Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN PERTAMA

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.

2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.

3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.

4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.

5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.

6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.

Mukadimah Bahagian Pertama

Bahagian pertama buku ini bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"
membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi
membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.

Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi
malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan
yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara
berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam
di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki
oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan
penggabungan yang sah dan benar.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala:

ِ‫النّاس‬ ‫علَى‬
َ َ‫سِلمِينَ ِمنْ َقبْلُ َوفِي َهذَا لِ َيكُونَ ال ّرسُولُ شَهِيدًا عََليْكُمْ وَتَكُونُوا شُ َهدَاء‬
ْ ‫سمّاكُمُ ا ْل ُم‬
َ َ‫هُو‬
Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-
Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan
kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang
memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).

(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).

Anda mungkin juga menyukai