Anda di halaman 1dari 5

BIL

PERKARA

NAMA

TEKS

1.

Pengumuman (Sebelum majlis bermula, sebelum VIP sampai) Khalid

Perhatian kepada sidang dewan, Sila matikan telefon bimbit anda agar tidak mengganggu majlis. Semasa majlis berjalan, pastikan anda tidak keluar-masuk dewan dan tidak membuat bising agar majlis dapat

berjalan dengan lancar.

2.

Lagu

Puva

Para hadirin, diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu negaraKu.

Khalid Pasrah memohon semoga majlis diberkati Tuhan

4.

Doa dipohon tangan ditadah Semoga Majlis indah jalannya dipermudah

Puva Untuk itu, majlis menjemput Mohd.Khairi Azhar bin Ezani untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Puva Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian saudara/saudari membacakan doa itu tadi.

Salam sejahtera dan salam perpaduan Yang berusaha, pn. Tumerah ( pengarah Institut Pendidikan guru kampus Tuanku Bainun ) ,

Kata alu-aluan

Khairi

para jurulatih (program bina insan guru), tetamu kehormat pensyarah pensyarah serta guru pelatih yang dikasihi sekalian.

Puva 5.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Dari kem Intan suraya resort, kami bawakan

Majlis Perasmian Penutupan Program Bina Insan Guru peringkat IPGM bagi tahun 2012.

6 Khalid Puva Salam sejahtera, Vanakam ,Welcome, huan ying.. Saya Mohamad Khalid Bin Isa dan saya Puvaneswari Ganeshan , hos anda bagi Majlis Perasmian Penutupan Program Bina Insan Guru Peringkat IPGM.

7.

Puva

Tuan-tuan, Puan-Puan hadirin hadirat sekalian. Seperti yang kita sedia maklum program Bina insan guru telah dijalankan mengikut 4 fasa di IPG kampus tuanku bainun iaitu, fasa pertama yang bermula pada 5/3/2012 sehinggalah fasa 4 2/4/2012. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang programme ini seperti orentering, kembara , ......................(isi)

8.

Hadirin dan hadirat sekalian , Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat Khalid untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai

kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan Prinsip Rukun Negara , Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan berterusan keguruan insan guru merupakan program keadaan usaha

sepanjang berasaskan

pendidikan bahawa

profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara.

9.

Puva

Dengan ini majlis menjemput saudara Shivabalan Thiruchelvam, wakil guru pelatih untuk menyampaikan ucapan.Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

10.

Khalid

Terima Kasih diucapkan atas kesudian beliau memberikan ucapan sebentar tadi. Sekarang, majlis ingin menjemput En.Zahir bin Nasir selaku ketua unit gerko untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersila.

Khalid

Terima kasih diucapkan kepada beliau atau kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

11. Puva

Tanpa melengahkan masa lagi majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Pn.Tumerah , Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan Program Bina Insan Guru peringkat IPGM bagi tahun 2012. Majlis dengan hormatnya dipersilakan.

12.

Puva

Majlis merakamkan sejuta penghargaan di atas

kesudiaan beliau member ucapan sebentar tadi 13 Khalid Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderehati

14

Puva

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah tersebut maka majlis penutupan program bina insan guru melabuhkan tirai.
Burung kenari si burung jentayu Hinggap di balik pokok mayang Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang

Khalid

Unit Gerko , merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada tuan Pengarah IPG KTB, Pensyarah-pensyarah dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis penutupan Program Bina Insan Guru peringkat IPGM bagi tahun 2012.

Puva

Kami mewakili pihak majlis menyusun sepuluh jari ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan pada majlis hari ini.

Khalid Tuai pada antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Saya akhiri majlis kita pada hari ini dengan ucapan, terima kasih Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai