Anda di halaman 1dari 10

DEFINISI WACANA (3)

Shamsudin bin Abu Bakar

Bangsaku
Langit duka awan bangsamu terus meratap gerimis menyaksikan tamadun bahasa yang dibina setengah abad dimusnahkan robot politik dalam beberapa jam di meja mesyuarat
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Bangsaku kita mahu membina kereta dengan bahasa Melayu kita mahu membina kapal terbang dengan bahasa Melayu kita mahu membina kapal selam dengan bahasa Melayu kita mahu membina IT dengan bahasa Melayu kita mahu membina ekonomi dengan bahasa Melayu kita mahu membina tamadun baru dengan bahasa Melayu.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Bangsaku kita tidak punya kesabaran kita tidak punya tahan diri kita tidak punya jati diri kita tidak punya maruah tamadun paksi Melayu.

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Bangsaku rakuslah melahap bahasa-bahasa tamadun demi membawa masuk kesegaran ilmu dan ciptaan baru tetapi bukan meranapkan tamadun bahasamu yang berabad lumat, berlendir, hina dan hanyir di tangan para penjajah kemudian dibangunkan dengan peluh gigih otak generasi kini.

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Bangsaku yang berfikiran liberal banjir taufan maha dahsyat globalisasi sebenarnya penjajahan ceria muka baru memang pantas dengan bahasa Inggeris kita enak menguasai dunia tanpa sempadan kerana taufan globalisasi itu pengantarnya bahasa Inggeris dan cengkaman kuasanya politik ekonomi turasnya tuhan kebendaan.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Bangsaku yang berfikiran liberal bila kita bersama arus globalisasi dapatkah kita mempertahankan tamadun berasaskan bahasa Melayu? memang bahasa kita tidak hilang seperti berabad dijajah dulu datuk nenek kita masih berbahasa Melayu tetapi, bahasa kita jadi bahasa hanyir, lendir, dan kusam seperti semutar dan selendang generasi lalu yang tersidai dicelah rawa hulu Filipina yang berabad berbahasa Inggeris apakah tamadun baru yang ada padanya? India yang berbahasa Inggeris apakah tamadun India baru yang agung ada padanya?
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Bangsaku kita punya pemimpin politik yang agung tetapi ramai berulu batu jemala berat kepala untuk mudah tunduk menyembah kita berbangga punya pemimpin bermulut besar kata-kata mereka lebih enak menghina bangsa dan memecah belah dalam tamadun memperkasa bahasa ibunda mereka.

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Bangsaku bahasa Melayu tidak hilang dalam taufan globalisasi dan di tengah masyarakat berbilang kaum kini dia hanya akan jadi tulisan jawi dibaca oleh orang tua mengantuk menunggu mati menjadi subjek ilmu di universiti yang terpaksa dipelajari demikian pabila kita mengubah sistem demi takut disapu taufan globalisasi.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

PEMBENTANGAN
Setiap kumpulan cuba nyatakan definisi berdasarkan sokongan tokoh-tokoh tertentu Jelaskan perkaitan wacana dengan definisi yang dinyatakan.

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Anda mungkin juga menyukai