Anda di halaman 1dari 8

Remaja Cemerlang Negara Gemilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, kombinasi kehakiman yang arif lagi bijaksana, dif-dif kehormat, seterusnya sidang dewan yang saya hormati sekalian. Remaja hari ini ialah pemimpin hari esok, Remaja Tunggak Negara, Pemuda Harapan Bangsa. Itulah antara ungkapan yang sering kita dengar apabila menyebut tentang hal remaja. Maka pada hari ini, saya ingin mengajak hadirin sekalian untuk sama-sama kita hayati betapa Remaja Cemerlang, Negara Gemilang Hadirin yang bervisi pemacu revolusi, Siapakah yang dikatakan dengan remaja? Remaja merupakan golongan muda yang berusia 13 hingga 18 tahun. Golongan remaja inilah yang memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa. Hal ini adalah kerana para remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara. Oleh hal yang demikian, adalah penting agar golongan ini diberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka dalam menjayakan wawasan negara, iaitu menjadikan negara kita, negara Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi ekonomi, sosial, politik, teknologi, intelektual dan kerohanian menjelang tahun 2020. Maka pidato saya hari ini menyingkap peranan yang dapat dimainkan oleh golongan remaja dalam mencapai matlamat negara. Lantaran itu, 3 penuh idea kita jelajahi. Sidang dewan penggerak wawasan, Cetusan idea saya yang pertama, sentuhan ilmu penjana kegemilangan negara. Ilmu pengetahuan merupakan tunjang utama asas pemodenan negara. Maka peranan remaja yang paling penting kepada negara adalah tidak lain dan tidak bukan, remaja perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya yakin, tentu hadirin sekalian pernah mendengar peribahasa Ilmu pelita hidup. Golongan remaja perlu mengambil iktibar daripada peribahasa ini. Kerana, dengan menimba pengetahuan, remaja dapat meningkatkan taraf hidup dirinya, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Contohnya, dengan ilmu yang diperoleh, remaja dapat mencipta rekaan-rekaan baru dan kita tidak perlu lagi bergantung kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja seharusnya menjadi penyumbang teknologi, bukannya pengguna teknologi semata-mata. Tegasnya, negara kita dapat mencapai kemajuan pada masa akan datang sekiranya rakyatnya, terutamanya remaja merupakan golongan yang celik ilmu Para hadirin bestari yang saya kasihi, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kaya jiwanya dengan nilai-nilai murni. Hal ini menyentuh kepada cetusan idea saya yang kedua iaitu akhlak yang baik pencetus kecemerlangan negara. Saya ingin memetik lagi kata-kata beliau iaitu "Budaya dan nilai-nilai murni itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju." Agama juga mengajar kita betapa manusia dan juga bangsa ini apabila dilihat adalah bergantung kepada warna hati kita. Maka remaja seharusnya lakarkanlah hati dengan nilai murni, corakkanlah dengan budi pekerti dan warnakanlah dengan sahsiah yang terpuji. Demikianlah betapa pentingnya peranan remaja untuk

menyemai akhlak yang baik dalam diri dan mengamalkan nilai-nilai murni agar negara lebih harmoni. Saya ingin rumuskan isi saya yang kedua dengan serangkap pantun, Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa, Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi, runtuhlah bangsa. Sidang dewan pencetus minda kelas pertama, Sebentar tadi saya telah memetik kata-kata bekas Perdana Menteri kita, kini saya ingin memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia pula iaitu Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah para pemuda pemudinya. Jelaslah di sini betapa remaja merupakan aset negara yang sangat bernilai. Runtuhnya remaja, maka akan runtuhlah sesebuah negara. Oleh itu, remaja haruslah mengelakkan diri daripada terjerumus dalam keruntuhan akhlak dengan menjauhi gejala sosial. Hal ini menjurus kepada cetusan idea saya yang ketiga, remaja bebas gejala sosial pemangkin kemajuan negara. Vandalisme, gengsterisme, buli dan penyalahgunaan dadah adalah antara masalah sosial yang semakin menular di Malaysia, terutamanya dalam kalangan remaja. Kesemua gejala ini bukan sahaja akan merosakkan diri remaja sendiri dan menjatuhkan maruah keluarga, malah menyusahkan pelbagai pihak termasuklah kerajaan Malaysia sendiri. Hal ini terbukti apabila kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengatasi permasalahan ini. Walhal, remaja seharusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan negara, bukannya pemusnah wawasan negara. Maka jelaslah bahawa peranan remaja di sini ialah remaja perlu menjadi modal insan yang cemerlang, kerana remaja harapan bangsa. Hadirin sekalian, Yang bengkok sudah lurus, Yang gelap sudah terang. 3 penuh ilmu telah saya hurai, telah saya rungkai, sekaligus membawa anda semua ke penghujung pidato saya. Maka konklusinya, kita sebagai remaja perlulah memainkan peranan untuk menjadi remaja yang benar-benar berwawasan, remaja yang benar-benar berdedikasi, remaja yang benarbenar berketerampilan, dan akhirnya negara kita akan maju setanding dengan negara maju yang lain sejajar dengan Wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih.

Panduan Teks Pidato Spontan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pimpinan Majlis, barisan kehakiman yang berkarisma, dif-dif kehormat, seterusnya sidang hadirin pewaris bangsa 1 Malaysia yang saya muliakan. (Pendahuluan) . Menjurus kepada tajuk yang dikhususkan untuk saya iaitu (Tajuk) . Maka hari ini, saya akan rungkaikan tajuk ini di bawah persoalan (Kata kunci) . Sidang dewan intelektual sekalian, Hujah saya yang pertama terangkum dalam aspek Hadirin yang dihormati, Idea saya yang kedua berpandukan perspektif

(Isi 1)

(Isi 2)

Sidang dewan bestari sekalian, Sebelum mengundur diri, izinkan saya simpulkan pidato saya pada hari ini

(Konklusi)

Sekian, mohon mengundur diri. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Membentuk Peribadi Remaja


Pendahuluan :

Kata kunci

Isi 1

Isi 2

Konklusi

Peranan Anggota Masyarakat Menangani Masalah Pencemaran Alam


Pendahuluan :

Kata kunci

Isi 1

Isi 2

Konklusi

Masalah Disiplin Di Sekolah


Pendahuluan :

Tajuk Kata kunci Isi 1

: : :

Isi 2

Konklusi

Bahasa Rojak Merosakkan Bahasa Melayu


Pendahuluan :

Kata kunci Isi 1

: :

Isi 2

Konklusi

Pengaruh Media Massa Kepada Remaja


Pendahuluan :

Kata kunci Isi 1

: :

Isi 2

Konklusi

Negara Kita Tanggungjawab Kita


Pendahuluan :

Kata kunci Isi 1

: :

Isi 2

Konklusi

Tanggungjawab Masyarakat Membanteras Vandalisme


Pendahuluan :

Kata kunci Isi 1

: :

Isi 2

Konklusi

Peranan Remaja Dalam Mencapai Wawasan


Pendahuluan :

Kata kunci Isi 1

: :

Isi 2

Konklusi

Punca-Punca Obesiti Di Malaysia


Pendahuluan : Obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan oleh lemak badan yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan hipertensi. : Punca-punca obesiti di Malaysia : Cara pemakanan yang tidak sihat ~Rakyat Malaysia kini ramai yang mengamalkan rutin makanan seharian yang tidak seimbang kandungan zatnya dan yang menjurus kepada obesiti ialah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak dan berkolesterol tinggi yang menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan : Gaya hidup yang tidak cergas ~Rata-rata rakyat Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup sihat kerana wujudnya sikap malas dan tidak suka bersenam : Obesiti dapat dielakkan jika kita mengubah cara pengambilan makanan dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukanlah perkara mudah untuk dilakukan, oleh itu usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Tajuk Isi 1

Isi 2

Konklusi

Peranan Guru Melahirkan Pelajar Cemerlang


Pendahuluan :

Kata kunci Isi 1

: :

Isi 2

Konklusi

Anda mungkin juga menyukai