Anda di halaman 1dari 13

Bahasa Melayu Komunikatif WAJ3115

PENGENALAN
Definisi: Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Perbezaan Laras Bahasa


Bahasa Pengguna Dialek Penggunaan Laras

Mengapakah laras bahasa digunakan?


Terdapatnya: Ciri-ciri keperihalan - Situasi Luaran - Situasi Persekitaran Ciri-ciri linguistik - Aspek Bunyi - Aspek Perkataan - Aspek Ayat

Situasi Luaran
maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

Situasi Persekitaran
cara penyampaian perhubungan sosial dan peribadi bahan fungsi sosial

JENIS-JENIS LARAS BAHASA


Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Sains (perubatan, angkasa lepas, farmasi) Laras Bahasa Matematik Laras Bahasa Teknologi Laras Bahasa Media dan Multimedia Laras Bahasa Kreatif

Laras Bahasa Teknologi


Banyak mengandungi istilah khusus dalam bidang tertentu, mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual, graf, peta dan simbol), Struktur ayat mengandungi subjek dan penerang, Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah. Tidak banyak bunga-bunga bahasa serta tidak mengandungi ayat-ayat yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna dan cara

Digunakan dalam buku teks, jurnal dan penerbitan persatuan professional Sebagai contoh : Enjin Campro DOHC asas dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya.

Laras Bahasa Media dan Multimedia


Peranannya adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca Laras media tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung Tiada istilah teknikal dan khusus Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Sebagai contoh : Berita yang mempunyai struktur teks tersendiri

Laras Bahasa Sastera / Kreatif


Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman Ada istilah khusus tentang sastera Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa) Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola Bernada puitis dan bersifat komunikatif Laras bahasa sastera (laras kreatif) harus mempunyai kata-kata yang segar dan bertenaga supaya dapat melukiskan gambaran yang cukup jelas dan hidup kepada pembaca

Sebagai contoh :

Dari belahan jendela,saya lihat ada rama-rama yang hinggap di pagar. Dalam sekejap,ia singgah pula di celah pandan yang baru muncul. Kemudian ia terapung-apung. Cantik sekali. Ah, ramarama. Entah siapa yang akan bertandang! Atau siapa dari masa lalu yang akan datang kembali? Kini sayap itu tersangkut di daun kantan yang panjang. Atau adakah dia yang tiba-tiba muncul? Oh, adakah dia yang menjelma menjadi rama-rama? Petikan:Cerpen Tiba-tiba Ada Mawar dalam Jiwa (Mawar Shafie)

Anda mungkin juga menyukai