Anda di halaman 1dari 7

BIDANG TUGAS SEORANG GURU

Berdasarkan buku Karakter Guru oleh Mohd Sahandri Gani Hamzah, guru ditafsirkan sebagai seseorang yang mengajar pelajar di sesebuah institusi pendidikan atau menyediakan, mengeluarkan bahan pelajaran dan memeriksa jawapan yang dikembalikan melalui pusat pendidikan jarak jauh termasuklah oleh guru besar atau pengetua. Tafsiran ini diambil dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 2. Guru mempunyai banyak peranan terutama kepada pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan. Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Guru bertanggungjawab untuk mendidik muridmurid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berahklak mulia. Di sekolah, guru mempunyai tugas-tugas tertentu mengikut jawatan masing-masing. Dalam sebuah sekolah, terdapat satu organisasi pentadbiran sekolah yang diketuai oleh guru besar ataupun pengetua sekolah. Seterusnya, guru besar dibantu oleh penolong kanan iaitu penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolong kanan KO. Di sesebuah sekolah itu terdapat beberapa jawatan guru seperti guru kelas, guru biasa, guru bertugas harian, ketua panitia mata pelajaran, guru disiplin, guru perpustakaan, guru sumber, guru penasihat persatuan dan guru penasihat permainan sukan.

BIDANG TUGAS GURU BESAR Pengurusan Kurikulum Dan Ko Kurikulum Pengurusan Kewangan, Kemudahan dan Sumber Pengurusan Tenaga Pengajar Dan Kakitangan Pengurusan Kebajikan Pelajar Pengurusan Perhubungan Dalaman Dan Luaran

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 (PK 1) Mengajar Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM Mengajar Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan

Pendaftaran Pelajar Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam Membantu Guru |Besar dalam Tugas Tugas Lain

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM Mengajar Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kokurikulum Membantu Guru Besar Dalam Perhubungan Awam Membantu Guru Besar Dalam Pentadbiran Harian Membantu Guru Besar Dalam Tugas-tugas Lain

BIDANG TUGAS GURU KELAS Buku Daftar Kedatangan Pengurusan Wang Rampai/Yuran Khas Perkara-Perkara Akademik Bantuan Kewangan Dan Biasiswa Mengendalikan tugas-Tugas Lain

BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN Persiapan Sebelum Memulakan Kerja Mengawas Murid Menjalankan Kerja Mengawas Murid Semasa Rehat Mengawal Disiplin Murid

BIDANG TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran atau pembelajaran terkini Bertanggungjawab bulanan dan penggal Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepnggal sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu menyediakan rancangan pelajaran mingguan,

BIDANG TUGAS GURU DISIPLIN Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar, jika perlu Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah

BIDANG TUGAS GURU PERPUSTAKAAN Menyediakan peraturan Membuat Anggaran Perbelanjaan Membuat Pesanan Buku Memproses Buku Menyediakan Kad-Kad Rekod Penggunaan Rawatan Buku Penyemakan dan Hapus kira Buku Stok

BIDANG TUGAS GURU MATA PELAJARAN MATEMATIK

Seterusnya, antara tugas bagi guru mata pelajaran matematik ialah guru perlulah mengajar, memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan oleh panitia Matematik. Guru perlu mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan. Selain itu, guru juga harus membimbing pelajar memperolehi ilmu, kemahiran dan

mengamalkan sikap positif dalam menjalani kehidupan seharian. Seterusnya, penilaian haruslah dibuat dan tindakan susulan perlu diadakan jika perlu terhadap pelajar yang berkenaan. Penerangan demi penerangan perlu dibuat sehinggalah seseorang pelajar itu faham topik yang diajarkan. Guru jua perlu mencari kaedah pengajaran yang paling mudah difahami dan senang untuk disampaikan terutama sekali bahagian yang memerlukan pengiraan yang rumit.

Bagi tugas guru matematik juga, antaranya ialah membuat perancangan Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) mengikut sukatan pelajaran anjuran

Kementerian Pendidikan dan telah di bincangkan dalam mesyuarat Panitia Matematik. Guru juga perlu menyediakan rancangan pelajaran penggal, mingguan dan harian. Setiap latihan, kerja dan tutorial yang diberikan kepada murid hendaklah direkodkan dalam buku panduan mengajar. Selain itu, guru juga harus merancang ujian Matematik berdasarkan sukatan pelajaran yang diajarkan, merancang tindakantindakan susulan terhadap penilaian atau keputusan ujian berkenaan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar . Topik-topik pengiraan yang banyak menggunakan kaedah implikasi perlu diberikan lebih perhatian. Guru perlu melaksanakan pelbagai tugas khas seperti menghadiri kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiatan Guru berkaitan dengan subjek Matematik dan mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain. Guru juga perlu menjadi ahli pelbagai jawatan kuasa dalaman yang ditubuhkan oleh guru besar serta mengendalikan kelas-kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum apabila dirancangkan oleh guru besar dan penolong kanan. Guru matematik perlu bersedia dengan setiap arahan guru besar berkaitan dengan subjek Matematik. Guru juga perlu menghadiri seminar Matematik sebagai wakil panitia Matematik dan mengambil maklumat penting yang disampaikan untuk meningkatkan lagi prestasi subjek Metematik di sekolah.

Guru matematik juga perlu mentadbir dan menguruskan bilik darjah dengan mengutamakan disiplin disamping mengajar ketika di dalam kelas. Pelajar yang kurang fokus di dalam kelas perlu diberi perhatian. Guru juga perlu mewujudkan suasana ceria dan kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Subjek Matematik adalah satu subjek yang sukar dan memerlukan pemahaman yang baik untuk menguasainya, oleh itu, guru matematik perlu bertindak bijak dengan tidak memberikan tekanan kepada pelajar. Guru juga perlu bersikap tegas dengan mengambil tindakan segera terhadap pelajar-pelajar yang ponteng dan perlu mengendalikan pelbagai tugas rasmi yang lain.

Anda mungkin juga menyukai