Anda di halaman 1dari 2

AKTA PERLINGDUNGAN PENGGUNA 1999 Akta Perlindungan Pengguna 1999 merupakan satu usaha murni bagi mengangkat taraf

pengguna di Malaysia. Sehingga tahun 1999, terdapat 29 akta yang ada hubungan dengan pengguna dan perlindungan pengguna. 7 akta mempunyai hubungan langsung dengan fungsi dan tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu: Akta Kawalan Harga 1946 Akta Kawalan Bekalan 1961 Akta Timbang dan Sukat 1972 Akta Perihal Dagangan 1972 Akta Sewa Beli 1967 Akta Hakcipta 1987 Akta Jualan Langsung 1993

Bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pengguna daripada penipuan dan penyelewengan. Tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya terdapat pengeluar atau penjual yang melanggar peruntukan dalam akta.

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA Satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Perlingdungan Pengguna 1999, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 15 November 1999. Objektif: Untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna tidak melebihi RM5000 Sebagai saluran atau kemudahan alternatif kepada seseorang pengguna untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN) Dilancarkan pada 26 Julai 2002. Matlamat: Memastikan tahap perlindungan terbaik kepada pengguna dari aspek perundangan. Menjamin setiap undang-undang menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/ pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek pengeluaran, promosi dan penentuan harga supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan serta menggalakkan pendekatan keuntungan bersama

PERTUBUHAN PENGGUNA ANTARABANGSA Pertubuhan Pengguna Antarabangsa (CI) iatu persekutuan ganbungan lebih 250 persatuan pengguna dari 115 buah negara. Merupakan nadi dalam pergerakan gabungan kepenggunaan di seluruh dunia.

GABUNGAN PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA) Badan bukan kerajaan yang aktif dalam mampertahankan dan melindungi hak pengguna.

KESAN HAK PENGGUNA DIABAIKAN Pengusaha dan pengeluar akan menganiaya pengguna. Hal ini, pengguna akan menjadi mangsa dalam usaha pengelaur menjadi kaya dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak selamat untuk membuat barang yang dia jual kerana lebih murah. Kerosakan kepada alam dan kesihatan manusia akan meningkat.Dalam hal ini, alam dan kesihatan manusia akan semakin merosot kerana pengeluar atau pengusaha tidak mematuhi undang undang yang ditetapkan oleh kerajaan dengan menggunakan bahan yang bahaya dan tidak diluluskan oleh kerajaan . Kualiti hidup merosot. Justeru, kualiti hidup merosot akibat daripada barangan yang di beli oleh pengguna tidak bermutu.

Anda mungkin juga menyukai