Anda di halaman 1dari 14

Perkembangan Kemahiran Melukis : Bentuk bermakna

Disediakan oleh: Hafiz Mubarak Nur Khairunnisa Najib

Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkatan skema yang bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Pengunaan simbol didalam lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka.

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Dimana lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration). Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Dan lukisan mereka juga banyak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif).

Melukis sebagai Medium Komunikasi. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot.

Melukis dapat menggambarkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) bagi setiap kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka

Contoh bentuk lukisan kanakkanak


Nama Murid : Nurzahirah binti Nasir Umur : 7 Tahun Tajuk : Rumah Saya

Nama Murid : Lim Ke Ying Umur : 9 Tahun Tajuk : Keluarga Saya

Nama Murid : Aily Natasha binti Abadi Umur : 9 Tahun Tajuk : Keluarga Saya

Lukisan kanak-kanak adalah sangat bermakna walaupun sekali pandang ada yang membuatkan kita tertawa. Lihat sahaja pada 4 lukisan kanak-kanak ini, semuanya mempunyai makna yang tersendiri. Contohnya pada lukisan keluarga saya, saiz manusia yang dilukis oleh kanak-kanak mempunyai perbezaan mengikut kepentingan. Ibu murid hasil daripada lukisan kanak-kanak ini menunjukkan ibunya mempunyai kepentingan yang lebih dalam hidup murid ini, dapat dilihat daripada saiz ibunya lebih besar daripada anggota keluarga lain. Selain itu, kita boleh lihat pada penggunaan warnanya, kanak-kanak suka menggunakan warna panas seperti merah, jingga, kuning, pada objek dan pakaian supaya dapat mewujudkan suasana keluarga dan rumahnya yang gembira, ceria dan bertenaga. Menarik kan lukisan kanak-kanak ini? Kita sebagai orang dewasa perlu menghargai karya yang mereka hasilkan dengan pujian kerana kanak-kanak melukis mengikut keikhlasan dan tulus hatinya.

Kanak-Kanak Melukis Berdasarkan Perkembangan Perkembangan bermaksud peringkat perkembangan usia kanakkanak. Mengikut ahli teori psikologi perkembangan, kanak-kanak melukis secara semulajadi mengikut siri sejagat (universal) dan campurtangan orang dewasa atau diajar terus oleh orang dewasa yang turut mempengaruhi perkembangannya.

Terdapat beberapa pandangan ahli psikologi perkembangan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak. Salah satunya mereka berpendapat bahawa perkembangan lukisan kanakkanak terbahagi kepada 3 peringkat:

1-5 tahun: menguasai corak sejagat

5-7 tahun: menghiasi lukisannya iaitu beralih dari lakaran ke ekpresi unik pada lukisannya

7-12 tahun: penghasilan lukisan lebih tepat dan realistik serta menggambarkan unsur budaya

Lukisan yang terdapat di atas adalah contoh peringkat perkembangan mengikut tahap umur kanak-kanak. Mungkin ada dikalangan kanak-kanak yang boleh melukis lebih baik daripada lukisan contoh. Keadaan itu bergantung kepada peranan orang dewasa dan persekitaran kanak-kanak itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai