Anda di halaman 1dari 5

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

1.0 Pendahuluan Menurut Narimah dan Saodah (2002), Komunikasi adalah merupakan perkara biasa dan asas yang dilakukan oleh setiap manusia, tanpa mengira usia, bangsa, latarbelakang, bahasa, budaya dan juga tempat. Setiap hari kita berkomunikasi secara dalaman atau perseorangan, berinteraksi dengan individu lain atau secara berkelompok. James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) menyatakan Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksub yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor dan perkataan yang melambangkan atau menterupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksub.

2.0 Kepentingan komunikasi dalam perniagaan. Kepentingan komunikasi dalam perniagaan adalah ianya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dalam sesuatu organisasi tidak kiralah organisasi itu besar mahupun kecil. Menurut Timm dan De Tienne (1995), kejayaan sesebuah organisasi amat bergantung kepada komunikasi yang digunakan. Setiap organisasi perlu mempunyai strategi komunikasinya yang tersendiri bagi mewujudkan organisasi atau syarikat yang berdaya saing dan berstatus korporat. untuk lebih mengupas dangan lebih lanjut lagi mengenai kepentingan komunikasi ini ianya dapat dinilai dari 4 segi iaitu ianya melibatkan empat elemen Dimana elemen ini dapat memperlihatkan kepentingan komunikasi itu sendiri dalam perniagaan.

2.0.1 Komunikasi Operasi Dalaman (Internal-operation Communication) Menurut Hunt (1989), kemahiran individu adalah perlu kepada operasi organisasi ataupun syarikat. Keperluan komunikasi dalam organisasi melibatkan pemindahan maklumat daripada satu individu kepada individu yang lain. Menurut Little John (1991), komunikasi dalam organisasi berlaku dalam jaringan yang besar. Ia melibatkan seluruh aspek komunikasi interpersonal dan komunikasi kumpulan
193115 Page 1

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI


dalam organisasi. Ini termasuklah struktur dan fungsi organisasi, hubungan manusia, komunikasi serta pengurusannya dan budaya organisasi; Menurut Jaafar (1992(, Smeltzer & Leonard (1994) dan Rasberry & Lindsay (1994) terdapat beberapa bentuk komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu komunikasi ke bawah, komunikasi menegak, komunikasi mendatar dan komunikasi tidak formal. Di dalam sesebuah organisasi, komunikasi operasi dalaman juga berlaku melalui dua (2) cara iaitu secara komunikasi menegak dan juga komunikasi mendatar.

2.0.2 Komunikasi Operasi Luaran (External operational Communication) Proses komunikasi yang berlaku di antara pihak syarikat dengan pihak lain (luaran) yang mempunyai kaitan dengan urusan perniagaan syarikat.. Menurut Samsuddin A.R (2003) sesebuah organisasi yang bergantung kepada persekitaran untuk menghidupkan

organisasinya, harus mencapai persefahaman antara dua hala yang baik harus dicapai. Sokongan daripada masyarakat akan menentukan tahap sokongan mereka terhadap sesebuah organisasi. Komunikasi ini melibatkan interaksi dengan pihak luar dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin keranan ianya melambangkan imej sesebuah organisasi atau syarikat. Kebiasannya mereka ini adalah kumpulan yang terdiri daripada pelanggan, pembekal, pemegang saham, masyarakat, media, bank, badan-badan berkanun dan juga kerajaan. Hubungan komunikasi dengan pihak luar adalah amat penting dan perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin di mana syarikat harus mengenalpasti cara atau strategi yang sesuai untuk berkomunikasi dengan pihak luaran syarikat atau organisasi agar operasi syarikat atau organisasi tidak terganggu dan terjejas . Setiap jabatan di dalam sesebuah syarikat atau organisasi mempunyai fungsi masing-masing di dalam memastikan operasi syarikat berjalan dengan baik dan lancar. Mereka hendaklah memastikan komunikasi luaran yang digunakan adalah tepat, konsisten dan tidak melanggar kerahsiaan syarikat kerana maklumat yang disiarkan, dinyatakan kepada pelanggan boleh mendatangkan kesan yang signifikan terhadap reputasi syarikat yang juga melibatkan undang-undang.

193115

Page 2

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI


2.0.3 Komunikasi Luaran Tidak Formal (Informal Outside Communication) Komunikasi jenis ini kebiasannya berlaku di dalam bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan iaitu komunikasi yang tidak menggunakan perkataan, samada secara lisan atau tulisan. Komunikasi bukan lisan kebiasaannya tambahan atau sokongan kepada komunikasi lisan dan kadangkala ianya boleh mengubah maksub komunikasi secara lisan di mana ianya terbahagi kepada dua iaitu, merujuk kepada Ahmed et. al (2004) Kinesics , komunikasi yang menggunakan gerak badan atau mimik muka dan juga Paralanguage iaitu komunikasi tidak lisan yang membabitkan nada, tempo, tahap itonasi dan sebagainya. Contohnya seperti di Amerika, seseorang mengangkat kening sebagai tanda tidak setuju, berminat, mengambil berat atau memberi perhatian.

2.0.4 Komunikasi Personal (Personal Communication) Kebanyakkan komunikasi yang berlaku di dalam syarikat atau organisasi adalah dalam bentuk komunikasi formal namun begitu tidak semua begitu. Komunukasi personal adalah salah satu komunikasi tidak formal yang berlaku di dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Komunikasi jenis ini berlaku apabila seorang pekerja berhubung dengan pekerja yang lain melalui medium-medium tertentu . Contohnya seperti melalui telefon, e-mel dan sebagainya. Contohnya pekerja junior di dalam sesebuah syarikat menghubungi pekerja senior yang kini bertukar ke cawangan lain dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat atau tunjuk ajar mengenai mengenai kerja-kerja yang dilakukan. Pihak syarikat hendaklah mengambil perhatian mengenai perkara ini dan member kelonggaran agar komunikasi ini dapat berjalan dengan baik dan lancar kerana sekiranya ada peraturan-peraturan yang menyekat kemonukasi ini maka sudah pasti akan timbul ketidakpuashatian dan juga member tekanan kepada pekerja-pekerja yang terlibat yang sudah pasti akan menganggu prestasi kerja dan juga produktiviti syarikat.

193115

Page 3

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI


3.0 Kesimpulan Komunikasi adalah perkara asas yang dilakukan oleh manusia tanpa mengira usaha, bangsa, latarbelakang, bahasa, budaya dan tempat. Kita berkomunikasi secara dalaman atau perseorangan, berinteraksi dengan individu lain atau secara berkumpulan.

Komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang kepada seseorang yang lain dan mereka mempunyai pemahaman yang sama., dikongsi bersama mengenai mesej yang dihantar dan diterima.

Terdapat beberapa bentuk komunikasi dalam sesebuah syarikat atau organisasi iaitu komunikasi ke bawah, komunikasi menegak, komunikasi mendatar dan komunikasi tidak formal dan formal.

193115

Page 4

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI


BIBLIOGRAFI 1. Argenti, Paul A. (2003), Corporate Communication, 3rd ed., New York, McGraw-Hill Companies Inc. 2. Booth, Anthony (1998), The Communication Audit: A Guide for Managers, Hants, England, Gower Publishing Comapany Ltd. 3. Narimah Ismail dan Saodah Wok, (2002), Kursus Komunikasi Organisasi, PTS Publications and Distributor Sdn. Bhd 4. Yap Khiam Hong, Massila Hamzah, (2004), Business Communication, Selangor : Open University (OUM)

193115

Page 5

Anda mungkin juga menyukai