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si comel jerit... "I AM comel...
.."

Kemudian giliran ipin hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian
menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak
atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si ipin Hood
kata... "I AM ipin HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak
kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk
pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter,
kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"
__________________

Bodoh,sopan-santun,masalah...

Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN.
Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru
berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa
pengetahuan dua orabg rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN
menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak
mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk
membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis...)

BODOH : Selamat pagi, tuan.

POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?

BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan.

POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak?

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa ??

BODOH : BODOH, tuan.


POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?

BODOH : Ada di luar, tuan.

POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??

BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?

POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)


_________________

23 larangan ketika/sedang membonceng bASIKAL/apa2 je...

1. Tidur dengan nyenyak.


2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.
_________________

Done by ipin aka clanshiro


copyright?:don copy2..penampo
kasi...bluwekkk:P

Anda mungkin juga menyukai