Anda di halaman 1dari 73

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa hasil tugasan yang telah disiapkan ini adalah hasil penulisan dan tugasan saya sendiri. Saya tidak melakukan palagiat dari mana-mana sumber kecuali ianya adalah bertujuan sebagai hujah sokongan serta bukti yang menyokong tugasan saya. Segala bahan sumber yang tertulis dalam tugasan ini adalah daripada sumber yang sahih dan benar.

Yang benar,

.. (HAPIZAH BT HARON)

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK DAN STRUKTUR BAHASA MELAYU, PERKAITAN LINGUISTIK DENGAN DAN PEMIKIRAN MANUSIA, STRUKTUR BIDANG-BIDANG SINTAKSIS KE KAJIAN ARAH

KEPENTINGAN

PEMBENTUKAN PENGGUNA BAHASA MELAYU YANG MENGAMALKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran saya kepada Allah swt kerana dengan izinNya saya telah dapat menyiapkan kerja kursus pendek (KKP) ini. Rasa kesyukuran ini saya kongsikan buat semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan. Penghargaan yang kedua, saya rakamkan buat pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Lokman bin Abd Wahab kerana hasil bimbingannya maka saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut format penulisan ilmiah dengan betul. Pendedahan beliau tentang sistem penulisan ilmiah ini amat berguna untuk saya gunakan dalam setiap tugasan ilmiah saya. Tidak lupa juga buat ahli keluarga saya yang amat memahami bidang tugas dan tanggungjawab saya sebagai isteri, ibu, guru dan pelajar. Sokongan yang tidak pernah padam ini menjadi pemangkin untuk saya mendapatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran saya. Selain mereka yang saya sebutkan di atas, jasa dan pertolongan daripada rakan-rakan seangkatan dan rakan-rakan sekerja juga tidak boleh saya pinggirkan. Bantuan yang diberikan terutamanya apabila saya tidak memahami selok-belok linguistik Bahasa Melayu, maka rakanrakanlah tempat saya membuat rujukan selain buku-buku. Semoga apa yang tuan-tuan dan puan-puan sumbangkan kepada saya ini akan mendapat ganjaran dari Allah. Dan dapat membantu saya serta pembaca memahami dengan lebih mendalam dengan apa yang dikatakan sebagai Pengantar Linguistik Bahasa Melayu.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

SENARAI KANDUNGAN

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

PENDAHULUAN Tugasan ini akan menghuraikan tentang sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik Bahasa Melayu. Sejarah yang membawa kepada pembaharuan serta

penambahbaikkan sistem bahasa dalam Bahasa Melayu. Tugasan ini juga akan membicarakan tentang hubungkait linguistik dan struktur linguistik dalam perkembangan pemikiran manusia. Saya akan mengupas tentang perkaitan antara linguistik serta strukturnya dalam membentuk satu tatacara yang menjana pemikiran sehingga mampu menjadikan manusia itu sebagai satu makhluk yang mempunyai bahasa yang lengkap. Selain itu, tugasan ini juga bertujuan untuk memberikan justifikasi tentang kepentingan linguistik dan struktur linguistik dalam Bahasa Melayu. Tugasan ini akan menunjukkan betapa pentingnya pembentukan sesuatu bahasa itu berasaskan linguistik. Keseragaman dalam sesuatu bahasa, kesempurnaan kata, makna dan nahunya adalah bergantung kepada peraturan yang diletakkan dalam linguistik dan strukturnya. Menerusi tugasan ini juga, saya akan mengetengahkan tokoh-tokoh linguistik yang bertanggungjawab dalam perkembangan bahasa. Tokoh-tokoh itu antara lainnya ialah Noam Chomsky, Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Ferdinand de Saussure. Tokoh-tokoh inilah yang bertanggungjawab memperkembangkan bahasa melalui refleksi pemikiran mereka dan menjadikan bahasa itu sebagai sesuatu yang lengkap, tersusun dan sempurna. Tokoh-tokoh ini jugalah yang telah membuat kajian tentang bidang-bidang linguistik. Dalam tugasan ini juga akan membincangkan tentang kepentingan struktur sintaksis ke arah pembentukan pengguna bahasa Melayu yang mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK DAN STRUKTUR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Zaman Yunani, Iskandariah dan Zaman Rom Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, kita dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Berdasarkan Ensiklopidia Wikidepia, Aristotle supports the conventional origins of meaning. He defined the logic of speech and the argument. Furthermore Aristotle's works on rhetoric and poetics were of the utmost importance for the understating of tragedy, poetry, public discussions etc. as text genres. Aristotle's work on logic interrelates with his special interest in language, and his work on this area was fundamentally important for the development of the study of language (logos in Greek means both language and logic reasoning). In Categories, Aristotle defines what is meant by "synonymous," or univocal words, what is meant by "homonymous," or equivocal words, and what is meant by "paronymous," or denominative words. It then divides forms of speech as being:

Either simple, without composition or structure, such as "man," "horse," "fights," etc. Or having composition and structure, such as "a man fights," "the horse runs," etc. Next, he distinguishes between a subject of predication, namely that of which anything is

affirmed or denied, and a subject of inhesion. A thing is said to be inherent in a subject, when, though it is not a part of the subject, it cannot possibly exist without the subject, e.g., shape in a thing having a shape. The categories are not abstract platonic entities but are found in speech, these are substance, quantity, quality, relation, place, time, position, state, action and affection. In de Interpretatione, Aristotle analyzes categoric propositions, and draws a series of basic conclusions on the routine issues of classifying and defining basic linguistic forms, such as simple terms and propositions, nouns and verbs, negation, the quantity of simple propositions (primitive roots of the quantifiers in modern symbolic logic), investigations on the excluded middle (what to Aristotle isn't applicable to future tense propositions the Problem of future contingents), and on modal propositions. Seterusnya menurut Arbak Othman (1983, m/s 26), dalam bidang falsafah Yunani, sarjana-sarjana Stoik dipercayai memberikan perhatian yang kepada bahasa. Satu perbezaan utama yang pernah mereka buat sebagai penting ialah perbezaan antara bentuk dan makna. Mereka tidak menganggap yang bahasa sebagai hasil langsung daripada fenomena kebetulan

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

dan dalam hal ini mereka termasuk dalam golongan anomalis yang menekankan bahawa di antara perkataan dengan benda tidak ada hubungan dan bahawa bahasa juga ada tempattempatnya tidak boleh dianalisa mengikut kuasa logik. Ahli tatabahasa zaman Iskandariah juga mengkaji bunyi-bunyi pertuturan dan prosodi, bahagian-bahagian yang ditakrifkan bersuara dengan tanggapan seperti kata nama, kata kerja, dan lain-lain Terdapat juga perbincangan mengenai peranan analogi dalam bahasa, dalam perbincangan ini grammatici di Alexandria disokong bahawa bahasa dan terutama morfologi adalah berdasarkan analogi atau paradigma, manakala grammatic di sekolah-sekolah Asia Minor menganggap bahawa bahasa tidak berdasarkan asas analogi tetapi pada pengecualian. (Ensiklopedia Wikidepia, May 2013) Dalam abad ke-18 James Burnett, Lord Monboddo telah menganalisis pelbagai bahasa dan unsur-unsur disimpulkan sebagai logik evolusi bahasa manusia. Pemikiran beliau sesuai dengan konsep pratulisan beliau Evolusi Biology. Sebahagian daripada konsep awal telah disahkan dan dianggap betul hari ini. Di dalam Bahasa Sanskrit (1786), Sir William Jones mencadangkan bahawa bahasa Sanskrit dan Parsi mempunyai persamaan dengan Yunani, Latin, Gothic, dan Celtic bahasa klasik. Dari idea ini muncul bidang linguistik perbandingan dan linguistik sejarah. Melalui abad ke-19, bahasa Eropah tertumpu kepada sejarah perbandingan bahasa-bahasa Indo-Eropah, dengan kebimbangan untuk mencari akar yang sama mereka dan mengesan perkembangan mereka. Pada 1820, Wilhelm von Humboldt menyatakan bahawa bahasa manusia adalah satu sistem peraturan yang ditadbir, beliau menjangkakan tema yang menjadi pokok utama dalam perkara-perkara rasmi pada sintaksis dan semantik bahasa dalam abad ke-20. Daripada pemerhatian ini, beliau berkata bahawa ia membenarkan bahasa untuk membuat "penggunaan tak terhingga cara terbatas" (ber den Dualis 1827). Hanya pada abad ke-19 bahawa pendekatan Neogrammarian Karl Brugmann dan lainlain memperkenalkan konsep tegar undang-undang yang kukuh dalam linguistik.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Zaman Pertengahan, Zaman Arab dan Zaman India Sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.

Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Menurut Arbak Othman (1983, m/s 38), Pada zaman Arab, bahasa berkembang pesat di Baghdad dan menjadikan ia sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan oleh Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Pada zaman India pula, bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. (Lutfi Abas, 1971, m/s 42)

Pemikiran Linguistik Zaman Tatabahasa Tradisional Berdasarkan Matthew, Peter, 1997, Pemikiran linguistik pada zaman tatabahasa tradisional berfokus kepada pemikiran ahli falssafah pada zaman Yunani. Ianya memberikan penekanan kepada apa yang dimaksudkan bahasa dan hakikat bahasa. Rata-rata ahli falsafah sependapat bahawa bahasa ialah sistem simbol dan manusia dipercayai hidup dalam simbol berdasarkan pelbagai aspek kehidupan mereka. Sumber tersebut boleh terdiri daripada seni bina, geografi, perubatan dan sebagainya. Sehubungan itu, pada masa ini pemikiran linguistik melibatkan dua ahli falsafah terkemuka, iaitu Plato dan Aristoteles. Panini pada abad ke-4 juga bertumpu pada bidang fonetik, iaitu simbol dan bunyi bahasa yang selari dengan keperluan menghafaz doa dan nyanyian yang terdapat dalam kitab suci Veda, iaitu kitab suci penganut Hindu.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pemikiran Linguistik Abad Ke-19 Pada abad ke-19, pemikiran linguistik mempunyai pendekatan bersifat atomistis. Unsur bahasa yang diteliti tidak dihubungkan dengan unsur lainnya misalnya penelitian tentang kata tidak dihubungkan dengan frasa atau kalimat. Penelitian bahasa dilakukan terhadap bahasa-bahasa di Eropah, baik bahasa-bahasa Roman maupun nonRoman. Bidang utama penelitian adalah linguistik historis komparatif. Kaedah komparatif ini meneliti perubahan bunyi kata-kata dari bahasa yang dianggap sebagai keturunannya. Misalnya perubahan bunyi dalam bahasa Latin, iaitu causa menjadi chose dalam bahasa Perancis, dan cosa dalam bahasa Italia dan Sepanyol. Sumber: Dr Faridah, Dr Tuan Jah, 2013

Pemikiran Linguistik Abad Ke-20 Ahli linguistik pada abad ke-20 seperti De saussure, Edward Sapir dan Bloomfield banyak dipengaruhi oleh pemikiran abad ke-19. Mereka bukan sahaja memberi tumpuan kepada bahasa-bahasa dunia lain seperti bahasa Indian di amerika, bahasa-bahasa di Afrika dan bahasa-bahasa di Papua dan negara-negara lain di asia. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa pemikiran linguistik pada abad ke-20 ini mempunyai ciri-ciri seperti penelitian terhadap bahasa-bahasa di Amerika, afrika dan asia, pendekatan yang bersifat strukturalistis dan fungsionalis. Tatabahasa diberi keutamaan dan bidang-bidang mikrolinguistik, makrolinguistik dan sejarah linguistik turut dibandingkan. Kajian ilmiah pula semakin menonjolkan penelitian linguistik antara bahasa yang berbeza serta menekankan kepada prinsip deskripsi dan sinkronis. (Robins, R.H 1990) Pemikiran linguistik seterusnya ini dicetuskan oleh Noam Chomsky yang telah memperkenalkan teori transformasi atau transformasi generatif melalui bukunya Syntactic Structures(1957) dan Aspect Of The Theory Of Syntax (1965). Dalam pemikiran linguistik Noam Chomsky pula telah menghuraikan bahasa secara sintaktis tanpa memberi penekanan kepada semantik. Seterusnya, pemikiran linguistik Noam Chomsky dikembangkan melalui Extended Standard Theory pada tahun 1968 melalui bukunya Generative Semantics pada tahun 1970, Government And Binding Theory pada tahun 1980 dan Minimalist Programme pada tahun 1993.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, penemuan-penemuan yang telah diteroka oleh Ferdinand de Saussure dalam bidang pengkajian bahasa telah mendorong pemikiran ilmu lingguistik moden supaya memberikan keutamaan yang jelas kepada pertuturan. Prinsip yang memberikan keutamaan kepada bahasa pertuturan berbanding dengan bahasa tulisan memberikan gambaran bahawa bahasa pertuturan itu pada hakikatnya adalah lebih lama berbanding bahasa tulisan. Ianya juga telah membuka jalan kepada kajian bahasa sebagai suatu sains yang deskriptif sifatnya. Linguistik sinkronis yang telah dikemukakan oleh de Saussure itu akhirnya telah membezakan dua aliran iaitu aliran tradisional dan aliran moden dalam penghuraian bahasa. Aliran baru pula memberi sumber kepada konsep bahasa itu adalah sturktur.

BIDANG-BIDANG YANG MENJADI KAJIAN DALAM LINGUISTIK Kajian linguistik dapat diolahkan melalui tiga paksi utama, dengan titik hujungnya dihuraikan di bawah: Sinkronik lawan Diakronik Linguistik sinkronik(huraian) adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada masa yang tertentu; sebaliknya, linguistik diakronik (sejarah) mengkaji perubahan-perubahan yang berlaku dalam sebuah bahasa atau keluarga bahasa dengan berlalunya masa. Teori lawan Gunaan Linguistik teori(am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat, manakala linguistik gunaan mempergunakan teori-teori ini untuk bidang-bidang yang lain. Konteks lawan Autonomi: Linguistik konteks adalah berkenaan dengan tempatnya bahasa di dunia ini: fungsi sosialnya, bagaimana ia diperoleh, bagaimana ia dihasilkan dan dikesan. Linguistik autonomi atau bebas mengolahkan bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, selain daripada eksternaliti-eksternaliti yang berkait dengan sesebuah bahasa. Kadang-

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

kala, istilah-istilah makrolinguistik dan mikrolinguistik dipergunakan untuk istilah masing-masing bagi dikotomi ini. Berdasarkan dikotomi-dikotomi ini, cendekiawan-cendekiawan yang hanya merujuk kepada diri dengan mudah sebagai ahli linguistik atau ahli linguistik teori tanpa sebarang pembatasan, cenderung melibatkan diri dalam linguistik autonomi, teori, dan sinkronik yang telah diakui sebagai teras disiplin ini. Penyelidikan linguistik telah dikejar oleh berbagai-bagai jenis pakar yang mungkin tidak bersependapat; sebagaimana yang dikatakan oleh Russ Rymer dengan gaya yang ranggi: "Linguistik dapat dipertahankan sebagai harta yang amat dipertikaikan dalam alam akademik. Ia direndam dengan darah para pemuisi, serta ahli teologi, falsafah, filologi, psikologi, biologi, antropologi, dan neurologi, bersama dengan apa-apa darah yang boleh diperah daripada ahli-ahli nahu." Aitchison, Jean (1995) Peringkat linguistik teori Linguistik teori sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji dengan lebih kurang tersendiri. Bahagian-bahagian berikut kini telah diperakui secara meluas. Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia. Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa. Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan. Sintaksis ialah kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayatayat yang bertatabahasa. Semantik ialah kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna. Pragmatik ialah kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi. Linguistik sejarah ialah kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui melalui persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan sintaksis. Tipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa manusia.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Silistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa. Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks. Bagaimanapun, kepentingan tersendiri bagi setiap bidang tidak diakui secara sejagat, dan hampir semua ahli linguistik bersetuju bahawa bahagian-bahagian ini amat bertindih. Walaupun demikian, setiap bidang mempunyai konsep-konsep teras yang menggalakkan penyelidikan dan penyiasatan cendekiawan yang penting.

Linguistik Diakronik Teras linguistik teori adalah berkenaan dengan mengkaji bahasa-bahasa pada sesuatu ketika yang tertentu (biasanya kini), linguistik diakronik memeriksa bagaimana bahasa berubah dengan berlalunya masa, kadang-kala selama berabad-abad. Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang kaya (kajian linguistik tumbuh daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat untuk mengkaji perubahan bahasa. Di universiti-universiti di Amerika Syarikat, sudut pandangan bukan sejarah kelihatan lebih berkuasa. Sebagai contoh, banyak kelas linguistik permulaan hanya meliputi linguistik sejarah secara sepintas lalu. Peralihan dalam tumpuan ke sudut pandangan bukan sejarah bermula dengan Ferdinand De Saussure dan menjadi berpengaruh dengan Noam Chomsky. Secara nyata, sudut-sudut pandangan sejarah termasuk linguistik sejarah perbandingan dan etimologi.

Linguistik Gunaan Linguistik Gunaan mengambil dapatan-dapatan daripada linguistik umum dan menggunakannya untuk bidang-bidang yang lain. Seringkali, linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit. Sintesis pertuturan dan pengecaman pertuturan menggunakan pengetahuan fonetik dan fonemik untuk memberikan antara muka suara kepada komputer. Penggunaan linguistik

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

pengiraan dalam penterjemahan mesin, penterjemahan dibantu komputer, dan pemprosesan bahasa sejadi merupakan bidang-bidang yang amat berhasil pada tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kuasa perkomputeran yang semakin meningkat. Pengaruhnya telah mempunyai kesan yang besar kepada teori-teori sintaksis dan semantik, kerana pemodelan teori-teori sintaksis dan semantik dengan menggunakan komputer memaksa teori-teori menjadi operasi-operasi boleh hitung dan memberikan asas matematik yang lebih ketat.

Linguistik Kontekstual Linguistik konteks ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidangbidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, lingusitik pengiraan serta sains kognitif.

BIDANG LINGUISTIK MIKROLINGUISTIK Bidang mikrolinguistik terdiri daripada empat sub bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Istilah mikro digunakan bagi menunjukkan bahawa bidang ini menghuraikan struktur dalaman bahasa yang teridiri daripada kajian bunyi bahasa, pembentukan kata, binaan ayat, dan makna. Fonologi Menurut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Fonologi pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

daripada segi pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya manakala fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik ialah bidang kajian tentang bunyi ujaran. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik menggunakan data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian mengikut bidang kajian masingmasing. Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan". Penghasilan bunyi "p" tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja. Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan tertentu, ia dikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Ini bermakna dua bunyi tersebut dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam bahasa Melayu, bunyi "p" dan "t" berbeza dari segi fungsional atau secara fonologi. Ia disebut sebagai pasangan minimum kerana kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-dua bunyi tersebut berbeza dari segi kata-kata yang dihasilkan, seperti dalam contoh kata "padi" dan "tadi". "Padi" merujuk kepada sejenis tanaman, manakala "tadi" merujuk kepada kata keterangan masa. Jelas, perbezaan pasangan minimum tersebut memperlihatkan wujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut. Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian ilmu fonologi. Kenstowicz dan Kisserberth (1979) menyifatkan fonetik sebagai The study of the sounds human being employ when speaking a language is phonetics. Sementelah itu fonetik dipecahkan kepada tiga bidang iaitu fonetik artikulasi, fonetik arkustik dan fonetik auditori.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Morfologi Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan (1985 :152), bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan (2000 :121) dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya (2004:36) iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan bahagian kata. Dalam teori linguistik tradisional, kata dan ayat merupakan dua unit asas yang dikendalikan dalam penghuraian tatabahasa. Kedua-dua unit ini mendapat perhatian pada praktiknya dalam sistem-sistem tulisan yang lazim digunakan. Dalam sistemsistem abjad yang berbeza dalam bahasa-bahasa di Eropah misalnya, ayat-ayat dipisah daripada yang lain dengan menggunakan tanda baca (nokhtah, tanda soal dan tanda seru) dan bagi setiap satu itu dikenali dengan memberikan huruf besar pada perkataan yang memulai ayat. Arbak Othman,Ahmad Mahmood Musarif(2004). Morfologi adalah kajian dalam aspek tatabahasa berkaitan struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata susunan bunyi ujaran atau lambang(tulisan). Bentuk kata pula adalah rupa unit tatabahasa sama ada yang berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Maka ia terdiri daripada empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.(Asmah, 1991) Menurut Bloomfield (hal 207) morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam bentuk-bentuk terikat hadir sebagai di antara konstituennya. Seterusnya morfologi meliputi binaan kata-kata dan bahagian-bahagiannya. Sejajar dengan ini (Lyons, 1970:22) memberikan definisi morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Ahli-ahli tatabahasa tradisi nampaknya tidak mahu melihat analisis perkataan dan ayat sebagai binaan unsur-unsur yang lebih kecil. Sebagai contoh, perkataan memperkatakan

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

dibentuk oleh tiga unsur iaitu mem, kata dan per - kan. Lebih-lebih lagi, unit-unit terkecil ini tidak dapat lagi dicerakin kepada bentuk-bentuk yang lebih kecil dan bermakna dari segi penyebarannya dalam bahasa Melayu. Unit-unit terkecil seperti ini dalam analisis tatabahasa, yang dengannya kata dapat dibentuk, biasanya dirujuk dengan istilah morfem. Unit yang lebih besar daripada morfem dan kata ialah frasa dan klausa. Secara tradisi, perbezaan di antara kedua-dua unit itu adalah seperti berikut: sebarang kelompok kata yang hampir-hampir sama (equivalent) dengan satu perkataan tunggal dan yang tidak mempunyai subjek dan predikatnya yang tersendiri dinamakan frasa; manakala sekelompok kata yang ada subjek dan predikat dengan erti kata sekiranya menjadi bahagian daripada ayat, dinamakan klausa. Perbezaan frasa dengan klausa seperti ini sebenarnya tidak jelas atau tidak konsisten dalam analisis ayat tertentu. Kita nampak di sini bahawa ayat itu sendiri dilihat pada akhirnya sebagai unit-unit sekunder yang ditakrif dari segi kesamaan (equivalence) tatabahasanya dengan unit-unit primer, iaitu kata dan ayat. Kelima-lima unit tatabahasa sebenarnya dilihat dalam analisis tatabahasa dari segi binaan. Kalau kita memanggil ayat sebagai unit tertentu dan morfem sebagai unit terkecil, kita dapat menyusun kelima-lima unit itu menurut tatatingkatnya (ayat, klausa, kata, morfem), dengan erti kata bahawa unit-unit yang lebih besar tatatingkatnya dibentuk daripada unit-unit yang lebih kecil tatatingkatnya. Dengan perkataan lain, kita boleh juga mengatakan bahawa unit-unit daripada tatatingkat yang lebih besar dapat dianalisis (atau dipecahkan) kepada unitunit yang lebih kecil tatatingkatnya. Sebagai unit asas, ayat boleh sahaja dikaji dengan mengambil ayat-ayat daripada bahan yang dikumpul (data kajian) dan kemudian menganalisis ayat-ayat itu dari segi kata-kata yang membinanya, atau boleh sahaja kita tentukan terlebih dahulu unsur-unsur yang bertaraf kata itu dan kemudian mencari struktur-struktur ayat dari segi penggabungan kata yang membina ayat-ayat itu. Fungsi kata pula hendaklah dilihat dari segi penggunaannya, iaitu dari segi hubungannya dengan unsur-unsur lain berdasarkan tatatingkatnya dalam ayat. Dengan perkataan lain, untuk melihat struktur ayat, hubungan unsur-unsur frasa dengan unsur frasa yang lain hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu; manakala pada tatatingkat frasa pula, fungsi kata hendaklah dilihat dari segi hubungan kata-kata itu dalam frasa yang dibentuk itu.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Morfem Konsep dan istilah morfem tidak diketahui dalam tatabahasa tradisional, kerana ia bukan satu unit sintaksis, tetapi telah diperkenalkan oleh ahli strukturalis di awal abad kedua puluh. Morfem Pengenalan Untuk menentukan bentuk morfem atau tidak, maka kita perlu membandingkan dengan lainlain. Jika ia boleh dikemukakan berulang kali dengan bentuk yang lain, maka kata ini adalah morfem. Sebagai contoh kita mengambil bentuk / kedua /, dalam ucapannya di atas. Ternyata istilah / kedua / kita boleh membandingkan nota dengan bentuk berikut: Kedua, Ketiga, kelima, ketujuh, kelapan, kesembilan, Kesebelas Membentuk kepada senarai di atas yang menyatakan tahap atau kelas. Tetapi bentuk untuk tempat mempunyai satu lagi makna, seperti: kekedai, Kekampus, kesekolah Beberapa contoh istilah untuk kenyataan di atas mempunyai pengertian yang sama arah atau tujuan. B. Morph dan allomorf Morf adalah nama untuk semua bentuk status tidak diketahui. Walaupun allomorf adalah nama bagi bentuk sudah diketahui jikalu status morfemnya.

C. morfem klasifikasi Morfem dalam setiap bahasa boleh dikelaskan berdasarkan kebebasan, keutuhan, makna, dan sebagainya.

Morfem Bebas dan Morfem Terikat Apakah yang dimaksudkan dengan morfem bebas ialah morfem yang tanpa kehadiran morfem lain boleh muncul dalam penggantian. Katakanlah bagus, pulang ke rumah, makan di Indonesia dikelaskan dalam bentuk morfem bebas.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang tidak digabungkan dengan morfem lain dan tidak boleh muncul dalam penggantian. Semua imbuhan dalam bahasa Malaysia adalah morfem terikat. Ianya juga adalah penanda morfem jamak dalam bahasa Inggeris. Morfem Segmen Dan Suprasegmental Morfem segmen adalah morfem yang dibentuk oleh fonem segmental, seperti morfem {memandangkan}, {adalah}, {berus}, dan {} udara. Oleh itu, semua morfem tidak ketara adalah bunyi segmen morfem. Manakala morfem suprasegmental adalah morfem yang dibentuk oleh unsur-unsur suprasegmental, seperti tekanan, nada, tempoh, dan sebagainya.

Morfem Beralomorf Zero Dalam linguistik huraian morfem beralomorf ada konsep sifar atau sifar (0), yang merupakan salah satu morfem alomorfnya ketara kedengaran segmen atau prosodic (unsur-unsur suprasegmental), tetapi dalam bentuk "kekosongan".

Morfem Leksikal Dan Morfem Tidak Bermakna Bermakna Leksikal Morfem adalah bermakna morfem leksikal yang memang mempunyai makna dalam dirinya, tanpa perlu meneruskan pertama dengan morfem lain. Walaupun morfem leksikal bermakna tidak mempunyai apa-apa makna dalam dirinya. Ini morfem baru bermakna dalam gabungan dengan lain morfem dalam proses morfologi. Takrifan biasa yang bermakna morfem leksikal adalah morfem imbuhan, seperti udara {}, {me}, dan {yang}. Morfem Asas, Asas Bentuk, Niagara (Batang), Dan Akar (Root) Istilah ini digunakan sebagai morfem asas dengan morfem imbuhan dikotomi. Oleh itu apa-apa borang {berjuang}, {kucing}, dan {} adalah berus morfem asas. Terma menjadi asas atau asas (tapak) ia biasanya digunakan untuk merujuk kepada bentuk yang menjadi asas bagi proses morfologi. Borang ini boleh menjadi satu morfem tunggal, tetapi juga boleh digabungkan morfem. Asas panjang (batang) digunakan untuk merujuk kepada bentuk asas dalam proses nada suara, atau pengecapan imbuhan berinfleksi. Akar (root) digunakan untuk merujuk kepada bentuk yang tidak boleh dianalisis selanjutnya. Iaitu, ia adalah satu bentuk akar kiri selepas semua afiksnya, kedua-dua imbuhan berinfleksi dan imbuhan derivisionalnya dipasang.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Kata Kata-kata, satu unit bahasa yang ada dalam tatabahasa tradisional. Kata Nama Sistem ini menterjemahkan bahasa tradisional "perkataan" sebagai satu unit bahasa yang mempunyai makna, atau deretan huruf adalah satu perkataan yang diapit oleh dua ruang, dan mempunyai makna. Walau bagaimanapun, dalam kajian bahasa Arab berkata "perkataanperkataan dalam bahasa Arab biasanya terdiri daripada tiga huruf". Klasifikasi Perkataan Klasifikasi klasifikasi disibut juga berkata perkataan, atau Penjenisan berkata, dalam bahasa Inggeris dipanggil bahagian bersuara. Dalam sejarah direkodkan, sejak zaman Aristotle hingga kini, termasuk kajian linguistik di Indonesia, masalah tidak pernah tertuntaskan. Halangan termasuk, pertama setiap bahasa mempunyai ciri-ciri setiap satu; kedua, kerana kriteria yang digunakan untuk mengklasifikasikan perkataan boleh berbeza-beza. Pembentukan Kata Pembentukan perkataan mempunyai dua sifat, satu perkataan yg berinfleksi, dan kedua-duanya adalah derivatif. Pembentukan perkataan berinfleksi, tidak membentuk perkataan-perkataan baru, atau erti kata lain identiti leksikal yang berbeza dengan bentuk asas. Ini berbeza dengan pembentukan perkataan terbitan atau derivisional. Pembentukan derivatif sentiasa membentuk perkataan-perkataan baru, perkataan identiti leksikal tidak sama seperti perkataan asas. Proses Morfemis Dalam perbincangan nada suara dan persamaan dibincangkan morfemis sebahagian kecil daripada proses atau proses mahupun proses morfologi pembentukan perkataan dengan imbuhan tertentu tatabahasa. Tetapi butir afiksnya sendiri belum dibincangkan. Oleh itu, berikut akan didbicarakan proses morfemis berkenaan dengan affixation, pengulangan, konposisi, dan juga sedikit tentang konfersi dan pengubahsuaian dalaman.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Imbuhan Dalam proses ini, unsur-unsur yang terlibat: a) Bentuk asas atau dasar, adalah asas dalam proses imbuhan dalam bentuk akar, yang merupakan bentuk yang paling kecil yang tidak boleh dibahagikan lagi, seperti meja, makan dan berus. b) Imbuhan adalah satu bentuk, biasanya morfem terikat, yang dilekatkan kepada asas dalam proses pembentukan perkataan. c) Tatabahasa makna yang terhasil Gandaan Satu proses yang mengulangi morfemis baik dalam bentuk secara keseluruhan, sebahagian, atau untuk menukar bunyi. Oleh itu dibezakan adanya pengulangan penuh, adalah seperti jadual (dari jadual asas), reduplikasi sebahagiannya sebagai lelaki (dari lelaki dasar), dan pengulangan dengan perubahan bunyi, seperti belakang dan sebagainya (dari bahagian bawah belakang). Kandungan Adalah asas keputusan dan proses bergabung dengan morfem asas, sama ada bebas atau terikat, membentuk satu binaan yang mempunyai identiti leksikal yang berbeza, atau yang baru. Kandungan yang terdapat dalam banyak bahasa, sebagai contoh, trafik, patriotik, dan hospital. Penukaran, Pengubahsuaian Dalaman Dan Suplesi Penukaran, sering juga dipanggil terbitan sifar, transmutasi dan tranposisi, adalah pembentukan perkataan iaitu proses satu perkataan ke perkataan lain dengan tiada perubahan dalam unsurunsur segmen. Sebagai contoh minum perkataan dalam bahasa Inggeris adalah nomena seperti dalam frasa adanya minum tetapi boleh ditukar kepada perkataan lisan, minuman, tanpa apa-apa perubahan.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Dipendekkan Adalah proses pembongkaran bahagian lexemes atau lexemes digabungkan untuk membentuk satu pendek, tetapi makna tetap sama seperti makna bentuk mentah, seperti bentuk makmal (utuh, makmal). Dalam kesusasteraan yang diterbitkan, keputusan proses memendekkan yang biasanya dibahagikan kepada serpihan, singkatan, akronim. Apakah yang dimaksudkan dengan serpihan serpihan adalah bentuk pendek yang pertama satu atau dua bahagian bentuk dipendekkan. Sebagai contoh, makmal, atau Labo dari makmal. Maksud singkatan adalah hasil daripada proses memendekkan, yang termasuk: a) Pengekalan huruf awal lexeme, atau huruf pertama lexeme gabungan itu. Sebagai contoh: R (radius), H (Haji). b) Pengekalan beberapa huruf dari lexeme a. Sebagai contoh: p (page). c) Pengekalan huruf pertama digabungkan dengan angka menggunakan huruf yang sama penggantian untu itu. Sebagai contoh, P3 (Parti Pembangunan perpaduan). d) Pengekalan dua, tiga, atau empat surat lexeme a. Sebagai contoh: Sebagai (Penolong), Oktober (Oktober), dan ret (bersara). e) pengekalan huruf pertama dan huruf terakhir lexeme a. Sebagai contoh: ir (jurutera). Akronim adalah hasil daripada memendekkan perkataan atau yang boleh disebut sebagai satu perkataan. Bentuk Pemendekannya mungkin serpihan surat pertama, pecahan suku kata lexeme gabungan, atau ia boleh menjadi tidak teratur, sebagai contoh wakuncar (melawat teman wanita masa). Proses Produktiviti Morfemis Apakah yang dimaksudkan dengan produktiviti dalam morfemis proses sama ada atau tidak ini adalah proses pembentukan perkataan, terutamanya affixation, pengulangan, dan komposisi yang digunakan berulang-ulang kali adalah agak terhad, iaitu, ada kemungkinan untuk menambah satu bentuk baru dengan proses tersebut.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Morphophonemic Morphophonemic, juga dikenali sebagai morfonemik, morfofonologi, atau morfonologi, atau menukar acara morfemis bentuk dalam proses morfologi, kedua-dua affixation, pengulangan, dan komposisi. Seperti Indonesia affixation dengan awalan me-ia akan kelihatan bahawa awalan me-ia akan bertukar menjadi mem-, memuat turun, meny-,-klik, atau menyimpan beliau, mengikut peraturan fonologi tertentu. Perubahan fonem dalam proses ini boleh merform fonemik berwujud: fonem rupa, pelepasan, larut lesap, perubahan, dan perubahan.

Sintaktis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.(Nik Safiah Karim,2008) Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut: -Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat; -Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayatseruan; -Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasi -Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang; -Binaan dan proses penerbitan ayat: -Ayat dasar; -Ayat tunggal; dan -Ayat terbitan atau ayat majmuk.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Ayat: Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh: Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu: (i) Ahmad sedang dan (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: 1.Ayat penyata: Ayat transitif dan ayat intransitif Ayat aktif dan ayat pasif Ayat sungsang Ayat nafi Ayat inti dan ayat gabungan 2.Ayat perintah

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

3.Ayat tanya 4.Ayat seru

Ayat aktif: Ayat aktif dengan kata kerja transitif Ayat aktif dengan kata kerja pasif

Ayat pasif: Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya: Perkara itu sudah diselesaikannya; atau Perkara itu sudah diselesaikan, adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia". Ayat perintah: Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Jenis perintah 1. Perintah 2. Suruhan 3. Larangan Contoh penggunaan Berdiri di atas kerusi itu. Ikat tali kasut kamu dengan betul. Jangan bermain di tepi sungai.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

4. Permintaan 5. Ajakan 6. Silaan 7. Doa 8. Harapan

Tolong angkat kain di jemuran itu. Mengucaplah banyak-banyak. Sila masuk. Syukurlah kamu sudah sampai.

Harap-harap hari ini panas.

Ayat nafi: Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Asmah bukan jururawat, tetapi doktor. Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya: 1.Bukankah orang itu abang kamu? 2.Tidakkah kamu ingin menyertai pertandingan itu?

Frasa sendi: Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya: 1.Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit. 2.Saya bukan dari sektor kerajaan. 3.Buku ini bukan untuk anda. Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Ayat Tanya: Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara: 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata: Ayat penyata Tetamu sudah tiba. Buah itu sudah masak. Mereka hendak datang. Ayat Tanya Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak? Mereka hendak datang?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2.

Menggunakan partikel "kah":

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disongsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang: Ayat penyata Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak? Mereka hendak datang? Ayat Tanya Sudah tibakah tetamu? Sudah masakkah buah itu? Hendak datangkah mereka?

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

Menggunakan pelbagai kata: Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa. Ayat Tanya Kata Tanpa partikel kah Ada Apa Bagaimana Apa yang kamu beli tadi? Bagaimana melepaskan diri? Bila Mengapa Bila kamu pulang? Dengan partikel kah Adakah cara saya ini betul? Apakah yang kamu beli tadi?

kamu Bagaimanakah kamu melepaskan diri? Bilakah kamu pulang?

Mengapa kamu lewat hari Mengapakah kamu lewat hari ini? ini?

Mana Siapa

Mana buku kamu? Siapa nama abang kamu?

Manakah buku kamu? Siapakah nama abang kamu?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

4.

Kesalahan yang biasa berlaku:

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah? Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut: Tetamu sudah tibake? Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang: Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

AYAT BIASA AYAT SONGSANG AYAT PASIF

SUBJEK + PREDIKAT PREDIKAT + SUBJEK OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Jenis ayat

Susunan biasa Encik Ali usahawan

Susunan songsang Usahawanlah Encik Ali Ke sana kuda itu. Abang kamukah itu? Sudah makankah kamu? saya Akan saya hantarkan

Ayat inti Kuda itu ke sana. Orang itu abang kamu? Ayat tanya Kamu sudah makan? Hadiah Ayat pasif Saya ketinggalan keretapi Ketinggalan keretapi saya pada hari itu. pada hari itu. itu akan

hantarkan.

hadiah itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu. Ayat inti: Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan: Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu: Jenis ayat gabungan Ayat dengan ayat Ayat komponen Abu rajin bekerja. Majikan gajinya. Subjek dengan subjek Ali suka makan durian. Abu suka makan durian. Predikat dengan predikat Mereka kenduri itu. Mereka kenduri mengeratkan perhubungan. Adverba dengan adverba. Saya akan datang esok. Jika tidak jadi, saya akan datang lusa. Objek dengan objek. Ibu membeli daging di Ibu membeli daging dan pasar. Ibu membeli ayam di ayam di pasar. Saya akan datang esok atau lusa. menganggap dapat menaikkan Ayat gabungan Abu rajin bekerja dan

majikan gajinya.

menaikkan

Ali dan Abu suka makan durian.

menghadiri Mereka

menghadiri

kenduri itu kerana mereka menganggap kenduri itu dapat mengeratkan

perhubungan.

pasar. Ayat kata gabungan hubung dengan yang Sedangkan dia tidak dapat memasuki universiti itu,

berpasangan

apatah lagi saya.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya: -Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Ali. -Ali tidak percaya.

Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan: -Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Ali, tetapi Ali tidak percaya.

Ayat pancangan: Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya: -Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya. -Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.

Semantik Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur). Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani semantikos yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar,

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893) Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna yang ruwet. Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan. 1. Hubungan Semantik dengan Falsafah Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya membawa semantik kesedaran kendiri atau muhasabah diri perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan. 2. Hubungan Semantik dengan Psikologi Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan Makan! berbeza berbanding Makanlah.. Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas. 3. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan taman daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan taman hati, taman buaya, dan taman rimba yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985). 4. Hubungan Semantik dengan Sastera Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95) merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga. 5. Hubungan Semantik dengan Sejarah Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan maksudnya kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan pondok yang bermaksud tempat tinggal yang usang pula telah dikembangkan maknanya menjadi tempat belajar. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak. 6. Hubungan Semantik dengan Komputer Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak. 7. Hubungan Semantik dengan Linguistik Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata kebun berbeza daripada pekebun dan pengebun, dalam proses pengimbuhan. Kata kebun bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata pekebun bermaksud orang yang mengurus kebun sementara kata pengebun bermaksud orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. Dalam proses penggandaan, kata langit juga berbeza dengan lelangit yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata buah dan hati mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk buah hati. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan. Makna Leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. 2.1.1 Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima ekor lembu. 2.1.2 Kata paduan

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb. 2.1.3 Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. Makna Tersurat Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: 1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca, Contoh lain adalah seperti berikut:

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna Tersirat Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

Kiasan Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya. Contoh: Tangkai jering Panjang tangan. Mulut tempayan.

Simpulan Bahasa Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan: Contoh: Abu Nawas. Kaki Kaki bangku bangku. Kaki ayam.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Perbilangan Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah: Contoh: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras. Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak. Perumpamaan Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya. Contoh: Seperti kaca terhempas ke batu. Bagai tikus jatuh ke beras. Seperti bumi dengan langit. Bentuk Bidalan Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. Contoh bidalan: 1.Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan. 2.Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya. 3.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

4.Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak mendatangkan rezeki

Bentuk Pepatah Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh: diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.

Tamsil dan Ibarat Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak. Contoh: Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga. Tua-tua tua keladi semakin tua semakin menjadi keladi, semakin tua semakin menjadi. Ibarat bunga yang, segar dipakai, layu dibuang Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

Lidah Pendeta Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup. Contoh: Bertangguh itu pencuri masa. Bersatu teguh, bercerai runtuh. Hilang bahasa lenyaplah bangsa.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pemeo Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan member semangat atau menyindir. Sebagai contoh: Lebih baik mati daripada dijajah Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan.

Cogan Kata atau Motto Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau swasta. Contohnya: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI 3.1 Aspek-aspek Makna Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu: 3.1.1 Pengertian (sense) Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam kosakata. 3.1.2 Nilai rasa (feeling) Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan. 3.1.3 Nada (tone)

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara ( dalamMansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan. 3.1.4 Maksud (intention) Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik. Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa keterkaitan aspek-aspek makna dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik. Makna Emotif Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan kata kerbaudalam kalimat Engkau kerbau., kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau poerilaku malas, lamban, dan dianggapsebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya akan merasa tersimggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan. Makna emotif dalam bahasa indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai.

Makna Konotatif Makna konotatif berbeda dengan makna emotif karena makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimatAnita menjadi bunga desa. Kata nunga dalam kalimat tersebut bukan berarti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya sebagai akibat kondisi fisiknya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

salah satu unsur psikologis fisik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif. Makna Kognitif Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109). Kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan kokoh. Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud pikiran. Makna Referensial Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsurunsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses. Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen.

Makna Piktorikal Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar ataupembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya

kata kakus, pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa mual karenanya.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Kelewahan Makna Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat). Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).

Ketaksaan Makna Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Contoh: 1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya. Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. Semantik dan Linguistik Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik. Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual. Perkataanperkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Sinonim Pinjaman Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. Sinonim Konteks Perkataan jemput dan udang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut. Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan

Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya. Selain itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini. Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan

sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.

Antonim hubungan bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X beri barang pada Y bermakna Y akan terima barang itu.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Hiponim, Homonim dan Polisem Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepada kereta api. kepada manusia dan kepala surat. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif. Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar . Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebutsaudara. Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak -saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. Peristilahan Bahasa Melayu Pengenalan Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu. Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal. Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam

melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek. Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini,

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya. Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula merupakan kumpulan istilah bagi satusatu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfemmerupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. 6.3 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan. 6.3.1 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya. 6.3.2 Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an(pemprosesan). 6.3.3 Penggandaan

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah. 6.3.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam danbelanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau. 7.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah,

mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah; Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain. Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an. Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

a) Acid - asid (bukan acid) b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi) c) Acidic - berasid (bukan asidik) Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden, ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa, iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia, iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubalpenggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut:

a. Biology - kajihayat b. Anthropology - kajimanusia c. Sociology - kajimasyarakat d. Archeology - kajipurba e. Phonology - kajibunyi

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

f.

Geology - kajibumi

g. Psychology - kajijiwa h. Climatology kajiiklim

Berdasarkan contoh-contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu. Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan organ diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga? Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia. Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Bagi istilah pinjam-terjemah. Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. Misalnya: a. Fixed price - harga tetap b. Market price - harga pasaran c. Price list - senarai harga d. Cost price - harga kos e. Cost section - bahagian kos

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan): a. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; b. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan c. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum. Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut: Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan): a. Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidangbidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya. b. Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain. c. Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. d. Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah: Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentukbentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas. Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani. b) Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. c) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:

Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah: Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata; Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai, b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai, c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai, d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai, e) Kata dalam bahasa Inggeris, f) Kata dalam bahasa asing lain, h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya. 5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden; ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

iv.

Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v.

Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal

istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju ke arah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Prinsip Pembentukan Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i. ii. iii. iv. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. Kata terbitan. Kata ganda. Kata gabungan.

Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: buruj constellation rawan gristle

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

cahaya light Kata kerja: pecut accelerate Imbas scan reka invent Kata adjektif: kenyal elastic Rawak random Cemas anxious Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : Cerpen cereka tabika kugiran pawagam RISDA MARA ADUN BERNAMA PLUS KOBENA BERNAS Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. Paradigma kata dengan imbuhan berContoh: belajar pelajar pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani petani pertanian

Paradigma dengan Penambah me(N)Contoh: Menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan amalan membesar pembesar pembesaran -

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

mengubah pengubah pengubahan mengairi - pengairan Paradigma dengan me(N)-, berContoh: memberhentikan - pemberhentian - perhentian - - pembelajar pelajaran

Paradigma kata dengan me(N)-, perContoh: Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar - pelajaran

Paradigma kata dengan ke - an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian

Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh: Gigi gerigi susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. Ganda Penuh Contoh: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku guru-guru

Ganda Suku Kata Awal Contoh: Tetikus rerongga jejari Cecair rerambut kekisi

Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Batu-batan Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak- dalih Mundar- mandir Simpang-siur rempah ratus Istilah Bentuk Gabungan (majmuk) Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang atas aras laut daftar masuk mesin atur huruf mesin kira tangan segi empat tepat ganda tiga kamera laut dalam Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti : saksi pendakwa pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai penerima janji gelombang melintang

Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi

SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Contoh contoh seperti: gambut (daripada bahasa Banjar) peat nyeri (daripada bahasa Sunda) pain engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik) wharf dening (daripada dialek Kelantan) yoke

Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography

Istilah Bahasa Melayu Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi

Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar; Sesuai maknanya;

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada: i. ii. iii. Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat; Kemudahan belajar bahasa; dan Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh contoh seperti :

Istilah Asing Campaign Custom Dengue Grant Pension

Istilah Bahasa Melayu Kempen Kastam Denggi Geran Pencen

Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature Bahasa Melayu Sidang audio Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital

Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice Bahasa Melayu Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Istilah Komputer Bahasa Inggeris Access Bench mark Cursor Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Bahasa Melayu Capaian Tanda aras Kursor Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat

Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Steering committee Bahasa Melayu Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L); waitress (P) Bahasa Melayu Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji

Fotografi Bahasa Inggeris Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Bahasa Melayu Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Quartz lens Reflect camera

Kanta kuarza Kamera reflex

Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris Aerial cable Affine Affine geometry Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Aggregative model Bahasa Melayu Kabel arial Afin Geometri afin Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat; pengagregatan Indeks pengagregatan Model berdaya agregat

Cabaran-Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum: Kepesatan ilmu : i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa. Kepakaran : i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Konsep dan definisi singkatan dan Lambang Definisi Singkatan Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan : a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya : lab ( laboratory) b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya: sin - sinus cm - sentimeter cos - konsinus hab - habitat c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya: Mara - Majlis Amanah Rakyat Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Tadika - taman didikan kanak kanak Cerpen - cerita pendek Kugiran - kumpulan gita rancah Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri Pawagam - Panggung wayang gambar Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya: JKR - Jabatan Kerja Raya TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

Definisi Lambang Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan. Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh : meter - meter - m kilogram - kilogram - kg second - saat - s ampere - ampere - A degree - darjah - K candela - kandela - cd radian - radian - rad steradian - steradian - st mole - mol - mol hecto - hekto - h centi - senti - c mega - mega - M giga - giga - G

EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh : Bismillahirrahmanirrahim muslimin muslimat ustaz

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

ustazah haji Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya: bureau - biro police - polis ambulance - ambulans Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: Baekelund Cannizzaro Aquadag Dacron Keops Dmitri Ivanovic Mendeleev Anton Chekhov Mao Tze Tung

Anda mungkin juga menyukai