Anda di halaman 1dari 4

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN..

Indah sungguh pemandangan di Malaysia, amat jauh berbeza jika hendak


dibandingkan dengan bumi Ireland yang hanya nampak salju memutih. Kanak-
kanak bebas bermain tanpa menghiraukan ibu bapa mereka termasuk anak
saudaraku sendiri, Haikal. Selepas menikmati keindahan bumi bertuah, aku
masuk ke ruang tamu yang cantik dihias oleh mama dan kakak. Sudah lebih
kurang tujuh tahun aku hidup di perantauan. Banyak betul perubahan dalam
rumah ni.

‘Akak, siapa yang main dengan Haikal tu? Mesra nampak.’


‘Wawan, anak jiran sebelah. Dia tu kawan baik Haikal. Kenapa?’

‘ WAWAN! ’
Aku terkesima mendengar nama yang meluncur keluar dari mulut
kakakku. Fikiranku melayang terkenang akan seorang insan yang benar-benar
layak digelar ‘Sahabat Sejati’. Kusingkap kembali zaman persekolahan ketika
bersama dengannya dahulu…

‘Wan overnight outing kali ni balik rumah tak? Eh! Wan orang mana pun
ha?’ aku menyapa pelajar yang duduk disebelahku.
‘Kalau nak tahu Wawan orang US. Kenapa, tak percaya?’ jawabnya
dengan muka selamba.

Aku terdiam dan hanya mampu tersenyum. Siapa sangka, sejak peristiwa
itu aku mendapat seorang teman baru dalam hidupku. Meskipun Wawan bukan
setingkatan denganku tetapi itu tidak menjadi penghalang persahabatan kami.
Aku ingat lagi, Wawan ke hospital kerana dia benar-benar sakit, tapi aku hanya
kerana hendak ponteng kelas. Bukannya apa, banyak sangat kerja sekolah yang
cikgu bekalkan tak siap.

Hari demi hari, persahabatan kami semakin akrab. Aku lebih suka
berkongsi masalah dengannya daripada rakan setingkatanku. Aku sendiri tidak
mengerti mengapa aku sangat mempercayainya sedangkan aku bukanlah
seorang insan yang mudah mempercayai orang lain. Mungkin sudah suratan
takdir yang menentukan.

Aku selalu belajar dengannya mata pelajaran Biologi memandangkan dia


memang arif dalam subjek ini. Wawan sentiasa mendapat A1 sedangkan aku
bukan setakat A2, B4 pun tidak pernah menyentuh. Almaklumlah, akukan pro-
ponteng kelas.

Kesimpulannya, aku seorang yang sangat nakal. Antara aku dengan


Wawan banyak perbezaannya bagai langit dengan bumi. Wawan seorang
pengawas yang berkaliber tapi aku seorang mawas yang lincah. Boleh dikatakan
Bilik GPK HEM sudah menjadi bilikku yang kedua. Masalah disiplin sudah sebati
dalam hidupku sebagai seorang pelajar. Aku sentiasa menghalalkan barang
yang haram dibawa ke sekolah. Bukan sahaja telefon bimbit dan laptop, pelajar
ingin makan roti bakar pun berjumpa denganku.

Wawan banyak mengubah persepsi hidupku. Dari seorang yang nakal


kepada seorang yang baik, dari seorang yang pemalas kepada yang agak rajin.
Aku amat menjaga auratku selepas mendengar cerita daripada Wawan. Dia juga
tidak pernah jemu menasihatiku agar belajar bermula dari tingkatan 4.

Peperiksaan pertengahan tahun bermula esok. Aku tidak dapat


menumpukan perhatian ketika mengulangkaji pelajaran. Selepas kelas
persediaan tamat, aku bergegas ke bilik sakit. Penyakit wawan menyerang
kembali. Aku hanya mampu berdoa kepada yang Maha Esa.

Keesokkan harinya, aku mendapat tahu Wawan dihantar pulang kerana


pihak sekolah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Penyakitnya bertambah
kritikal. Hatiku menjadi keruan. Baru kini dapatku rasakan erti sebuah
persahabatan yang sebenar.

Seminggu kemudiaan, Wawan pulang semula ke asrama. Hatiku riang


tidak terkata. Seminggu tidak berjumpa bagaikan seabad. Aku tidak dapat
membayangkan bagaimana hari terakhir persekolahan Wawan disini.

‘Robot, free tak malam ni. Jom study sama’


‘Boleh juga. Lama kita tak study bersama-samakan’
‘Robot ajar Bos sejarah bab form 4, boleh tak?’
‘Itu bisa diatur bos’

Dia lebih senang memanggilku dengan panggilan ‘robot’. Menurutnya, aku


seperti robot Power Rangers si pengaman dunia. Aku pula panggil dia bos
kerana dia merupakan pengawal ‘robot’nya.Selepas lebih kurang 3 jam
mengulangkaji pelajaran, kami pun berborak kosong.

‘Apa cita-cita robot ha?’


‘Orang! Orang nak jadi…pelawak. Best tau dapat happykan orang lain’
‘Hahaha..lawaknya.Seriuslah, orang tanya betul-betul ni’
‘Orang nak jadi doktorlah. Boleh tolong orang yang sakit. Wawan?’
‘Kalau ada rezeki nak jadi perempuan Melayu pertama yang sampai ke
ruang angkasa’
‘Nanti kalau dah dapat naik roket jangan lupa bawa orang sekali. Doktor
boleh rawat angkasawan yang sakit. Siapalah pesakit kalau tanpa doktor’
‘Apa pula. Kalau tiada pesakit, mana ada doktor. Dah light off ni. Pergi
balik dorm nanti warden marah pula. Good Night’

Malam itu, kami berdua berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh demi


mencapai cita-cita yang murni tadi.Kehadiran Wawan benar-benar membawa
sinar gemilang dalam hidupku. Mungkin ini satu rahmat yang telah dikurniakan
oleh Allah kepadaku.

Nampaknya hari yang kubenci menjelma jua. Pagi itu, dia telah
mengajakku sahur bersama. Aku hanya mendiamkan diri, menahan sebak di
dada. Sayu hatiku melihat wajahnya. Wawan cuba untuk menceriakan suasana.
Sekejap sungguh masa berlalu. Sebelum pulang, dia sempat memberiku warkah
terakhir dan beberapa buah buku rujukan.

Assalammualaikum,
‘Perpisahan yang berlaku antara kita tidak menjanjikan perpisahan untuk
selama-lamanya. Hanya ruang memisahkan kita. Jika ada peluang kita pasti
bertemu’ Ambillah buku-buku ini. Orang lain bagi kepada adik mereka tapi
Wawan tak tahu nak beri pada siapa. Wawan tak ada adik, so Aizlah adik
wawan. Last but not least, pray for my SPM 2004 10A1. Just remember that I
always be there for you. Thanks and sorry for everythings, Iman Nurarisha.
Friends forever. Bye.
Big Bos Of The Year,
Wan Anis Athirah Wan Zaqwan

Semenjak aku belajar di Ireland, aku tidak lagi bersua muka dengannya.
Bukan setakat bersua muka, satu khabar berita daripadanya pun tidak pernah
kudengari. Tapi aku pasti, suatu hari nanti aku akan dapat bertemu dengannya
kembali. Seingatku kali terakhir kami berjumpa, sewaktu peperiksaan SPM
berlangsung. Adakah dia benar-benar menjadi angkasawan? Lamunanku
terhenti apabila papa menghulur sekeping surat kearahku.

‘Termenung jauh nampak. This is for you from space unit. Maybe Aiz kena
follow them to space. My friend said they have new project. Bacalah sendiri’
‘Thanks papa’ Aku membuka sampul surat dengan teliti. Benar jangkaan
papa. Aku dipilih untuk menjadi pegawai perubatan ke angkasa. Tiba-tiba
sekeping surat asing jatuh.

Robot lama tak dengar cerita. Apa kes? Anyway orang dah kotakan janji
nak bawa Robot naik roket. Actually, kita pernah berjumpa di Ireland tapi Aiz
jalan laju sangat macam robot. Tak sempat nak kejar. So, see you next month.
:
WAWAN

Aku melonjak kegembiraan. Akhirnya penantian selama ini sampai ke


penghujungnya. Aku dapat juga bertemu dengan sahabat sehati sejiwaku.
Terima kasih sahabat kerana engkau aku berjaya dalam hidup ini. Aku sungguh
tidak sabar menanti pertemuan ini. Aku sentiasa berdoa agar persahabatan kita
sentiasa diberkati-Nya.

Izyan Rahmat
SURVIVOR’05

Anda mungkin juga menyukai