Anda di halaman 1dari 2

RUBRIK PEMARKAHAN Kelas : Tahun 3 Amanah

Tarikh : 09 Julai 2013 Bidang : Menggambar Aktiviti : Mozek Skor / Band Kriteria 1 Pengetahuan Asas Seni Reka Alat & Bahan Teknik Aktiviti Mozek Ekpresi Apresiasi Sahsiah 2 3 ( ) 4 5 6 Catatan / Komen

Skala Pengukuran pemberian mata atau markah atau skor untuk murid dan juga pernyataan Skor / Band 1 Penerangan / Pernyataan Murid mengenali dan mengetahui apa itu asas seni reka, media yang digunakan dan perilaku yang baik. 2 Murid mengetahui dan memahami dua asas seni reka, dua kegunaan media dan nilai-nilai baik yang diterapkan semasa aktiviti dilakukan. 3 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada, kefahaman, penggunaan media dan asas seni reka dalam aktiviti yang dijalankan serta mempamerkan nilai murni yang baik dalam menghasilkan karya. 4 Murid dapat menghasilkan karya menggunakan media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru, kefahaman dan asas seni reka di samping menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. 5 Murid dapat menghasilkan karya yang menarik menggunakan pelbagai media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dan pengetahuan baru, kefahaman dan asas seni reka dan mengamalkan nilai baik dalam semua aspek kehidupan 6 Murid dapat menghasilkan karya yang kreatif dan unik berpandukan asas seni reka dan proses penghasilan yang betul dengan menggunakan pelbagai media dan teknik secara kreatif dan mempunyai elemen nilai tambah serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri di samping memiliki nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Anda mungkin juga menyukai