Anda di halaman 1dari 20

PENCEMARAN BAHASA

Oleh Muhammad Salaebing 1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua bentuk komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Mesej dan bahasa yang jelas memudahkan pemahaman seseorang untuk bertindak balas terhadap sesuatu komunikasi lisan dan tulisan. Bahasalah yang berperanan dalam membentuk komunikasi lisan dan tulisan yang baik dan indah atau sebaliknya.

Menurut perlembagaan Dasar Bahasa Kebangsaan adalah terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu (i) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia: (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:

Bahasa Melayu (BM) seperti yang diketahui umum, BM

memikul tugas

sebagai bahasa kebangsaan negara ini, berbagai-bagai kemajuan telah dicapai. Usahausaha secara sedar telah dibuat untuk bahasa yang pada suatu ketika merupakan hanya bahasa yang digunakan di kedai kopi dan untuk perbualan-perbualan ringan di rumah, menjadi bahasa yang menampung ilmu pengetahuan serta segala pemikiran pengucapan diperluas dan keseluruhan sifat BM mengalami perubahan. BM menjadi bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian, menjadi bahasa pentadbiran negara dan bahasa perhubungan. Konsep bahasa sebagai alat perpaduan dan lambing kedaulatan negara kelihatan dengan nyata. Bahan bacaan dalam BM juga dihasilkan dengan banyaknya bukan sahaja oleh DBP tetapi juga oleh pihak-pihak lain, terutama sektor swasta.

Walaupun terdapat beberapa banyak buku pedoman dan panduan untuk menggunakan bahasa dengan betul, iaitu mengikut aturan bahasa, namun penggunaan bahasa yang tidak tepat masih ketara di kalangan pengguna bahasa. Bentuk-bentuk bahasa yang tidak mematuhi aturan kedapatan secara di mana-mana jua. Inilah yang dikatakan pencemaran bahasa di sebabkan ketidakprihatinan kita terhadap bahasa kita.

2.0

KESALAHAN BAHASA

Agak banyak juga tafsiran orang tentang makna pencemaran bahasa. Segolongan orang berpendapat bahawa kesalahan bahasa adalah suatu gejala semula jadi yang terus menerus berlaku, selagi bahasa itu hidup dan berkembang.

Menurut Kamus Dewan, kesalahan bermaksud perihal salah atau perbuatan salah dan kesilapan. Menurut Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata, atau susunan frasa atau ayat. Menurut Awang Sariyan (1984) pula pencemaran bahasa adalah suatu gejala semula jadi yang terus menerus berlaku, selagi bahasa itu hidup dan berkembang.

Manakala Raminah Hj. Sabran (1987:58) pula menyatakan kesalahan bahasa bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk bahasa yang baku, iaitu suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal. Bentuk ini benar-benar mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek daerah dan bahasa pertuturan yang tidak formal.

Coder mendefinisikan kesilapan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan-kawan (1994), kesilapan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan istilah. Mengikut Bell (1981), kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk-bentuk pertuturan yang menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini timbul akibat daripada ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem bahasa itu. Dulay dan Hammersly (1982), menjelaskan kesilapan bahasa juga merujuk

kepada bentuk-bentuk yang menyalahi hukum dan berlaku secara tidak sistematik akibat kelemahan pelaksanaan dan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja.

3.0

SEBAB-SEBAB MENGAPA BERLAKUNYA KESALAHAN BAHASA

Kesilapan dalam bahasa ini berlaku bukanlah disebabkan penutur jati itu tidak cekap atau tidak berpengetahuan dalam bahasanya. Menurut Corder (1974:25) sebab pengguna sesuatu bahasa melakukan kesalahan antaranya termasuklah berkaitan dengan bentuk bahasa formal yang terikat oleh peraturan yang mesti dipatuhi. Peraturan tersebut melibatkan situasi penggunaan yang kadang-kadang dalam masa menggunakan bahasa formal seseorang akan terbawa-bawa dengan bentuk yang tidak formal. Menurut beliau, penggunaan bentuk bahasa yang tidak formal dalam konteks penggunaan bahasa formal di anggap kesalahan bahasa. Malah Corder menganggap kesilapan biasanya berpunca dari tindakan penutur melakukan penukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata hingga menyebabkan ayat-ayat yang dibentuknya mengandungi kesilapan (Corder, 1973:258) dalam Arpan (1998).

Kenyataan Corder itu bersesuaian dengan pendapat yang dikemukakan oleh Ray (1963), Nik Safiah (1986), Awang Sariyan (1984) dan Baskaran (1984) yang menegaskan bahawa kesilapan berlaku kerana adanya penggunaan aspek-aspek bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku. Dalam perkara yang sama, Corder menambah bahawa kesilapan bahasa juga diakibatkan oleh kekurangan pengetahuan tentang kaedah bahasa dan yang merupakan penyimpangan-

penyimpangan sistematik yang disebabkan oleh pengetahuan pelajar ketika belajar bahasa kedua. Kesilapan begini bukan sahaja dapat dikesan dari segi penggunaan perkataan tetapi juga struktur frasa ayat.

Kesalahan bahasa berlaku juga apabila adanya penggunaan bahasa dari segi fonologi, morfologi, dan sintaksis yang tidak sempurna dan terpesong daripada hukum-hukum tatabahasa standard bagi sesuatu bahasa berkenaan. Penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturan itu dikenal sebagai pencemaran dalam konteks yang standard. 3

Masalah menurut Awang Mohd Amin (1978) menyatakan kesalahan bahasa dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu kesalahan bahasa yang lazimnya disebut sebagai error atau lapse. Kesalahan jenis ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor extralinguistic, seperti lupa terhadap peraturan yang dipelajari disebabkan oleh terlalu banyak peraturan dalam satu-satu bahasa, gangguan emosi, kelalaian semasa proses penerimaan dan kekurangan latihan yang betul-betul berkesan.

Yang lebih jelas ialah penutur jati menerbitkan sesuatu konsep yang tidak sesuai untuk menyatakan sesuatu benda. Malah penutur jati juga membuat kesilapan apabila memilih dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai dengan

pendengarannya. Misalnya, topi, ketayap dan songkok adalah tiga benda yang sama kegunaannya, tetapi objek ini berbeza bentuk dan konsepnya. Kenyataan Corder ini disokong oleh Webber (1981) yang mendapati bahawa kesilapan bahasa boleh berlaku apabila penggunaannya keliru atau tidak mampu memahami akan penggunaan aspekaspek tertentu dalam bahasa yang digunakan.

Kesilapan bahasa seperti kenyataan di atas sering didapati pada kebanyakan orang Melayu melalui pertuturan biasa dengan meninggalkan imbuhan-imbuhan tertentu, membentuk ayat-ayat yang tidak sempurna dan sebagainya. Keadaan ini sering juga mempengaruhi bahasa tulisan yang mereka gunakan. Menurut Awang Sariyan (1980:3) masih terdapat banyak kesilapan bahasa Melayu pada peringkat tulisan, daripada kesalahan ejaan hinggalah kepada kesilapan morfologi dan sintaksis.

Awing Sariyan (1979:9) telah mengenal pasti beberapa punca utama kemerosotan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa, antaranya ialah faktor gangguan dialek. Hal yang sama juga dinyatakan oleh Lado (disebut oleh Farid M.Onn, 1983:15) bahawa kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar mengenai sesuatu aspek bahasa kedua akibat gangguan daripada kebiasaan menggunakan unsurunsur bahasa pertama. Kenyataan Lado, disokong oleh beberapa pengkaji seperti Leopold (19480, Politzer (1965), Farid dan Ajid (1981), Kadir Amin (1981) dan Raminah Sabran (1983) yang mengatakan bahawa gangguan bahasa pertama ke atas bahasa kedua sememangnya berlaku dan kemungkinannya adalah besar sekali.

Seterusnya kesalahan bahasa yang berpunca daripada kekacauan atau kekeliruan kerana wujudnya faktor-faktor kelainan bentuk dalam penggunaan sesuatu bahasa. Misalnya, kekeliruan penggunaan bentuk formal, seperti persuratan, bahasa akademik, bahasa kesusasteraan dengan bentuk bahasa tidak formal seperti dialek, bahasa pasar. Faktor-faktor ini meresap ke dalam ingatan pelajar melalui pelbagai cara seperti pergaulan dalam masyarakat, media massa, bahan bacaan dan mungkin juga melalui guru-guru yang tidak berhati-hati menggunakan kelainan itu dalam pengajaran di dalam kelas.

4.0

JENIS-JENIS KESALAHAN

4.1

Kesalahan Sebutan

Ada tiga jenis kesalahan umum mengenai sebutan, iaitu (i) kesalahan sebutan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, (ii) kesalahan sebutan beberapa kata tertentu dalam bahasa Melayu, dan (iii) kesalahan intonasi dan tekanan. Sistem ejaan telah menetapkan bahawa sebutan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris hendaklah menurut sistem bunyi bahasa Melayu, iaitu bunyi huruf dilafazkan sesuai dengan fonem yang dilambangkan, tetapi penutur bahasa melafazkannya menurut bunyi sebutan dalam bahasa Inggeris atau dengan cara yang lain. Antara beberapa contoh kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah seperti yang berikut:

Kata 1. dialog 2. radio 3. nasional 4. April 5. struktur 6. teknologi 7. industri 8. karbon

Kesalahan /dai-log/ /re-di-o/ /ne-sye-nal/ /ep-ral/ /strak-tor/ /tek-no-lo-ji/ /in-das-tri/ /ka-ban/

Sepatutnya /di-a-log/ /ra-di-o/ /na-si-o-nal/ /ap-ril/ /struk-tur/ /tek-no-lo-gi/ /in-dus-tri/ /kar-bon/

9. fungsi 10.definisi

/fang-si/ /de-fi-na-si/

/fung-si/ /de-fi-ni-si/

4.2

Kesalahan Ejaan Bahasa Melayu menggunakan ejaan Rumi berdasarkan sistem keselarasan

vokal yang mempunyai sedikit banyak perbezaan berbanding sistem ejaan Rumi yang lama. Walaupun begitu, terdapat perkataan-perkataan pinjaman, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa di Nusantara yang terkecuali daripada sistem ini. Di samping itu, terdapat beberapa peraturan lain mengenai penulisan ejaan, misalnya, peraturan menulis kata majmuk, kata ganda, penggunaan imbuhan pinjaman, dan lainlain. Dalam perkara ini, banyak sekali kekeliruan dalam kalangan pengguna. Antara beberapa contoh kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah seperti yang berikut: Kesalahan 11. perabut 12. calun 13. pamiran 14. pelancung 15. profesyen 16. ekspot 17. talipon 18. tulin 19. anih 20. awit 21. gembeling 22. jaguh 23. jeket 24. jempul 25. setor Sepatutnya perabot calon pameran pelancong profesion eksport telefon tulen aneh awet gembleng jagoh jaket jempol stor

4.3

Kesalahan Perkataan (Morfologi) Kesalahan perkataan merangkum kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan

jenis atau golongan kata. Kesalahan ini termasuk kesalahan penggunaan kata ganti nama, kata kerja, kata adjektif dan sebagainya. 4.3.1 Kesalahan Kata Jamak Kesalahan Sepatutnya

26. kebanyakan sibuk dengan urusan- kebanyakannya sibuk dengan urusan. urusan 27. kebanyakan kelas-kelas 28. lebih banyak bangunan-bangunan 29. semua masyarakat 30. antara kemudahan-kemudahan 31. ramai pelawat-pelawat 32. senarai nama-nama 33. setiap karangan-karangan 34. sepuluh buah rumah-rumah 35. beberapa orang pelajar-pelajar kebanyakan kelas. lebih banyak bangunan. masyarakat antara kemudahan ramai pelawat senarai nama setiap karangan sepuluh buah rumah beberapa orang pelajar

4.3.2 Kesalahan Kata Sendi Kesalahan umum penggunaan kata sendi terbahagi dua: a. b. kesalahan menggunakan kata sendi. Pengabaian penggunaan kata sendi.

Tentang (a), kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada.

Kata sendi dari digunakan untuk tempat dan waktu, sementara kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya (Zaba, 1965:1820). Contoh-contoh kesalahan dan pembetulannya ialah seperti yang berikut ini: Kesalahan 36. Saudara datang daripada mana? 37. Daripada saat ini, ubahlah sikapmu. Sepatutnya Saudara datang dari mana? Dari saat ini, ubahlah sikapmu. buku itulah banyak

38. Dari buku itulah banyak diperolehnya Daripada ilmu kebudayaan. 39. Dia lebih pandai dari saya. 40. Peti itu dari kayu. 41. Sel terdiri dari beberapa bahagian. 42. Kiriman itu dari ayahnya.

diperolehnya ilmu kebudayaan. Dia lebih pandai daripada saya. Peti itu daripada kayu. Sel terdiri daripada beberapa bahagian. Kiriman itu daripada ayahnya.

Kata sendi di digunakan untuk tempat, sementara kata sendi pada untuk masa, orang, binatang dan benda abstrak. Contoh-contoh kesalahan dan pembetulan ialah seperti yang berikut ini: Kesalahan 43. di zaman ini 44. di hari ini 45. di saat begini 46. di masa hadapan 47. di hari Raya 48. di waktu itu 49. di ingatan 50 buku itu ada dengan Ali Sepatutnya pada zaman ini pada hari ini pada saat begini pada masa hadapan pada hari Raya pada waktu itu pada/dalam ingatan buku itu ada pada Ali

Kata sendi ke digunakan untuk tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa. Kata sendi kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa. Contoh-contoh kesalahan dan pembetulannya adalah seperti yang berikut ini:

Kesalahan 51. hingga kepada hari ini 52. kepada tempat lain 53. dihempaskan kepada batu 54. dilemparkan ke Ali 55. diserahkan ke Ketua Pengarang

Sepatutnya hingga ke hari ini ke tempat lain dihempaskan ke batu dilemparkan kepada Ali diserahkan kepada Ketua Pengarang

Tentang (b) pula, penggunaan kata sendi sering diabaikan apabila Predikat diluaskan dengan menambahkan Keterangan (Adverb). Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandung kata kerja intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, saying, suka, takut dan sebagainya). Contoh-contoh kesalahan dan pembetulannya adalah seperti yang berikut ini: Kesalahan 56. pergi sekolah (KI) 57. balik kampong (KI) 58. lupa nama orang itu (KI) 59. lalu jalan ini (KI) 60. benci orang itu (Adj.) 61. suka durian (Adj.) 62. aku cintanya (Adj.) 63. takut hantu (Adj.) 64. tahu perkara itu (KI) 4.3.3 Kesalahan Imbuhan Sepatutnya pergi ke sekolah Balik ke kampung lupa akan nama orang itu lalu di jalan ini benci kepada orang itu suka akan durian aku cinta kepadanya. takut akan/kepada hantu. tahu akan/tentang perkara itu

Kesalahan yang berhubungan dengan imbuhan dapat dibahagi kepada: a. Awalan meN. b. Akhiran kan, c. Akhiran an dan kan, d. Akhiran kan dan i,

a.

Awalan meN Sepatutnya Muhammad membaca buku. Emak memukul adik. Kita wajib menegakkan kebenaran. Dia mengirimkan surat itu. Dia mempunyai segala-galanya.

Kesalahan 65. Muhammad baca buku. 66. Emak pukul adik. 67. Kita wajib tegakkan kebenaran. 68. Dia kirimkan surat itu. 69. Dia punya segala-galanya. b. Akhiran kan

Kesalahan 70. mengamal dan menyampaikan 71. memaju dan mengembangkan 72. membesar dan meluaskan 73. menyejuk dan menyegarkan 74. membangun dan mengukuhkan c. Akhiran an dan kan,

Sepatutnya mengamalkan dan menyampaikan memajukan dan mengembangkan membesarkan dan meluaskan menyejukkan dan menyegarkan membangunkan dan mengukuhkan

Kesalahan 75. kesesakkan 76. kebanyakkan 77. penyemakkan 78. menggalakan 79. meletakan d. Akhiran kan dan i,

Sepatutnya kesesakan kebanyakan penyemakan menggalakkan meletakkan

Kesalahan 80. mengirimkan ayah surat

Sepatutnya Mengirimi ayah surat atau mengirimkan surat kepada ayah

81. menghadiahkan saya sebentuk cincin

Menghadiahi saya sebentuk cincin atau menghadiahkan sebentuk cincin kepada saya.

10

82. mengurniakan beliau bintang

Mengurniai

beliau

bintang

atau

mengurniakan bintang kepada beliau 83. Mencucurkannya rahmat Mencucurinya rahmat atau mencucurkan rahmat kepadanya 84. menganugerahkannya ilmu Menganugerahinya ilmu atau

mengurniakan bintang kepada beliau

4.3.4

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Diri

Kesalahan menggunakan kata ganti diri yang sering terjadi ialah yang berhubungan dengan penggunaan kata ganti diri ketiga. Kesalahan pertama ialah penggunaan kata beliau. Walaupun sama maknanya dengan ia atau dia, namun kata tersebut di gunakan untuk seseorang yang dianggap terhormat. Sekarang kata beliau digunakan secara serampangan, seolah-olah kata lain bagi ia atau dia, sehingga penjenayah pun sering dibeliaukan dalam berita akhbar. Bentuk kesalahan yang kedua ialah penggunaan ianya untuk benda dan binatang. Kata ini timbul barangkali kerana kuatnya keinginan orang mencari suatu bentuk kata ganti yang setara dengan it dalam bahasa Inggeris. Sejauh manakah tepatnya pemilihan ianya masih menjadi persoalan. Daripada segi tatabahasa, ia dan nya adalah kata ganti diri ketiga. Nya merupakan bentuk singkat. Secara perbandingan, jika ianya boleh digunakan, maka akuku dan kamumu pun boleh digunakan juga. Berdasarkan perbandingan itu, ianya tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul. Sesungguhnya dalam bahasa Melayu tidak ada kata ganti it sebagaimana dalam bahasa Inggeris. Tetapi dalam cerita, apabila binatang yang menjadi watak sudah dipersonifikasikan, maka bolehlah digunakan ia, mereka, aku dan sebagainya, seolaholah binatang itu memiliki sifat dan keupayaan seperti manusia. Akhir sekali, bentuk kesalahan penggunaan kata ganti diri ialah penggunaan mereka-mereka. Bentuk ini timbul kerana barangkali orang terpengaruh dengan kata they dalam bahasa Inggeris yang memberikan pengertian jamak untuk orang, binatang dan benda. Biar apa pun puncanya, bentuk mereka-mereka tetap salah dalam Bahasa Melayu.

11

4.4 4.4.1

Kesalahan Frasa dan Ayat Kesalahan Frasa-Frasa Terikat

a. Kata Kerja Transitif + Frasa Nama Kesalahan yang biasa terjadi ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa Objek, dan jika ada, Objeknya tidak diletakkan secara langsung sesudah kata kerja tersebut. Contoh-contoh kesalahan: Kesalahan Sepatutnya digesa membebaskan tebusan

85. Iran digesa membebaskan semula Iran tebusan.

semula.

86. Ia menceritakan bersungguh-sungguh Ia menceritakan kejadian itu bersungguhkejadian itu. sungguh.

87. Kerajaan akan meningkatkan lagi Kerajaan akan meningkatkan kemajuan kemajuan rakyat. rakyat lagi.

88. Kita harus dapat membedakan di Kita harus dapat membedakan yang antara yang benar dengan yang salah. benar daripada yang salah.

89. Ahmad Sallehin melaporkan dari Ahmad Sallehin melaporkan berita dari New York. New York. Atau: Ahmad Sallehin

membuat laporan dari New York. b. Ikatan Pelaku dengan Kata Kerja Pasif Pelaku yang terlibat dengan struktur ini ialah pelaku pertama (seperti aku, saya, kami, kita) dan pelaku kedua (seperti kamu, awak, engkau). Di antara pelaku tersebut dengan kata kerja pasif, tidak boleh disisipkan kata apa-apa pun. Contoh-contoh kesalahan: Kesalahan 90. Buku itu aku akan baca. Sepatutnya Buku itu akan aku baca.

12

91. Kita mesti lakukan kerja itu. 92. Kesilapan itu saya sudah betulkan 93. Saya sudah betulkan kesilapan itu. 94. Dia kami akan ajar.

Mesti kita lakukan kerja itu. Kesilapan itu sudah saya betulkan. Sudah saya betulkan kesilapan itu. Dia akan kami ajar.

Ikatan atau kesatuan di antara pelaku pertama dan kedua dengan kata kerja pasif sedemikian eratnya, sehingga di antara kedua-dua unsur tersebut tidak dapat disisipkan kata apa-apa pun. Susunan sintaksis yang tetap sehingga rosaklah system sintaksis Bahasa Melayu seandainya ikatan tersebut dipecahkan. 4.4.2 Kesalahan Ayat

Kesalahan bahasa dalam hal ayat yang akan dibicarakan ialah: 1. Ayat Inti, 2. ayat Tanya, 3. Ayat Pasif Berpelaku, 4. Ayat Berklausa, 5. Hukum D-M 1. Kesalahan Ayat Inti Kesalahan 95. Itu adalah sebatang pena. 96. Ini adalah sebuah rumah. 97. Beliau ialah seorang Sepatutnya Itu (adalah) pena. Ini (adalah) rumah. pengarah Beliau (ialah) pengarah syarikat.

syarikat. 98. Ayah saya seorang polis. 99. Ani seorang pelajar. 100. Tindakan itu adalah wajar. 101. Perbuatan itu adalah salah. 102. Kami amat sedih sekali. Ayah saya polis. Ani pelajar. Tindakan itu (amat) wajar. Perbuatan itu salah. Kami amat sedih... atau Kami sedih sekali 103. Semua orang berasa sungguh hairan Semua orang berasa sungguh hairan.

13

sekali. 104. Kami paling gembira sekali di sini. Kami paling gembira di sini.

2. Kesalahan Ayat Tanya Kesalahan 105. Dia gurukah? 106. Ayah ke Kuala Lumpurkah? 107. Ahmad menembak burungkah? 108. Adik Nawawi nakalkah? 109. Mereka sudah pergikah? 3. Kesalahan Ayat Pasif Berpelaku Kesalahan 110. Orang itu saya akan temui. 111. Buku itu saya membaca. 112. Kerja ini saya membuatnya. 113. Buku itu ditulis oleh saya. 114. Kereta itu Rahman pandu. 4. Kesalahan Ayat Berklausa Sepatutnya Sepatutnya Orang itu akan saya temui. Buku itu saya baca. Kerja ini saya buat. Buku itu saya tulis. Kereta itu dipandu oleh Rahman. Sepatutnya Adakah di guru? Bilakah ayah ke Kuala Lumpur? Dimanakah Ahmad menembak burung? Mengapakah adik Nawawi nakal? Benarkah mereka sudah pergi?

Kesalahan

115. Bercakap tentang kebudayaan, kata Apabila bercakap tentang kebudayaan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan. 116. Hasil penerangan itu, satu gerakan Sebagai hasil penerangan itu... baru akan dilakukan. 117. Mengetahui hal itu, saya Setelah mengetahui hal itu ...

membatalkan rancangan. 118. Kesan pergolakan itu, rakyat Sebagai kesan pergolakan itu, ...

menderita. 119. akibat bercakap banyak, penceramah Sebagai akibat bercakap banyak, ...

14

itu keletihan.

5.

Kesalahan Hukum D-M

Hukum D-M ini adalah ciri atau sifat susunan kata dalam bahasa Melayu yang kebetulan berbeda daripada sifat susunan kata dalam bahasa Inggeris. Jika dalam bahasa Inggeris penerang (modifier) mendahului kata utamanya (head), maka dalam Bahasa Melayu sebaliknya pula. Oleh sebab itulah dalam Bahasa Melayu big house disebut rumah besar dan bukan besar rumah atau other words disebut kata-kata lain bukan lain-lain kata. Tetapi secara tidak disedari, susunan kata dalam Bahasa Melayu sekarang banyak yang terpengaruh oleh susunan kata dalam bahasa Inggeris. Contohnya: Kesalahan 120. Anita Klinik 121. Gigi Klinik 122. Ipoh Kedai Pajak Gadai 123. Minang Restoran 124. Syarikat Sri Jaya Kenderaan 125. Maggie dua minit mi Sepatutnya Klinik Anita Klinik Pergigian Kedai Pajak Gadai Ipoh Restoran Minang Syarikat Kenderaan Sri Jaya Mi Maggie dua minit

4.5

Kesalahan Makna

Selain kesalahan bentuk kata, ada pula kesalahan makna. Hal ini terjadi kerana tradisi merujuk kepada kamus boleh dikatakan tidak meluas dalam masyarakat. Kebanyakan orang lebih suka mengagak-agak makna sesuatu kata atau menurut kebiasaan penggunaan. Contoh-contoh kesalahan: i. Apa dan Siapa Kata tanya apa yang digunakan untuk menanyakan benda dan binatang kini ada juga digunakan orang untuk menanyakan nama 15

orang. Hal ini barangkali disebabkan pengaruh bahasa Inggeris. Misalnya What is your name? Diterjemahkan menjadi Apa(kah) nama anda? Yang betul ialah: Siapakah nama anda? ii. Bila dan Apabila bila adalah kata tanya, sementara apabila ialah kata penghubung pembentukan klausa. Kesalahan yang sering berlaku ialah penggunaan bila sebagai kata penghubung seperti dalam ayat: Bila dia pulang, kamu bolehlah pergi. (Sepatutnya: Apabila dia pulang, kamu bolehlah pergi. iii. Boleh dan Dapat Kata bantu modaliti boleh bermaksud diizinkan sedang kata bantu modaliti dapat bermaksud berupaya. Sekarang ini kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksud yang sama saja sehingga ketepatan makna menjadi terjejas. Misalnya tidak betul jika kita mengatakan: Adik saya yang berumur tiga belas tahun boleh memandu kereta, tetapi betul jika kita mengatakan: Adik saya yang berumur tiga belas tahun dapat memandu kereta. Ayat yang pertama itu salah kerana undang-undang tidak mengizinkan kanak-kanak memandu kereta. Ayat kedua betul, kerana biar diizinkan atau tidak, memang ada kanak-kanak yang berupaya memandu kereta. iv. Banyak dan Ramai Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang. Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan benda, sementara ramai khas untuk manusia. Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda. Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat. Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya; mungkin kerana banyak orang di pasar itu. v. Golongan dan Gulungan Kata golongan bererti kalangan atau kelompok. Kata gulungan pula bererti suatu benda atau barang yang bergulung seperti kertas, tikar dan sebagainya. vi. Guna dan Pakai Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri sendangkan kata guna bererti melakukan sesuatu dengan... seperti dalam ayat: mencapai perdamaian dengan menggunakan senjata.

16

vii.

Pedalaman dan Pendalaman Kata pedalaman bererti kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interior dalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula berberti usaha mendalami sesuatu.

viii.

Pendapat dan Pendapatan Kata pendapat bererti buah fikiran atau pandangan. Kata pendapatan pula bererti hasil pencarian atau nafkah.

5.0

CARA MENGATASI MASALAH KESALAHAN BAHASA Bagi mengatasi masalah kesalahan bahasa adalah perlu langkah-langkah yang

drastik diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa. Pertama, memperuntukkan undang-undang yang secara umumnya

menghendaki penggunaan bahasa Melayu di semua sektor khususnya yang melibatkan pencemaran bahasa seperti iklan di tempat awam. Oleh itu pihak yang mempunyai bidang kuasa ini sepatutnya lebih prihatin kerana tanpa kelulusan pihak berkuasa papan tanda atau iklan tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Oleh itu, jika terdapat kesalahan bahasa pihak yang mempunyai bidang kuasa sepatutnya tidak boleh meluluskan. Kawalan terhadap papan iklan yang didaftarkan ini boleh mengatasi kesalahan-kesalahan pada penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi juga dapat diwujudkan dengan adanya syarat-syarat dan peraturan yang seragam. Syarat-syarat dan aturan yang seragam ini tentunya boleh mengatasi masalah kesalahan bahasa dan ini menunjukkan kepentingan bahasa Melayu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.

Masalah pencemaran bahasa juga perlu ditangani di peringkat sekolah lagi khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru-guru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul.

Menyedari kesalahan-kesalahan bahasa ini masih berleluasa setiap orang perlu ada kesedaran untuk memperbaiki penggunaan bahasa dalam kehidupan harian

mereka. Kita tidak perlu berbangga dengan bahasa orang lain sekiranya bahasa 17

kebangsaan yang kita gunakan masih lagi lintang-pukang. Pihak yang paling penting dalam usaha-usaha menaikkan taraf bahasa Melayu sudah tentu merupakan pemangkin dalam usaha merealisasikan kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk semua bidang ilmu dan juga wahana komunikasi. Pada masa kini Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan yang terpenting dan bergiat cergas dalam halhal berkaitan bahasa. Selain itu ada Persatuan Linguistik Malaysia, aktivis-aktivis bahasa, ahli akademik dan juga para guru bahasa Melayu khasnya boleh memainkan peranan penting dalam usaha menangani permasalahan bahasa umumnya dan kesalahan penggunaan bahasa khususnya. Kesemua pihak ini boleh memainkan peranan masing-masing dan menjalankan tanggungjawab selaras dengan usaha meninggikan mutu bahasa Melayu.

Selain itu, para pelajar sama ada di peringkat rendah mahu pun di peringkat institusi pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah. Para pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar sentiasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar banyak membaca buku-buku, majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bahasa.

6.0

KESIMPULAN Masalah kekeliruan dan kesalahan dalam kalangan pengguna bahasa tidak

akan menjadi ketara sekiranya golongan yang berpengaruh memahami dan mematuhi peraturan berbahasa yang betul. Oleh hal yang demikian pencemaran bahasa dalam masyarakat kita perlu ditangani dengan lebih serius lagi. Bagi menjamin masyarakat yang menggunakan bahasa dengan betul, kerjasama daripada pelbagai pihak perlu dilakukan. Bahasa melambangkan bangsa, oleh hal yang demikian pemantapan bahasa kita mencerminkan diri kita sebagai rakyat Malaysia. Jelaslah di sini bahawa pencemaran bahasa perlu diberi perhatian yang serius tentang para pendidik. Apa yang jelas di sini adalah kesilapan bahasa merupakan satu gejala biasa yang ditempuhi oleh setiap individu melalui proses pembelajaran secara 18

formal sesuatu bahasa. Tetapi, tidak ramai pula mereka yang menyedari betapa pentingnya menganalisis kesilapan secara sistematik. Analisis kesilapan bahasa secara terancang akan dapat membantu proses mempelajari sesuatu bahasa mahupun memperbaiki kurikulum pengajaran bahasa. BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmood, 1992. Menguasai Ejaan Bahasa Melayu Dengan Cepat, Masa Enterprise, Kajang. _____, 1992. Guru dan Bahasa Melayu, City Repragraphic Service, Kuala Lumpur. _____, 1993. Betulkan Kesalahan Bahasa Anda, Ensimal (M) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. _____, 2001. Menguasai Bahasa Melayu Tinggi. Affluent Master Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Arbak Othman, 1989. Imbuhan Dalam Bahasa Melayu, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Arpan Shahbudin Latip, 1998. Bahasa Melayu: Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Ahmad Mohd. Yusof, 1992. Laporan Kaji Penggunaan Bahasa Malaysia Di Institusi Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka. Awing Had Salleh, 1982. Laporan Jawatan Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Awang Mohamad Amin, 1992. Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan, 1983. Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa, Sarjana Enterprise, Kuala Lumpur. _____, 1995. Konsep Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Azman Wan Chik, 1986. Mengajar Bahasa Melayu, Jilid I: Perkaedahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid, 1994. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

Koh Boh Boon, 1989. Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Jurnal, Latihan Ilmiah, Laporan, Kertas Kerja, Majalah dan Tesis

Adbul Hamid Mahmood, 1983. Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Satu Tinjauan Terhadap Buku Teks Tingkatan 4 dan 5, Jurnal Persatuan Linguistik, 1:23-67. _____, 1989(a). Masalah Penguasaan Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar, Pelita Bahasa 1, Bil 1:40-1. _____, 1989(b). Kesalahan Penggunaan Imbuhan di Kalangan Pelajar, Pelita Bahasa 1, Bil 2:40-1. _____, 1989(c). Kesalahan Ayat, Pelita Bahasa 1, Bil. 3:40-1. _____, 1990. Penguasaan Bahasa Malaysia Baku di Kalangan Pelajar, Jurnal Dewan Bahasa 34, Bil. 4:244-52. Abdul Hamid Mahmood dan Inderbir Kaur, 1995. Beberapa Kajian Terhadap Kesalahan Bahasa, Jurnal Dewan Bahasa, Jun:531-42. Halimah Hj. Ahmad, 1993. Analisis Kesilapan: Satu Kajian Kes Kesilapan Bahasa Melayu, Jurnal Dewan Bahasa 37, 3 Mac, 243-54. Raminah Hj. Sabran, 1983. Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih, tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya. S. Nathesan, 1996. Persoalan Penggunaan Bahasa: Antara Kelaziman Dengan Aturan Bahasa. dlm. Jurnal Dewan Bahasa. Jld. 40:6 hlm. 550. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

20

Anda mungkin juga menyukai