Anda di halaman 1dari 14

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tahap 2 Sekolah Rendah (Kreativiti Dalam P&P) Kreativiti dan Inovasi MTSR1 2 jam Penceramah

Topik Kod Kursus Masa Personel

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat : 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model konstruktivisme, perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme, contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme. C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel D Bahan Pengajaran Nota, power-point E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung F Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

Rumusan/Refleksi

Kandungan Kursus Model Proses Kreatif Model diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif. Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan, langkah dan tindakan akan datang . Terdapat banyak model proses kreatif seperti model penyelesaian masalah kreatif dan model yang umum dan boleh diaplikasikan oleh semua disiplin ilmu di samping mengambil kira model pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kreativiti seperti pembelajaran berteraskan masalah/projek, inkuiri-penumuan dan konstruktivisme Model Proses Kreatif Terarah Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang berikut: Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini termasuk model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif. Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan metakognisi

Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah, situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dalam proses oleh minda. Dalam Fasa imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangansaran. Seterusnya dalam Fasa Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir. Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan. Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan. Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Dalam membangunkan domain kreativiti, salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru ialah model konstruktivisme. 2

Model Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri. Pengetahuan bukan dipindahkan daripada orang atau sumber lain. Individu membina pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage, explore, explain, elaborate, evaluate) iaitu Melibat guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid melibatkan diri Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep

Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman pembelajaran yang dihajati. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme Model P &P Konstruktivisme Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada Proses Kreatif Terarah Imaginasi Perkembangan Penstrukturan Penjelasan idea lanjut Meneroka Aplikasi idea Menjelas Konstruk idea baru

Tindakan Penilaian Kaji semua perubahan Idea Penyiasatan lanjutan

Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme( modul 1) CONTOH 1 Tajuk: Masa dan Waktu Bidang: Membaca dan Menulis Masa Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Menulis waktu dalam sistem 12 jam

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: ii Menulis waktu dalam jam dan minit Objektif pembelajaran: Murid memahami, membaca dan menulis waktu dalam jam dan minit

Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada.

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI Bolehkah kamu menyanyikan lagu ini bersama guru?

Guru bersama pelajar menyanyikan lagu air pasang dalam Lirik lagu: Air pasang dalam, Surut pukul lima, Nyonya bangun pagi, Siram pokok bunga. Pokok bunga melur, Ditanam tepi kolam, Itik bertelur, Ayam mengeram. Minta murid menyebut waktu air surut Minta murid menyatakan alatan yang mereka gunakan untuk menentukan masa.

Di manakah kejadian air pasang surut berlaku? Pukul berapakah air surut ? Alatan apakah yang kamu gunakan untuk menentukan waktu?

2.

Imaginasi

Paparkan kepada murid beberapa keping gambar jam digital. Minta murid menjelaskan cara menentukan waktu dengan menggunakan jam digital

Apakah jenis jam yang ditunjukkan ? Bagaimana anda menentukan waktu dengan menggunakan jam digital?

Penstrukturan idea

Meneroka

Paparkan kepada murid beberapa keping gambar jam analog. Meminta murid menyatakan lokasi jam analog yang pernah mereka lihat Di manakah anda pernah melihat jam ini? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada jam analog?. Apakah fungsi jarum pendek dan jarum panjang pada muka jam? Bagaimanakah anda menggunakan nombor pada jam untuk menentukan waktu? Bolehkah kamu menggunakan sifir lima untuk menentukan nilai minit? Membimbing murid untuk menggunakan unit masa yang betul Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan waktu pagi? Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan waktu tengah hari, petang dan malam?

Menjelas

Meminta murid menyatakan ciri-ciri jam analog.

Konstruk idea baru

Minta murid menerangkan fungsi bahagian jam dan cara menentukan waktu dengan menggunakan jam analog

3. Perkembangan Membahagi kumpulan pelajar secara berpasangan Penjelasan lanjut Mengedarkan kertas keras, kertas warna, gunting, paku tekan, gam dan gabus kepada setiap kumpulan. Pelajar akan membina model jam binaan. Aplikasi idea Meminta pelajar menunjukkan masa yang diberi pada model jam binaan (boleh dikaitkan dengan aktiviti yang 5 Apakah masa yang diberi pada model jam binaan anda ? Anda dikehendaki membentuk kumpulan secara berpasangan

sesuai) a. 2:05 am b. 6:37 pm c. 1:50 pm d. 10:58 am Membimbing pelajar memperoleh jawapan yang betul

4. Tindakan Penilaian

Meminta pelajar menulis masa yang ditunjukkan pada model jam a.

Apakah masa yang ditunjukkan pada model jam ?

Pastikan kalau pada waktu pagi gunakan unit am

Pastikan kalau pada waktu tengahari, petang dan malam gunakan unit pm

b.

c.

d.

Membimbing pelajar menulis waktu dengan format yang betul Penyiasatan lanjutan Mengedarkan lembaran kerja Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang kurang memahami. Kaji semua perubahan idea Bincangkan hasil kerja murid

5. Penutup

Membimbing pelajar menyatakan fungsi jarum jam dan minit Membimbing pelajar menyatakan sifir 5 boleh digunakan untuk menentukan minit. Membimbing pelajar mengingat kembali cara menulis waktu dengan betul Memberi hadiah kepada pelajar yang dapat menyatakan konsep dengan tepat dan pelajar yang membina model jam yang tercantik

Apakah fungsi jarum jam dan minit ? Apakah sifir yang boleh digunakan untuk menentukan nilai minit? Apakah unit masa yang digunakan untuk menunjukkan waktu pagi? Apakah unit masa yang digunakan untuk menunjukkan waktu tengah hari , petang dan malam ?

Pentaksiran

Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran Terapkan nilai sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.

Nilai dan Sikap

Lembaran kerja

Nama:.. Tarikh:.

Tahun

1. Tempatkan jarum jam dan minit pada Permukaan jam mengikut masa di bawah

2:10 pm

5:27 am

10:45 pm

6:56 am

2. Tuliskan waktu yang ditunjukkan.

am

am

pm

pm

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme CONTOH 2 Tajuk : Panjang Bidang : Operasi Asas Melibatkan Panjang Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Menambah dalam ukuran sentimeter dan milimeter Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i. menambah ukuran panjang melibatkan unit bercampur. Objektif pembelajaran: Murid memahami operasi tambah ukuran panjang

Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 6. Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada.

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

1. Guru menunjukkan sebatang pensel. 2. Murid menganggar panjang pensel tersebut.

Apakah yang cikgu pegang ?

3. Guru meminta seorang murid untuk mengukur Berapakah panjang pensel menggunakan pembaris anggaran ukuran dalam unit sentimeter. pensel ini ? 4. Guru meminta seorang lagi murid untuk Apakah alatan mengukur panjang pensel yang sama yang kamu menggunakan pembaris dalam unit milimeter. gunakan untuk mengukur 5. Guru meminta murid membuat rumusan ukuran panjang panjang pensel dalam unit sentimeter dan ? milimeter. Bagaimanakah kamu hendak mengukur ukuran panjang pensel ini ?

Apakah unit ukuran yang dapat kamu peroleh ?

10

7.

Imaginasi Guru mengedarkan seutas reben panjang . Guru mengarahkan murid memotong reben dalam ukuran ; a. 5 cm b. 77 mm c. 3 cm 8mm Apakah bahan yang diedarkan ? Bagaimana anda menentukan ukuran reben yang dipotong ? Bagaimana anda menentukan ukuran penyedut minuman yang dipotong?

Penstrukturan idea

Meneroka

Minta murid menjelaskan cara menentukan ukuran dengan menggunakan pembaris Guru mengedarkan penyedut minuman kepada murid. Minta pelajar memotong penyedut minuman dalam ukuran : a. 5 cm b. 77 mm c. 3 cm 8mm

Menjelas

Minta murid membandingkan ukuran panjang reben dengan penyedut minuman. Minta pelajar memberikan perbezaan atau persamaan antara reben dan penyedut minuman. Adakah panjang reben dan penyedut minuman yang dipotong berbeza atau mempunyai persamaan ?

Konstruk idea baru

8. Perkembangan Penjelasan lanjut Guru meminta murid mencantumkan reben dan penyedut minuman yang mempunyai ; a. unit yang sama b. unit yang berlainan c. unit yang bercampur Guru menerangkan penambahan unit ukuran panjang dalam bentuk lazim. ( Rujuk Lampiran) Adakah dua bahan yang dicantum mempunyai unit yang sama?

11

Aplikasi idea

Guru mengemukakan soalan dan meminta pelajar menyelesaikan soalan yang diberi. a. 7 cm + 38 cm =______cm b. 25 mm + 42 cm i. _____________cm ii. _____________mm c. 12 cm 3 mm + 36 cm 5 mm =_______cm _______ mm Membimbing pelajar memperoleh jawapan yang betul

Adakah dua bahan yang dicantum apabila dibuat dalam bentuk lazim mendapat hasil jawapan yang sama ?

9. Tindakan Penilaian Guru mengedarkan lembaran aktiviti ( Lampiran A) Murid diberi masa 10 minit untuk menyelesaikan tugasan dalam kumpulan. Pastikan jawapan yang diberikan mengikut unit ukuran panjang yang dikehendaki seperti cm, mm serta cm dan mm.

Kaji semua perubahan idea

Kumpulan yang dipilih secara rawak membentangkan hasil perbincangan. Membimbing pelajar menulis penambahan ukuran panjang dalam bentuk lazim. Mengedarkan lembaran kerja

Penyiasatan lanjutan

Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang kurang memahami. Bincangkan hasil kerja murid

10. Penutup

Guru bertanyakan kepada murid konsep penting dalam menambah ukuran panjang. Guru memberi pujian dan penghargaan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan semasa menjalankan aktiviti.

Apakah konsep penting dalam menambah ukuran panjang ? Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan ukuran panjang tanda nama di baju?

Membimbing pelajar meletakan nombor ukuran mengikut kedudukan unit yang betul.

12

Membimbing pelajar mengingat kembali cara menulis nombor unit dalam bentu lazim yang betul. Memberi hadiah kepada pelajar yang dapat menyatakan konsep penambahan unit ukuran panjang dengan tepat dan betul.

Pentaksiran

Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran Terapkan nilai sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.

Nilai dan Sikap

13

Lembaran kerja

Nama:.. Tarikh:.

Tahun

Menambah dalam ukuran sentimeter dan milimeter 1. 9 cm + 42 cm = ______cm 2. 15 mm + 22cm =______ cm 3. 14cm 4mm + 26cm + 7mm =_______cm _________mm

4. 12 cm + 33 cm = ______cm

5.

45 cm + 27mm =______ mm

6.

51cm 7mm + 6cm + 9mm =_______cm _________mm

7. 24 cm + 52 cm = ______cm

8.

61 mm + 9cm =______ cm

9.

35cm 5mm + 27 cm + 7mm =_______cm _________mm

14

Anda mungkin juga menyukai