Anda di halaman 1dari 26

MODUL PEMBELAJARAN INTERAKTIF

PERDAGANGAN TINGKATAN 5
BAB 8 : KONSUMERISME

Free Powerpoint Templates


Page 1
PENGENALAN MODUL PEMBELAJARAN

PETA KONSEP KONSUMERISME

HASIL PEMBELAJARAN

NOTA PEMBELAJARAN
Unit 8.1: Konsumerisme
(a) Maksud Konsumerisme
Unit 8.2 : Perlindungan Pengguna
(a) Hak dan Tanggungjawab Pengguna
(b) Tanggungjawab Pengeluar
(c) Membeli dengan Bijak
(d) Peranan Kerajaan dan Agensi Lain dalam
Melindungi Pengguna
(e) Etika
Free Amalan
Powerpoint Perniagaan
Templates
Page 2
VIDEO BERKAITAN KONSUMERISME

LATIHAN KENDIRI

SKEMA JAWAPAN

GLOSARI

SENARAI RUJUKAN

SENARAI RUJUKAN LAMAN WEB

Free Powerpoint Templates


Page 3
PENGENALAN TENTANG MODUL PEMBELAJARAN INI

Free Powerpoint Templates


Page 4
PETA KONSEP

Free Powerpoint Templates


Page 5
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya mendapat:
Menerangkan maksud konsumerisme.

Mengenal pasti hak & tanggungjawab pengguna & pengeluar.

Mengetahui & mengamalkan cara membeli dengan bijak.

Menghuraikan bagaimana menjadi pengguna yang bertanggungjawab.

Menerangkan peranan kerajaan 7 agensi lain dalam melindungi


pengguna.

Mengamalkan Etika Amalan Perniagaan oleh penjual & pembeli.

Menerangkan undang-undang berkaitan dengan perlindungan pengguna.

Free Powerpoint Templates


Page 6
Free Powerpoint Templates
Page 7
(d) Peranan Kerajaan dan Agensi Lain dalam
Melindungi Pengguna
Kerajaan dan agensi lain memberi perlindungan
kepada pengguna dengan 2 cara :

1.
Penggubalan
Undang-
undang,
Ordinan , dan
Akta

Free Powerpoint Templates


Page 8
Undang-undang yang digubal boleh dibahagikan kepada lima
kumpulan berdasarkan tujuannya :

Free Powerpoint Templates


Page 9
1. Keselamatan
Pengguna
Undang-undang ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada pelbagai risiko
atau bahaya yang memudaratkan keselamatan dan nyawa mereka. Antaranya
ialah :
UNDANG-UNDANG PERANAN

a. Peraturan Makanan Mewajibkan pengeluar melabelkan barang makanan dengan maklumat yang
1985 menunjukkan kandungan, berat dan isi padu, tarikh luput guna, nama pengeluar, dan
sebagainya.

Melarang pengeluar menggunakan bahan kimia yang membahayakan kesihatan


seperti pewarna. Pemanis, dan pengawet makanan.

b. Akta Racun Makhluk Mengawal pengimportan, pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan racun perosak
Perosak 1974 yang membahayakan keselamatan manusia.

Mendaftarkan dan melesenkan semua pengimport & pengeluar racun perosak.

c. Akta Elektrik 1946 Mengawal jualan & pengeluaran barang elektrik yang berbahaya seperti plag, cerek
(Pindaan 1973) elektrik, seterika elektrik, kipas meja, dan sebagainya.

Semua barang elektrik mesti disahkan oleh SIRIM & Ketua Inspektor Elektrik sebelum
dijual.

d. Akta Pengangkutan Memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan yang baik supaya tidak
Jalan 1987 membahayakan pengguna jalan raya.

Mewajibkan pemakaian tali pinggang dan topi keledar bagi menjamin keselamatan
pengguna.

Free Powerpoint Templates


Page 10
2. Kesihatan Pengguna
Undang-undang ini bertujuan untuk melindungi kesihatan pengguna. Antaranya
ialah :
UNDANG-UNDANG PERANAN

a. Ordinan Ubat-ubatan, Mengharamkan jualan ubat dan makanan yang membahayakan


Iklan, dan Jualan kesihatan serta iklan-iklan yang membuat tuntutan palsu.
1956 (Pindaan 1983)
b. Akta Pembasmian Menghindarkan wabak malaria dengan mewajibkan setiap rumah
Malaria 1974 tangga menjaga kebersihan perkarangan rumah masing-masing untuk
mengelakkan pembiakan nyamuk.
c. Akta Kualiti Alam Mencegah pencemaran alam untuk membaiki kualiti hidup.
Sekitar 1974
Mewajibkan kilang memasang alat pencegah pencemaran.
d. Akta Pengangkutan Mendaftar dan melesenkan semua kedai farmasi yang beroperasi di
Jalan 1987 negara ini.

Memastikan kedai farmasi dikendalikan oleh ahli farmasi yag


bertauliah.

Free Powerpoint Templates


Page 11
3. Kepentingan Ekonomi Pengguna
Undang-undang ini bertujuan untuk melindungi kedudukan ekonomi pengguna
daipada dijejaskan oleh pengeluar. Antaranya ialah :

UNDANG-UNDANG PERANAN
a. Akta Kawalan Harga Menetapkan & mengawal harga barang yang dikelaskan sebagai
1946 barang kawalan seperti simen, minyak tanah, tepung, dan susu.

Mewajibkan pelabelan harga pada barang.


b. Akta Kawalan Mengawal bekalan barang-barang yang dikelaskan sebagai barang
Bekalan 1961 kawalan bagi menjamin bekalan sentiasa cukup.

Menghindarkan perbuatan sorok dengan mengehadkan kuantiti


maksimum barang yang boleh disimpan.

c. Akta Timbang & Memastikan alat timbang dan sukatan yang digunakan itu betul &
Sukat 1972 standard.
d. Akta Perihal Mencegah sebarang maklumat perniagaan yang palsu, tanda harga
Dagangan 1972 yang salah. Dan iklan yang mengelirukan.
e. Akta Sewa Beli Mengawal urus niaga sewa beli dan kadar faeah yang dikenakan
1967 serta
(Pindaan 1978) menjamin hak pembeli.

Free Powerpoint Templates


Page 12
4. Alam Sekitar Pengguna
Undang-undang ini digubal bertujuan untuk melindungi alam sekitar yang kian
tercemar akibat pembangunan yang pesat. Ia bertujuan untuk mewujudkan alam
sekitar yang bersih dan nyaman.

UNDANG-UNDANG PERANAN
a. Akta Kualiti Alam Mencegah pencemaran, pengotoran udara akibat
Sekitar 1974 kebakaran, serta mengharamkan pembuangan
sampah dan sisa kilang.
b. Enakmen Air Memelihara sumber air dan hutan daripada tercemar
dan untuk kegunaan masa kini dan masa depan.
Enakmen Hutan

Free Powerpoint Templates


Page 13
5. Ganti Rugi Pengguna

Undang-undang ini memberi hak kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi
daripada pengeluar jika barang yang dijual rosak, tidak bermutu, atau cacat.
Antaranya ialah :

UNDANG-UNDANG PERANAN
a. Akta Jualan Memberi hak kepada pembeli untuk menuntut ganti rugi jika
Barang dijual barang yang rosak.
1957
b. Akta Kontrak 1974 Memberi hak kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi jika
berlaku mungkir janji dalam kontrak jual beli.
c. Akta Pemaju Memberi hak kepada pembeli rumah untuk menuntut ganti
Perumahan 1983 rugi daripada pemaju perumahan yang melanggar syarat
(Kawalan & jualan.
Berlesen 1982)
d. Akta Insuran 1963 Melindungi kepentingan insured dengan mengawal aktiviti
(Pindaan 1983) insurer

Free Powerpoint Templates


Page 14
Badan dan agensi khas ditubuhkan untuk melindungi
kepentingan pengguna. Antaranya termasuklah :

Free Powerpoint Templates


Page 15
1. Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan
(MPPPK-Majlis Pengguna)

Ditubuhkan pada tahun 1973 dan kini di bawah kawalan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna .

Keanggotaannya terdiri daripada wakil persatuan, kesatuan sekerja, gerakan belia,


pertubuhan pengilang, dewan perniagaan, badan profesional, dan orang
perseorangan yang merupakan pakar dalam bidang tertentu.

Semua pihak yang terlibat dieri peluang untuk menyuarakan idea dan pendapat
bersama untuk meningkatkan kebajikan pengguna tanpa menjejaskan kepentingan pihak lain.

Fungsi Majlis Pengguna adalah seperti berikut:


a) Menasihati kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan perlindungan pengguna seperti
kawalan harga & bekalan, penggunaan alat & timbang yang standard, & sebagainya.
b) Mencegah penyelewengan dan amalan perniagaan yang curang.
c) Menyebarkan maklumat konsumerisme kepada masyarakat umum melalui media
massa, terbitan risalah, majalah, internet dan sebagainya.

Majlis Pengguna mempunyai pasukan petugas khas untuk mengawal selia pasaran,
mencari
penyelesaian terhadap isu konsumerisme, mencegah amalan perniagaan yang tidak
beretika
untuk melindungi kepentingan pengguna.

Free Powerpoint Templates


Page 16
2. Tribunal Tuntutan Pengguna

Ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Objektif penubuhan :
a) Memudahkan pengguna untuk menuntut ganti rugi terhadap pengilang atau peniaga
yang melakukan penyelewengan. Sebelum tribunal ini ditubuhkan , tuntutan ganti
rugi oleh pengguna hanya boleh dibuat melalui mahkamah sivil, dan bagi jumlah
tuntutan tidak melebihi RM5 000, melalui Mahkamah Tuntutan Kecil. Penubuhan
tribunal ini memberi saluran alternatif untuk pengguna menuntut ganti rugi.
b) Mengurangkan kos peguam dan tuntutan. Tuntutan melalui mahkamah sivil
memakan masa dan belanja. Penubuhan tribunal ini membolehkan tuntutan dibuat
dengan cepat, mudah, dan murah.

Tatacara membuat tuntutan adalah cepat dan murah seperti berikut :


a) Pengadu mengisi borang tuntutan dan menghantarnya kepada Tribunal Tuntutan
Pengguna. Satu salinan akan dihantar kepada peniaga yang melakukan
penyelewengan.
b) Kes tuntutan akan dibicarakan tanpa bantuan peguam, sama ad a dari pengadu atau
peniaga dan diadili oleh presiden tribunal.
c) Ganti rugi akan dibayar dalam tempoh singkat jika dibuktikan berlaku
penyelewengan.

Namun, tribunal tuntutan hanya mempunyai bidang kuasa untuk menguruskan jumlah
tuntutan tidak melebihi RM10 000.

Free Powerpoint Templates


Page 17
3. Kementerian & Jabatan Kerajaan
Terdapat pelbagai kementerian kerajaan beserta agensi, majlis dan badan pelaksanaannya yang bertindak
untuk membela kebajikan pengguna. Antaranya termasuklah :

Free Powerpoint Templates


Page 18
3. Kementerian & Jabatan Kerajaan

Free Powerpoint Templates


Page 19
4. Persatuan Pengguna

Persatuan pengguna ialah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan oleh pengguna untuk
melindungi kepentingan diri sendiri.

Keanggotaannya terbuka kepada semua pengguna yang ingin menyertainya tetapi yuran
keahlian biasanya dikenakan. Di Malaysia terdapat beberapa buah persatuan yang aktif
dalam melindungi kepentingan pengguna, khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(PPPP), Persatuan Pengguna Pahang (PPP), Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah
Persekutuan (PPSWP).

Persatuan persatuan tersebut bergabung untuk menubuhkan Gabungan Persatuan- persatuan


Pengguna Malaysia (FOMCA) pada tahun 1973 untuk bergerak di peringkat kebangsaan.

Tugas-tugas persatuan pengguna adalah seperti berikut :

Free Powerpoint Templates


Page 20
Tugas-tugas Persatuan Pengguna

Free Powerpoint Templates


Page 21
5. Persatuan Pengeluar, Peniaga, dan Profesional

Persatuan pengeluar, peniaga, dan profesional mempunyai peraturan & tatatertib yang ketat untuk mengawal
kegiatan & tingkah laku ahlinya. Tujuannya adalah untuk memastikan pengguna dijual barang yang bermutu dan
perkhidmatan yang berkualiti.

Antara persatuan-persatuan pengeluar dan peniaga yang melindungi hak kepentingan pengguna termasuklah
Gabungan Pengilang Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina, dan Dewan Perniagaan
India.

Antara persatuan-persatuan profesional yang melindungi kepentingan pengguna termasuklah Persatuan


Perubatan Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Arkitek Malaysia, Institut Kejuruteraan Malaysia, Institut
Akauntan Malaysia, dan Lembaga Pengiklanan.

Kesemua pertubuhan ini beroperasi untuk mengimbangkan kepentingan ahli sendiri dengan kepentingan orang
awam.

Pertubuhan tersebut mempunyai peraturan untuk melindungi kepentingan ahli, tetapi juga memastikan orang
ramai yang menjadi pelanggan kepada mereka diberi perlindungan dari segi jaminan kualiti perkhidmatan dan
keluaran yang diberinya.

Free Powerpoint Templates


Page 22
Video berkaitan Peranan Kerajaan dan Agensi lain dalam
Melindungi Pengguna di Malaysia
VIDEO 1 : Klinik 1Malaysia - Program Transformasi Kerajaan

VIDEO 2 : Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) - Program Transformasi Kerajaan

VIDEO 3 : Keperluan Air Bersih - Program Transformasi Kerajaan

VIDEO 4 : Mempertingkatkan Infrastruktur untuk Keperluan Asas Rakyat -


Program Transformasi Kerajaan

VIDEO 5 : Hari Pengguna Malaysia

Free Powerpoint Templates


Page 23
Glosari
I
Insured
Pihak yang membeli polisi insurans untuk mendapatkan perlindungan daripada risiko

Insurer
Syarikat Insurans yang menawarkan perlindungan kepada insured terhadap risiko.

K
Kepenggunaan (konsumerisme)
Usaha untuk melindungi kepentingan pengguna
P
Persatuan Pengguna
Sebuah badan sukarela yang ditubuhkan oleh pengguna untuk melindungi kepentingan pengguna.

S
SIRIM
Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia memastikan barang keluaran menepati taraf
kepiawaian yang ditetapkan.

Free Powerpoint Templates


Page 24
SENARAI RUJUKAN
1. Heng Seai Kie, Chian Chee Siang, Zakiyah Jalun dan Sharini Haji Ramli, 2002. Perdagangan Tingkatan
4. Jalan Hang Tuah Melaka, Pustaka Seri Kancil.

2. Siti Amnah Sahran, Rahmah Ibrahim dan Maggie Low Poh Lean, 2003. Perdagangan Tingkatan 5.
Petaling Jaya: Info-Didik Sdn Bhd

3. Loo Chee Kuang, 2012. Pelangi Bestseller Fokus Sukses SPM Tingkatan 4 & 5 Perdagangan. Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

Free Powerpoint Templates


Page 25
SENARAI RUJUKAN LAMAN WEB
1. http://www.kpdnkk.gov.my/

2. http://www.fomca.org.my/

3. http://www.mosti.gov.my/

4. http://ppim.org.my/portal/

5. http://www.sirim.my/

6. http://www.1pengguna.com/sp/

7. http://www.1pengguna.com/11pengguna/index.php

Free Powerpoint Templates


Page 26

Anda mungkin juga menyukai