Anda di halaman 1dari 16

Abstrak

Kertas konsep ini akan membincangkan mengenai pengintegrasian kreativiti dalam pengajaran sains. Pengkaji akan mengupas isu ini berdasarkan faktor-faktor yang memotivasikan kreativiti. Faktor-faktor yang dikenalpasti dan dikupas secara terperinci dalam kertas konsep ini, antaranya ialah inisaitif kendiri guru. Inisiatif kendiri bermaksud faktor dalaman guru itu sendiri yang mendorong pegintegrasian kreativiti dalam pengajaran. Faktor kedua ialah media pengajaran, kertas konsep ini membincangkan pengaruh alat-alat bantu mengajar dan teknologi yang dicipta dapat mempertingkatkan kreativiti guru dalam pengajaran mereka. Faktor setrusnya ialah peranan dan sumbangan komuniti atau masyarakat sekitar dalam membantu guru dan institusi pendidikan dalam penerapan pembelajaran kreatif. Agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat juga disenaraikan dalam membantu sekolah melaksanakan pembelajaran kreatif. Selain itu suasana bilik darjah yang kondusif untuk perlaksaanpembelajaran kreatif juga dikupas. Aspek kedua yang ingin dikaji ialah kepentingan kreativiti dalam pengajaran. Antara kepentingan tersebut ialah pengajaran yang efektif, perubahan positif dalam sistem pendidikan menghapuskan perasaan tidak minat pelajar kepada mata pelajaran, pembelajaran yang kondusif dan melahirkan generasi yang berdaya saing yang tinggi. Seterusnya kertaskonsep ini melihat pula halangan dan batasan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran kreatif. Antara halangan yang dikupas dalam kertas konsep ini ialah kekurangan latihan guru, tekanan kerja, sikap guru dan kelemahan sistem pendidikan yang sedia ada. Diharap perbincangan dalam kertas kerja ini dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan pengajaran yang kreatif, disamping dapat member input kepada pengubal kurikulum untuk mengintegrasikan nilai dan budaya kreatif dalam kandungan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Diharap juga intitusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta komuniti sekitar dapat member sumbangan yang sewajarnya dalam pemupukan budaya kreatif ini dalam diri pelajar serta masyarakat sekitar. Kreativiti adalah faktor yang penting dalam usaha kita menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

1.0

Pengenalan

Perkataan kreativiti berasal dari perkataan Barat creativity yang bererti keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Perkataan creativity pula berasal dari perkataan Latin creare yang bermaksud untuk membuat dan dari perkataan Greek krainein yang bermaksud untuk memenuhi (Young 1999). Namun begitu menurut Torrance (1988) adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan satu definisi yang benar-benar tepat. Ini adalah kerana ciri-ciri kreativiti itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan perasaan (Torrance 1988). Tambah beliau lagi sekiranya definisi yang tepat wujud sekalipun adalah amat sukar untuk mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata. Selain dari itu menurut Isaksen (1987) pula, kesukaran untuk memberikan satu definisi kreativiti yang tepat mempunyai kaitan dengan sifat kreativiti itu sendiri yang saling bergantungan antara disiplin atau bidang. Tambah Isaksen (1987) lagi,tiada satu disiplin pun yang boleh mendakwa bahawa hanya disiplin itu sahaja yang berhak untuk mengkaji kreativiti. Walau bagaimanapun disebabkan kreativiti hendak dikaji secara saintifik maka wujud satu keperluan untuk mengadakan satu definisi kreativiti yang hamper-hampir tepat. Selain dari itu dalam bidang pendidikan, para pendidik dalam usaha mereka mengenal pasti pelajar yang kreatif perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti ( Morgan & Forster 1999). Menurut Goh (1993) pula kefahaman mengenai konsep kreativiti penting kepada para pendidik kerana ia menyediakan satu garis panduan untuk mereka merancang, mereka dan melaksanakan program latihan khas untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Kesimpulannya, memahami konsep kreativiti yang sebenarnya sangat penting terutamanya bagi para pendidik yang berperanan memupuk kreativiti pelajar dalam bilik darjah. Walaupun pelbagai pendekatan telah digunakan untuk mentakrif kreativiti tetapi pakar-pakar bersetuju bahawa tiga teras utama kreativiti ialah keaslian, keberkesanan dan beretika. 2.0 Mengintegerasikan kreativiti dalam pengajaran

Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pada masa kini merupakan suatu perkara yang penting dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telahpun diberikan penekanan sejak penggubalan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 (Sulaiman 2000) dalam Sarimah (2008). Proses pengajaran

dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dengan menyebatikan unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Rajendran (1998a) dalam Rajendran (2001), pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1981 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1989 telah menuntut beberapa perubahan dalam pembinaan kurikulum, pendidikan perguruan, penggunaan strategi pengajaran pembelajaran dan pentadbiran sekolah. Dalam konteks ini, satu daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah program menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran pembelajaran. Program ini telah diperkenalkan secara rasmi dalam kurikulum sekolah pada tahun 1992 dan dalam kurikulum pendidikan guru pada tahun 1993. Beyer (1985) dalam Selva Ranee (2007), menyatakan bahawa ramai pendidik beranggapan bahawa pelajar akan belajar bagaimana berfikir. Menurut Ennis dan Norris (1989), pemikir yang baik tidak semestinya pemikir yang kritis tetapi pemikir yang kritis adalah pemikir yang baik. Kemahiran berfikir ialah proses menerima maklumat atau rangsangan. Edward de Bono (1990) dalam buku beliau yang berjudul I Am Right You Are Wrong menurut Rafiei (1998) mendefinisikan berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila seseorang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. George (1990) dalam Adnan, Mimi & Kamalularifin (2006) melihat pemikiran sebagai satu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Pengintegrasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah proses menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru perlulah menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi melaksanakan proses penyebatian KBKK ke dalam mata pelajaran yang diajar masing-masing. Kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik seperti Bloom et al. (Beyer,1988) menunjukkan orang tidak menguasai secara sendiri proses-proses pemikiran yang kompleks seperti pemikiran kritis dan membuat keputusan. Oleh kerana kemahiran berfikir tidak tumbuh secara automatik atau semula jadi, kita perlu mengembangkannya dalam pendidikan formal. Teori Roger Sperry (1970) dalam Mok Soon Sang (2009) menghuraikan fungsi otak kiri manusia yang secara kritis dan otak kanan berfikir secara kreatif. Otak kiri mempunyai

kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitik, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak hendaklah dikembangkan secara seimbang dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 3.0 FAKTOR YANG MEMOTIVASIKAN KREATIVITI

Terdapat enam faktor utama yang dikenalpasti dapat memberi motivasi kepada guru-guru untuk lebih kreatif dalam pengajaran mereka. Ini termasuklah inisiatif kendiri, insentif yang baik, media pengajaran yang baik, peranan komuniti, suasana bilik darjah dan persekitaran kerja yang kondusif. Setiap faktor ini akan dikupas dengan teliti seperti mana berikut: 3.1 Inisiatif Kendiri Menurut Bramwell et. al (2011) Seorang guru yang kreatif biasanya mempunyai kecerdasan peribadi, motivasi dan nilai-nilai atau ciri-ciri utama beliau peribadi yang kukuh. Selain daripada itu, seorang guru yang kreatif telah terbukti menjadi rajin, bertenaga, dan yakin dalam melaksanakan kerja. Kebolehan guru mengkolaborasikan semua elemen ini membolehkan mereka menjadi guru yang kreatif. Idea ini disokong oleh Rinkevich & J.L. (2011) yang menyatakan guru kreatif dikenal pasti mempunyai ciri-ciri tertentu yang penting seperti keyakinan diri, ketabahan, dan mempunyai rasa humor. Selain itu, mereka juga perlu digalakkan untuk menggunakan motivasi intrinsik mereka untuk menyokong inisiatif mereka sendiri mengajar. Ini bermaksud, guru mestilah diberi kebebasan untuk merancang sendiri pengajaran mereka dan tidak dibataskan dengan kaedah atau peraturan-peraturan tertentu. Ini ditegaskan oleh Anderson & D.R. 2002 yang mengatakan gaya pengurusan / korporat pengajaran tidak akan berkesan dalam menghasilkan guru-guru yang kreatif. Sementara itu, hasil kajian Mohd Rizal Mohd Said, & Rehan Mohd Taha (2010) juga mendapati bahawa faktor intrinsik ialah faktor yang paling jelas dalam meberi motivasi terhadap guru-guru. Ini adalah berdasarkan etika guru-guru yang sentiasa positif mengenai intrinsik masing-masing. Faktor ekstrinsik juga sedikit sebanyak adalah perlu bagi memotivasikan diri guru-guru dalam melaksanakan tugas mereka. Faktor ini adalah

penting bagi membantu guru-guru dalam pembelajaran dan bukanlah semata-mata kesanggupan seseorang guru untuk melakukan tugas disebabkan faktor-faktor lain seperti ganjaran walaupun tiada keseronokan dalam melaksanakan tugas tersebut. Jelaslah daripada kajian-kajian yang ditunjukkan bahawa faktor dalaman guru atau inisiatif guru sendiri merupakan faktor besar dalam mempengaruhi penerapan kreativiti dalam pengajaran dalam bilik darjah. Guru yang kreatif dapat memudahkan pelajaran yang susah, dapat menghilangkan rasa bosan di kalangan pelajar dan dapat memupuk semangat belajar dikalangan pelajar. 3.2 Media Pengajaran yang Mencukupi Kajian yang dilakukuan oleh Rinkevich & J.L. (2011), Mohd Rizal Mohd Said, & Rehan Mohd Taha (2010) dan Yahaya Buntat & Noor Sharliana Mat Nasir (2011) jelas menunjukkan media atau alat bantu mengajar merupakan elemen penting dalam penerapan kreativiti dalam pengajaran. Rinkevich & J.L. (2011) menyatakan terdapat beberapa halangan kepada pengajaran dan pembelajaran kreatif seperti kekurangan latihan guru, tekanan guru dalam sistem sekolah dan saiz kelas tidak terurus. Sistem sekolah yang dimaksudkan ini termasuklah alat bantu mengajar yang mana merupakan komponen penting dalam membentuk kreativiti di kalangan pelajar. Ini disokong oleh Mohd Rizal Mohd Said & Rehan Mohd Taha (2010) menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti alat bantu mengajar, rakan sekerja, suasana bekerja dan lain-lain juga merupakan salah satu elemen penting dalam memotivasikan guru-guru dalam pembelajaran. Manakala dapatan kajian Yahaya Buntat1 & Noor Sharliana Mat Nasir (2011) menunjukkan kesemua faktor yang dikaji iaitu faktor ilmu pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi dan keadaan persekitaran mendorong kreativiti pelajar. 3.3 Peranan Komuniti

Kajian Bramwel et. al. (2011) mendapati komuniti mempunyai kaitan dengan ciri-ciri guru yang kreatif. Cabaran yang berkembang dalam masyarakat yang melibatkan pelajar, pendidik dan struktur pendidikan itu sendiri boleh memberi impak yang besar bagi guruguru untuk menjadi kreatif dalam usaha untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dengan

persekitaran. Sosioekonomi pelajar yang berbeza-beza memerlukan guru menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza-beza sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Jika tugasan terlalu mudah dengan tahap kognitif pelajar, pelajar akan bosan. Sebailknya pula jika tugasan terlalu susah, pelajar tidak akan tertarik untuk membuat tugasan yang diberikan. Komuniti yang paling rapat dengan organisai sekolah selain Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ialah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi kerajaan dan swasta. Organisasi seperti ini boleh memainkan peranan yang lebih besar lagi dalam memupuk kreativiti di kalangan pelajar. Dalam konteks yang lebih luas, Malaysia bukan sahaja memiliki bakat individu kreatif malah turut memiliki organisasi kreatif yang setaraf dengan organisasi lain di dunia. Sejak dasar penswastaan dan persyarikatan Malaysia serta diperkukuhkan lagi oleh pelan Industri Negara, Malaysia telah mampu melahirkan pelbagai bentuk organisasi yang beorientasikan perkhidmatan dan perdagangan. Antara organisasi yang terlibat dalam industry kreatif termasuklah Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, MAS, Petronas dan sebagainya. 3.4 suasana bilik darjah atau tempat kerja yang kondusif suasana bilik darjah yang kondusif dan menyokong antara satu sama lain sememangnya memangkinkan pembelajaran kreatif. Suasana bilik darjah ini termasuklah bilik darjah yang selesa, bilangan pelajar yang tidak terlalu ramai dan pelajar yang selalu berfikiran positif. Teori Kreativiti Sternberg dalam Mohd Azhar (2004), bersifat ilmiah hasil daripada penyelidikan yang telah dilakukan lebih daripada 20 tahun. Teori ini meletakkan enam pemboleh ubah sebagai syarat berkreativit. Salah satu daripadanya ialah faktor persekitaran. Teori Kreativiti Sternberg menyatakan persekitaran mempengaruhi kreatif secara langsung. Persekitaran yang birokratik, ketat dengan peraturan dan undang-undang akan membatas dan tidak menggalakkan aktiviti berkreasi. Individu harus berada dalam persekitaran yang selamat, tetap dan harmoni. Selamat daripada kacau-bilau, tetap dalam pekerjaan Anderson & D.R. (2002) pula menyatakan terdapat beberapa risiko yang terbabit semasa melaksanakan pengajaran kreatif. antaranya guru akan berhadapan dengan ketidak stabilan persekitaran selain ketidakpastian mereka untuk mengajar. Jelas

walaubagaimana kreatif pun guru tersebut tanpa sokongan komuniti masyarakat sekitarnya usaha guru tersebut akan terbantut. Hasil kajian Yahaya Buntat & Noor Sharliana Mat Nasir (2011) juga menyokong penyataan pengkaji-pengkaji di atas dimana hasil kajian beliau mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kreativiti dan persekitaran. 4.0 kepentingan kreativiti dalam pengajaran

Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari (Storm & Storm, 2002). Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah Negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak. Perkembangan ekonomi yang berlaku akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan sektor industri telah mengubah dan akan terus mengubah taraf dan corak kehidupan masyarakat keseluruhannya. 4.1 Kajian Ke arah pengajaran yang efektif Rinkevich & J.L. (2011) menunjukkan bahawa kreativiti meningkatkan

pembelajaran dan juga faktor dalam kejayaan akademik. Tambahnya lagi guru kreatif juga dikenal pasti mempunyai ciri-ciri tertentu yang penting seperti keyakinan diri, ketabahan, dan mempunyai rasa humor. Beberapa strategi telah dicadangkan untuk meningkatkan pengajaran kreatif seperti untuk menawarkan pilihan pelajar apabila mungkin, untuk memulakan kelas dengan hakikat hari ini, dan lain-lain Anderson D.R (2002) pula guru perlu bertanggungjawab dalam bidang di mana mereka mengajar. Ia bukan sekadar sesuatu yang mereka perlu mengambil untuk diberikan. Mereka perlu belajar, ujian dan percubaan topik yang mereka perlu mengajar supaya mereka benar-benar akan faham tentang sebelum mereka memulakan pengajaran.

Manakala inisisatif perlu diambil oleh guru-guru sains bagi mengenalpasti tahap potensi diri sendiri untuk meningkatkan kreativiti dalam pembelajaran (Hamsiah Saee. 2004). Tan (1997) pula mencadangkan satu pendekatan pengajaran yang lebih berpusat kepada pelajar. Cadangan ini dibuat berdasarkan andaian bahawa persekitaran yang bebas, luwes dan terbuka diperlukan untuk merangsang kreativiti. Pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar akan merangsang keseronokkan, penglibatan dalam aktiviti bilik darjah, konsep-kendiri dan bakat pelajar (Tan 2001). Menurut Cropley (1997) pula dalam pengajaran berpusatkan pelajar ini guru sangat menilai dan mempromosikan tingkah laku pelajar seperti ketekunan, ketabahan, semangat ingin tahu, suka menghadapi cabaran, suka mengambil risiko dan keazaman yang tinggi. Mazhab kognitif dalam psikologi pula memperkenalkan pengajaran kreatif sebagai satu cara untuk merangsang kreativiti pelajar (Mayer 1983). Menurut Mohd Nasuha Jamidin et al (1980) kemahiran berfikir kreatif dan kritis mampu mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan dan keputusan yang salah. 4.2 Perubahan positif dalam sistem pendidikan

Menurut Rinkevich & J.L. (2011) wujud beberapa halangan kepada pengajaran kreatif seperti kekurangan latihan guru, tekanan guru dalam sistem sekolah dan saiz kelas tidak terurus. Tambah Rinkevich & J.L. (2011) lagi, Pengajaran kreatif harus menjadi salah satu kemahiran yang diajar semasa program persediaan guru dan hendaklah berterusan untuk meningkatkan tahap pengajaran dan beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi cabaran atau halangan yang dihadapi oleh guru-guru untuk meningkatkan pengajaran kreatif Ini disokong oleh Anderson & D.R. (2002) yang mana beliau menyatakan kaedah pengurusan pengajaran, di mana guru dikawal oleh sesebuah organisasi dan tidak diberi kebebasan untuk melakukan perkara-perkara dengan cara mereka sendiri mungkin menjadikan pengajaran kreatif usang di masa depan. Walaupun dengan program-program pengurusan risiko kegagalan di dalam kelas akan berkurangan, ia juga akan menghapuskan pengajaran kreatif benar kerana ia terhad guru yang berpotensi untuk meneroka dan membangunkan persekitaran pengajaran yang kreatif. Itu adalah kualiti yang kami cari kerana kita mahu untuk menolak pelajar terbaik untuk mendapatkan berminat dalam pengajaran. Kajian yang dilakukan oleh Hamsiah Sae (2004) mendapati bahawa tindakan perlu diambil bagi meningkatkan tahap kreativiti guru-guru sains dalam pembelajaran. Oleh itu, Hamsiah Sae mennyatakan kreativiti dalam pengajaran adalah satu elemen

yang penting dan perlu dilaksanakan disebabkan terdapatnya perubahan peradigma dalam sistem pendidikan masa kini. Mohd Azhar et al (2004) pula mencadangkan Mata pelajaran Kreativiti, Invensyen
dan Inovasi diajarkan di sekolah menengah. Rasional kepada cadangan ini ialah menyuburkan budaya kreativiti, invensyen dan inovasi, membina sebuah negara kreatif, individu kreatif dan inovatif di Malaysia dan kreativiti amat penting bagi kemajuan dan daya saing ekonomi. Mohd Azhar menegaskan Mata pelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi ini dicadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijadikan sebagai mata pelajaran elektif kepada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 di seluruh negara. Mata pelajaran ini amat penting bagi membina sebuah masyarakat yang kreatif dan sekali gus menjadi sebuah negara kreatif di dunia

ramai cendiakiawan termasuklah para pendidik, ahli psikologi, dan ahli politik telah mempersoalkan peranan yang telah dimainkan oleh elemen-elemen penting dalam pendidikan seperti kurikulum, sekolah dan lebih khusus lagi para guru dalam membangunkan kreativiti, kemahiran, sikap dan kemampuan pelajar (Levine 1996). Di antara inovasi dalam bidang kurikulum yang telah dijalankan ialah penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dalam tahun 1982 yang telah diperkenalkan sebagai suatu projek perintis di 305 buah sekolah. Menjelang tahun 1988 semua bilik darjah di sekolah rendah di seluruh negara telah mengikuti kurikulum baru ini (Abdullah Sani Yahaya 2003). Salah satu objektif KBSR ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Oleh itu banyak pembaharuan telah diperkenalkan yang menjadikannya lebih mesra kreativiti berbanding dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Salah satu aspek pembaharuan yang diberikan perhatian yang serius dalam KBSR yang membantu kearah meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar ialah aspek pembaharuan dalam gaya pengajaran guru. Sebagai contohnya, dalam KBSR gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid adalah ditekankan berbanding KLSR yang lebih berpusatkan guru (Ikhsan & Norila 2005). Ujian kreativiti yang dilakukan terhadap pelajar sebelum dan sesudah kajian ini dilakukan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang mendadak terhadap pelajar yang diajar oleh guru menggunakan lima prinsip pengajaran kreativiti berbanding dengan

pelajar yang diajar oleh guru mengikut prosedur biasa. Mereka mendapat markah yang lebih tinggi untuk keaslian , keluwesan, kefleksibelan dan penghuraian (Stein, 1974). 4.3 Menghapuskan perasaan tidak minat pelajar kepada mata pelajaran

Rinkevich & J.L (2011) menyatakan pembelajaran kreatif merkurangan rasa benci pelajar terhadap beberapa mata pelajaran. Anderson & D.R. (2002) pula meyatakan guru perlu suka apa yang mereka ajar. Semangat pelajar sangat dipengaruhi oleh semangat guru . Guru juga perlu cintakan pelajar, tidak ada pelajar yang akan ketinggalan mahupun mereka lebih lambat untuk memahami pengajaran berbanding pelajar lain. Guru perlu membimbing pelajar untuk mencapai objektif dalam pembelajaran tanpa pilih kasih. Manakala Hamsiah Saee (2004) menyatakan Guru kreatif adalah penting bagi bertindak sebagai pemberi semangat dan motivasi dalam pembelajaran berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini samada di dalam mahupun di luar Negara. 4.4 Persekitaran pembelajaran yang kondusif

Menurut Rinkevich & J.L (2011) Pengajaran kreatif adalah penting kerana ia membawa kepada pembelajaran yang kondusif, pencapaian pelajar dan perkembangan kognitif. Ia memberi manfaat kepada kedua-dua guru dan pelajar. Walaubagai manapun, menurut Anderson & D.R. (2002) pula terdapat beberapa risiko yang diketahui terlibat dalam proses pengajaran kreatif. Guru akan menghadapi risiko ketidakstabilan persekitaran dan ketidaktentuan keupayaan sendiri untuk mengajar. Ini adalah di mana guru akan diuji untuk melihat bagaimana mereka akan menghadapi dan mengatasi risiko. Ada kemungkinan kegagalan untuk menyampaikan dalam pengajaran kerana tidak semua pelajar akan memberi maklum balas yang sama sepanjang masa, itu terpulang kepada guru untuk perkara-perkara remeh sehingga menjadikan proses pengajaran lebih menarik dan menghapuskan risiko yang dinyatakan di atas. Manakala kajian yang dilakukan oleh Mohd Rizal Mohd Said & Rehan Mohd Taha (2010) menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti alat bantu mengajar, rakan sekerja, suasana bekerja dan lain-lain juga merupakan salah satu elemen penting dalam memotivasikan guru-guru dalam pembelajaran. Dapatan Mohd Rizal Mohd Said &

Rehan Mohd Taha (2010) disokong juga oleh dapatan kajian

Mohammad Mohsin

Mohammad Said & Nasruddin Yunos yang menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti kiranya guru sahaja yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah interaksi guru dengan pelajar mestilah dua hala. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas. Menurut Soh (2000) pula, seorang guru itu boleh secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi ganjaran terhadap usaha dan penghasilan yang kreatif. Tambah beliau lagi guru juga boleh menggalakkan kreativiti secara tidak langsung dengan mengadakan persekitaran sosial yang menyokong kreativiti melalui perkataan dan tingkah lakunya. Renzulli (1992) pula menyatakan bahawa guru boleh menjadi model kepada tingkah laku kreatif dengan berkongsikan penghasilan peribadi mereka yang kreatif bersamasama pelajar. Amabile (1989), yang menyatakan bahawa persekitaran pengajaran kreatif akan terbentuk apabila (a) pembelajaran dilihat sebagai penting dan menyeronokkan kepada pelajar dan juga guru; (b) pelajar merasakan dirinya dihargai, disayangi dan dihormati; (c) pelajar aktif dalam bilik darjah; (d) pelajar bangga dan merasakan bilik darjah dan sekolah adalah kepunyaannya; (e) guru bertindak sebagai penasihat, jurulatih dan sumber ilmu; (f) pelajar merasakan mereka boleh membincangkan masalah mereka secara terbuka; (g) strategi pembelajaran yang menggalakkan kerjasama lebih banyak digunakan berbanding dengan strategi pembelajaran yang menggalakkan persaingan; dan (h) pengalaman pembelajaran diolah supaya ia relevan dengan kehidupan pelajar. Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Untuk itu tambah beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciriciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah: Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas. Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu secara sosial. Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen. Menangguhkan sebarang

penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas. Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan. Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-sungguh. Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan. Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luar biasa. 4.5 Melahirkan generasi yang berdaya saing yang tinggi Isu antarabangsa seperti globalisasi atau pensejagatan dunia turut mempengaruhi cara hidup masyarakat Malaysia. Menurut Lee, (2002) globalisasi merujuk kepada kesemua proses-proses dalam mana kesemua penduduk dunia digabungkan menjadi satu masyarakat dunia. Untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa tenaga kerja kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam pekerjaan mereka (Lee 2002). YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad juga berpendapat bahawa generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi. Menurut Ikhsan dan Norila (2005) pula, usaha bagi menggalakkan para pelajar kearah berfikir secara kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi kerana peringkat ini dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu asas bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya. YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, telah menggariskan ciriciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya maklumat (sains dan teknologi), Kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan murni, semangat jati diri dan keterampilan. (Ahmad Sarji Abdul Hamid. Malaysias Vision 2020, 1993). 5.0 Halangan krativiti

Kajian telah mendapati pembelajaran bilik darjah yang kreatif sebenarnya kurang menggalakkan (Beghetto 2007; Freund dan Holling 2008; Scott 1999). Dalam kertas konsep ini,

pengkaji ingin mengupas beberapa halangan dan limitasi yang sering dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran kreatif di dalam bilik darjah. Antara halangan tersebut termasuklah sikap guru itu sendiri, kekurangan latihan guru, sistem pendidikan dan tekanan kerja guru.

5.1

sikap guru Ketua Nazir sekolah, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Kementerian Pendidikan, Nik

Faizah Mustapha berkata dapatan JNS mendapati guru kurang yakin serta kurang keupayaan untuk melaksanakan KBSR dan KBSM secara total. Nik Faizah Mustapha membuat kesimpulan bahawa sekiranya aspek yang penting dalam pengajaran seperti kandungan mata pelajaran tidak dirancang oleh sebahagian besar guru, apatah lagi aspek yang dianggap sebagai kesan sampingan sahaja seperti memupuk pemikiran kreatif para pelajar. Hakikat ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Idris (2002) yang telah menganalisa wacana pedagogi beberapa buah sekolah di Malaysia melalui rakaman audio sepuluh aktiviti pembelajaran yang berlaku di bilik-bilik darjah dan beliau telah menyimpulkan bahawa guru bukan sahaja mengawal dan menguasai suasana pemelajaran dalam bilik darjah bahkan guru juga banyak mengemukakan soalansoalan tertutup.

Balakrishan (2002) telah menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti persediaan dan perlaksanaan seseorang guru menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) di dalam mata pelajaran sejarah KBSM tingkatan empat. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian yang merangkumi penelitian ke atas perancangan dan persediaan buku rekod mengajar guru, pemerhatian ketika pengajaran berlangsung dan temu bual dengan guru yang telibat. Populasi kajian terdiri daripada 16 orang guru siswazah KBSM tingkatan empat di daerah Tampin dan Rembau, Negeri Sembilan. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru siswazah kurang melaksanakan penerapan KBKK sama ada semasa merancang sesuatu pengajaran ataupun tatkala pelaksanaan sesuatu pengajaran. Mereka juga didapati kurang melaksanakan unsur-unsur KBKK menerusi teknik penyoalan, penggunaan alat bantuan mengajar serta menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kesemua guru terlibat pernah menghadiri kursus KBKK yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran tetapi dari segi pelaksanaan mereka masih lagi kurang yakin.

Walaupun perancangan teliti telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran, terdapat kajian-kajian yang telah dijalankan dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan yang menunjukkan bahawa KBSR tidak diikuti dan dilaksanakan sepenuhnya dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, terdapat sungutan dari pelbagai pihak bahawa dalam perlaksanaan KBSR terdapat tanda-tanda bahawa teknik pengajaran mulai berpatah balik kepada cara lama iaitu pengajaran secara kelas masih diamalkan sepanjang waktu (Omar Mohd. Hashim 1991). Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan (Toh 2003). Kajian-kajian lepas menunjukkan walaupun guru menghargai nilai-nilai kreativiti, tetapi mereka tidak menghargai tingkah laku kreatif (Beghetto kreatif 2006; Freund dan Holling 2008; Scott 1999) Malah, Schacter, Thum, dan Zifkin (2006) sebenarnya mendapati akauntabiliti dan pengajaran yang

menjadi pelengkap. mereka mengesyorkan guru memberi tumpuan kepada

standard manakala menambah teknik-teknik pengajaran yang lebih kreatif untuk pengajaran strategik. Kajian-kajian menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti kiranya guru sahaja yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah interaksi guru dengan pelajar mestilah dua hala. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas

5.2

Kekurangan latihan guru Kekurangan latihan guru dalam kreativiti juga telah dikenal pasti dalam

penyelidikan sebagai sebab mengapa lebih ramai guru tidak menggunakan aktivitiaktiviti kreatif di dalam kelas (Fleith 2000; Kim 2008) Pengarang menekankan keperluan untuk lebih kreativiti latihan dalam program-program persediaan guru, yang berfungsi sebagai titik permulaan yang besar untuk pengajaran kreatif. Kim (2008) latihan guru disyorkan dalam tak sesuai tingkah laku, yang membantu dalam menilai kreativiti pelajar,

manakala Fleith (2000) mencadangkan latihan kreativiti yang melibatkan perancangan pengajaran, perbincangan, dan pemerhatian susulan. Satu kajian telah dilakukan kepada sepuluh ribu hingga dua puluh ribu guru dan daripada jumlah itu lebih 90% guru yang diperiksa telah didedahkan dengan suatu kursus latihan KBSR atau KBSM. Bagaimanapun kursus-kursus tersebut kurang berkesan kerana terdapat guru yang kurang berpegetahuan dan kurang cekap dalam pengajaran mereka. Tambah beliau lagi hanya segelintir guru yang merancang terlebih dahulu penerapan nilai murni, kandungan mata pelajaran, aspek bahasa, aplikasi dalam kehidupan seharian dan sebagainya (Utusan Malaysia 5 September, 1996).

5.3

Kelemahan sistem pendidikan soalan-soalan tertutup adalah soalan yang memerlukan pelajar memberikan satu

jawapan yang betul dan tepat dan biasanya bila menjawab soalan-soalan tertutup pelajar banyak menggunakan pemikiran konvergen iaitu pemikiran yang logik, sistematik, berstruktur dan tidak menggunakan daya imaginasi. Oleh kerana itu soalan-soalan tertutup tidak membantu dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar Selain dari itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh 2003) Disebabkan itu guru mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan KBSM yang berpusatkan pelajar kerana mereka begitu menghayati kaedah pengajaran yang lama yang lebih berpusatkan guru. Kesan negatif penekanan terhadap peperiksaan terhadap pembangunan kreativiti pelajar begitu mendalam sekali, sehinggakan Yong (1989) tanpa ragu-ragu telah menyatakan this emphases have taken a heavy toll on the creativity of Malaysia students (m.s. 20).

Yong (1989) pula menyatakan bahawa walau pun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para pelajar yang berorientasikan peperiksaan Yong (1989) pula menyatakan bahawa walau pun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para pelajar yang berorientasikan peperiksaan. 5.4 tekanan kerja Idea ini disokong oleh kajian menunjukkan bahawa guru-guru berasa tertekan oleh sistem, piawaian, dan saiz kelas tidak terurus (Kim 2008). Beghetto (2007) juga mendapati bahawa guru-guru dilihat kreativiti sebagai salah satu tanggungjawab yang lebih atau sesuatu "Tambahan." 6.0 Penutup

Usaha yang berterusan perlu dijalankan untuk memupuk kreativiti di kalangan pelajar. Kejayaan usaha ini sangat bergantung kepada para guru. Walaupun warga pendidik telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran yang boleh membantu mereka memupuk kreativiti para pelajar tetapi kebanyakkan teknikteknik pengajaran ini tidak digunakan dalam bilik darjah. Salah satu sebab utamanya perkara ini berlaku ialah kerana polisi sistem pelajaran kita yang masih lagi secara keseluruhannya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amat diperlukan supaya sistem yang berorientasikan peperiksaan dapat diubah kepada sistem yang lebih seimbang yang akan memupuk setiap potensi minda pelajar.

Anda mungkin juga menyukai