Anda di halaman 1dari 4

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

Rahsia dan Nikmat disebalik erti


"SABAR"
MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada
dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau
perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah-
gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman
menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai
atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu
ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan
ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran
dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai
matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai
kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan
dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibah
menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan.
Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja
ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR"________________________________


Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka
itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka
bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan)
bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat
kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan
penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75);
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka
tanpa batas". (QS. 39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai


orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi
musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga
dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari
neraka). (QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-


empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan
mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang
maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar,
takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala.
Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau
berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibah atau mala petaka,
seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya ,
jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau
hikmat musibah itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik
terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya
akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibah itu, kita katakan ada seorang bapa
yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh
anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa
daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan
istimewa yang menjadi kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi
sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan
mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil,tidak bertimbang rasa dan sebagainya.
Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum
kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR"________________________________


Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita
berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima
cubaan atau musibah yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak
harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan
nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir
itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian
adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor,
sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya
itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi
tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan
bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali
tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu
adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya
menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa
anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah
sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya.
Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik.
Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa
'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan
sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan'
sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan
sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibah atau ujian daripada


Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau
musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan
keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya,
sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan
perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan
perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat,
maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu.
Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga
pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang
baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba
Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR"________________________________


kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut
kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar


dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah
Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan
waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah
sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan
dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling
mujarab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali
gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi
manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai