Anda di halaman 1dari 18

DEMAM CAMPAK

Disediakan oleh: Fatma Zuhra Bt Abdul Hai Feryn Fanera Jeffery Grace Baun Chien Siew Ming Jumaiah Bt Abdul

APAKAH DEMAM CAMPAK?

CARA PENCEGAHAN

DEMAM CAMPAK

PENYEBAB
Petua dan Tips

RAWATAN

APAKAH DEMAM CAMPAK??


Demam campak ( Rubeola ) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai dengan ruam pada kulit (bintik-bintik merah).

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui : Titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap.

Batuk atau bersin.


Namun, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imunisasi) pada penyakit ini sejak adanya program demam campak kebangsaan, Program Immunisasi Campak.

Tanda-tanda demam campak


Antara 10 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

Demam tinggi Batuk, selsema dan sakit tekak Mata berair dan sensitif kepada cahaya Sakit otot Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula di bahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Penyebab
Virus yang merebak melalui titisan secara langsung dan tidak langsung: Udara Sentuhan Perkongsian benda pesakit.

RAWATAN
Bagi rawatan simptomatik Panadol (Paracetamol) untuk mengurangkan demam. Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata. Berehat dan minum air yang cukup.

Rawatan Spesifik: Pemberian losyen Calamine mengurangkan kegatalan. Pemberian antibiotik Cloxacilin. untuk

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Pencegahan
Melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

MMR adalah vaksin yang selamat.


Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi.

Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Petua Mengubati Demam Campak.


Menggunakan Daun Semambu yang juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil. Gunakan Daun Semambu sebagai pelapik/ alas cadar untuk tidur. Gunakan Daun Semambu untuk membasuh seluruh badan sama seperti penggunaan sabun. Gosokkan ke badan. Tumbuk Daun Semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan di seluruh badan.

Tips Kepada pesakit Demam Campak atau Chicken Pox


Apabila ruam telah kering dan berkuping, jangan digaru, biarkan ianya gugur dengan sendirinya. Kalau gatal, eloklah mandi. Namun, kebanyakkan petua orang Melayu tidak menggalakkan mandi ketika masih demam campak. Ini terpulang kepada individu dan keaadaan badan pesakit itu sendiri.

Ketika Demam Campak mula-mula terbentuk, iaitu bermulanya pertumbuhan ruam, digalakkan meminum air kelapa muda. Ini bagi memercepatkan lagi proses bintikbintik campak itu tumbuh, dan pesakit tidaklah terseksa begitu lama. Jangan memakan makanan berkicap atau bergoreng, dikhuatiri bintik-bintik campak itu nanti akan berwarna hitam.

RUJUKAN
http://mypotik.blogspot.com/2009/04/penyakitcampak.html http://doktorwannabe.blogspot.com/2011/06/demam -campak.html http://ratuhati.com/forum/index.php?topic=3038.0

http://zoommalaysiaku.com/tag/punca-demamcampak

Anda mungkin juga menyukai