Anda di halaman 1dari 4

CATATAN REFLEKSI MINGGU PERTAMA

1. Isu / Perkara yang difokus: Pada minggu pertama, saya dan rakan-rakan berbincang dengan guru besar dan juga guru mentor tentang projek yang ingin dijalankan di sekolah. Setelah mendapat kata putus, kami bercadang untuk melaksanakan projek keceriaan pintu pagar sekolah.

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan : kami dibantu oleh guru-guru yang arif tentang lanskap pintu pagar sekolah. Di samping itu, pihak pengurusan sekolah memberikan bantuan Dan kos yang cukup untuk melaksanakan projek. Kami juga berpeluang melawat ke sekolah-sekolah yang Mempunyai lanskap pintu pagar yang menarik untuk dijadikan sebagai contoh.

2.2 Kelemahan:kawasan pintu pagar tidak teratur. Kawasan yang lanskap yang terlalu uzur dan pokok-pokok yang ditanam tidak dijaga dengan baik.

3. Cadangan/penambahbaikan : Saya dan rakan-rakan akan mengecat semula kawasan pintu pagar sekolah. Selain itu, kami juga akan memperbanyak pokok dan tanaman baru.

CATATAN REFLEKSI MINGGU KEDUA 1. Isu / Perkara yang difokus: Pada minggu kedua, saya dan rakan mula menjalankan projek keceriaan pintu pagar sekolah. Kami memulakan dengan menanam pokok baru dan juga aktiviti mengecat kawasan pintu pagar sekolah.

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: kami disediakan alat mengecat yang mencukupi. Kami dibantu oleh guru-guru untuk mencari anak pokok yang baru di sekitar kampung yang berdekatan dengan sekolah.

2.2 Kelemahan:Cuaca yang tidak menentu menyebabkan kami tidak dapat Menjalankan aktiviti mengecat. Pokok yang ditanam layu dan mati kerana tanah yang kurang Subur.

3. Cadangan penambahbaikan : Saya dan rakan memberikan cadangan kepada pihak pengurusan sekolah agar memberikan kos belanja untuk membeli tanah, pasu dan juga anak pokok baru yang sesuai dengan lanskap kawasan pintu pagar sekolah.

CATATAN REFLEKSI MINGGU KETIGA 1. Isu / Perkara yang difokus: Pada minggu ketiga, saya dan rakan menjalankan aktiviti mengecat kawasan pintu pagar sekolah. Kami juga mula menanam dan menyusun pokok-pokok yang baru dibeli.

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan : Pada minggu ini, cuaca sangat baik dan proses mengecat dapat dilaksanakan dengan baik. Pokok-pokok juga ditanam di dalam pasu disusun dengan rapi.

2.2 Kelemahan:Tanah yang dibekalkan lambat sampai ke kawasan sekolah. Tambahan pula,menjalankan aktiviti berat di bulan puasa Menyebabkan kami cepat letih.

3. Cadangan penambahbaikan : Saya dan rakan akan memperbanyakkan lagi pokok-pokok supaya kawasan pintu pagar sekolah tidak terlalu kosong. Di samping itu kami akan menyusun pokok dengan kedudukan yang betul dan sesuai agar murid-murid dan seluruh warga sekolah berasa tenang dan selesa melihat kawasan di hadapan pagar sekolah.

CATATAN REFLEKSI MINGGU KEEMPAT 1. Isu / Perkara yang difokus: Minggu ini merupakan minggu terakhir projek kami dijalankan. Pada minggu ini, kami berusaha untuk mengemaskinikan kawasan pintu pagar sekolah agar kelihatan cantik dan indah.

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan : Pokok yang ditanam tumbuh dengan segarnya. Guru-guru dan pekerja sekolah membantu kami menyiapkan Kawasan pintu pagar sekolah ini. 2.2 Kelemahan : terdapat timbunan tanah yang digunakan untuk menanam pokok di bahagian hadapan pasu L yang menghalang pandangan.

3. Cadangan penambahbaikan : Kami bekerjasama dengan pekerja sekolah untuk memindahkan tanah itu ke kawasan belakang sekolah. Kami membersihkan keseluruhan kawasan supaya kelihatan lebih cantik.

Anda mungkin juga menyukai