Anda di halaman 1dari 15

MENGARUSPERDANAKAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA: CABARAN DAN MASA DEPAN

Oleh: Haji Abdullah Bin Md Din

PENGARAH Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

Abstrak Pendidikan Islam telah bertapak awal, seawal kedatangan Islam ke negara ini. Bermula dengan pengajaran al Quran dan Fardhu Ain di rumah secara tidak formal, berkembang ke kelas-kelas dan halaqah di masjid dan surau kemudian wujud madrasah di bawah pentadbiran masjid dan akhirnya terbinanya madrasahmadrasah yang berdiri sendiri sebagai institusi pengajaran dan pembelaran agama. Selepas merdeka, pendidikan agama Islam terus dikembangkan apabila ia mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan perdana negara. Kertas ini akan membincangkan status terkini Pendididkan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan dari aspek dasar, fokus, dan program. Cabaran kepada usaha untuk mengarusperdanakan Pendidikan Islam juga dikupas bagi memperlihatkan sejauh mana cabaran ini akan dapat ditangani oleh semua pihak yang terlibat dengan Pendidikan Islam. Perubahan dan penambahbaikan dari segi kurikulum, aktiviti

kokurikulum dan dakwah serta pembangunan fizikal, juga kebajikan guru semakin meningkat dari masa ke semasa sehingga hari ini. Meskipun usaha mengarusperdanakan Pendidikan Islam telah bermula seawal 1961, namun terdapat beberapa isu yang masih belum selesai dan ini memerlukan kepada perancangan serta kerjasama daripada banyak pihak. Mengarusperdanakan pendidikan Islam perlu diurus dengan saksama demi kemanfaatan anak-anak murid dan kemaslahatan ummah.

Pendahuluan Arus globalisasi, kemodenan dan kepesatan maklumat tanpa sempadan merupakan cabaran kepada kehidupan hari ini dan pembentukan modal insan. Pendidikan memainkan peranan penting kerana senario tersebut boleh menghakis nilai-nilai murni dan yang ingin diterapkan. Oleh itu usaha ke arah

mempertingkatkan kesedaran umat dalam penghayatan Pendidikan Islam supaya memahami konsep Islam sebagai ad-din yang merangkumi seluruh kehidupan manusia bertunjangkan kepada Tauhid, Wahyu, Nubuwwah dan Akhirat sebagai langkah melahirkan insan yang syumul merangkumi duniawi dan ukhrawi.

Arus Perdana dan Pendidikan Islam

Dalam konteks mengarusperdanakan pendidikan Islam, arus perdana membawa maksud bersama-sama dalam mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi keperluan negara, berdaftar dengan Akta Pendididkan dan semua peraturan yang ada dan berada dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan sama ada semua aspek atau sebahagian. (Mengarusperdanakan Sekolah Agama di Malaysia: Sejarah dan Masa Depan, Dr Azizi Omar, 2012). Manakala Pendidikan Islam membawa maksud, Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al -Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. (Falsafah Pendidikan Islam BPI, KPM 2011)

Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPI memberi pengisian intrinsik kepada FPK dalam system pendidikan negara. FPI menggarap tiga elemen FPK iaitu rohani, intelek dan emosi. Ini adalah kerana pendidikan Islam yang berteraskan kepada al-Quran dan alSunnah memberi kekuatan dalaman kepada murid-murid untuk menentukan matlamat, membentuk sikap, kemahiran dan pandangan hidup dalam membangun diri dan masyarakat. Dalam sistem pendidikan Islam dasar dan teras utama pendidikan sepenuhnya adalah berdasarkan konsep tauhid al-Quran dan al-Sunnah. Antara
2

perkara penting yang difokuskan oleh Pendidikan Islam ialah pendidikan Aqidah, pendidikan Ibadah, pendidikan Akhlak, Akal, Jasmani, Rohani, pendidikan keterampilan, pendidikan keibubapaan, pendidikan kemasyarakatan dan pendidikan kepimpinan. Sehubungan dengan itu output yang hendak kita kelauarkan daripada pendidikan adalah muslim yang memelihara hablun min al-nas dan hablun min Allah. Manakala outcome yang dijangkakan adalah setiap warganegara yang melalui sistem pendidikan Islam Negara dapat mengenali perananya sebagai manusia dan hamba Allah SWT. (Membangun Modal Insan Melayu Dalam Pendidikan Islam, Prof. Ulung Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, 2012)

PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM

Pelaksanaan pendidikan agama Islam di Malaysia diurus oleh beberapa pihak. Selain dari KPM, pihak berkuasa agama negeri-negeri, masyarakat setempat dan pihak swasta juga terlibat dalam mengurus pendidikan agama Islam. Enakmen pentadbiran agama negeri-negeri membenarkan pihak berkuasa agama negeri memberi kefahaman dan pengawalan agama dalam masyarakat di bawah kuasa sultan. Ini membawa kepada wujudnya institusi pendidikan yang didirikan seperti sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz. Masyarakat setempat juga mengambil inisiatif mengadakan kelas-kelas asas Fardhu Ain dalam komuniti mereka. Manakala pihak swasta pula menyediakan pilihan dalam sistem pembelajaran formal agama Islam. Walau bagaimanapun kewujudan sekolah-sekolah yang mengajar pendidikan agama Islam perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Kementerian Pelajaran Malaysia pula menjadi agensi peneraju pendidikan negara, mengurus pendidikan Islam berdasarkan Akta pelajaran 1996 (Akta 550). Dalam Akta 550 dinyatakan bahawa, mana-mana sekolah yang mempunyai lima orang murid Islam, hendaklah diajar pendidikan Islam kepada mereka. Mata pelajaran pendidikan Islam juga dimasukkan di dalam jadual mata pelajaran teras pendidikan negara. Hasilnya pendidikan Islam wujud dan berkembang dalam aliran perdana pendidikan negara. Dasar pendidikan Islam, kurikulum dan kokurikulum, profesionalisme guru dan pembangunan institusi pendidikan agama di Malaysia diurus secara terancang oleh KPM.
3

FOKUS PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Kewujudan Pendidikan Islam dalam arus perdana pendidikan negara bermula dari Ordinan Pelajaran 1952, Laporan Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Penyata Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. Pada masa itu Pendidikan Islam dirujuk sebagai pelajaran Agama Islam. Pada hari ini pelajaran Agama Islam tersebut dikenali sebagai Pendidikan Islam. Dengan perubahan pada nama mata pelajaran tersebut, Pendidikan Islam adalah lebih berkembang dengan pelbagai aspek dan tumpuan yang perlu diberikan sebagai memenuhi hasrat untuk menjadi landasan utama dalam membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid Islam dalam sistem pendidikan Negara.

Aspek Dasar Pelaksanaan Pendidikan Islam

Dalam konteks punca kuasa pelaksanaan, Pendidikan Islam di Malaysia mempunyai kedudukan yang sama dengan mata pelajaran lain dalam sistem pendidikan. Pelaksanaan Pendidikan Islam telah dinyatakan di dalam Akta Pendidikan Kebangsaan 1996 (Akta 550) yang membolehkan ianya dilaksanakan secara professional di sekolah- sekolah di Malaysia. Daripada punca kuasa ini

maka aktiviti- aktiviti berkaitan pendidikan Islam dilaksanakan seiring dengan mata pelajaran lain, mempunyai kemudahan, peruntukan dan peluang yang sama dengan mata pelajaran- mata pelajaran lain.

Malahan dalam konteks KPM, Pendidikan Islam bukan sahaja berfungsi sebagai mata pelajaran, bahkan ia melibatkan pemahaman dan penghayatan agama serta pengawalan pemikiran dalam kalangan seluruh warga pendidikan. Justeru itu selain daripada mengurus hal ehwal berkaitan pendidikan Islam sebagai mata pelajaran di sekolah, KPM juga mengurus aktiviti dakwah dan kepimpinan, peningkatan kefahaman agama dan pengawalan terhadap pemikiran dan ajaran sesat dalam kalangan murid, guru, pegawai dan kakitangan pendidikan di semua peringkat.

Peningkatan profesyen dan kebajikan guru pendidikan Islam

Pada masa ini terdapat seramai 47,000 guru pendidikan Islam di sekolahsekolah seluruh negara, merangkumi guru pendidikan Islam, guru j-QAF dan bahasa Arab. Inilah kekuatan yang menggerakkan sistem penyampaian pendidikan Islam di Malaysia. Mereka mendapat kebajikan yang sama dengan guru- guru lain. Aspek gaji, peluang kenaikan pangkat, peluang mendapat latihan dan persekitaran kerja tidak berbeza dengan guru- guru lain. Ini membolehkan guru pendidikan Islam

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan amat baik dan professional.

Kurikulum Pendidikan Islam

Mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dinamakan Pendidikan Islam Teras yang mengandungi Tilawah dan Kefahaman al-Quran, Aqidah, Sirah, Adab dan cara Hidup Islam. Selain itu pendidikan Islam di peringkat ini diperkasakan dengan program j-QAF yang menekankan aspek pemulihan tulisan jawi, khatam alQuran, asas bahasa Arab dan asas fardhu Ain. Manakala pendidikan Islam di sekolah menengah pula dinamakan Pendidikan Islam Teras, Pendidikan Islam Elektif dan bahasa Arab. Komponen Pendidikan Islam Teras adalah Tilawah dan Kefahaman al-Quran, Aqidah, Sirah Nabawiah dan Adab Cara Hidup Islam. Pendidikan Islam Elektif pula terdiri daripada mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islam. Di samping itu terdapat satu pendekatan penilaian yang merentas semua peringkat persekolahan iaitu Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) yang wajib diambil dan lulus oleh semua murid. Sebagai tambahan dan keistimewaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ditawarkan satu mata pelajaran khusus iaitu Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) yang mengandungi kemahiran dalam hafazan al- Quran, Tarannum, Qiraat Sabah dan Ulum al- Quran. Perkembangan terkini, pendidikan Islam sekolah rendah sedang menjalani proses transformasi seiring dengan transformasi mata pelajaran lain di sekolah rendah.

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disampaikan dalam jadual pembelajaran rasmi. Ini bererti Pendidikan Islam mendapat perhatian yang sama dengan mata pelajaran lain. Bahkan kurikulum Pendidikan Islam juga dikemaskini
5

dan disemak setiap empat atau lima tahun mengikut keperluan. Dari segi penilaian dan pentaksiran Pendidikan Islam, di peringkat sekolah rendah, ia dibuat di peringkat sekolah manakala di peringkat menengah pula ia dibuat dalam peperiksaan awam KPM iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kokurikulum Pendidikan Islam

Aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dikenali sebagai aktiviti dakwah dan kepimpinan. Tujuannya adalah untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap pendidikan Islam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Majlis

Tadarus Sekolah- Sekolah, majlis sambutan hari kebesaran Islam, perkhemahan ibadat dan kem kepimpinan pelajar. Manakala di SMKA pula terdapat aktiviti

tambahan iaitu Ihtifal SMKA. Aktiviti ini juga dijalankan bukan sahaja di peringkat sekolah, tetapi juga peringkat daerah peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Bagi menyelaras aktiviti- aktiviti ini, pegawai khas dilantik di peringkat daerah dan negeri manakala di peringkat KPM pula ia diselaras oleh Sektor Operasi Dakwah (SOD). Sehingga kini kejayaan aktiviti dakwah dan kepimpinan di sekolah-sekolah tidak dapat dinafikan dan berjaya melahirkan ramai pemimpin di pelbagai peringkat masyarakat.

PROGRAM-PROGRAM UTAMA PENDIDIKAN ISLAM

Bagi memperkukuh Pendidikan Islam di persada pendidikan negara, terdapat berbagai program dilaksanakan untuk menjadikan Pendidikan Islam lebih berkesan dalam mencapai matlamat yang dihasratkan. Program-program ini dikenalpasti

menjadikan Pendidikan Islam lebih dipercayai oleh pemegang taruh (stake holder) kepada pendidikan negara untuk melahirkan insan kamil seperti yang diinginkan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Bagi melahirkan modal insan yang seimbang, yang mempunyai kemahiran dalam berbagai bidang kerjaya dan profesyen, dalam masa yang sama tidak mengenepikan kekuatan akidah dan syariat dalam diri, maka konsep penggabungan
6

dua aliran akademik dan agama seperti yang wujud di Kolej Islam Kelang dikembangkan ke sekolah harian. Maka wujudlah Sekolah Menangah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh negara. Di sini murid-murid dididik untuk menjadi golongan professional yang mempunyai asas akidah dan agama yang kuat. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti dibudayakan supaya sekolah ini menyaingi sekolah-sekolah lain di bawah KPM. Sehingga kini sebanyak 56 buah SMKA sedang bergerak menuju kecemerlangan di persada pendidikan negara. Berdasarkan kepada kejayaan serta permintaan yang bertambah daripada masyarakat, maka bilangan SMKA akan ditambah pada masa hadapan

SMKA menawarkan pakej-pakej mata pelajaran Sains-Agama, Teknikal Agama dan Ikhtiasas Agama. Kemasukan ke SMKA adalah berasaskan pemilihan daripada kalangan pelajar terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Namun kekuatan SMKA adalah terletak pada biah atau suasana pendidikan yang berteraskan agama. Tarbiyah yang berterusan dari bilik darjah ke asrama, melalui penerapan program tarbiyah yang kemas di bawah Badan dakwah Dan Rohani (BADAR) berjaya membimbing pelajar-pelajar SMKA untuk membesar sebagai pemuda yang membesar dalam suasana Islam (Syabb Nasyaa Fi Riaayatil Islam)

Kelas Aliran Agama (KAA)

Kesan daripada minat masyarakat untuk menghantar anak-anak untuk mendapat pendidikan agama, sama seperti yang ditawarkan di SMKA, maka KPM telah mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah-sekolah harian biasa di seluruh negara. Penubuhannya adalah berdasarkan kepada persetujuan ibubapa dan pihak sekolah. Bermula pada 1990, kini sebanyak 500 buah sekolah menengah harian biasa telah menawarkan KAA dengan murid berjumlah 15,000 orang di seluruh negara. Pada dasarnya KAA adalah kelas- kelas yang menawarkan mata pelajaran dan aktiviti yang sama seperti di SMKA, hanya ianya diwujudkan di sekolah menengah harian biasa.

Suasana yang dilalui oleh pelajar-pelajar di KAA mungkin agak berbeza dengan murid di SMKA. Ini adalah kerana persekitaran di sekolah harian tidak sama dengan SMKA. Namun KAA mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.
7

Rata-rata sekolah yang mempunyai KAA mempunyai prestasi akademik yang baik dalam peperiksaan awam. Murid yang belajar di KAA pula sering menjadi murid contoh dalam kejayaan akademik dan akhlak. Justeru tidak hairan jika ramai yang mengatakan bahawa KAA berjaya melahirkan murid yang lebih kompetatif berbanding dengan SMKA, kerana mereka terdedah dengan persekitaran yang lebih mencabar, namun tetap berjaya. Sehubungan itu, KPM kini sedang menjalankan usaha untuk memperluaskan KAA di menengah atas iaitu di tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolah- sekolah yang terpilih.

Program j- QAF

j-QAF adalah akronim kepada Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Program j-QAF adalah suatu usaha KPM untuk memperkasakan Pendidikan Islam khususnya dan Sekolah Kebangsaan amnya. Program ini dilaksanakan di sekolahsekolah rendah secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2005 hingga tahun 2010 dengan menggunakan model-model P&P tertentu oleh tenaga guru yang dilantik dan dilatih khusus tentang program j-QAF melalui mode Latihan Perguruan berasaskan sekolah. KPM juga telah menyediakan bahan-bahan P&P j-QAF serta makmal/ bilik khusus j-QAF di sekolah-sekolah.

KPM meletakkan matlamat untuk melahirkan murid yang khatam al Quran, menguasai tulisan dan bacaan jawi serta asas Bahasa Arab, mengamal dan menghayati Fardu Ain selepas tahun enam menjalani pendidikan asas di sekolah rendah. Pada tahun 2006 sebanyak 2442 buah sekolah telah terlibat dengan

pelaksanaan program j-QAF dan bilangan ini akan meningkat dalam tahun-tahun berikutnya dalam kadar 16% setiap tahun hinggalah semua sekolah rendah KPM melaksanakannya menjelang tahun 2010. pelaksanaan j-QAF dengan KPM akan terus memperluaskan kemudahan pengajaran dan

menyediakan

pembelajaran, tenaga pengajar dan infrastruktur yang sewajarnya bagi melahirkan murid yang berpengetahuan dan berakhlak mulia serta menjadi kehidupan beragama sebagai budaya dan amalan dalam hidup mereka. Input-input positif yang meniti dibibir masyarakat berkaitan program j-QAF ini, memberi nafas lega kepada warga GPI apabila murid keluaran program j-QAF adalah lebih baik berbanding situasi sebelum wujudnya program ini. Kekuatan program ini telah diperaku oleh
8

dua kajian yang dilaksanakan pada tahun 2009 oleh salah buah Universiti dan kajian oleh KPM sendiri pada tahun 2011.

Pengembangan bahasa Arab

Secara terancang bahasa Arab dikembangkan dalam sistem pendidikan negara. Pembelajaran bahasa Arab yang sebelum ini terhad diajar di madrasah telah mula mendapat tempat dalam system pendidikan kebangsaan. Penubuhan SMKA pada tahun 1977 dan kemudiannya kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah harian pada tahun 1990. Mulai 1993 pelaksanaan bahasa Arab di sekoah rendah di jalankan secara rintis pada tahun 1995 yang kemudiannya dilaksanakan secara menyeluruh melalui pelaksanaan program j-QAF pada 2005. Usaha-usaha ini Berjaya menjadikan lebih ramai anak-anak berpeluang mempelajari bahasa Arab. Selain itu, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berasaskan bahasa Arab telahpun diterima sebagai setaraf dengan STPM dan boleh digunakan untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi atau untuk bidang pekerjaan. Terkini KPM sedang merancang untuk memasukan kurikulum Dini sebagai

kurikulum kebangsaan supaya segala manfaat dan hak yang diterima oleh mata pelajaran lain turut dirasai oleh mata pelajaran-mata pelajaran Dini. KPM percaya bahasa Arab mempunyai peluang yang lebih luas pada masa hadapan dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

SABK adalah sekolah- sekolah yang asalnya merupakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau Sekolah Agama Negeri (SAN) yang telah menandatangani MoU dan berdaftar dengan KPM mulai tahun 2005.

Pendaftaran SABK di bawah KPM akan memberi peluang kepada sekolahsekolah agama yang daif mendapat bantuan secukupnya dan boleh menjalankan program pendidikan dengan lebih baik. Justeru itu KPM memberi bantuan dalam bentuk geran perkapita, pembangunan dan perolehan, penyelenggaraan dan pembaikan kecil juga bantuan SAR-KAFA. Guru- guru di SABK juga diserapkan ke dalam skim perguruan dan diberi latihan khusus atau dilantik secara kontrak.
9

Sehingga kini sebanyak 169 buah SAN dan SAR telah mendaftar sebagai SABK di bawah KPM dan layak menerima bantuan- bantuan berkenaan.

Pengantarabangsaan Pendidikan Islam

Pendidikan Islam Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. ini memperkukuhkan lagi momentum Pendidikan Islam dalam bidang pendidikan di peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kementerian sering menerima kunjungan penanda aras dari luar negara sama ada dari negara Arab atau bukan Arab yang ingin melihat sistem pendidikan Islam. Mereka berminat terhadap pendekatan harmoni yang diamalkan oleh kementerian pelajaran dalam menerapkan pendidikan dan budaya Islam di sekolah- sekolah khususnya di SMKA.

Kementerian juga mengadakan pembentangan dan penjelasan tentang dasar dan pendekatan pendidikan Islam dalam diskusi akademik dan persidangan pendidikan di luar negara. Pendekatan sederhana (wasatiah/ moderate) mengikut acuan Malaysia, menjadi fokus yang dikongsi bersama dengan pihak luar negara dalam menampilkan pendidikan Islam di sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai agama, budaya dan bangsa.

Antara kesannya, pihak UNESCO bersetuju untuk menjadikan pendidikan Islam model Malaysia contoh untuk dilaksanakan di Pakistan dan Afghanistan semenjak tahun 2008. Dalam masa yang sama di peringkat nusantara, KPM juga telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Thailand untuk mendidik 158 orang pelajar muslim negara tersebut untuk belajar di sekolah Agama di negara ini.

Kursus Khas GPI

Bagi memberi pendedahan dan penjelasan kepada GPI tentang dasar-dasar negara dan peranan mereka dalam pembangunan negara, satu kursus massa kepada semua guru pendidikan Islam diadakan semenjak tahun 2003. Pengisian kursus ini berkisar pada profesionalisme GPI, tafaqquh ilmu, pemantapan

kefahaman yang jelas tentang perjuangan bangsa serta pembinaan keyakinan dan iltizam terhadapnya, peningkatan kesedaran dan sikap lebih positif dan pro aktif
10

dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan menangani isu-isu semasa, penerusan dan peningkatan kefahaman dan halatuju GPI dalam menyampaikan ajaran Islam sebenar, dan penyediaan barisan GPI yang mantap untuk menjadi pembimbing dan pemantau rakan sejawat, murid dan masyarakat.

Sehingga kini kursus ini telah memasuki fasa ke empat iaitu 2008-2012 dengan 230 siri kursus telah dilaksanakan. Kursus ini menekankan topik-topik

berkaitan penjanaan generasi khaira ummah, pengurusan organisasi dan isu-isu dakwah, peranan GPI sebagai penggerak wawasan ummah cemerlang, gemilang dan terbilang, protokol memartabatkan GPI, isu-isu keselamatan negara dan gejala sosial serta pengurusan stress.

Aktiviti ini diselaras oleh Unit Kepimpinan, Sektor Operasi Dakwah bersama Penolong Pengarah Dakwah di Jabatan Pelajaran Negeri. Mereka dibantu oleh Jurulatih-Jurulatih Utama yang dilantik dari kalangan guru pendidikan Islam.

CABARAN MENGARUSPERDANAKAN PENDIDIKAN ISLAM

Tidak

dinafikan

bahawa

terdapat

berbagai

cabaran

dalam

usaha

untuk

mengarusperdanakan Pendidikan Islam dalam pendidikan kebangsaan. Cabarancabaran ini merupakan batu loncatan untuk meningkatkan kejayaan pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang wajib kepada semua murid Islam. Walau

bagaimanapun sekiranya cabaran-cabaran ini tidak ditangani dengan betul, keberkesanan Pendidikan Islam akan boleh dipersoalkan pada masa akan datang.

Mengimbangkan Antara Kehendak dan Kesediaan Sistem

Dalam mengarusperdakanan pendidikan Islam, KPM sering menghadapi dilema antara kehendak masyarakat dan batasan sistem yang sedia ada. Masyarakat mahukan supaya lebih banyak pendidikan agama diberikan kepada anak- anak mereka di sekolah. Sebahagian masyarakat mahukan sekolah-sekolah berorientasikan agama sepenuhnya tetapi, system pendidikan kebangsaan perlu memberi ruang kepada pendidikan akademik dan mata pelajaran lain diajar di sekolah-sekolah.
11

Peraturan Pendidikan di bawah Akta 550 telah menetapkan mata palajaranmata pelajaran yang boleh diajar di sekolah-sekolah. Sebarang usaha memasukkan mata pelajaran baru hendaklah melalui proses mendapatkan kelulusan, justeru usaha untuk memasukkan mata pelajaran agama selain daripada yang telah sedia wujud, perlu melalui proses yang sama. Ini memerlukan masa dan kesediaan yang cukup dari pelbagai pihak.

Mewujudkan lebih banyak sekolah swasta bukanlah suatu yang salah, tetapi sekiranya tidak terkawal, akan menimbulkan lebih banyak masalah, khususnya dari aspek kawalan kualiti pelajar yang dididik.

Penglibatan Pelbagai Pihak

KPM

tidak bersendirian dalam usaha mengarusperdanakan pendidikan

Islam. Seharusnya pihak-pihak lain yang mempunyai kuasa dari segi perundangan berhubung pendidikan dan agama Islam, bekerjasama menjayakan misi ini. Dalam hal ini pihak berkuasa agama negeri. JAKIM dan KPM mesti bekerjasama menyediakan kurikulum pendidikan Islam yang sesuai dengan keperluan masyarakat, memenuhi tuntutan syariat itu sendiri serta compatible dengan system pendidikan yang ada.

Penyelarasan kurikulum, kemudahan fizikal sekolah, kebajikan guru serta pembangunan system perlu ditangani secara kolektif sehingga pendidikan Islam dapat lebih mencapai impak dan matlamat pendidikan untuk pembangunan ummah.

Pada masa ini usaha-usaha penyelarasan sedang berjalan dengan harmoni. Perbincangan antara pelbagai pihak sedang dijalankan ke arah mewujudkan kurikulum Dini dalam aliran kebangsaan.

Kecemerlangan Bahasa Arab

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih lagi perlu dipertingkatkan. Tahap penguasaan murid dalam kemahiran berbahasa Arab masih
12

kurang memberangsangkan. Penguasaan Bahasa Arab di kalangan murid adalah suatu yang penting kerana ia mampu mempertingkat keupayaan pelajar bersaing di peringkat global selain daripada amat penting untuk mendalami ilmu agama.

Antara usaha yang telah dilakukan oleh kementerian adalah memperkenalkan bahasa Arab dalam Program j-QAF di sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah pula penyelarasan bilangan waktu pembelajaran bahasa Arab dan penyemakan semula kurikulum telah dijalankan. Serentak dengan itu penambahan bilangan guru dan peningkatan latihan keguruan turut dirancang bagi memenuhi keperluan.

KPM akan terus memastikan bahasa Arab berkualiti dan berkesan dengan memberi perhatian kepada mewujudkan persekitaran bahasa yang sihat di sekolah, kemudahan pembelajaran dan guru yang berkualiti dan mencukupi.

Menjadikan Sekolah Agama Sebagai Sekolah Terbaik

Sekolah agama seperti SMKA dan SABK bermatlamat melahirkan pemimpin dan profesional yang menghayati dan kukuh pegangan agama. Objektif ini sebenarnya memenuhi citrasa ibu bapa dan masyarakat Malaysia. Hasrat inilah yang memerlukan kepada kita untuk berusaha mempertingkatkan kualiti pendididkan di sekolah-sekolah yang berorentasikan pendidikan agama.

Ternyata sekolah-sekolah agama yang berada dalam arus perdana telah mencapai prestasi yang amat baik dalam peperiksaan awam, begitu juga dalam bidang-bidang pendidikan yang lain. Sehingga kini SMKA berjaya mencatat prestasi kecemerlangan dalam pelbagai bidang setanding dengan sekolah-sekolah elit KPM yang lain di samping mempunyai kelebihan dalam penguasan ilmu bahasa Arab dan agama serta penghayatan hidup beragama. Begitu juga SABK yang dalam masa yang singkat juga telah berjaya mendapat tempat dalam senarai sekolah yang terbaik. Buktinya, pada tahun 2011 sebanyak tujuh buah SABK telah mendapat tawaran perjanjian baru (new deal). Ini adalah satu kejayaan setelah usaha mengarusperdanakan sekolah-sekolah tersebut dalam system pendidikan negara

13

dilaksanakan.

Justeru usaha mengarusperdanakan pendidikan Islam adalah

bertujuan untuk menambahbaik sistem sekolah agama itu sendiri.

Memperkasa Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Sekolah

agama

mempunyai

reputasi

yang

pelbagai.

Selain

dari

mengeluarkan ulamak, sekolah agama juga disebut sebagai tempat untuk melatih golongan yang menentang pemerintah. Seharusnya sekolah agama menjadi tempat untuk melahirkan golongan cendekiawan agama yang benar. Justeru usaha untuk membawa sekolah-sekolah agama ke arus perdana adalah suatu yang kritikal. Dengan menjadikan sekolah- sekolah ini sebagai SABK, banyak kemudahan akan diperolehi. Hasrat KPM adalah untuk menjadikan SABK menjadi ikon dalam perubahan pendidikan negara. Murid- murid dapat belajar dalam suasana yang

lebih kondusif, guru-guru menikmati kebajikan yang lebih banyak, sekolah pula mendapat pembangunan fizikal dan kemudahan yang lebih baik.

Semua pihak sedang memerhatikan perkembangan SABK ini.

Dengan

segala kekurangan dan kelemahan yang masih ada dan dengan pelbagai aktiviti kecemerlangan sekolah yang dirancang oleh pihak KPM, SABK menjadi sasaran untuk dipantau kecemerlangannya. Pihak PPD, JPN dan KPM sendiri memberikan perhatian terhadap kecemerlangan SABK.

PENUTUP

Seiring dengan perkembangan pemikiran dan cabaran persekitaran setempat dan global, KPM tidak berhenti menyusun strategi dalam memperkemas pendidikan Islam di peringkat dalaman di samping mempromosinya di peringkat antarabangsa. KPM berusaha untuk menjadikan pendekatan Malaysia sebagai pendekatan yang boleh dicontohi oleh negara-negara masyarakat Islam yang lain dalam

memartabatkan pendidikan Islam dalam masyarakat. Dalam hal ini kementerian bersedia untuk menerima lebih banyak kunjungan penanda aras serta berkongsi kepakaran dengan negara- negara lain.

14

Kejayaan mengarusperdanakan pendidikan Islam di Malaysia bukanlah tugas KPM sahaja sebaliknya perlu disokong oleh semua pihak yang mahukan pendidikan Islam dilaksanakan dengan lebih cemerlang dan dapat melahirkan bakal-bakal cendikiawan, usahawan dan teknokrat Muslim yang mutadayyin pada masa hadapan. NGO-NGO muslim juga perlu mengambil bahagian dalam memberi input yang positif ke arah memartabatkan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan. Semua pihak perlu berganding bahu ke arah memartabatkan

Pendidikan Islam. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

15

Anda mungkin juga menyukai