Anda di halaman 1dari 3

http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2c.

html

SOALAN:
a) Apakah pelaziman operan dan bagaimana ia
   berbeza  dengan pelaziman klasik?
b) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman operan
   dalam kehidupan seharian?

Burrhus F. Skinner
Skinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan kepada penulisan Watson dan Pavlov.
Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti
Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms
ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant). Perkataan
'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila
organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu mengoperat (atau operating) ke atas
persekitarannya.  Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa
tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan
tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

Perbezaan antara Pelaziman Operan dengan Pelazimam Klasik


Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata, anjing Pavlov tidak
ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng.
Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak
balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan.

Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan


Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama:
a)  PENEGUHAN (reinforcement) yang terbahagi kepada
    PENEGUHAN POSITIF dan PENEGUHAN NEGATIF.
b) DENDA (punishment)

Peneguhan Positif (Positive Reinforcement)


Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku
disifatkan sebagai Peneguhan Positif.
Contoh:-
(1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlakku itu
dengan harapan mendapat makanan.
(2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku
itu.
(3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan
mengulang kelakuan berkenaan?
Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti
markah ujian).

Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)


Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan
kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme
kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.
Contoh:-
(1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan
elektrik.
(2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya
memekik-pekik.

Denda (Punishment)
http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2c.html

Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil
berkurangkan atau langsung dihapuskan.
Contoh:-
(1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, mengentikan keseronokkan).
Rujukan:
Baca artikel berikut:
Reinforcement Theory
Menerangkan prinsip-prinsip peneguhan, proses peneguhan dan contoh-contoh peneguhan dalam
kehidupan seharian

Positive Reinforcement: A Self-Instructional Exercise


Contoh, bukan contoh dan analisis kes-kes peneguhan
positif.

Operant Conditioning
Ringkasan tentang teori Skinner.

Operant Conditioning in Education


Aplikasi pelaziman operan dalam pendidikan
Pembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operan
(Shaping Behaviour)
Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan' (shaping) bagi
melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada tingkahlaku manusia. Teknik
pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini
sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi.
Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang.
Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya
(peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-pelajar lain ketawa tentang
apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan
mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila diberjenaka.
Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi bagaimana penyampai
bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini telah menyebabkan pensyarah mereka
bergerak dengan lebih cepat dalam kelas.
Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan
Generalisasi: Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga boleh menghasilkan gerak balas
yang sama.
Diskriminasai: Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak terhadap peneguhan lain.
Penghapusan: Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan atau
ganjaran tidak diberikan lagi.
Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)
Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa cara peneguhan diberi
boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah hubungan di antara cara peneguhan diberikan dan
gerak balas atau pembelajaran? Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-
kajian yang dijalankan mencadangkan dua cara peneguhan, iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous
Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement).
Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme menerima ganjaran atau
peneguhan.
Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau masa tertentu.
Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa.
Menurut Nisbah
a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas berlaku. m.s.
nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang wujud 1 peneguhan berikan.
http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2c.html

b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas wujud
tetapi kadarnya tidak tetap. m.s. kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam keadaan lain nisbahnya ialah
10:1.
Menurut Masa
a) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan. m.s.
jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikan kepada gerak balas yang wujud selepas 1
minit. b) Masa berubah ('variable interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang
ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerak balas yang wujud.

Burrhus F. Skinner   1904 – 1990

Module 1: Sejarah
Module 2: Pelaziman Klasik - Pavlov
       

Anda mungkin juga menyukai