Anda di halaman 1dari 26

KURIKULUM PENDIDIKAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN/PEKAK

KULIAH 3: ANJUNG 2: 8 OKTOBER 2011

MASALAH MATA PELAJARAN


Perhubungan Antara Pencapaian Bahasa Dan Pencapaian Akademik peranan bahasa dalam pencapaian akademik punca masalah bahasa yang dihadapi oleh KCP

sejak awal KCP tidak dapat mendengar maka mereka gagal untuk mengenal, mencontohi, memahami, membuat intrepsi dan meniru bunyi-bunyi yang ada dipersekitarannya dan secara langsungmenyebabkan mereka sukar untuk dan tidak dapat mengenal bahasa. KCP tidak dapat intervensi bagi mengatasi masalah tersebut.
Masa 5 tahun pertama dalam kehidupan kakan-kanak merupakan masa perkembangan yang amat penting daripada segi intelektual, emosi dan jasmani kanak-kanak mempelajari pengawalan tubuh mereka, belajar bermain dan bercakap, memahami sekitaran fizikal mereka serta mendirikan hubungan pertama. Maka bagi KCP mereka tidak memperolehi perkara sedemikian.

PUNCA LEMAH BAHASA


KCP tidak dapat mendengar pertuturan sendiri dan menerima perangsangan bunyi maka ini menyebabkan KCP cenderung untuk terus senyap sungguh pun alat-alat pertuturan mereka normal. 2 perkara penting dalam pembelajaran bahasa iaitu Pengumpulan perbendaharaan kata dan Penggunaan perkataan dalam urutan tatabahasa yang betul. KCP memerlukan latih tubi dan bimbingan yang serius dalam kedua-dua perkara tersebut tetapi gagal dilaksanakan dengan baik kerana mereka tidak dapat memperolehinya seperti kanak-kanak normal. Bagi perkembangan bahasa, KCP memerlukan 4 (sekuarangkurangnya alat komunikasi dan alat perkembangan bahasa iaitu Pembacaan bibir, Latihan mendengar, Latihan bertutur dan Bahasa Isyarat

PUNCA LEMAH BAHASA


Penerimaan dan pemaparan idea bagi KCP adalah terhad (Abdullah Yusuff,1996). KCP menghadapi kesukaran dalam membentuk isyrat atau mencari perkataan atau ayat yang dapat menjelaskan idea yang ingin disampaikan. KCP banyak bergantung kepada deria penglihatan dan rasa bagi menerima maklumat. Benda halus, seni dan abstrak sukar dikesan melalui visual. KCP juga sukar menerima maklumat dari sumber bunyi sedangkan kebanyakkan sumber maklumat adalah melalui bunyi seperti perbualan, radio dan TV. Dalam aspek pemaparan maklumat pula, KCP tidak dapat menyatakan sesuatu idea (khususnya yang abstrak) dengan jelas kerana kesukaran dalam membentuk isyarat atau mencari perkataan (membina ayat) bagi menjelaskannya.

PUNCA LEMAH BAHASA


Kajian menunjukkan bahas akomunikasi (lisan @ isyarat) harian yang digunakan mempengaruhi hasil penulisan KCP. Goh & Teh (1994) mendapati terdapat pengaruh Bahasa Isyarat dalam struktur ayat yang dihasilkan oleh KCP. ayat-ayat yang dihasilkan sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk tidak gramatis dari segi struktur Bahasa Malaysia dan hal ini menyebabkan idea yang hendak disampaikan sukar untuk difahami dan mengelirukan, kesalahan menggunakan kata penghubung, penyambung ayat, penyambungan ayat, penyusunan subjek dan predikat, ayat tergantung dan tidak diketahui maknanya. Sikap prejudis kepada KCP. - Bouvet (1990) menyatakan KCP dipengaruhi oleh Clssical Phisology Deaf children who are deprived of articulateed speech simply because dont hear it. .. deaf children find themselves excluded by society.

PUNCA LEMAH BAHASA


Pengaruh psikologi disebabkan perasaan terasing. Kegagalan berkomunikasi dengan keluarga dan masyarakat menyebabkan KCP berasa terasing dan lebih gembira apabila berada dalam kumpulan dan budaya mereka sendiri yang mana menjurus kepada perkembangan bahasa yang mereka amalkan sahaja. Umumnya KCP kurang berinteraksi dengan kanakkanak normal disebabkan oleh beberapa faktor khususnya disebabkan wujud perbezaan yang ketara berhubung denga kaedah interaksi yang digunakan oleh kedua-dua kumpulan tersebut.

PENILAIAN
Keadaan yang pelbagai mempengaruhi penggunaan bahasa dan pemahaman bahasa KCP Penilaian komprehensif akan memperlihatkan perkembangan kesemua aspek bahasa KCP Wujudnya individual differences (kalangan normal dan KCP) Maklumat penilaian akan memandu arah apa dan bagaimana perancangan intervensi perlu dijalankan. Menentukan matlamat dan objektif intervensi RPI Memantau keberkesanan program

Melaksanakan Penaksiran / Penilaian


Dapatkan maklumat dari penjaga bagi membolehkan penilaian dan intervensi yang berkesan. Membuat pemeriksaan naturalistic untuk memberikan maklumat tentang competence bahasa dan komunikasi. Lakukan penilaian komprehensif secara sistematik. Analisis data penilaian secara berterusan untuk menentukan dan membuat keputusankeberkesanan program intervensi

Peringkat Dan Tujuan Penilaian


Screening kaedah yang digunakan untuk menegenalpasti kanak-kanak yang mengalami kelemahan murid. Ujian saringan bahasa bagi KCP adalah untuk meninjau kelemahan bahasa dan tahap kefahaman awal murid. Diagnosis menentukan sejauh mana dan nature yang menyebabkan masalah bahasa. Eligibility determination- apabila KCP masuk ke alam persekolahan maka penentuan PERLU dibuat untuk menyediakan program pemulihan bahasa yang sesuai untuk mereka. Evaluation (penilaian) pemantauan proses intervensi dan perkembangan kemajuan KCP. Perancangan intervensi perancangan pendidikan individu

BENTUK PENILAIAN
Kebolehan mendiskriminasi simbol abjad daripada aspek nama, sebutan adunan dan urutan dalam perkataan. Kenormalan koordinasi mata dan tangan semasa membaca dan menulis Kepetahan artikulasi semasa bercakap dan membaca. Kenormalan aspek penerimaan atau penghuraian kod aspek penyimpanan dan daya ingatan dan aspek pernyataan atau kod. Perkembangan sosial yang sihat.

Jenis-Jenis Penilaian Bahasa


Standardized test memberikan maklumat normative data yang dapat membandingakan pencapaian antara kanak-kanak yang sama umur dan peringkat perkembangan. Instrumennya boleh dibuat berdasarkan aktiviti menamakan objek / gambar, memadankan gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong dan melengkapkan ayat. Language samples contoh perbualan / percakapan yang diambil dan dianalisis. Language sample akan dapat membuktikan kebiasaan bahasa yang digunakan oleh KCP. Ujian ini perlu dilakukan secara berstruktur. Bahan-bahan yang digunakan ialah gambar, objek, alat permainan dan cerita. Untuk memberikan maklumat yang meyakinkan Language Samples kcp perlu mengandungi 50-100 patah perkataan.

PENILAIAN BACAAN
Masalah-masalah yang berkaitan rapat dengan kesulitan membaca ialah: Kanak-kanak tidak dapat mendiskriminasi bentuk, kedudukan, nama, sebutan dan turutan abjad dalam sepatah perkataan. Kanak-kanak tidak dapat mengaitkan ciri-ciri dan atribut yang disebutkan di atas untuk 26 abjad dan 4 digraf. Kanak-kanak tidak dapat mengaitkan sebutan tiap-tiap abjad serta digraf apabila diadunkan menjadi suku kata dalam sepatah perkataan. Pengamatan penglihatan kanka-kanak tercelaru apabila mereka berhadapan dengan satu halaman kertas yang penuh dengan abjad-abjad yang tersusun rapi, kerana: syarat-syarat yang dikenakan untuk membaca seperti melihat dari kiri ke kanan, bercanggah dengan kebiasaan melihat dari kanan ke kiri. Simbol-simbol abjad tidak memberikan gambaran tentang bentuk fizikal yang mereka boleh kaitkan. Umpamanya apabila mereka melihat simbol lukisan kucing, mereka nampak ciri-ciri kucing seperti matanya, telinganya, misai, ekor dan lain-lain yang boleh dikaitkan dengan seekor kucing.

PENILAIAN TULISAN
Terdapat 3 aspek dalam membentuk kemahiran penulisan iaitu : penulisan mekanikal atau membentuk stail abjad menulis apa yang disebut atau direncanakan aspek kreativiti dalam membuat karangan yang melibatkan frasa, klausa, wacana dan ayat.

PENYELESAIAN ?
Bagaimanakah sebagai guru pendidikan khas bermasalah pendengaran menyelesaikan masalah-masalah bahasa berkenaan. Bincang dalam forum.

Anda mungkin juga menyukai