Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI ANDALAS, TAMAN SRI ANDALAS,

41200 KLANG, SELANGOR

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN

NAMA PENYELIDIK:
NURHAFIZA BINTI ADAM
850309-14-5314
(011-12857054)

TAJUK KAJIAN:
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH NUMERIKAL
STOIKIOMETRI PERSAMAAN KIMIA DALAM KALANGAN MURID 4 MULIA
MELALUI KAEDAH ‘BE-CA’
1
DI SMK SRI ANDALAS
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pada awal Mei yang lalu, saya telah memulakan aktiviti pengajaran saya dalam Bab 3: Mol, Formula
dan Persamaan Kimia bersama murid kelas 4 Mulia seramai 21 orang. Sebelum memulakan bab tersebut, saya
telah mengingatkan murid–murid bahawa bab ini perlu dikuasai dengan sebaik-baiknya kerana ianya
merupakan konsep asas kimia dan saling berkait dengan semua bab yang akan dipelajari dalam silibus
Tingkatan 4 dan 5 terutamanya dalam membina persamaan kimia yang seimbang.
Dalam bab ini, secara asasnya murid perlu tahu menghitung bilangan mol sama ada melalui bilangan
zarah, jisim dan isipadu, membentuk formula kimia serta membina persamaan kimia yang seimbang. Bagi
menyelesaikan masalah penghitungan stoikiometri, murid diberi soalan berupa ayat yang panjang dan satu
persamaan kimia sama ada yang telah seimbang atau tidak. Murid perlu tahu menyeimbangkan persamaan
kimia serta mengira bilangan mol bagi menyelesaikan masalah penghitungan itu. Saya telah mengajar murid
menggunakan langkah-langkah penyelesaian yang ditunjukkan dalam buku teks kimia tingkatan 4.
Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan murid masih lagi lemah dalam mengira bilangan mol dan perlu
mendapatkan bimbingan guru bagi menyelesaikan soalan yang diberi. Murid juga telah diberi latihan
pengukuhan untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam bab ini.
Malangnya, dalam Pentaksiran 1, saya dapati hanya beberapa orang murid yang boleh menjawab
soalan stoikiometri dan selebihnya masih lagi tidak dapat menjawab soalan stoikiometri dengan baik dan
menyebabkan mereka banyak kehilangan markah terutamanya dalam soalan subjektif yang memperuntukkan
3 markah. Dengan ini, saya mendapati bahawa tahap pemahaman murid -murid saya dalam menyelesaikan
masalah stoikiometri agak membimbangkan. Saya ada bertanya dengan beberapa murid dan mendapati
mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana soalan tersebut berbentuk ayat dan tidak dapat
mengeluarkan maklumat yang diberi seterusnya tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Justeru itu, kajian
ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah numerikal stoikiometri
persamaan kimia melalui kaedah mudah dengan mengenalpasti maklumat yang diberi dan mencari apa yang
dikehendaki soalan.

2.0 Fokus Kajian


Kajian ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah numerikal stoikiometri
persamaan kimia menggunakan kaedah ‘BE-CA’. Ini disebabkan murid-murid menghadapi masalah
dalam:
2.1 Mengenalpasti pekali bagi setiap formula kimia bagi bahan dan hasil tindak balas.
2.2 Tidak mengingati rumus pengiraan melibatkan bilangan mol.
2.3 Tidak mengikut langkah penyelesaian stoikiometri yang betul.

2
3.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan murid 4 Mulia dapat mencapai tahap minimum
yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah
penghitungan numerikal stoikiometri akan dipertingkatkan. Keyakinan murid juga akan bertambah
apabila menyelesaikan masalah stoikiometri ini. Untuk mencapai objektif kajian tersebut, saya telah
merangka beberapa persoalan kajian iaitu:
(i) Adakah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran penghitungan melalui kaedah yang
disediakan oleh guru?’
(ii) Adakah terdapat peningkatan pencapaian murid selepas penambahbaikan dijalankan?
3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah penghitungan numerikal stoikiometri


persamaan menggunakan kaedah ‘BE-CA’.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada murid.
(i) 50% murid dapat mengenalpasti pekali setiap bahan dan hasil dalam persamaan kimia.
(ii) 50% murid dapat menghitung bilangan mol melalui bilangan zarah, isipadu dan jisim.
(iii) 50% murid dapat menyelesaikan masalah penghitungan stoikiometri mengikut langkah
yang betul.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini akan melibatkan 21 orang murid kelas 4 Mulia yang terdiri daripada 13 murid perempuan
dan 8 murid lelaki.

5.0 Tindakan yang dicadangkan

5.1 Tinjauan Masalah


Guru akan membuat tinjauan awal dengan menjalankan pemerhatian secara dekat terhadap
seseorang murid dalam  jangka masa tersebut iaitu semasa murid membuat latihan sama ada
murid dapat menyelesaikan masalah numerikal dengan baik atau tidak. Murid juga didapati

3
tidak dapat menjawab soalan stoikiometri dalam Pentaksiran 1 dan telah kehilangan banyak
markah.
5.2 Soal Selidik
Borang soal selidik mengandungi 10 soalan objektif. Soal selidik dijalankan untuk
mendapatkan maklum balas daripada murid-murid bagi mengesan punca kelemahan mereka
menjawab soalan berbentuk masalah numerikal.

5.3 Melaksanakan Ujian Pra


Ujian Pra dijalankan bagi mendapatkan maklumat awal tentang tahap penguasaan murid
dalam menyelesaikan masalah numerikal sebelum penambahbaikan pengajaran dijalankan
oleh guru. Ujian Pra mengandungi dua soalan numerikal.

5.4 Memperkenalkan kaedah ‘BE-CA’


Masa selama empat waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) diperlukan untuk menjalankan
kajian ini. Cara pelaksanaan:
5.4.1 Guru memperkukuhkan ingatan murid tentang rumus pengiraan bilangan mol
melibatkan bilangan zarah, jisim dan isipadu menggunakan gambar rajah piramid.
Aktiviti ini dijalankan selama 5 minit.
5.4.2 21 orang murid akan diletakkan dalam 5 kumpulan kecil. Sebanyak lima kad manila
bercetak akan disediakan. Kad ini dikenali sebagai kad ‘BE-CA’. Kad ‘BE-CA’ ini
mengandungi jadual penyelesaian masalah numerikal stoikiometri.
5.4.3 Guru akan membimbing murid cara yang betul dalam menyelesaikan masalah
stoikiometri selama 20 minit. Murid-murid perlu memahami arahan guru semasa
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
5.4.4 Guru memberikan beberapa contoh penyelesaian numerikal. Murid akan
menyelesaikan latihan yang diberi dengan bantuan guru. Di sini murid perlu
menggunakan kad ‘BE-CA’. Murid akan bergilir-gilir menyelesaikan masalah
stoikiometri.
5.4.5 Semakan dibuat serta-merta untuk melihat murid yang masih tidak menguasai
kemahiran ini. Murid yang masih tidak betul langkah pengiraan akan dibimbing serta-
merta.

5.5 Melaksanakan Ujian Pasca


Ujian Pasca akan dijalankan bagi melihat peningkatan pencapaian murid selepas proses
pengajaran menggunakan kaedah ‘BE-CA’ dijalankan oleh guru. Ujian Pasca terdiri daripada
tiga soalan struktur.
4
6.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh Perlaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal 3 Jun 2022

2 Menulis proposal Kajian 11 Jun 2022

3 Merancang Tindakan 16 Jun 2022

4 Temubual 20 Jun 2022

5 Soal Selidik 23 Jun 2022

6 Ujian Pra 23 Jun 2022

7 Melaksanakan Tindakan 4 Julai 2022

8 Ujian Pos 8 Julai 2022

9 Refleksi Kajian 15 Julai 2022

10 Menulis Laporan Kajian 29 Julai 2022

11 Penghantaran Laporan Kajian 20 November 2022

12 Pembentangan Kajian Tindakan 10 Disember 2022

5
LAMPIRAN 1

SOAL SELIDIK KIMIA

ARAHAN: BULATKAN JAWAPAN YANG ANDA PILIH

1. Adakah anda suka mata pelajaran Kimia? A. Ya


A. Sangat suka B. Kurang tahu
B. Suka C. Tidak
C. Kurang suka
D Tidak suka 6. Adakah soalan bentuk masalah/ ayat sukar
difahami?
2. Adakah anda tahu mengira Jisim Atom A. Ya
Relatif(JAR) dan Jisim Molekul Relatif B. Kadang-kadang
(JMR)? C. Tidak
A. Ya
B. Kurang tahu 7. Adakah anda rasa soalan penghitungan
C. Tidak stoikiometri sukar dijawab?
A. Ya
3. Adakah anda mahir menggunakan rumus B. Kadang-kadang
mengira bilangan mol bagi bilangan zarah, C. Tidak
jisim dan isipadu?
A. Ya 8. Berapa lama masa yang anda ambil untuk
B. Kurang mahir menjawab soalan bentuk masalah/ ayat?
C. Tidak A. Kurang 1 minit
B. 2 minit hingga 3 minit
4. Adakah anda tahu menulis formula kimia C. Lebih 3 minit
bagi sesuatu sebatian?
A. Ya 9. Adakah anda selalu mengulangkaji pelajaran
B. Kurang tahu di rumah?
C. Tidak A. Ada
B. Kadang-kadang
5. Adakah anda tahu menyeimbangkan C. Tiada
persamaan kimia?
6
10. Adakah anda mempunyai tutor/ pergi ke A. Ya
pusat tuisyen?

7
B. Tidak

LAMPIRAN 2
UJIAN PRA 1
Masa : 15 minit
Markah :
NAMA: ………………………………

Arahan: Jawab semua soalan.


Kerja mengira mesti ditunjukkan. Anda mungkin kehilangan markah jika langkah-langkah penting
tidak ditunjukkan.

1. Kalsium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik cair berlebihan menghasilkan kalsium klorida,
air dan gas karbon dioksida.

CaCO3 + HCl  CaCl2 + CO2 + H2O

a) Cari jisim kalsium karbonat yang diperlukan untuk bertindakbalas lengkap dengan 0.5 mol asid
hidroklorik.

8
[3 markah]

b) Cari isipadu gas karbon dioksida yang terbebas jika 50g kalsium karbonat bertindakbalas lengkap
dengan asid hidroklorik cair berlebihan pada keadaan bilik.

[3 markah]
LAMPIRAN 3
UJIAN PASCA
Masa : 15 minit
Markah :
NAMA: ………………………………

Arahan: Jawab semua soalan.


Kerja mengira mesti ditunjukkan. Anda mungkin kehilangan markah jika langkah-langkah penting
tidak ditunjukkan.

1. Gas metana, CH4 terbakar dalam oksigen yang berlebihan menghasilkan gas karbon dioksida dan air
seperti persamaan berikut: CH4 + O2  CO2 + H20
a) Jika 4.0g metana bertindak balas dengan gas oksigen berlebihan, cari

i) Jisim air yang terhasil. (9g)

9
[3 markah]
ii) Isipadu gas karbon dioksida yang terbebas pada STP.

[3 markah]
iii) Bilangan zarah (molekul) gas karbon dioksida terbebas.

[3 markah]

10

Anda mungkin juga menyukai