Anda di halaman 1dari 2

YANNIE Kamu pernah membantu jiran tetangga kamu ketika mereka ditimpa kesusahan.

Gambarkan pengalaman dan perasaan kamu membantu mereka. Bau kari cap Anjerapati masuk menyelinap ke dalam lubang hidungku. Lagu (lagu apa) berasal daripada radio (yang berkumandang di corong radio) menikam gegendang telingaku. Semua ketetenteraman itu dikacau (suasana ketenteraman itu sekonyong-konyong tergugat) oleh sebuah teriakan yang nyaring. Tolong! Tolong! Sebentar kemudian terdengar satu letupan yang kuat. Aku bergegas keluar dari bilik tidurku dan menuju ke arah letupan itu. Aku keluar dari rumahku dan aku terlihat asap hitam tebal yang berasal dari rumah jiranku itu memedihkan mataku. Suara jeritan yang itu menjadi semakin lemah. Aku menelefon ahli bomba dengan segera dan membuka langkah seribu untuk menyelamatkan jiranku yang tinggal berseorangan di rumah. Jiranku ditimpa kesusahan! Aku harus membantunya! bisik hati kecilku. Aku memegang tombol get rumah jiranku. Dengan segera aku melepaskan genggamanku dari tombol get itu sebab kepanasan. Hiruk-piruk dengan suara tangisan meminta pertolongan. Aku tekad dan cuba membuka pintu tanpa memikirkan tentang kepanasannya. Tidak semua tempat di rumah jiranku itu terjejas, kecuali dapurnya. Aku menuju ke arah rayuan itu. Terlihat jiranku, Rokiah, terlantang (terlentang) di lantai di hadapan pintu dapur. Mukanya pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah. Tolong Tolong aku ujar Rokiah dengan nada yang lemah. Keadaan menjadi kelam-kabut. Asap tebal menjulang angkasa. Api semakin liar menyemarak. Bau asap menyelinap masuk ke dalam lubang hidungku. Dapurnya habis dijilat api. Suasana mencemaskan sekali. Rokiah meletakkan tangannya di bahuku. Aku harus membantunya. Aku melihat sekelilingku mencari jalan keluar. Debar jantungku memukul dada. Keadaan genting dan mengerikan. Ketenangan yang diidamiku tidak kunjung tiba. Mulutku tidak henti berkumat-kamit memanjatkan doa kepada maha Esa agar terpelihara daripada sebarang malah petaka. Ahli bomba masih belum tiba. Aku mengangkat Rokiah yang telah pengsan. Raut wajahnya jelas menunjukkan panik. Kegelisahan jelas terpapar di wajahnya. Manik-manik peluh di dahinya sebab kebahangan. Kami harus keluar dari sini secepat mungkin bisik hati kecilku. (TB!) Bola mataku meliar dan cuba mencari jalan keluar. Kami dikelilingi api. Suasana sekitaran menjadi kelam dengan asap tebal. Bahangnya dapat

dirasakan. Dengan cekal hati, aku mengambil risiko untuk melalui jalan yang tidak mungkin selamat untuk kami berdua. Aku memanjatkan doa kepada yang Esa. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku. Ketakutan mula bergayut di sudut hatiku. Semua di sekeliling kami hangus dijilat api. Aku berjalan perlahan supaya tidak terkena api. Selepas beberapa penderitaan XX di rumah terbakar itu, kami berjaya keluar. Aku melepaskan nafas tanda lega. Aku meletakkan Rokiah di lantai supaya dia boleh bernafas dengan betul. Dia membuka matanya dan mengukirkan senyuman yang lemah. (terbatuk-batuk? Batuknya meledak?) Terima kasih, Fatimah, kerana menyelamatkan dan membantu aku, ujarnya dengan nada yang lemah. Sinar gembira mengerlip di mata tuanya. (Tambah bagaimana kamu membantu jiran dalam kesusahan. Tambah peranan kamu) Ahli bomba pun tiba di tempat kejadian. Mereka bertungkus lumus memadamkan api. Semuanya kini sudah selamat. Rokiah pun sudah dihantar ke hospital berdekatan untuk dirawat. Alhamdulillah, dia tidak cedera parah. Kuntum kegembiraan mengembang di hatiku sekaligus menghalau debaran yang aku rasakan di rumah Rokiah tadi. Rasa gembira dan syukur berbunga di lubak hatinya. Syukurlah tiada banyak kerosakkan yang telah terjadi. Aku kembali ke rumahku. Aku bersyukur yang tiada apa-apa yang terjadi kepada jiranku. Siapa lagi yang akan membantu dia jika bukan jirannya mereka sendiri. Jiran merupakan seseorang yang sering berada berdekatan dengan mereka. Mana tahu jika aku berada ditimpa kesusahan pada masa hadapan, Rokiah pula yang akan membantuku. Hari ini aku telah pelajari yang aku harus memberanikan diri dan mengambil risiko untuk mencapai apa yang kami inginkan pada hujungnya. Pengalaman ini ialah sebuah pengalaman yang tidak akan aku lupakan buat selama-lamanya. B I Deskriptif Teruskan usaha 13 14 27

Anda mungkin juga menyukai