Anda di halaman 1dari 26

PGA 101: Kuliah 4

• Teori Tingkah Laku Pembelajaran


– Pavlov
– Thorndike
– Skinner

Implikasi pendidikan
Apakah itu Pembelajaran
• Setiap detik masa kita belajar. Misalnya, kita belajar tentang iklan yang kita
baru tonton, memiliki perasaan terhadap seseorang, kita kecewa dengan
sesuatu perbuatan dan sebagainya. Pembelajaran berlaku melalui kelima-
lima deria kita:

• Penglihatan: melihat ('visual') kejadian sesuatu peristiwa

• Pendengaran: mendengar ('auditory') sesuatu bunyi

• Bau: Bau ('olfactory') makanan membuat kita merasa lapar

• Rasa: Lidah kita merasa ('taste') dan dapat membezakan antara masin dan
masam.

• Sentuhan: Kulit kita merasa sentuhan ('tactile') dan dapat membezakan


antara permukaan licin dan permukaan kasar.
a) Pelaziman Klasik

• SOALAN:

• a) Apakah yang dimaksudkan dengan pelaziman klasik?

• b) Apakah prinsip-prinsip yang terlibat dengan pelaziman

• klasik

• c) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman klasik dalam

• kehidupan seharian.
• Bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme.

• Pavlov mengasaskan kajiannya pada 'hukum perkaitan' (Law of


Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti
Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat
sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami
sesuatu yang berkaitan.

• Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin


membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang
terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang
lampau.


Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik

• Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan


bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan
perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu
GERAK BALAS (G).
• Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan
menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan
eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila
anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu
keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut
telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat
dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov
melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis
bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak
dengan pemberian sesuatu rangsangan.
• Sebelum Pelaziman

RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)

• RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

• Semasa Pelaziman

• RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)

• Selepas Pelaziman

• RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

• _________________________________________________

• Kunci:

• RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)

• RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)

• GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response)

• GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)



• Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov?

• 1) Penguasaan (Acquisition)

• Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu


gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga
lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan
berkenaan.


• 2) Generalisasi (Generalisation)

• Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan


bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing itu masih
mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu
organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan
sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng)
juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT =
keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau
hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan).
Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat
generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir
sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).
Diskriminasi (Discrimination)

• Pvlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada


bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila
nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi
loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan
air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan
dapat membezakan atau mendikriminasi antara
rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak
bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme
berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu
rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.
4) Penghapusan (Extinction)

• Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim


(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan
tak terlazim (makanan), lama kelamaan
organisme itu tidak akan bergerak balas.
Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat
terhapus
• Apakah tingkahlaku yang terlazim?
Bagaimana mempertingkatkan
tingkahlaku melalui pelaziman klasik?
Bagaimana mengurangkan kewujudan
tinkahlaku melalui melazimin klasik?
Apakah peranan pelaziman klasik dalam
kehidupan seharian dan situasi
pendidikan?
Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran

Teori Pelaziman Operan (Skinner)

• SOALAN:

• a) Apakah pelaziman operan dan bagaimana ia

• berbeza dengan pelaziman klasik?

• b) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman operan

• dalam kehidupan seharian?


Burrhus F. Skinner 1904 - 1990

• Skinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan


didedahkan kepada penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun
1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang
psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan
berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms
ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama
pelaziman operan (operant). Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner
yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah
apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana
organisme itu mengoperat (atau operating) ke atas
persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan
kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan
diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang
mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan
ais krim.
Perbezaan antara Pelaziman Operan dengan Pelazimam Klasik

• Dalam pelaziman klasik, organisme tidak


mengubah keadaan persekitan. Misal
kata, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk
bertindak dengan mengeluarkan air liur
apabila diberikan makanan dan bunyi
loceng. Manakala, dalam pelaziman
operan, organisme mempunyai pilihan
untuk bertindak atau tidak kerana gerak
balasnya menentukan rangsangan
(makanan) yang diberikan
Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan

• Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri


daripada dua konsep utama:

• a) PENEGUHAN (reinforcement) yang


terbahagi kepada

• PENEGUHAN POSITIF dan PENEGUHAN


NEGATIF.

• b) DENDA (punishment)
Peneguhan Positif (Positive
Reinforcement)
• Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu
tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif.

• Contoh:-

• (1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan
mengulang tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan.

• (2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV


akan mengulang tingkahlaku itu.

• (3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus.
Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan?

• Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial


(seperti pujian) atau token (seperti markah ujian).
Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)

• Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan


tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku
itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan
mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan
yang negatif.

• Contoh:-

• (1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang
dapat mengurangkan kejutan elektrik.

• (2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan
melihat dan mendengar anaknya memekik-pekik.
Denda (Punishment)

• Apa jua rangsangan yang menyebabkan


kebarangkalian sesuatu gerak balas atau
tingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau
langsung dihapuskan.

• Contoh:-

• (1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi


peluang bermain bola (iaitu, mengentikan
keseronokkan
Pembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operan

(Shaping Behaviour )
• Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951)
memperkembangkan teknik 'pembentukan' (shaping) bagi melatih
haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada
tingkahlaku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan
meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang
diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan
dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi. Prosedur
pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang.

• Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi


pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya (peer approval)
memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-
pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia
digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan
mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas
ketawa apabila diberjenaka
Generalisasi, Diskriminasi dan
Penghapusan

– Generalisasi: Peneguhan yang hampir sama


dengan peneguhan asal juga boleh
menghasilkan gerak balas yang sama.
– Diskriminasai: Organisme bergerak balas
terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak
terhadap peneguhan lain.
– Penghapusan: Gerak balas yang wujud akan
berperingkat- peringkat terhapus apabila
peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi.
Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)

• Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan


burung merpati, Skinner dapati bahawa cara
peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak
balas atau respons.
• Apakah hubungan di antara cara peneguhan
diberikan dan gerak balas atau pembelajaran?
• Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh
Skinner hasil daripada kajian-kajian yang
dijalankan mencadangkan dua cara peneguhan,
iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous
Reinforcement) dan Peneguhan Berkala
(Variable Reinforcement).
Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut
kekerapan tertentu atau masa tertentu. Misalnya; ganjaran diberi

menurut nisbah atau ganjaran menurut masa.

• Menurut Nisbah
• a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila
peneguhan diberikan setelah beberapa gerak
balas berlaku. m.s. nisbah 20:1 ialah setiap 20
gerak balas yang wujud 1 peneguhan berikan.
• b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila
peneguhan diberikan setelah beberapa gerak
balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. m.s.
kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam
keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.
Menurut Masa

• a) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila


peneguhan diberikan pada akhir masa yang
ditetapkan. m.s. jika masa yang ditetapkan ialah
1 minit; peneguhan diberikan kepada gerak
balas yang wujud selepas 1 minit. b) Masa
berubah ('variable interval') ialah apabila
peneguhan diberikan pada akhir masa yang
ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza
mengikut gerak balas yang wujud.
Thorndike
• Membentuk tiga hukum iaitu
• hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.
• Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi)
berkesan. Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) ->
tidak berkesan
• Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan
diberikan.
• Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang
menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika
kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan
lenyapMerumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu
manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.
Implikasi pendidikan
• Proses pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai