Anda di halaman 1dari 13

Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan SPM

Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Kelab dan Persatuan. (SIRI 1)

Disediakan Oleh: Rosli Bin Hamid Guru Cemerlang Perakaunan, SMK Dato Jaafar Hassan, 02450 Bukit Keteri, Perlis.

Bahan-bahan:
a. 4 Batang Pen Penanda Berwarna (highlighter) kuning, hijau, merah dan biru. b. Lembaran Kertas Soalan dan Kertas Jawapan. c. Pena mata bulat. d. Pembaris dan pemadam.

Bahan-bahan yang digunakan

Langkah Set Induksi (5 minit)

Isi pelajaran Format Akaun Yuran dan akaun belanja (Majalah, surat khabar dan sebagainya)

Aktiviti Guru Guru menunjukkan format akaun Yuran dan akaun Belanja. (rujuk Lampiran 1)

Aktiviti Murid Pelajar menyalin format yang ditunjukkan oleh guru

Catatan Bahan: format akaun Yuran dan akaun belanja Teknik Empat Warna

Langkah 1 (5 minit)

Proses mengelaskan item dengan menggunakan warna kuning, hijau, merah dan biru mengikut jenis item yang berbeza

Guru memberikan panduan tentang penggunaan 4 warna Warna kuning untuk item yang pertama (akaun yuran dan akaun belanja) Warna hijau untuk item yang kedua (akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang) Warna merah untuk item yang ketiga (akaun perdagangan) Warna biru untuk item yang keempat (akaun pendapatan dan perbelanjaan)

Pelajar melihat slaid yang ditayangkan kepada mereka

Langkah 2 (10 minit)

Proses menanda: Guru menunjukkan kepada pelajar cara menanda item yang pertama dengan warna kuning (akaun yuran dan akaun belanja)

Guru menunjukkan kepada pelajar cara menanda item akaun yuran dengan warna kuning. Kemudian guru menunjukkan kepada pelajar cara menyediakan akaun yuran dengan berpandukan kepada format akaun yuran. Apabila selesai, guru menanda item akaun belanja dengan warna kuning dan diikuti dengan menyediakan akaun belanja yang

Pelajar menanda item-item yang berbeza dalam Buku tunai dan Penyata Bank dengan menggunakan Pen Penanda yang berwarna kuning, hijau, merah dan biru.

Alat Bantu Mengajar: Pen Penanda Berwarna Kertas soalan Kertas jawapan Pembaris Pen Pensel

berkenaan. (rujuk Lampiran 2) Langkah 3 (10 minit) Menanda item yang kedua dengan warna hijau (akaun kawalan penghutang dan pemiutang) Guru menunjukkan Pelajar mengikut cara menanda item setiap langkah guru yang kedua dengan dengan teliti warna hijau. Item kedua adalah merujuk kepada item yang masuk dalam akaun kawalan penghutang dan kawalan pemiutang. Guru kemudiannya menyediakan akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang.

Pemadam Kalkulator

Langkah 4 (10 minit)

Menanda item ketiga dengan warna merah (merah jambu). (akaun perdagangan)

Guru menunjukkan kepada pelajar cara menanda item yang ketiga dengan warna merah. Guru kemudiannya menyediakan akaun perdagangan kantin atau restoran. Guru menunjukkan kepada pelajar cara menanda item yang keempat dengan warna biru. Seterusnya guru menunjukkan cara menyediakan akaun pendapatan dan perbelanjaan sehingga selesai. Guru menjelaskan hanya item yang berkenaan dengan segala perbelanjaan dan penerimaan

Pelajar mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti dan tersusun.

Langkah 5 (10 minit)

Menanda item keempat dengan warna biru (akaun pendapatan dan perbelanjaan)

Pelajar mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti dan tersusun.

hasil sahaja yang dimasukkan dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan. Langkah 6 (15 minit) Pelajar menjawab satu soalan baru yang agak hampir dengan soalan yang telah ditunjukkan. Setelah semua langkah 1 hingga 5 berjaya dilaksanakan, guru akan membantu pelajar untuk menyelesaikan latihan sehingga tamat. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar, guru memberikan satu lagi latihan yang hampir sama dengan contoh soalan latihan yang telah dibincangkan. Guru membuat kesimpulan dengan meminta pelajar menyenaraikan aktiviti yang telah dilakukan. Guru juga meminta pelajar menghuraikan perbezaan antara belanja hasil dan belanja modal dan begitu juga pendapatan hasil dan pendapatan modal. Pelajar menjawab soalan latihan.

Penutup (5 minit)

Kesimpulan isi-isi penting yang telah dipelajari.

Pelajar menjawab soalan secara lisan

Langkah

Guru memberikan panduan tentang penggunaan 4 warna seperti berikut:

Menanda item pertama yang hendak dicari

Menanda item ketiga yang hendak dicari

Kuning

Hijau

Merah

Biru

Menanda item kedua yang hendak dicari

Menanda item keempat yang hendak dicari

Lampiran 1:

Format Akaun Yuran Akaun Yuran (Hasil) 2011 Jan 1 Baki b/b (Terakru awal) Dis 31 Bank/Tunai Baki h/b (Terdahulu akhir) RM xxxx xxxx xxxx xxxx 2011 Jan 1 Baki b/b (Terdahulu awal) Dis 31 Pendapatan dan perbelanjaan Baki h/b (Terakru akhir) RM xxxx xxx xxxx xxxx

Format Akaun Belanja Akaun Majalah (Belanja) 2011 Jan 1 Baki b/b (Terdahulu awal) Dis 31 Bank/Tunai Baki h/b (Terakru akhir) RM xxxx xxxx xxxx xxxx 2011 Jan 1 Baki b/b (Terakru awal) Dis 31 Bank/Tunai Baki h/b (Terdahulu akhir) RM xxxx xxxx xxxx xxxx

Lampiran 2: Kelab dan Persatuan (Soalan Latihan)

1. Kelab Memanah TTB, sebuah kelab yang ditubuhkan di Kampung Titi Tok Bandar, memberikan maklumat berikut pada 30 Jun 2011: Akaun Penerimaan dan pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 Penerimaan Baki b/b Yuran Bayaran masuk Penghutang minuman Sewa laci Yuran pertandingan Jualan minuman RM 2 000 5 000 3 000 600 300 190 200 Pembayaran Kadar bayaran Sewa Gaji Biasiswa anak ahli Alat tulis Belanja pos Pemiutang minuman Perabot baru Belian minuman Upah pekerja kantin RM 200 1 000 2 010 430 100 50 300 1 000 120 240

Maklumat tambahan: (a) Yuran tertunggak Yuran terdahulu Perabot Stok minuman Pemiutang minuman Penghutang minuman Stok alat tulis 1 Julai 2010 400 300 4 500 225 100 102 20 30 Jun 2011 560 480 5 000 390 150 170 90

(b) Bayaran masuk hendak dianggap sebagai pendapatan modal. Anda dikehendaki menyediakan: (a) (b) (c) (d) Akaun Yuran Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2011

Lampiran 3: Kelab dan Persatuan

1.Kelab Memanah TTB, sebuah kelab yang ditubuhkan di Kampung Titi Tok Bandar, memberikan maklumat berikut pada 30 Jun 2011: Akaun Penerimaan dan pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 Penerimaan Baki b/b Yuran Bayaran masuk Penghutang minuman Sewa laci Yuran pertandingan Jualan minuman RM 2 000 5 000 3 000 600 300 190 200 Pembayaran Kadar bayaran Sewa Gaji Biasiswa anak ahli Alat tulis Belanja pos Pemiutang minuman Perabot baru Belian minuman Upah pekerja kantin RM 200 1 000 2 010 430 100 50 300 1 000 120 240

Maklumat tambahan: (a) Yuran tertunggak Yuran terdahulu Perabot Stok minuman Pemiutang minuman Penghutang minuman Stok alat tulis 1 Julai 2010 400 300 4 500 225 100 102 20 30 Jun 2011 560 480 5 000 390 150 170 90

(b) Bayaran masuk hendak dianggap sebagai pendapatan modal. Anda dikehendaki menyediakan: (a) (b) (c) (d) Akaun Yuran Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2011

Jawapan: Akaun Yuran 2010 Jul 1 Baki b/b 2011 Jun 30 Pendapatan dan Perbelanjaan Baki h/b 2010 Jul 1 Baki b/b 2011 Jun 30 Bank Baki h/b

400

300 5 000 560 _______ 5 860 ========

4 980 480 _____ 5 860 ======

2010 Jul 1Baki b/b 2011 Jun 30 Jualan

Akaun Kawalan Penghutang 2011 102 Jun 30 Bank Baki h/b 668 _____ 770 ====== Akaun Kawalan Pemiutang 2010 300 Jul 1 Baki b/b 150 2011 Jun 30 Belian _____ 450 ======

600 170 ______ 770 ======

2011 Jun 30 Bank Baki h/b

100 350 ______ 450 ======

Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir bagi tahun berakhir 30 Jun 2011 Stok awal Belian 225 470 ____ 695 390 ____ 305 240 _____ 545 323 _____ 868 ===== Jualan 868

(-) Stok akhir

(+) Upah pekerja kantin

Untung minuman

_____ 868 ======

Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2011 Kadar bayaran Sewa Gaji Biasiswa anak ahli Alat tulis Belanja pos Susut nilai perabot Lebihan 200 1 000 2 010 430 30 50 500 4 573 _______ 8 793 ======= Yuran Untung minuman Bayaran masuk Sewa laci Yuran pertandingan 4 980 323 3 000 300 190

_______ 8 793 =======

Kos Inovasi:

C. Kos bagi menghasilkan inovasi


No. 1. 2. 3. 1 batang pembaris 1 ketul pemadam Item 4 batang pen penanda berwarna X RM1.30 Harga RM 5.20 RM 0.80 RM 1.00

4.
5. 6.

1 set kertas jawapan


1 batang pen 1 batang pensel Jumlah

RM 4.00
RM 1.50 RM 0.80 RM 13.30

Keberkesanan Inovasi:
D. Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran (sertakan bukti)
i. Analisis Pemerhatian
Perubahan sikap dan penerimaan pelajar Keseronokkan untuk melaksanakan aktiviti latihan Dapat diaplikasikan dalam hampir keseluruhan tajuk.

Potensi Inovasi:
E. Potensi untuk disebar luaskan kepada pihak lain.
i. Mudah dilaksanakan kerana tidak memerlukan banyak bahan dan alatan. ii. Kesesuaian dari segi pelaksanaannya sama ada secara individu dan berkumpulan iii. Berpusatkan bahan yang menjadikan pelajar tidak terlalu bergantung kepada guru dan rakan-rakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. iv. Mudah diingat oleh pelajar kerana hanya empat warna diperlukan untuk menanda dan warna-warna ini menarik perhatian pelajar.

v.

Murah dari segi penyediaan bahan iaitu hanya melihatkan kos RM13.30 untuk seorang individu. vi. Mudah disampaikan kepada guru mahupun pelajar walaupun di sekolah lain dan pada kali pertama ia diperkenalkan. vii. Menyeronokkan seolah-olah belajar sambil bermain warna. Teknik ini juga mampu mengelakkan kebosanan pelajar yang sudah amat biasa dengan kaedah calk and talk dalam kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Komen Pelajar:

Komen Pelajar 5 Bestari 2011.


Anasz Rulan well done sir . you're the best teacher i ever had . the way you teach us like no other teachers can do . you're not teaching us account principle , yet teach us many way of life though . i do thanks for both . kami semua pun sayang cikgu Rosli Nur Faszeritin insyaallah, saya juga mengharapkn sebegitu.. saya tumpang gembira atas kejayaan cikgu .. teruskan usaha cikgu untuk pembaharuan yang lebih efektif utk pelajarpelajar perakaunan pada masa depan.

Komen Guru:
Dina Mahyuddin Alhamdulillah, mmg berkesan hasil inovasi y diberi oleh cg Rosli Bin Hamid... mesti kena cuba...:)

Bantuan Teknikal: Sila hubungi saya melalui : 1. Sms: 012-5591893 2. facebook: Rosli bin Hamid 3. blog: http://cikguroslihamid.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai