Anda di halaman 1dari 9

SUSUNAN IMAM DAN MAKMUM

SOLAT TIANG AGAMA

Apabila seorang imam bersolat dengan seorang makmum maka caranya ialah makmum itu berada di belakang imam di sebelah kanan.

Apabila datang seorang yang lain, maka hendaklah ia berada di sebelah kiri imam. Setelah itu, hendaklah imam kehadapan dan kedua makmum merapatkan saf semula. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian makmum yang pertama mundur ke belakang untuk menyamakan saf.

Kanak-kanak lelaki yang belum baligh apabila bersolat dengan imam sedangkan dia seorang diri sahaja, maka samalah ia seperti orang dewasa.

Apabila seorang perempuan bersolat di belakang jemaah lelaki, maka perempuan itu hendaklah bersolat di belakang jemaah itu dan ke kiri sedikit.

Apabila seorang imam lelaki dan makmumnya perempuan, maka perempuan itu hendaklah ke kiri sedikit.

Apabila makmum lelaki berada di belang saf perempuan, hukumnya makruh.

Apabila makmum seorang sahaja adalah makruh berdiri di belakang di sebelah kiri imam.

Apabila makmum berdiri di belakang imam di sebelah kiri kesemuanya atau di kanan kesemuanya, maka ini adalah makruh.

Anda mungkin juga menyukai