Anda di halaman 1dari 1

BAHAN - BAHAN :

Beberapa ulas bawang putih ( diketuk tanpa buang kulit, rasanya lagi sedap ) 2-3 biji bawang merah kecil ( diblend ) 2-3 tangkai cili kering ( diblend ) 1-2 biji buah tomato ( diblend ) 2 batang serai ( dititik ) 1 inci lengkuas ( diketuk ) Beberapa helai daun limau purut ( dicarik kasar dan dibuang uratnya..untuk elak rasa pahit ) Limau nipis atau limau kasturi ( di ambil airnya ) Lobak merah ( dipotong panjang atau bulat ) 1 biji bawang besar ( dipotong ) 1 biji tomato ( dibelah 4 atau 8 ) 2-3 biji cili padi ( diketuk ) - ikut kepedasan yang anda mahu Isi ayam ( dipotong sederhana ) Beberapa ekor udang Beberapa ekor sotong Air Garam Daun ketumbar ( optional ) 1-2 sudu kecil perencah tomyam ( pes,kiub atau serbuk pun boleh...saya pakai perencam tomyam putih ADABI ) Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA : 1) Beberapa biji bawang merah kecil, cili kering, dan buah tomato dikisar lumat bersama sedikit air. 2) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih yang telah diketuk tadi sehingga naik bau dan berwarna kekuningan, dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga wangi. Selepas itu, masukkan serai yang telah dititik tadi bersama dengan lengkuas, daun limau purut, lobak merah, isi ayam, udang, dan sotong. Kacau rata. 3) Seterusnya masukkan air, cili padi, sedikit perencah tomyam, dan sedikit garam. Rebuskan seketika dan biarkan sampai mendidih sehingga lauk di dalamnya benar-benar masak. 4) Selepas ianya mendidih dan rasanya sedap, akhir sekali masukkan potongan bawang dan buah tomato, serta hirisan daun ketumbar ( optional ). Biarkan mendidih sebentar. Tutup api, dan sedia dihidang ...!

Anda mungkin juga menyukai