Anda di halaman 1dari 11

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 1.

0 Pembentukan Kata Tunggal

1.1.1 Definisi Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004). tidak mengalami proses

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

1.1.2 Jenis-Jenis Kata Tunggal

Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

1.1.3

Kata Tunggal dalam bahasa Melayu 1.1.3.1 Kata Tunggal

Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5): i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri

Contoh: i. ii. Kamu. Sudah?

PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: i. ii. iii. di mana? ke Kuala Lumpur dari Terengganu

1.1.3.1.1

Kata Tunggal Satu Suku Kata

Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. KV VK KVK Contohnya : yu, ru, ya Contohnya : am Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap

KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek KVKK Contohnya : bank, zink, golf, KKKV Contohnya : skru, skaf, KKKVK Contohnya : Skrip, straw

1.1.3.1.2

Kata Tunggal Dua Suku Kata

Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat VK + KV Contohnya : undi, asli, unta VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan

PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 6. 7. 8. 9. 10. 11. KV + V Contohnya : dia, bau, ria KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting

# Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata.

1.1.3.1.3

Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea KV + KV + V Contohnya : mulia, barua KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah

PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 15. 16. 17. 18. 19. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok

1.1.3.1.4

Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela

PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 1.1.3.1.5 Kata Akronim

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim.Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak

3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 c. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu

2.0 Pembentukan Kata Terbitan

2.1 Definisi kata terbitan Kata terbitan pula ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Kebanyakan daripada kata dasar yang menerima imbuhan terdiri daripada morfem bebas, manakala imbuhan terdiri daripada morfem terikat. Misalnya dalam bahasa Melayu mendukung (men- + dukung), dipukul (di- + pukul), makanan (makan + -an) dan biarkan (biar + -kan). Manakala contoh dalam bahasa Inggeris pula ialah, quickly (quick + -ly), dan kindness (kind + -ness). 2.2 Jenis-jenis imbuhan Berdasarkan keadaan-keadaan imbuhan itu digandingkan, maka wujudlah empat jenis imbuhan, iaitu masing-masing dikenali sebagai awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan sambung umpamanya, dapat dijadikan bersambung (awalan), sambungan (akhiran), disambungkan (apitan) dan sinambung (sisipan). Malahan, PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 bentuk sisipannya dapat pula menerima awalan dan apitan, iaitu bersinambung, bersinambungan, dan kesinambungan.Imbuhan dalam bahasa Melayu pula terdiri daripada imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, dan imbuhan kata adjektif. Imbuhanimbuhan ini tidak sahaja dapat bergabung dengan kata dasar tunggal dan kata akar tertentu, tetapi juga dengan kata dasar terbitan dan kata dasar majmuk. 2.2.1 Kata terbitan berawalan Kata terbitan berawalan dapat dibahagikan kepada awalan kata nama, awalan kata kerja, dan awalan kata adjektif. Contohnya dapat dilihat dalam jadual di bawah :Awalan kata nama Pe- (pelari, perakus) Awalan kata adjektif Ter- (terbesar, terputih) Awalan kata kerja Diper- (diperisteri, dipercepat) Per- (perasap, perbara) Ke- (ketua, kelipat) Juru- (juruukur, juruwang) Pen- (pendatang, pencari) Bentuk-bentuk bagi pen- ; Pem- (pembuat, pembawa) Peng- (penggali, pengkhianat) Penge- (pengebom, pengetin) Te- (teruncing, terendah) Se- (secantik, sebaya) Ber- (berjalan, berganti) Ter- (terjebak, tercetus) di- (diatur, ditimbang) Men- (mendaki, mencadang) Bentuk-bentuk bagi men- ; Me- (melawan, menyikat) Mem- (membawa, memfitnah) Meng- (menggali, mengikut) Menge- (mengecat, mengetut) Maha- maharaja, mahasiswa) Pra- (prasejarah, prakata) Be- (beraja, berasa)

PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 2.2.2 Kata terbitan berakhiran Bagi imbuhan jenis akhiran ,dalam bahasa Melayu hanya terdapat untuk kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contohnya :Akhiran kata nama -an (pakaian, jahitan) -wan (sasterawan, usahawan) -man ( budiman, seniman) -wati (seniwati, olahragawati) -isme (komunisme) -in (hadirin, muslimin) -at (hadirat, muslimat) -ah (ustazah, sultanah )

Bagi akhiran kata kerja, hanya terdapat dua imbuhan iaitu i dan kan. Kedua-dua akhiran ini membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang diimbuhkan dengan -i dan kan tanpa awalan hadir dalam dua jenis ayat iaitu ayat pasif dan ayat suruhan. Contoh bagi akhiran kata kerja kan ialah buatkan manakala bagi akhiran kata kerja i ialah turuti. 2.2.3 Kata terbitan berapitan Sementara itu, kata terbitan berapitan digolongkan kepada 3 iaitu apitan kata nama, apitan kata kerja, dan apitan kata adjektif. Terdapat empat jenis apitan bagi kata nama iaitu peN--an, pe--an (pedalaman), pel--an (pelajaran), dan ke--an (kelainan). Imbuhan apitan bagi peN--an terbahagi kepada lima bentuk iaitu pem-an(pembuatan), pen--an (pentakrifan), peng--an (penggunaan), penge--an (pengesahan), dan pe--an (pelaksanaan). Apitan kata nama pe--an menunjukkan makna tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang khusus.contohnya petempatan bermaksud kawasan penduduk ditempatkan. Apitan kata nama per--an pula membawa makna tempat seperti PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 perhentian, dan membawa makna hal yang berkaitan dengan kata dasar. Contohnya persengketaan membawa maksud hal bersengketa. Bagi apitan kata nama ke--an, biasanya apitan ini bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja, dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak serta membawa maksud hal yang terkandung dalam kata dasar. Apitan kata kerja pula, terbahagi kepada lapan belas bentuk. Bentuk-bentuknya adalah seperti berikut :Me--kan (memainkan, menakutkan) Mem--kan (membaikkan ) Menge--kan (mengetinkan ) Ber--an (berjauhan, berlanjutan) Men--i (mencurigai, mendendami) di--i (dimulai, didekati) Diper--i (diperingati, diperbaharui) Memper--i (memperingati) Men--kan (menzahirkan, mendermakan) Meng--kan (menggunakan ) Ber- -kan (beralaskan, berlaukkan) di--kan (dibiarkan, dipisahkan) Meng--i (mengekori, menggauli) Diper--kan (diperlihatkan) Memper--kan (memperdengarkan) Ke--an (kehujanan, kehausan)

Apitan kata kerja men--kan membentuk kata kerja transitif aktif daripada semua golongan kata dasar. Contohnya mensyaratkan, meninggikan, dan menjatuhkan.sementara itu, apitan kata kerja di--kan merupakan bentuk pasif bagi apitan men--kan. Contohnya, bentuk aktif ialah melakukan. Apabila apitan di--kan ditambah pada kata dasar, perkataan tersebut menjadi bentuk pasif iaitu dilakukan. Apitan kata kerja ber--an pula membentuk kata kerja tak transitif. Akhiran kan dalam apitan ini ialah kependekkan kata sendi nama akan yang mewakili kata sendi nama yang lain seperti dengan, pada dan tentang. Contohnya, berdasarkan bukti membawa maksud berdasar pada bukti Apitan kata kerja men--i membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata kata dasar dalam semua golongan. Bentuk pasif bagi apitan ini ialah apitan kata kerja di--i. Apitan kata kerja memper--i pula membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata-katayang pada umumnya kata kerja tak transitif berawalan ber- . contohnya PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 bersenjata mempersenjatai. Bentuk pasif bagi apitan ini ialah apitan kata kerja diper...-i. Umumnya, apitan kata kerja memper--kan membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata nama dan kata kerja. Apitan kata kerja memper--kan tidak boleh diimbuhkan pada kata adjektif. Apitan kata kerja diper--kan merupakan bentuk pasif bagi apitan ini. Bagi imbuhan apitan untuk kata adjektif pula, hanya terdapat satu bentuk apitan iaitu ke--an. Kata adjektif yang terbentuk dengan apitan ini membawa makna bersifat seperti yang tersebut pada kata dasar. Contohnya, kemelayuan bermaksud bersifat melayu. 2.2.3 Kata terbitan bersisipan Akhir sekali, kata terbitan bersisispan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sisipan kata nama, sisipan kata adjektif, dan sisipan kata kerja.sisipan yang membentuk kata nama ialah -el-(kelingking), -er-(seruling), dan em-(kemuncup). Kata nama terbita dengan sisipan membawa maksud sesuatau yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Bentuk-bentuk sisipan kata adjektif pula ialah -el- (selerak), -er- (gerodak),-em(semerbak), da in-(sinambung). Akhir sekali, hanya terdapat satu sispan kata kerja iaitu el-. Contohnya, jelajah dan gelegak. Tidak terdapat banyak sisipan kata kerja dalam bahasa Melayu, namun kata nama dan kata adjektif yang bersisipan boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan.

PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

[BMM 3109 MORFOLOGI] PPGBM3 Rujukan 1. Abdullah Hassan (2007). Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelaran Bahasa Melayu. Selangor : PTS Publications and Dirtributors Sdn. Bhd.

2. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. An'nisa Anisah (2012). Pembentukan Kata Terbitan. Laman sesawang : http://nisamokhtar591.blogspot.com/2012/10/pembentukan-kata-terbitan_5.html

4. Leslie

William

Chin

(2012).

Pembentukan

Kata.

Laman

sesawang

http://lwvc.blogspot.com/2012/07/pembentukan-kata.html 5. _____________(2012). Modul BMM3109 Morfologi Bahasa Melayu. Laman sesawang : http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/07/modul-bmm-3109-

morfolgi-bahasa-mela.html 6. _____________(2012). Proses Pembentukan Kata Terbitan. Laman sesawang : http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2011/01/proses-pembentukan-kata.html

7. _____________(2012). Pembentukan Kata Terbitan. Laman sesawang : http://www.scribd.com/doc/35225726/PEMBENTUKAN-KATA-TERBITAN

PPG IPG KTB BM3 JUN 2011

Anda mungkin juga menyukai