Anda di halaman 1dari 6

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BAHAGI BENTUK MEKANIKAL BAGI MURID TAHUN 5B DENGAN MENGGUNAKAN SIFIR TULANG IKAN.

Oleh SITI KHAMISAH BINTI JELANI SK Tok Randok, KM 3 Jalan Jerangau, 21800 Ajil, Terengganu Darul Iman.

ABSTRAK Bahagi merupakan salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh seseorang murid. Namun begitu, kemahiran ini selalunya menjadi masalah kepada mereka. Mereka keliru semasa membuat pengiraan dan menggunakan sifir yang berkaitan. Seandainya kelemahan ini tidak ditangani segera, murid pastinya tidak dapat menyelesaikan sebarang soalan yang berkaitan dengan operasi bahagi. Tambahan pula, semasa ujian pra hanya seorang daripada 26 murid yang betul bagi 5 soalan yang diberikan.Angka tersebut sudah jelas menggambarkan permasaalahan murid tahun 5 Bestari dalam kemahiran bahagi ini. Mereka perlu meningkatkan kemahiran ini untuk membantu mereka mendapat markah di dalam peperiksaan terutamanya dalam peperiksaan UPSR tahun depan. Sifir tulang ikan diperkenalkan kepada mereka untuk mereka lebih memahami cara yang betul menjawab soalan berkaitan dengan kemahiran bahagi dan menggunakan sifir tersebut. Berdasarkan dapatan ujian pos yang dijalankan, penggunaan sifir tulang ikannyata dapat membantu mereka.

1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Semasa saya mengajar dan memeriksa buku latihan berkenaan tajuk bahagi, saya dapati anak murid saya tidak dapat membahagi bentuk mekanikal dengan betul. Mereka juga lupa dan keliru bagaimana hendak menyelesaikannya setelah bermula langkah yang pertama. Tanggapan saya jelas terbukti, apabila 92% daripada murid saya tidak dapat menjawab soalan berkaitan semasa TOV dan OTI 1 baru-baru ini.

2.0

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Saya lebih memfokuskan kemahiran bahagi berbentuk mekanikal kerana ia adalah satu kemahiran yang agak susah untuk dikuasai oleh murid yang mempunyai tahap kognitif sederhana dan agak lemah. Murid sering melakukan kesilapan : Menentukan antara jalan penyelesaian dan jawapan. (pengiraan dalam bentuk lazim) b) Tidak hafal dan lupa serta keliru semasa menggunakan sifir dalam kemahiran operasi bahagi. Oleh yang demikian, saya amat berharap murid saya dapat menguasai kemahiran bahagi berbentuk mekanikal dengan bantuan sifir tulang ikan. 3.0 3.1 Objektif Kajian Objektif Umum a)

Dapat meningkatkan peratus kelulusan setiap ujian penilaian dan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Matematik. 3.2 Objektif khusus

Dapat meningkatkan keupayaan dan penguasaan murid dalam kemahiran bahagi bentuk mekanikal secara langsung dan dapat menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah secara tidak langsung. 4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian tindakan ini melibatkan 24 orang daripada 26 orang murid tahun 5 Bestari terdiri daripada 14 orang lelaki dan 10 orang perempuan. 5.0 5.1 Tindakan Yang Dicadangkan Mengenal pasti Masalah

Langkah pertama adalah dengan membuat ujian pra berkaitan dengan kemahiran bahagi bentuk mekanikal tanpa sifir tulang ikan. 5.2 Menerangkan dan membimbing murid; 5.2.1 Membina sifir tulang ikan (menggunakan tiga warna berbeza untuk memudahkan kefahaman murid). 5.2.2 Persamaan antara sifir tulang ikan dengan bentuk lazim operasi bahagi. 5.2.3 Menggunakan sifir tulang ikan.

5.3

Ujian Sumatif

Ujian Sumatif berkaitan kemahiran bahagi bentuk mekanikal dengan menggunakan sifir tulang ikan. 6.0 Pelaksanaan tindakan

Setelah ujian pra dijalankan, tanpa membuang masa saya terus mengajar murid 5B membina sifir tulang ikan dan membahagi dengan menggunakan sifir tulang ikan. Saya menggunakan 3 warna berlainan untuk membezakan nombor yang hendak dibahagi, pembahagi dan jawapan di sifir tulang ikan, serta jalan penyelesaian dalam bentuk lazim(sebagaimana dalam lampiran). Kemudian saya telah meminta mereka melihat persamaan antara bentuk lazim bahagi dengan sifir tulang ikan yang telah dibina. Pemahaman mereka dapat dipertingkatkan dengan bantuan warna dan bentuk sifir tulang ikan yang hampir sama dengan penyelesaian bentuk lazim tersebut serta rangsangan daripada teknik penyoalan semasa proses penerangan dan perbincangan 7.0 Rumusan pemerhatian dan penilaian

Setelah sebulan murid saya dilatih menggunakan sifir tulang ikan saya telah menjalankan ujian pos. Saya masih menggunakan soalan yang sama cuma ditambah dengan penggunaan sifir tulang ikan untuk mengetahui keberkesanannya. Jadual 1 di bawah menunjukkan perbandingan pencapaian murid sebelum dan selepas menggunakan sifir tulang ikan. Jadual 1 Bilangan murid Ujian Pra Bilangan murid 1 5 18 Ujian Pos Bilangan murid 17 4 3

24

Bilangan soalan betul 5 <5 0

Peratus % 4.2 20.8 75

Bilangan soalan betul 5 <5 0

Peratus % 70.8 16.7 12.5

Apabila saya selesai membuat analisa selepas ujian, saya telah membuat tinjauan secara ringkas menggunakan kaedah temubual. Soalan soalan yang saya ajukan seperti berikut; 1. S: Apakah perasaan awak apabila dapat membuat latihan dengan betul? J: Seronok /suka. S: Adakah sifir tulang ikan dapat membantu awak ? J: Ya S: Adakah awak menghadapi masalah dalam menjawab soalan bahagi lagi? J: Tidak

2.

3.

4.

S: Adakah awak menghadapi masalah jika tidak dapat menghafal sifir? J: Tidak

Berdasarkan temubual tersebut menunjukkan murid saya dapat mengatasi masalah menjawab soalan bahagi secara mekanikal dengan menggunakan sifir tulang ikan. 8.0 Refleksi selepas pelaksanaan tindakan

Selepas ujian pos dijalankan , saya dapati 3 orang murid masih belum mengguasai sepenuhnya sifir tulang ikan ini. Mereka agak ketinggalan kerana tidak hadir semasa proses penerangan berlaku. Disamping itu, terdapat 2 orang murid yang tidak dapat mengikuti ujian pra dan ujian pos disebabkan masalah yang sama. Oleh yang demikian, saya perlu menerangkan kaedah sifir tulang ikan ini dari masa ke semasa mengikut tahap mereka untuk mengatasinya dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi daya ingatan rakan mereka yang telah menguasai kaedah ini. 9.0 Cadangan tindakan seterusnya

Melalui dapatan dan refleksi kajian ini, saya berpendapat beberapa cadangan untuk memurnikan lagi penggunaan sifir tulang ikan.Antaranya tindakan yang boleh dilakukan seperti ; i) Membuat sifir tulang ikan ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik dan kreatif. Murid boleh melakukannya tanpa bimbingan guru dan rakan sebaya lagi. Menggunakan sifir tulang ikan dalam penyelesaian nombor yang lebih besar.

ii)

10.0

Penutup

Sepanjang tempoh kajian ini berlangsung, menyedarkan saya bahawa murid yang berada di kelas terakhir juga boleh menjawab soalan dengan baik, cuma mereka memerlukan perhatian dan masa yang lebih serta cara pengajaran dan pembelajaran sudah semestinya berbeza . Selain itu, mengajar mereka juga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa menbuat ulangkaji pelajaran yang lepas kerana mereka cepat lupa.

BIBLIOGRAFI BPG, Manual Kajian Tindakan, Penerbit Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Yeong Pak Foo, Lembaran Topikal Motivasi Year 4, Penerbit Setia Emas. Kementerian Pendidikan Malaysia,Modul Skim Baucer Tuisyen Mathematics Year 4, Penerbit Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

LAMPIRAN :

Contoh

1 2 0 3 4 1 4 4 8 12 2 3

4 8 1 2 4 0 8 8 0 1 0 1 2 1 2 0 0

Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Sampel 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 Ujian Pra 0 5 0 0 0 0 1 0 4 0 0 1 2 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Ujian Pos 1 5 5 5 1 5 5 5 5 5 5 3 5 5 5 5 0 0 5 0 5 2 5 5

Anda mungkin juga menyukai