Anda di halaman 1dari 2

Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Dalam tugasan ini, kumpulan kami

telah mencipta sebuah lagu yang boleh membantu murid untuk: y Menyebut nama huruf mengikut melodi y Mengeja perkataan satu dan dua kata-kata mengikut melodi y Membuat aktiviti pergerakan badan Kami telah mencipta dua buah lagu iaitu Mari Baca Hurufdan Rumah Huruf. Mari Baca Huruf y Lagu Mari Baca Huruf merupakan lagu yang telah kami cipta berilhamkan lagu kanak-kanak Air Pasang Pagi. y Irama lagu Air Pasang Pagi dikekalkan dan liriknya diberi penambahan. y Lagu ini bertujuan untuk membantu murid mengeja perkataan satu dan dua katakata mengikut melodi. y Lagu Mari Baca Huruf adalah seperti berikut: Air pasang pagi surut pukul lima Bangun pagi-pagi siram pokok bunga Pokok bunga melur tanam tepi batas Itik dah bertelur ayam dah menetas Mari adik mari kita baca huruf Ada huruf besar ada huruf kecil A untuk AYAM, B untuk BOLA C untuk CAWAN, dan D untuk DADU Adik sungguh pintar pandai baca huruf Mari kita nyanyi guna huruf lain E untuk EKOR, F untuk FERI G untuk GULA dan H untuk HATI Rumah Huruf y Lagu Rumah Huruf merupakan lagu yang dicipta berilhamkan irama lagu Bingo tetapi menggunakan lirik yang dicipta oleh kumpulan kami sepenuhnya. y Lirik lagu yang dicipta boleh digunakan untuk semua huruf yang hendak diajar.

y Lagu ini bertujuan untuk membantu murid menyebut nama huruf mengikut melodi dan juga membunyikan huruf. y Lagu Rumah Huruf adalah seperti berikut: Dalam rumah ada huruf Kita belajar huruf.... (A) Ini namanya A besar Ini namanya a kecil Bunyinya sama saja A! A! A! A! A! A! Kekuatan dalam tugasan ini 1. Lagu ini membantu murid mengingat huruf-huruf yang hendak diajar oleh guru 2. Dengan menggunakan irama yang menarik dan mudah diingati, murid lebih bersemangat untuk menyanyi. 3. Menghiburkan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan 4. Murid-murid boleh turut serta dengan aktiviti ini dengan menyanyi sambil berdiri dan bertepuk tangan. 5. Penggunaan alat muzik ringkas seperti marakas dan gendang yang boleh dibuat dari bahan terbuang juga boleh memeriahkan suasana kelas sewaktu menyanyi sambil belajar. Komen/penambahbaikan 1. Lagu yang dinyanyikan sebaiknya diiringi dengan alat muzik yang diperbuat oleh bahan-bahan terbuang yang dimainkan oleh murid agar mereka akan lebih tertarik untuk belajar.
http://erliegracenlo.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai