Anda di halaman 1dari 3

Jurnal 2 Pengurusan fizikal bengkel kemahiran hidup Siti suhaidah binti suhana DPLI-SR Sejarah

Masalah Pengurusan bilik darjah yang kondusif adalah antara elemen penting yang menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Begitu juga dengan pengurusan bengkel kemahiran hidup. Minggu ini merupakan minggu pertama saya membawa murid tahun 5 memasukki bengkel untuk subjek kemahiran hidup. Saya dapati pengurusan fizikal bengkel ini kurang kondusif. Apabila seramai 33 orang murid ini berada di dalam bengkel keadaan menjadi sesak dan padat serta menyukarkan pergerakan saya untuk pergi dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain. Ini kerana murid-murid yang tidak mempunyai meja duduk berkongsi meja di dalam kumpulan menyebabkan susunatur meja antara kumpulan menjadi rapat. Selain itu, susunan peralatan juga tidak begitu tersusun dan kemas. Begitu juga dengan lantai bengkel yang berhabuk dengan cebisan habuk kayu. Peraturan dalam bengkel juga tidak ditampal dengan lengkap.

Analisis masalah Melalui temuramah dengan guru kemahiran hidup saya dapati bengkel kemahiran hidup ini baru diubah suai. Justeru pengurusan fizikal di dalam bengkel ini tidak begitu tersusun dan kemas. Selain itu, mungkin masalah ini adalah berpunca daripada murid yang sepatutnya bertugas tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya. Di samping itu, masalah lain adalah keadaan fizikal iaitu ruang bengkel yang agak sempit untuk menampung kapasiti murid tahun 5. Di dalam bengkel ini juga menghadapi masalah kekurangan tempat penyimpanan alatan dan tempat yang ada tidak dilabel dengan baik. Akibatnya murid-murid mengambil sikap sambil lewa dengan meletakkan alatan secara sesuka hati dengan melonggokkan di suatu tempat. Keadaan bengkel yang kurang kondusif ini juga disebabkan kerana kekurangan meja untuk murid-murid menjalankan projek. Menurut Omardin Haji Ashaari (1996) keadaan fizikal yang teratur dengan kemas memainkan peranan penting bagi menggalakkan pengajaran dalam bilik darjah. Oleh itu,

susun atur fizikal bagi sesebuah bengkel dapat mempengaruhi pengurusan bengkel yang selesa. Cadangan Guru merupakan pengurus bilik darjah, begitu juga bengkel kecekapan guru sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bengkel yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, beberapa langkah boleh diambil oleh guru bagi mengatasi masalah pengurusan bengkel yang kurang kondusif. 1. Guru mengambil inisiatif dengan membersihkan bengkel dan memperkemaskan lagi susunatur di dalam bengkel menjadi lebih teratur. 2. Melabel dan mengatur semua alatan di dalam stor agar mudah diambil apabila diperlukan. 3. Menampal peraturan- peraturan didalam bengkel 4. Memastikan murid bertugas menjalankan tugas membersih tempat kerja sebelum meninggalkan bengkel. 5. Membuat pelan susun atur meja secara berkumpulan.

Justeru itu, guru perlu menentukan bahawa susunan yang ada dalam bengkel itu selesa dan teratur dengan rapi dan guru perlu menguruskannya secara baik dan berkesan.

Tempoh penyelesaian 4/2/2013 hingga 1/3/2013 Tindakan susulan Bagi memastikan keadaan bengkel yang kondusif guru perlu menyedarkan murid-murid tentang pentingnya menjaga kebersihan. Di samping itu, guru perlu memantau sikap murid-murid yang bertugas supaya mereka menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna. Selain itu, setiap murid perlu diajar untuk membersih dan mengemaskan peralatan setelah sesuatu projek atau aktiviti disempurnakan oleh murid. Sekiranya kerja ini dilakukan secara terus-menerus akan menjadi tabiat dan

amalan yang sihat yang disemaikan di kalangan murid. Kaedah ini juaga dapat membangkitkan semangat kesedaran dan sikap bertanggungjawab di kalangan murid. Catatan Penjagaan dan kebersihan bengkel ini adalah tanggungjawab bersama dan perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak iaitu guru dan murid-murid. Ringkas kata, iklim bengkel yang dikatakan baik adalah sebuah bengkel yang dikelolakan dengan baik, elok dipandang dan teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan dan bahagia kepada murid yang sedang belajar di dalam bengkel. Suasana bengkel yang kondusif sudah pastinya akan dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. Rujukan Choong Lean Keow. 2008. Siri Pendidikan Perguruan : Murid Dan Alam Belajar Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Omaruddin Haji Ashaari, Yunus Muhamad. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Ragbir Kaur Joginder Singh. 2012. Panduan ilmu pendidikan untuk dpli pedagogi. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2003. Psikologi Pendidikan. Pahang: PTS Publication Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai