Anda di halaman 1dari 8

Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap

santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu, Malah muallaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal Tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh di cari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturahim hati yang murni Maaf diungkap sentiasa bersahut Tangan dihulur sentiasa disambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selagi yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu Masihkah tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara merdeka.

Kelemahan dan Kekuatan Teori Kant Kekuatan Melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama Mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya Kelemahan Bolehkah kita mengetepikan langsung akibat suatu tindakan di dalam menentukan satu sistem moral yang berkesan? Apakah faedah sesuatu sistem moral itu kalau tidak membawa akibat baik terhadap diri kita sendiri, orang lain dan kedua-duanya? Apa gunanya mengamalkan sistem moral yang begitu rigid sedangkan ia tidak semestinya boleh membawa kebaikan pada masa-masa tertentu?

Sifat ikhlas adalah dasar utama teori ini. Tanpa kerelaan dan keikhlasan sesuatu tindakan tiada nilainya.

Secara ringkasnya, perbuatan mengebom ikan yang dilakukan oleh nelayan-nelayan di sekitar lautan Semporna, Sabah, tidak dikira betul ataupun salah sekiranya tiada wujudnya undangundang. Ini disebabkan teori teleologi yang menekankan kebaikan sejagat sesuatu tindakan, iaitu kebaikan yang boleh dibawa kepada kebanyakkan orang adalah lebih daripada kesengsaraan yang diberikan kepada minoriti. Jika isu ini dinilai mengikut teori teleologikal, dalam sudut pandangan nelayan-nelayan ini, mereka bertindak baik kerana mereka memang mendapatkan habuan besar daripada tindakan tersebut. Tindakan ini memang membawa manfaat kepada mereka sendiri. Namun, perkara ini dari segi deontologikal, adalah tidak baik dilakukan kerana pelakuan ini telah menguggat dan mengancam keselamatan, kesejahteraan, dan kedudukan orang lain seperti nelayan yang lain(mempunyai lessen dan menangkap ikan secara tradisional) dan juga mengecewakan pelancong-pelancong yang datang berhasrat untuk melihat keindahan laut dan terumbu karang. Kegiatan pengeboman ikan hanya memberi sikit manfaat kepada kumpulan kecil dan mengancam keperluan dan kesejahteraan majoriti manusia dan alam sekitar. Jadi, dalam isu pengeboman ikan ini, perbuatan nelayan ini dikatakan bersifat teleologikal. Beralih kepada teori deontological pula, melihat dari sudut pandangan nelayan-nelayan yang melakukan tindakan ini, mereka yang ingin menyara hidup keluarganya dikira mempunyai niat yang baik, tetapi mereka telah mengabaikan dan mengguggat keselamatan dan kesejahteraan orang lain dan juga ketenangan alam sekitar. Hal ini bercanggah dengan penekanan dalam teori deontologi yang sentiasa mementingkan motif yang betul/baik dan sentiasa mematuhi prinsip moral sebagai kewajiban sejagat/semua. Oleh itu, tindakan ini tidak memenuhi syarat-syarat teori deontologi. Nelayan-nelayan dalam konteks ini boleh diandaikan sebagai agent teleologi kerana mereka tidak menunjukkan sebarang motif yang baik dan juga mematuhi undang-undang. Sebaliknya, dengan melihat tugas-tugas yang dilakukan oleh pihak berkuasa pula, mereka telah memenuhi syarat-syarat deontologi, pihak berkuasa memegang obligasi untuk melaksanakan tindakan undang-undang terhadap nelayannelayan yang bersalah. Tujuan mereka adalah menegak keadilan bagi mangsa-mangsa yang terlibat. Dengan kewujudan undang-undang, misalnya Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Perikanan 1985, dapat melindungi nelayan-nelayan yang lain (berlesen), dan juga menjaga keselamatan masyarakat yang tinggal berhampiran. Dalam konteks ini, pihak berkuasa dan pengubalan undang-undang merupakan

agen yang bersifat deontologi kerana tindakan dan tujuan mereka adalah betul dan disetujui oleh masyarakat. Mereka berhak mengambil tindakan undang-undang seperti menahan atau menggari mereka(nelayan) yang disyaki memiliki, menggunakan, dan menjualkan bahan letupan. Kesimpulannya, dalam kajian kita yang mengenai isu pengeboman ikan ini, kita lebih menyokong dan setuju dengan teori deontologi yang lebih sesuai diaplikasikan. Dalam situasi ini, perkara ini amat jelas menunjukkan bahawa kewujudan undang-undang dan pihak berkuasa adalah sangat penting dalam membantu masyarakat menangani masalah jenayah atau ketidaktenteraman yang berlaku di dalam masyarakat. Setiap individu haruslah memikirkan kepentingan sejagat dan prinsip moral sebelum bertindak. Etika Deontologi membantu kita mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya, dan melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama. Keikhlasan hati seseorang itu mempengaruhi mereka bertindak baik. Dengan itu, keskes jenayah akan berkurangan. Dalam perbincangan ini, teori teleologi tidak salah tetapi teori ini amat bahaya kerana jika seseorang sentiasa memikirkan kesan yang baik sahaja tanpa memikirkan prinsip moral sebelum bertindak, akhirnya perkara yang mereka lakukan berkemungkinan besar mengandungi unsur-unsur berbahaya. Banyak alasan akan diberikan jika kelakuan seseorang itu disalahkan kerana mereka boleh melakukan apa sahaja yang bermanfaat bagi mereka.

7.0 LAMPIRAN:
Gambar: Aktiviti bom ikan yang dilakukan diperairan semporna dilakukan oleh segelintir nelayan yang tak bertangungjawab dan mempunyai pengetauan rendah tentang alam sekitar

8.0 RUJUKAN 1. Bennett, J., Morality and Consequences, in The Tanner Lectures on Human Values, Vol. 2, S. McMurrin, (ed.), Cambridge: Cambridge University Press.1991.

2. Finnis, J., Natural Law and Natural Rights. Oxford, 1980. 3. Graham Gordon., Eight Theories of Ethics. New York: Routledge/Taylor and
Francis Group, 2004. 4. Keller.David R., Environmental Ethics: The Big Questions. United Kingdom: Wiley-Blackwell, 2010. 5. Nicholas Low., Global Ethics and Environment. New York: Routledge/Taylor and Francis Group, 1999. Sumber laman web:

1.AKTA PERIKANAN 1985(AKTA 317). Retrieved fromhttp://www.fishdept.sabah.gov.my/download/akta_perikanan.pd f 2. Alexander, L Moore M. (2007).Stanford Encyclopedia of Philosophy. Retrieved at 1st Nov 2011, from http://plato.stanford.edu/entries/ethics-deontological/ 3. Garth Kemerling., The Philosophy Pages. Retrived at 1st Nov 2011,athttp://www.philosophypages.com/referral/contact.htm 4. Undang-Undang Malaysia. Akta 613. Seksyen 3. Jadual Kedua. Akta Bahan Letupan 1957 . Akta 207. Seksyen 7.

Anda mungkin juga menyukai