Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEMESTER : MEI 2009 TUGASAN KURSUS (35%)

Nama : Nina anak Ujai Nombor Kad Pengenalan : 700406-13-6280 Nombor telefon : 019-8384995 Alamat e-mel : ninaujai@yahoo.com

Nama tutor : Encik Ahmadi bin Amran

BIL 1. 1.0 1.1. 2.0

KANDUNGAN Pendahuluan Pendekatan Kontekstual Kepentingan Pembelajaran Kontekstual

MUKA SURAT 2 3 3 3, 4 5 6 7 7 8 9 10 11 12 13 14 15 15 16

Proses REACT Dalam Pembelajaran Kontekstual Lembaran Kerja Kontekstual Lembaran Kerja Kontekstual

3.0 3.1

Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir Kritis - Lembaran Kerja Kritis - Lembaran Kerja Kritis - Lembaran Kerja Kritis Pemikiran Kreatif - Lembaran Kerja Kreatif - Lembaran Kerja Kreatif - Lembaran Kerja Kreatif Tujuan KBKK Kesimpulan Rujukan

3.2

4.0 5.0

Pendahuluan Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea yang disampaikan dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu ( Edward De Bono, 1976 ). Pembelajaran Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran adalah secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands- On dan MindsOn(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Merujuk kepada penerangan-penerangan di atas, oleh yang demikian, tugasan ini dihasilkan untuk menunjukkan keberkesanan strategi pengajaran Kontekstual dan Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK) kepada murid-murid sekolah. Penggunaan strategi pembelajaran Kontekstual dan KBKK dapat menyediakan isi pembelajaran yang konkrit, mewakili pengetahuan sedia ada(PSA), menarik minat dan motivasi murid(Kontekstual), malah mengembang, mencungkil dan mendorong kreativiti murid(KBKK). Kedua-dua strategi pembelajaran ini yang objektif dan eksplisit sifat pembelajarannya adalah lebih berpusatkan murid, di mana murid mengalami, rasa, lihat, fikir dan buat(Kontekstual), serta berfikir, menjana idea dan kreatif(KBKK).

1.0 PENDEKATAN KONTEKSTUAL Pendekatan kontekstual ialah strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on(aktiviti) dan pemikiran iaitu minds-on Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. 1.1 1 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Dapat mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan Mengaitkan pembelajaran kehidupan harian Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian Memindahkan kemahiran melalui aklikasi(amali) Meneroka dan mendapatkan bukti (melalui Lihat dan Buat) Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Belajar secara bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan (Interpersonal)

2.0

Proses REACT Dalam Pembelajaran Kontekstual.

Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam pembelajaran kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut; R (rela ting/menghubung kait) iaitu pelajar belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup, mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian dan itu dikaitkan dengan maklumat baru. Menurut Noor Azizah (2002), elemen menghubung kait iaitu Relating bermakna mempelajari sesuatu dalam konteks pengalaman hidup. E (experiencing/mengalami) iaitu pelajar belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta. Pelajar Rasa,Lihat dan Buat. Prinsip pembelajaran ini menekankan penglibatan secara aktif pelajar, dimana pelajar sendiri yang mengalami atau membentuk pengalaman mereka. Prinsip ini penting untuk membolehkan pelajar meneroka dan menemukan pengetahuan dengan sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui pengalaman yang dialami 3

A (applying/mengaplikasikan) iaitu pelajar belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunapakai dalam situasi lain. Aplikasi selalu berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran secara kontekstual (Noor Azizah, 2002). Guru harus memastikan setiap pelajar dapat melihat adanya perkaitan antara apa yang dipelajari dalam kelas dengan dunia luar. Menurutnya lagi, sekolah boleh melakukan aktiviti seperti dalam teks, video, makmal, amali, lawatan kilang, 'mentoring' dan latihan kerja. C (cooperating/bekerjasama) iaitu pelajar belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi(Interpersonal). Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran kontekstual (Tan, 2003). Melaluinya, selain daripada pelajar mendapat pengetahuan, mereka juga dapat belajar untuk cope dengan pelbagai situasi seperti pembahagian tugas, kawalan emosi semasa perbincangan, semasa membentang dan seumpamanya. Kemahiran interpersonal yang merupakan salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Sekaligus, potensi pelajar dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek T (transfering/memindahkan) iaitu pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunapakai atau membina daripada apa yang diketahui. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), elemen Transfering melibatkan pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada. Mereka akan memindahkan pengetahuan tersebut samada menggunakan ataupun membina daripada apa yang diketahui. Contohnya pelajar menggunakan Teorem Pythogoras untuk membuat sudut tegak gelanggang permainan. Aktiviti seperti pertandingan rekacipta umpamanya dapat memupuk elemen ini kepada pelajar apabila pelajar menggunakan konsep atau pengetahuan mereka untuk mencipta ciptaan baru mahupun inovasi

Matapelajaran Tunjang Tajuk Kelas Arahan.

: Pendidikan Kesihatan : Kesihatan Diri : Kesihatan Diri : Tahun 3 Usaha

Namakan Alatan Kebersihan Diri Yang Ditunjukkan Di bawah.

Matapelajaran Tunjang Tajuk Kelas Arahan.

: Pendidikan Kesihatan : Kesihatan Diri : Kesihatan Diri : Tahun 2 Usaha

Betulkan Ejaan Alatan Kebersihan Diri Di Bawah.

3.0

Kemahiran Berfikir

Terdapat banyak definasi berfikir pernah diutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer (1977). Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap atau nilai dalam minda individu. Sebagai rumusannya, pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami Pemikiran Aras Tinggi merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). Pemikiran Aras Tinggi juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. ianya berlaku apabila sesorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Pemikiran boleh dibahagikan kepada kategori iaitu :

Pemikiran Kritis Pemikiran Kreatif

3.1 Pemikiran kritis Pemikiran kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan kesahan atau kelemaham sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Matapelajaran Tunjang Tajuk Kelas

: Pendidikan Kesihatan : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran : Persediaan Banjir : Tahun 5 Usaha

Arahan. Berdasarkan pemerhatian kamu kepada gambar di bawah, terangkan sebab dan akibat kepada perbuatan tersebut semasa banjir

Perkara Menyelamatkan dokumen dan barangan yang penting

Sebab Melakukan _________________________ _ _________________________ _ _________________________ _ _________________________ _

Akibat Jika Tidak Buat __________________ __________________ __________________ __________________

Matikan bekalan elektrik

_________________________ _ _________________________ _ _________________________ _ _________________________ _ 8 : Pendidikan Kesihatan : Penyalahgunaan Bahan : Bahaya Dadah : Tahun 6 Usaha

__________________ __________________ __________________ __________________

Matapelajaran Tunjang Tajuk Kelas

Arahan : Isikankan jawapan yang betul di tempat kosong

Matapelajaran Tunjang Tajuk Kelas Arahan.

9 : Pendidikan Kesihatan : Kesihatan Diri Dan Keluarga : Kesihatan Diri : Tahun 6 Usaha

Bezakan Perubahan Lelaki Dan Perempuan Mengikut perkara berikut.

Jentina Lelaki Panduan Suara Ketiak Ketinggian Otot Bulu Berat Badan

Perempuan

10 3.2 Pemikiran Kreatif

Dr. Edward de Bono mendefinisikan kreatif dan kreativiti sebagai : " At the simplest level "creative" means bringing into being something that was not there before". " Creative thingking includes personal processes, as such as new ways of looking at things, new ways of organizing things ang new ideas about ideas" Rollo May pula menyatakan " Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world " Mengikut Torrance (1966, 1990) kemahiran berfikir kreatif bermaksud keupayaan berfikir dengan menggunakan pelbagai operasi mental iaitu kelancaran, kelenturan, keaslian dan penghuraian idea untuk menghasilkan sesuatu yang asli, baru dan bernilai. Ini bermaksud semasa menjana idea baru, otak berfikir untuk penghasilan idea yang banyak (kelancaran), idea yang pelbagai atau berbeza-beza (kelenturan), idea yang unik (asli), mempunyai penghuraian yang terperinci dan berguna (bernilai). Berdasarkan beberapa pendapat daripada tokoh pemikiran di atas, bolehlah dirumuskan bahawa pemikiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan.

11

Matapelajaran Tunjang Tajuk Kelas Arahan.

: Pendidikan Kesihatan : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran : Penyakit Berjangkit : Tahun 6 Usaha

Bezakan Sintom-sintom penyakit berikut. Tuliskan maklumat ringkas tentang sintom tersebut.

Tanda penyakit Denggi 1 2 3 Selesema Burung

4 5

Matapelajaran Tunjang Tajuk Kelas Arahan.

12 : Pendidikan Kesihatan : Penyalahgunaan Bahan : Kesan Buruk Dadah : Tahun 6 Usaha

Tuliskan maklumat tentang kesan buruk penyalah gunaan Dadah.

Negara _______________ _______________ _______________

Fizikal _______________ _______________ _______________ ______

Rakan _______________ _______________ _______________

Keluarga _______________ _______________ _______________

KESAN BURUK PENYALAHGUNAAN DADAH

Emosi _______________ _______________ _______________ ____

Masyarakat _______________ _______________ _______________ _

Pelajaran _______________ _______________ _______________ _

Matapelajaran Tunjang Tajuk Kelas

13 : Pendidikan Kesihatan : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran : Penyakit Berjangkit : Tahun 6 Usaha

Arahan. Tuliskan perkataan atau ayat bermakna bagi penyakit DENGGI. CONTOH.
D

Derita

Engkau

Nanti Gara-gara Gangguan Itu Nyamuk

D E N G G I

________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ______________

14 4.0 Tujuan KBKK

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar: 1. Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak 2. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah 3. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif 4. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit 5. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka 6. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, 7. Membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, 8. Berani memberi pandangan dan kritikan 5. Kesimpulan

Adalah amat penting setiap pengajaran dan pembelajaran menitikberatkan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi Kontekstual yang melibatkan pengetahuan sedia ada, pengalaman, penglibatan, Rasa dan Buat akan lebih menambah kefahaman murid kepada sesuatu isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Ciri penglibatan dan pengetahuan sedia ada akan menambah kefahaman murid daripada abstrak kepada konkrit. Penggunaan strategi Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif(KBKK) pula akan membantu murid menyelasaikan masalah secara berdikari dan berkumpulan. Penggunaan kemahiran Kreatif juga dapat dikembangkan untuk pembelajaran di masa hadapan. Keyakinan yang dipupuk melalui KBKK akan menambah motivasi dan penglibatan aktif murid-murid di dalam pembelajaran mereka.

15 Rujukan

Torrance, E.P. (1990). Thinking creatively with words manual. Benseville, IL : Scholastic Testing Service, Inc. Jamaliah Ahmad, Raja NurIrene Shazreen.(2008).Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Tahun 3 KBSR, Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya Jamaliah Ahmad, Dzulkifli.(2008).Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Tahun 5 KBSR: Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya Raja Nur Erna Marlyana, Rubiah Ahmad.(2008).Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Tahun 6 KBSR: Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya Dzulkifli Bin Ismail, Jamaliah Binti Ahmad,Aris Fazil Bin Haji Ujang. (2007).Buku Teks Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 6 KBSR, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur Dzulkifli Bin Ismail, Jamaliah Binti Ahmad,Aris Fazil Bin Haji Ujang. (2007).Buku Panduan Guru, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 6 KBSR, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur http://www.texascollaborative.org/WhatIsCTL.htm http://www.cikgu.net.my/malay/teknikmengajar/cerdas.php3 http://www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kbsb/strategi_kbsb.htm http://www.geocities.com/panduannet/kbsb.html http://www.scribd.com/doc/10331341/kontekstual

16

Anda mungkin juga menyukai