Anda di halaman 1dari 26

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA, MATA PELAJARAN

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta minda bagi meningkatkan tahap kognitif murid terhadap topik Perluasan Kuasa Melaka, Kajian Tempatan Tahun 5. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian murid yang diajar dengan menggunakan peta minda. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tahap penerimaan murid terhadap peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan dan sejauh mana kesan penggunaan peta minda dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Parit Buntar, Perak. Kajian tindakan dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 25 orang murid dan seorang guru di sebuah sekolah di Parit Buntar. Kajian ini menggunakan teknik peta konsep sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan pencapaian akademik sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan dua set ujian aneka pilihan untuk ujian pra dan pasca, borang soal selidik untuk melihat tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta konsep, borang pemerhatian guru, temu bual guru dan murid. Secara keseluruhan, peta minda memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan Mata pelajaran Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. (Sukatan Pelajaran, 2001). Umum mengetahui subjek ini merupakan rangkuman aspek sejarah dan geografi. Dalam aspek sejarah terdapat pelbagai konsep dan fakta yang harus diketahui dan difahami oleh murid. Hal ini kerana fakta mempunyai kaitan dengan konsep. Fakta merupakan maklumat atau data yang membantu membentuk, membina dan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim 2000). Memandangkan

pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses berfikir, maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan murid menguasai konsep sejarah dalam mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar dilakukan oleh para guru. Justeru, penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kajian tempatan adalah satu teknik pengajaran yang sangat sesuai. Hal ini kerana penggunaan peta minda akan dapat membantu murid lebih fokus, boleh membuat interpretasi dan lebih mudah memahami topik yang dipelajari. Dalam usia murid yang masih lagi dalam peringkat kanak-kanak, berfikir memerlukan konsep yang konkrit. Konsep ini harus nyata dan jelas menurut persepsi mereka. Kanak-kanak memerlukan satu medium sebagai kaedah menukar konsep atau idea yang abstrak kepada sesuatu yang jelas dalam pandangan mereka. Dalam hal ini peta minda menyediakan kaedah yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak. Penggunaan kaedah ini mampu memperkembangkan potensi dan pemikiran muridmurid secara aktif dan baik sekaligus mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang mana menjadi matlamat pendidikan negara.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang membicarakan dan mengkaji tentang interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya melalui aktiviti kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran social (pusat

perkembangan kurikulum, 2001). Mata pelajaran ini diajar secara formal di Tahap II bagi mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran lain di Tahap I terutama mata pelajaran bahasa. Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid. Penggunaan pelbagai sumber terutamanya digalakkan bagi melatih murid menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi . Melalui mata pelajaran ini juga, sejak di peringkat sekolah rendah lagi, murid diberi pendedahan pengalaman pembelajaran untuk menangani cabaran akibat arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat serta mempunyai wawasan merancang masa depan, mempunyai ketahanan diri yang kental dan bersemangat patriotik bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Mata pelajaran ini menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid agar berbangga menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan tanah air dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara serta sentiasa nikmat Tuhan. Berhubung dengan tajuk Kesultanan Melayu Melaka di bawah tema Sejarah Negara Kita, didapati ramai murid tidak dapat menguasainya tajuk tersebut dengan baik. Hal ini kerana kebanyakan guru mengajar secara kaku, iaitu hanya menggunakan kaedah tradisional yang kurang sesuai dengan tuntutan zaman. Kaedah chalk and talk, penggunaan buku teks adalah contoh yang kerap digunapakai oleh guru-guru di dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sedangkan bagi murid-murid kaedah tradisional ini tidak menarik dan membosankan. Apatah lagi mata pelajaran Pendidikan Kajian Tempatan bukanlah mata pelajaran yang terlibat dengan peperiksaan. Keadaan mensyukuri

inilah yang menyumbangkan kepada murid-murid tidak menguasai pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang akan mewatakkan mereka sebagai generasi yang berhemah dan berakhlak mulia. Faktor berikutnya, guru-guru dan pentadbir di sekolah-sekolah juga memandang mata pelajaran Kajian Tempatan sebagai mata pelajaran ringan yang tidak perlu diberi penekanan. Biasanya mata pelajaran Kajian Tempatan diagihkan kepada guru-guru sekadar mencukupkan bilangan masa mengajar seminggu, supaya seimbang dengan rakan guru yang lain. Malah tidak menjadi perkara pelik dan aneh apabila didapati semua kelas Kajian Tempatan diajarkan oleh guru besar atau penolong kanan. Hal demikian berlaku kerana mereka beranggapan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah mata pelajaran yang mudah dan tidak merugikan murid-murid sekiranya guru besar atau penolong kanan tidak dapat masuk ke kelas disebabkan kesibukan masa dengan tugas-tugas pentadbiran.

1.3 Pernyataan Masalah Melalui mata pelajaran Kajian Tempatan, adalah diharapkan dapat membentuk keperibadian murid yang seimbang serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Seterusnya, usaha ini akan dapat melahirkan generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara, menghargai perpaduan dan mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Matlamat yang ideal ini adalah untuk melahirkan modal insan dalam masyarakat seperti yang dicita-citakan oleh pihak kerajaan. Namun, sekiranya aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dikesampingkan oleh guruguru mata pelajaran Kajian Tempatan, harapan dan matlamat tersebut tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Seterusnya, matlamat mata pelajaran Kajian Tempatan secara umumnya ingin memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab murid dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik serta boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Matlamat seterusnya ialah untuk melahirkan murid yang setia pada

negara, cinta akan tanahair, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan sejahtera. Untuk memastikan matlamat tersebut dapat dicapai, murid-murid sepatutnya terlebih dahulu perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang terdapat dalam topik mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagaimanapun, melalui pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan, pengkaji mendapati murid-murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah, tidak dapat menguasai pengetahuan topik pada tahap yang sepatutnya. Hal demikian dapat dibuktikan melalui keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang menunjukkan hanya 76% sahaja murid lulus (0%mendapat gred A, 48% mendapat gred B dan 28% mendapat gred C) manakala 24% murid gagal dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Justeru, pengkaji mengambil langkah untuk melihat kembali perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan di peringkat sekolah rendah khususnya di sekolah pengkaji sendiri. Apakah terdapat kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut secara lebih berkesan supaya murid-murid dapat belajar dengan berkesan ke arah menguasai pengetahuan dalam sesuatu topik. Penggunaan kaedah yang sesuai dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi perkara yang amat penting. Oleh itu, pengkaji merasa perlu diberikan penekanan tentang penggunaan kaedah peta minda semasa mengajarkan tajuk Kesultanan Melayu Melaka. Beberapa kajian lepas mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran (Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al 2004, dan Sim Ah Hock et. al 1997). Pengkaji mengharapkan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Kesultanan Melayu Melaka akan dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Seterusnya pengkaji juga mengharapkan kajian yang akan dijalankan ini akan memberikan hasil yang positif, untuk memartabatkan mata pelajaran Kajian Tempatan di kalangan muridmurid.

1.4 Tinjauan Literatur Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960-an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya.

Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat .... learn more, remember more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda

lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati.

Penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran. Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran Daerah Samad 100 lakaran oleh A. Samad Said di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta

minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif. 1.5 Definisi Istilah Keberkesanan

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya: ujian pencapaian sekolah amatlah penting dari segi menilai pengajaran dan pembelajaran KBSR.

Peta Minda

Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.

1.6 KAJIAN DAN TEORI-TEORI BERKAITAN

i) Teori Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan. Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah dihadapi.

David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

ii) Kajian Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997).

Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta

minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2.

Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.

Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajarpelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.

1.7 Tujuan Kajian Objektif Umum : Membantu murid-murid meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam

penguasaan Topik Kesultanan Melayu Melaka, Kajian Tempatan Tahun 5. Objektif Khusus: Meningkatkan tahap ingatan murid terhadap topik Kesultanan Melayu Melaka dengan menggunakan kaedah peta minda.

Meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap topic Kesultanan Melayu Melaka dengan menggunakan kaedah peta minda. Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap topik Kesultanan Melayu Melaka dengan menggunakan kaedah peta minda.

1.8 Persoalan Kajian Persoalan- persoalan Kajian Tempatan murid tahun 5 adalah: Adakah penggunaan peta minda dapat membantu murid dalam meningkatkan ingatan mereka terhadap Topik Kesultanan Melayu Melaka? Adakah penggunaan peta minda dapat membantu murid dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap Topik Kesultanan Melayu Melaka? Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan minat murid terhadap Topik Kesultanan Melayu Melaka?

1.9 Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada para guru demi meningkatkan pemahaman murid terhadap pengajaran subjek Kajian Tempatan Tahun 5. Melalui kajian yang dijalankan, diharapkan guru akan lebih bermotivasi untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan tidak terikat kepada kaedah lama iaitu chalk dan talk sahaja. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu murid-murid untuk lebih memahami subjek ini dengan lebih baik dan diaplikasikan untuk subjek-subjek lain dalam kurikulum sekolah.

BAB 2 METODOLOGI 2.1 Reka Bentuk Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan meninjau penggunaan peta minda untuk meningkatkan pencapaian murid dalam topik Kesultanan Melayu Melaka dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data kajian. Menurut McNiff (1988), kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menggariskan empat fasa perkembangan iaitu Fasa 1 menyediakan pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku, Fasa 2 bertindak mengikut pelan tersebut, Fasa 3 mengumpul dan menganalisis data dan Fasa 4 memerhati kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ia berlaku dan membuat refleksi. Tempoh penyelidikan tindakan ini dilaksanakan selama 8 minggu. 2.2 Persampelan Sampel kajian terdiri daripada 25 orang pelajar daripada kelas 5 Amanah Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah. Mereka mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan tahap akademik yang berbeza. Kajian dipilih adalah secara bertujuan. Menurut Zaenab Hanim (2004) penyelidikan tindakan tidak menggunakan perkataan populasi disebabkan penyelidikan tindakan tidak memerlukan sampel secara rawak yang digeneralisasikan daripada populasi. 2.3 Instrumen Kajian Memandangkan kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan yang menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif, pengkaji akan menggunakan pelbagai bentuk instrumen yang boleh menyokong kajian ini. Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik, ujian pra dan pasca, temu bual dan borang pemerhatian.

2.4 Pengumpulan data Sebelum pengajaran menggunakan peta minda dilaksanakan, murid-murid akan diberikan ujian pencapaian dalam topik Kesultanan Melayu Melaka. Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian awal murid sebelum kajian dijalankan. Pengajaran menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan telah dijalankan selama lapan minggu. Pemerhatian semasa pengajaran guru dijalankan sepanjang kajian ini dilaksanakan. Pada minggu ke lapan, murid-murid akan diberikan ujian pasca untuk melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian selepas pengajaran peta minda dilaksanakan dan soal selidik berkaitan tentang tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik. Temu bual secara separa berstruktur turut dijalankan ke atas dua orang murid yang dipilih secara rawak pada minggu terakhir kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas tentang pengajaran peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan terutamanya dalam topik Kesultanan Melayu Melaka. 2.4 Analisis Data Analisis data dilakukan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan deskriptif. Manakala kaedah yang digunakan pula ialah kaedah tinjauan. Pendekatan ini dipilih kerana penyelidik harus memerhati dan menganalisa masalah secara intensif untuk meninjau bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan. Analisis temu bual dan pemerhatian dilakukan dengan membuat rumusan secara deskriptif. Manakala, analisis keputusan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca dilakukan secara peratusan.

BAB 3 HASIL DAPATAN 3.1 Dapatan Kajian dan Analisis Kajian tindakan ini membincangkan tentang dapatan kajian yang telah dijalankan iaitu mengenai tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan ini, hasil kajian dapat dilihat menerusi graf-graf yang berikut. No 1 Item Saya suka belajar mata pelajaran Kajian

Tempatan menggunakan peta minda Penggunaaan peta minda memudahkan saya mempelajari Kajian Tempatan Pembelajaran berbantukan peta minda amat menyeronokkan, mudah dan realistik Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep

dan fakta dalam Kajian Tempatan dengan menggunakan peta minda

Saya suka membuat latihan menggunakan peta minda. Pengajaran guru dengan menggunakan peta minda lebih berkesan. Saya lebih mudah mengingati fakta dalam

Kajian Tempatan dengan penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Kajian Tempatan

JADUAL 1 : Soal selidik tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta minda

Suka belajar mata pelajaran KT menggunakan peta minda


25 20 15 10 5 0 Ya Tidak 3 Ya Tidak 22

Graf 1 : Suka belajar mata pelajaran Kajian Tempatan menggunakan peta minda

Berdasarkan graf, seramai 22 responden menyatakan suka belajar mata pelajaran Kajian Tempatan menggunakan peta minda manakala 2 responden menyatakan tidak suka. Ini bermakna bersetuju.
Peta minda memudahkan saya mempelajari KT ?

88% responden bersetuju dan 12% tidak

22

Ya

Tidak

Graf 2 : Penggunaaan peta minda memudahkan saya mempelajari Kajian Tempatan

Menurut graf 2, seramai 22 responden menyatakan penggunaaan peta minda memudahkan mereka mempelajari Kajian Tempatan manakala 3 lagi menyatakan tidak. Ini bermakna 88% responden bersetuju dan 12% tidak bersetuju.

peta minda dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta ?


23

25 Bilaangan Responden 20 15 10 5 0

ya tidak 2

Graf 3 : Peta minda dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam Kajian Tempatan

Melihat kepada graf 3, sebanyak 23 responden menyatakan peta minda dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam Kajian Tempatan manakala 2 lagi menyatakan tidak. Ini bermakna 92% responden bersetuju dan 8% tidak bersetuju.

pembelajaran berbantukan peta minda menyeronokkan dan mudah?

Bilangan Responden

30 20 10 0

23 ya 2 tidak

Bilangan Hari

Graf 4: Pembelajaran berbantukan peta minda amat menyeronokkan dan mudah

Merujuk kepada graf 4, seramai 23 responden menyatakan pembelajaran berbantukan peta minda amat menyeronokkan dan mudah manakala 2 lagi responden menyatakan tidak. Ini bermakna 92% responden bersetuju dan 8% tidak bersetuju.

suka membuat latihan menggunakan peta minda ?


ya Bilangan Responden tidak

21

Graf 5: Suka membuat latihan menggunakan peta minda

Berdasarkan graf 5, seramai 21 responden menyatakan suka membuat latihan menggunakan peta minda manakala 4 responden lagi menyatakan tidak. Ini bermakna 84% responden bersetuju dan 16% tidak bersetuju.

pengajaran guru menggunakan peta lebih berkesan?


ya 4% tidak

96%

Graf 6: Pengajaran guru dengan menggunakan peta minda lebih berkesan

Berdasarkan graf 6, seramai 24 responden menyatakan Pengajaran guru dengan menggunakan peta minda lebih berkesan manakala hanya 1 responden menyatakan tidak Ini bermakna 96% responden bersetuju dan 4% tidak bersetuju.

lebih mudah mengingati fakta dengan peta minda?


Tidak, 2

Ya, 23

Graf 7: lebih mudah mengingati fakta dalam Kajian Tempatan dengan penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan

Melihat kepada graf 7, 23 responden menyatakan lebih mudah mengingati fakta dalam Kajian Tempatan dengan penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan berbanding hanya 2 responden menyatakan tidak. Ini bermakna 92% responden bersetuju dan 8% tidak bersetuju.

Bagi mengkaji sejauh mana kesan penggunaan peta minda dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, pengukuran dibuat berdasarkan pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis pencapaian Kajian Tempatan bagi topik Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti Jadual 2.

Gred/Markah

Ujian Pra (Bilangan Murid)

Ujian.Pasca(Bilanganmurid)

A (80-100) B (60-79) C (40-69) D (0-39)

0 12 7 6

9 10 4 2

Jumlah

25

25

JADUAL 2 : Keputusan ujian pra dan ujian pasca

Berdasarkan analisis dapatan kajian bagi ujian pra dan ujian pasca di atas dalam Jadual 2 dapatlah dirumuskan bahawa secara keseluruhan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan telah meningkat setelah proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda dilaksanakan. Markah lulus untuk kedua-dua ujian ini ialah 40 ke atas. Peratus lulus mata pelajaran Kajian Tempatan telah meningkat daripada 76% peratus dalam ujian pra meningkat kepada 92% peratus dalam ujian pasca. Dapatan ini jelas menunjukkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda memberi sumbangan positif terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan selepas pengajaran menggunakan peta minda dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra.

Malahan, hasil pemerhatian turut serta pengkaji terhadap pengajaran guru Kajian Tempatan yang dipilih dengan menggunakan borang pemerhatian berstruktur, dapatlah dirumuskan bahawa penerimaan murid terhadap peta minda adalah positif. Murid-murid

juga didapati telah menunjukkan pemahaman yang baik terhadap topik-topik yang diajar menggunakan peta minda. Dapatan temu bual murid turut menjelaskan bahawa penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan telah menarik minat murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan. Secara keseluruhan, murid telah mengetahui banyak kebaikan penggunaan peta minda dalam pengajaran Kajian Tempatan. Murid telah menunjukkan penerimaan positif terhadap penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan adalah positif.

BAB 4 LIMITASI 4.1 Cadangan Daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat segelintir murid yang kurang berminat dan bermotivasi untuk melukis peta minda, oleh itu adalah diharapkan sistem token juga diperkenalkan kepada murid. Sistem token ini digunakan bertujuan untuk memotivasi dan menggalakkan murid melukis peta minda dan mengulangkaji catatan nota bentuk peta minda. Guru boleh melakukan pengubahsuaian kaedah dengan fotostat peta minda buatan guru kepada murid dan meminta murid mewarnakan peta minda sahaja. Hal ini adalah kerana melalui kajian yang telah dibuat, didapati terdapat sebahagian murid yang tidak minat untuk melukis dan ini telah membuat mereka rasa tidak minat akan penggunaan peta minda untuk mencatat nota.

Selain itu penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat muridmurid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai sama ada dicipta sendiri atau telah dicipta oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-murid dapat berinteraksi dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran melalui peta minda berbantukan komputer juga dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Antara matlamat yang dicapai oleh murid melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak mengingati

kembali bahan yang dipelajari, memperoleh sikap positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran, iaitu murid menentukan cara menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer.

Penggunaan peta minda melalui bantuan komputer dapat menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Hal ini kerana beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman murid seperti yang berikut:Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satusatu topik. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

Kesimpulan Secara keseluruhan, penggunaan peta minda sebagai salah satu teknik pengajaran Kajian Tempatan sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Dapatan kajian jelas menunjukkan berlakunya perubahan sikap murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan selepas didedahkan kepada pengajaran menggunakan peta minda. Pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan telah meningkat dengan ketara selepas diajar menggunakan peta minda. Kebanyakan murid telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan yang secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian mata pelajaran Kajian Tempatan tersebut. Justeru, para guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mendedahkan teknik pengajaran menggunakan peta minda terhadap semua mata pelajaran sebagai satu kaedah berkesan meningkatkan minat dan pencapaian murid. Para guru Kajian Tempatan juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik seiring dengan era globalisasi.

RUJUKAN:

Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahim Abd. Rashid. 2000. Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abedah Ismail & Norhaini Hassan. 2004. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat mengikut peta konsep bagi tajuk kerajaan awal dalam mata pelajaran sejarah tingkatan empat. Jurnal kajian tindakan pendidikan guru 2004.

Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam penyelidikan sains sosial. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya ingatan penting Semasa Belajar. [atas talian] http://www.islam.gov.my/e-rujukan [21 Ogos 2012]

Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta sejarah-Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. hlm, 87 99.

Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut Perguruan Perlis : 133-145. Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis & interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional. Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain Train Your Brain and Unleash The Genius Within. Singapore : Oxford University Press.

Ismail Zain, Dr. (tiada tarikh). Kepentingan Penggunaan Peta Minda. [atas talian] http://www.tutor.com.my [31 Ogos 2012]. Ismail Zain, Dr. (13 Jun 2005). Belajar Berkesan dengan Peta Minda. Utusan Malaysia. (Kuala Lumpur) Johanna A. Sobrey. (25 Jun 2007). Peta Minda Pak Samad. Kosmo. (Kuala Lumpur): 18-19.

Kanagambal. 1997. Keberkesanan PPBK dalam matematik. Kertas projek KSPK Institut Perguruan Darulaman.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Laporan Persidangan Dewan Rakyat. (12 April 2005). [atas talian] http://www.parlimen.gov.my [07 Julai 2012]

Nor Hayati Hj Mt Ali. 2002. Pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan komputer: Keberkesanan perisian The Geometers Sketchpad untuk tajuk penjelmaan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelajar Terbaik SPM 2007 (23 Mac 2007). [atas talian] http://ppdbesut.net/nuke/modules.php?name=News&file=article&sid=4 [15 Julai 2012]

Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rusilah Jais et.al. 2004. Penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakuanan. [atas talian]. http://www.kmph.edu.my/WebRnD/ [11 September 2012]

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Sim Ah Hock, Dr. et. al. 1997. Kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan maklumat sains dalam tutorial pembelajaran berbantukan komputer. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. hlm, 124 141.

Subadrah Madhawa Nair. 2001. Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam pengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan UKM.

Tony Buzan. 2006. Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity and Tranform Your Life. England : BBC Active

Anda mungkin juga menyukai