Anda di halaman 1dari 1

2.

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

4 TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO (UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB)

LEARN TO KNOW

LEARN TO DO

LEARN TO LIVE TOGETHER

LEARN TO BE

Belajar untuk menguasai ilmu

Belajar untuk menguasai kemahiran

Belajar untuk hidup harmoni dan bekerjasama

Belajar untuk menjadi insan yang berguna

Kurangnya penerapan dan pengaplikasian kemahiran berfikir dan kemahiran belajar oleh guru kepada muridmurid. Murid-murid hanya didedahkan dengan cara belajar yang konvensional dan tidak mempelbagaikan kemahiran belajar berkesan yang pelbagai seperti kemahiran mendengar berkesan, kemahiran membaca (skimming, luncuran) dan sebagainya.

Guru sukar melaksanakan aktiviti yang melibatkan aktiviti berkemahiran seperti pembelajaran secara hands on kepada murid-murid kerana merasakan aktivitiaktiviti kemahiran sebegini mengambil tempoh masa yang lama dan memerlukan pemantauan yang lebih dan dalam masa yang sama guru mengejar masa untuk menghabiskan sesuatu silibus pembelajaran.

Guru kurang mahir dalam mengendalikan murid pelbagai budaya di dalam sesebuah kelas. Guru juga di dapati membawa budaya tersendiri di dalam kelas dengan mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap kepelbagain murid dan budaya di dalam sesebuah bilik darjah menjadikan amalan prejudis terhadap sesuatu budaya menular di dalam diri guru dan murid.

Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan di sekolah, guru hanya menumpukan isi pelajaran yang terkandung di dalam sesebuah kurikulum semata-mata tanpa ada inisiatif untuk mempelbagaikan aktiviti yang mendekatkan diri murid kepada masyarakat sekeliling mereka. Justeru penerapan nilai murni hanya diterapkan semasa P&P di dalam kelas sahaja.

RUJUKAN : UNESCO, (2010). 4 Pillars of Education. http://www.unesco.org/delors/ltoknow.htm. Diakses pada 31 Ogos 2013

Anda mungkin juga menyukai